Firdaus
melangkah penuh bergaya
menuju ke pejabatnya
yang terletak di
tingkat 15. Sepanjang
langkahnya menuju ke
pintu lif, dia
perasan akan mata-mata
dan jelingan nakal
wanita yang berpapasan
dengannya dan mereka
yang berada di
lobi.
Firdaus buat tidak
tahu. Sudah biasa
dengan pandangan dan
jelingan wanita-wanita disekelilingnya. Orang
kacak seperti dirinya
sentiasa menjadi perhatian
orang. Bukan nak
cakap besarlah, tapi
Firdaus sendiri sedar akan hakikat
itu. Kemana-mana langkahnya,
pasti ada mata-mata
yang merenungnya. Waima
bersama keluarga ataupun
Zaff dan Adif,
sia sentiasa menjadi
perhatian.
Seperti biasa, sebaik
nampak kelibat Mr. Big
Boss berjalan di
ruang legar lobi,
Ada sudah menguntum
senyuman yang paling
manis sekali. Memandang
wajah pujaan ramai
wanita setiap saat
tanpa berkalih pandang
sehingga lelaki itu
hilang disebalik kotak
lif menuju ke
pejabatnya.
‘Kalau tak tengok
sekarang, bila lagi?
Dahlah dia tu hot,
ramai peminat, memang
susahlah nak jumpa.
Apatah lagi nak face
to face. Setakat
pandang je kira
orait lah, at
least dapat lepaskan
rindu. Hehehe..’ gatal
Ada bermonolog sendirian.
“ Hoit! Berangan
tak ingat dunia!
Taulah Mr. Big Boss
yang lalu tadi,
agak-agaklah kau. Sampai
dia dah masuk
lif kau dok sengih-sengih
lagi. Kalau lawa takpe
jugak,” kutuk Yat
yang dari tadi
memerhati gelagat Ada. Geram
pun ada. Over sangat!
Alah kata orang.
Dia pun sama!
Gatal! Over!
Firdaus
membelek-belek beberapa kertas
yang menuntut perhatiannya
dengan segera. Fail-fail
yang bersusun di
atas meja dibelek
dan diselak satu – persatu. Setiausahanya, Akma,
mengetuk pintu sebelum
masuk sebaik sahaja
mendengar arahan. Ditangannya
terpegang erat dairi
yang diisi dengan
jadual dan meeting
untuk Firdaus
selaku bakal CEO
tidak lama nanti.
“ Yes, Akma.
Apa jadual saya
hari ni?” Tanya
Firdaus tanpa memandang
Akma yang tersenyum
memandang Mr. Big
Boss pujaan ramai,
termasuklah dirinya.
“ Hari ni
Tuan Firdaus ada meeting
dengan wakil daripada
Mega Jaya Sdn.Bhd
pada pukul sebelas
pagi nanti. Then pukul
dua petang ada meeting lagi
dengan setiap wakil department
Merida Holdings and Tuan
Firdaus jangan lupa
esok ada business associate
with Datuk Mukhriz
pasal new branch hotel
di Australia,” ujar Akma menyenaraikan
jadual Firdaus.
Firdaus
menganggukkan kepala. “
Em okey”.
“ Ada lagi
satu, Encik Adif
ada call tanyakan rancangan
malam ni. Dia mintak
Tuan Firdaus bagitahu
jawapan secepat boleh.
So
how?” ujar Akma
lagi lalu mata
dihala ke wajah
Firdaus yang menopang
dagunya di atas
meja. Berfikir.
Malam ni? Huh!
Heavenlah tu. Malas
pulak aku nak
lepak sana. Rimas
dengan Tiara tu.
Nanti macam mana
dengan Dheiya? Takkan
aku nak tinggal
dia sorang-sorang malam-malam?
Kalau dengan Adif,
sah-sah pukul dua
tiga pagi baru
balik.
“ It’s
okay .I will
tell him myself.
You may go
now and thanks,”
putus Firdaus lantas
menyambung kerjanya semula.
Akma mengangguk lalu
terus melangkah keluar
dari bilik Firdaus.
--------------------------------------------------------------------
Dheiya menyeterika
kemeja milik Firdaus
dengan berhati-hati. Risau
jika kemeja milik
lelaki itu rosak
kerana kecuaiannya. Setelah
selesai, dia menyangkutkan
kemeja dan seluar
slack dengan penyangkut
baju lalu dibawa
ke walk-in-drobe. Suis
lampu dipetik.
Bilik sederhana
luas itu terang
benderang menampakkan semua
aksesori lelaki itu
yang hampir penuh
satu bilik. Kasut, neck
tie, kot, baju,
jam tangan, kaca
mata hitam pelbagai
jenis, topi, jaket dan
macam-macam lagi. Mengalahkan
perempuan! Segala macam
aksesori ada! Aku
yang perempuan ni pun tak
macam ni! Alah! Kan
dia kaya, biarlah
dia.
Dheiya terus
menyimpan kemeja dan
seluar Firdaus di
dalam almari yang
khusus menempatkan pakaian
formal. Pakaian yang
lebih kasual di
dalam almari lain.
Pesanan Firdaus terlekat
kukuh di ingatannya.
Yalah, dia
pantang kalau aku
buat salah sikit.
Benda remeh pun
dia bising-bising mengalahkan
mak nenek. Bingit
jugaklah telinga ni nak menadahnya
Jari-jemari Dheiya
berlari menyentuh setiap
kemeja milik Firdaus.
Serasa menyentuh tuan
empunya badan yang
tegap dan sasa.
Dipegang erat kemeja
itu lalu dipeluk
erat. Err agak
keterlaluan ke? Kalau
depan-depan jangan haraplah
nak pegang. Cuit pun tak
berani. Mahunya tak
nanti dijelingnya nanti.
Diciumnya kemeja Firdaus.
Wangi. Masih terbau
lagi haruman perfume
Hugo
Boss yang terlekat
di kemeja itu.
Err.. agak keterlaluan
ke perangai aku
ni?
Dheiya memerhati
setiap ruang bilik
yang luas. Kemas.
Perabot tidak terlalu
banyak hanya katil
bersaiz king, permaidani
sederhana kecil, air-cond, lampu
tidur berserta meja
di kiri dan
kanan katil, set home
theater, sofa panjang,
meja kecil dihadapan
sofa yang disusun
menghadap set home theater, meja
solek yang besar
dan panjang tanpa
kerusi, yalah lelaki
nak buat apa
duduk tengok cermin lama-lama.
Tenang sahaja
berada dibilik ini hasil
daripada kombinasi warna
putih dan maroon yang
menghiasi kamar yang
luas ini. Kontra
dengan warna lembut
dan garang. Tidak
nampak terlalu semak
dan gelap sebaliknya
tampak selesa dan
nyaman .
Tambahan pula,
terpampang potret gambar
Firdaus bersaiz besar
di hujung kepala
katil. Terlalu menggoda
dan tampak mengancam
melihat aksi posing Firdaus.
Dihiasi dengan senyuman
tahap peluntur iman
dan lesung pipit
yang mahal menghiasi
kedua-dua belah pipinya.
Tampak sungguh kacak
dengan kemeja yang
lengan kemeja lengan panjang berwarna biru gelap
dan jeans hitam. Nampak kasual
dan macho! No wonderlah
ramai peminat.
Okey! Sekarang
aku dah terlebih
over. Kalau dia
tau aku bertapa
kat bilik dia
lama-lama mesti dia
marah. Private! Masuk
hanya untuk urusan
penting aje!
Dheiya keluar
daripada bilik Firdaus.
Pintu dikatup rapat.
Kakinya melangkah menuruni
tangga dengan berhati-hati
lalu terus menuju
ke dapur. Banyak
kerja nak buat!
------------------------------------------------------------
Zaff mengetuk
pintu bilik Firdaus
sebelum memulas tombol
pintu. Senyuman dilemparkan
buat sahabatnya yang
tekun melakukan kerja.
“
Hah! Kau nak
apa ni? Takde
kerja ke?” Tanya
Firdaus sekilas memandang
Zaff lalu terus
menyambung kerjanya.
'Kenapa aku rasa macam ada orang sebut nama aku?'
'Kenapa aku rasa macam ada orang sebut nama aku?'
“
Eh! Datang bulan
ke apa ni,
macam marah aje,”
gurau Zaff ketawa
kecil. Firdaus menjeling
tajam. Buat lawak
pulak atok ni!
“
Tak payah nak
buat lawak dengan
akulah Zaff. Hah!
Cakap cepat, kau
nak apa ni?”
Firdaus mula bengang.
“
Aduh! Leklah Fir,
janganlah nak emo
sangat. Aku datang
ni nak tanya
khabar pengantin baru,
sihat ke tak.
Seronok ke tak
kahwin ni,” ujar
Zaff selamba.
Firdaus mengerutkan
dahinya. Pengantin baru?
“
Macam takde soalan
lain. Nak tahu
seronok ke tak
kahwin la, tanya
aku pulak. Pengantin
sentiasa sihat, buta
agaknya mata kau
tak tengok aku
ni,” lancang Firdaus
menjawab. Entah mengapa
moodnya tiba-tiba tak
baik.
‘Ni semua
Emilin punya pasallah!
Buat benda ikut
kepala dia ja.’
“
Eh Fir, aku
tanya je takkan
marah kot? Memang
pengantin baru mood
macam ni ek?
Apesal malam-malam ‘tak
dapat’ ke?” usik
Zaff sepintas.
Firdaus menjegilkan
matanya. Marah ni!
“
Eh Zaff! Kau
merepek apa ni?
Kau pun tahu
kan macam mana hubungan aku
dengan Dheiya, just nak
selamatkan keadaan. Not more
than that! No love!”
tegas Firdaus berkata.
Dia menyandarkan tubuhnya
di kerusi. Menarik
nafas perlahan.
“
Aku tahulah, tapi
takkan langsung takde sikit
pun perasaan kat
Dheiya tu? Eh!
Dheiya tu ada something yang special
tau. Kau yang
bekukan hati kau,
tak nampak keistimewaan
dia”.
“ Zaff, she’s
only a naïve
girl. Innocent. Kau
tengoklah dia, tak
banyak mulut”.
“
Dah kau asyik
tayang muka serius
kau aje, mana
dia tak senyap,
tak takut? Sekali-sekala
cuba senyum sikit,
borak-borak dengan dia.
Dia okey what?
Kalau kau tak
nak pass aje kat
aku. Dia tu
cantik, comel lagi.
Sapa tak nak?”
kata-kata Zaff yang memuji Dheiya membuatkan
Firdaus tersentak.
‘What? Nak
pass Dheiya kat
mamat romeo ni?
No way! Lebih pulak mamat ni! Puji-puji bini orang!
“
Kau jangan nak
mengarut ek! Kau
ingat Dheiya tu
barang, main nak
pass-pass sana sini?
Tu bini aku
okey?” merah wajah
Firdaus menahan marah
yang mula membahang.
Langsung hilang marahnya
pada Emilin yang
geletis itu.
“
Kalau jealous cakap jelah
Fir. Tak payah
nak cover-cover lagi. Aku
dah nampak,” provok
Zaff. Dia tersenyum
sinis memandang wajah Firdaus
yang berbaur marah.
“
Mana adalah. She’s not
my taste okay?” kalut Firdaus. Hatinya mula berdebar-debar.
“ Not my
taste konon! Hey
Fir, kau jangan
ingat orang macam
Dheiya tu takde
orang nak tau? She’s
perfect! Kau tengoklah,
one fine
day nanti kau sendiri yang
akan jatuh cinta
dengan Dheiya. Masa
tu kalau kau
jumpa aku cakap
yang dah fall in
love dengan dia
memang bergolek aku
gelakkan kau nanti,”
sakat Zaff. Dia
yakin Dheiya akan
membuatkan Firdaus yang
ego ini jatuh
cinta. Dia yakin!
100%!
“
Kau tak payah
nak jadi nujum
kat sini. Takde maknanya
lah,” kata Firdaus
berlagak. Di luar
aje cakap macam
tu sebenarnya dalam
hati tak yakin
dengan kata-kata sendiri.
Sekarang ini dia
sudah merasa sesuatu
rasa yang sangat
aneh.
“ Well, we
will see. Jangan
berlagak sangat. Nanti
kau jugak yang
rebah!”. Firdaus ketawa
sinis dengan kata-kata
Zaff. Seakan-akan mengejek kata-kata Zaff. Nonsense.
“
Oh by the
way, sampai bila kau
nak sorokkan Dheiya
dari family kau?
Kau jangan buat
tangguh-tangguh, nanti tak
pasal timbul gosip
yang bukan-bukan, naya
kau. Tahulah mulut
manusia ni. Melompat
mummy kau nanti,”
Zaff mengingatkan Firdaus.
Firdaus mengeluh
perlahan. Tu lagi
satu masalah. Aduyai!
“
Tu yang aku
fikir tu. Tak
tahu macam mana
aku nak cakap
dengan family aku.
Sekarang ni
mummy aku dah sibuk nak
jodohkan aku dengan
Emilin tu. Eei!
Tak nak aku!”
Zaf ketawa.
Tahu sangat perangai
Firdaus yang anti
dengan Emilin yang
gedik dan menggeletis
tu. Dia yang
tengok ni pun
rimas!
“
Tu la. Kau
kena bertindak cepat
sebelum mummy kau
bertindak. Kau slow
talk la dulu
dengan daddy kau,
aku yakin dia
faham dan boleh
terima. Dia pun
bukannya jenis yang
cepat melatah macam
mummy kau. Kau
sendiri pun boleh
nilai daddy kau.
Jangan runsing sangat,
insya-Allah niat kau
hanya nak tolong
Dheiya, takde niat
lain pun. Mintalah
moga dipermudahkan,” nasihat
Zaff lembut.
Firdaus memandang
Zaff. Dia tersenyum
kelat. Dalam fikirannya
pun, berfikir yang
sama. Daddy mungkin
boleh di bawa
berbincang. Dia kenal daddy dia. Bagaikan seorang sahabat yang sangat akrab dengannya.
“
Macam mana kalau
daddy aku tak
boleh terima? Mana
aku letak Dheiya?
Dia bukan ada sapa-sapa,” keluh
Firdaus. Persoalan itulah
yang membelenggu fikirannya.
Takkan lah dia
nak buang Dheiya,
mustahil. Kesian. Mana
Dheiya nak pergi
nanti?
Hurm! Ada
perkembangan positif.
“
Janganlah fikir negatif.
Cuba dulu. Kalau
awal-awal dah down macam
ni, memang payahlah
ceritanya,” nasihat Zaff
lagi. Menaikkan semangat
Firdaus.
“ Thanks Zaff.
Kalau takde kau, tak
tahulah kat mana
aku nak ngadu”.
“
Alah no hal lah!
Apa gunanya kawan
kalau tak tolong?
Aku yakin Dheiya
adalah isteri yang
Allah kirimkan untuk
berada disisi kau
sepanjang hayat. Sebagai
tulang rusuk kau.
Percayalah”.
Firdaus senyum tidak ikhlas. Dia
diam mendengar kata-kata
Zaff yang terlalu
yakin. Pelik. Sedangkan
dia yang empunya
diri pun tidak
seyakin itu.
Tiba-tiba telefon
di tepi meja
berkelip-kelip, menandakan ia panggilan
datang dari setiausahanya. Firdaus
menekan butang.
“ Yes Akma?”
“
Tuan Firdaus, wakil
dari Mega Jaya
Sdn. Bhd. dah
sampai. Nak saya
jemput masuk ke?”
tanya Akma.
“
Okay. Suruh dia
masuk and jangan lupa
bawak masuk fail
yang saya mintak
tadi,” pesan Firdaus.
“
Baiklah Tuan Firdaus”.
“
Okaylah. Kau ada guest.
Aku blah dulu. Ingat
fikirkan apa yang
aku cakap tadi,”
pesan Zaff lalu
dari kerusi hadapan
Firdaus.
Spontan pintu
diketuk. Sebaik laungan
masuk kedengaran, pintu
bilik dikuak dari
luar. Wajah Akma
dan seorang wanita
dibelakangnya.
“
Tuan Firdaus, wakil
syarikat tu dah
sampai. Silakan masuk
cik,” alu Akma
memberi senyuman manis
lalu dia terus
beredar dari situ.
Firdaus bangun
dari duduknya lalu
mengangkat wajahnya. Dia terkesima.
Lidahnya kelu. Tubuhnya
langsung tidak berkutik.
Wajahnya langsung berpaling
dari memandang wajah
dihadapan itu.
Zaff turut mempamerkan
reaksi yang sama
dengan Firdaus.
Wanita itu
turut terkesima melihat
wajah pemuda berkot
hitam yang berdiri
tegak, langsung tidak
berkutik dari memandangnya. Pandangannya turut
dihalakan kepada seorang
lelaki yang turut
terpinga-pinga melihatnya.
Karinna?
Firdaus menyebut
nama yang sudah
terlalu asing dengan
dirinya. Zaff mengerling
Firdaus lalu pantas dia meminta diri. Membiarkan pasangan itu meleraikan kekusutan yang melanda hubungan mereka. Dia tidak mahu masuk campur, cukuplah sekadar menjadi pendengar setia sahabatnya.
Karinna. Sudah lama tidak mendengar berita gadis itu. Sudah tujuh tahun dia langsung tidak mendengar nama gadis itu meniti dibibir Firdaus.
Karinna. Sudah lama tidak mendengar berita gadis itu. Sudah tujuh tahun dia langsung tidak mendengar nama gadis itu meniti dibibir Firdaus.
2 comments:
bagus la zaff ni, penasihat yg bijak n cool. alamak kirana muncul semula, jgn beralih arah ya firdaus. cpt ckp gan papa dia pasal dhiya. pls...
yup... zaff kawan yang sejati..
Post a Comment