Firdaus memandu Nissan Skyline GTR miliknya masuk ke kawasan parkir. Pasti Zaff sudah menunggunya lama.
'Shit! Aku dah lambat. Makin berasaplah mamat tu kang!' marah Firdaus.
Pantas kakinya melangkah laju menuju ke restoran mewah itu. Dari jauh dia melihat Zaff yang asyik memandang jam dipergelangan tangan. Firdaus tersengih. Zaff manarik muka.
" Bro, sorry!" ucap Firdaus terus duduk sebaik sahaja sampai dimeja yang sudah diduduki oleh Zaff.
" Kau ni kan boleh tak lain kali ontime? Kau janji dengan aku pukul berapa? Kau datang pukul berapa? Wei! Belajarlah jadi bertanggungjawab sikit! Takkan itu pun aku nak kene cakap!" Zaff yang sudah menggelegak kepansan dalam hati, terus menghamburkan marahnya sebaik sahaja Firdaus melabuhkan punggungnya.
Firdaus terkesima. Panas hatinya apabila dihambur kemarahan sebegitu. Ada mata-mata yang memandang mereka dengan pandang yang sukar ditafsir.
" Wei! Kau pehal nak marah-marah sampai macam ni sekali? Agak-agaklah. Aku lewat berapa minit je, takkan itu pun dah mengamuk. Aku dah say sorry kan? Hei! Panas pulak aku dengan kau ni," Firdaus mula naik bengang.
'Aduyai, emo pulak mamat ni. Bukan selalu aku lambat' bebel Firdaus.
Zaff menarik nafas panjang. Pantas dia beristighfar. Dia meraup mukanya. Kusut betul fikirannya beberapa hari ni. Pantang ada sahaja yang tak kena semua nak naik angin. Kali ni tak pasal-pasal pulak Firdaus yang jadi mangsa letupannya. Semua ni Tira punya pasallah!
Masalah betul! bentak Zaff geram.
'Hadoi!'
" Sorrylah bro, aku takde niat pun nak mengamuk dengan kau cuma.... Cit! Kusut betullah," luah Zaff. Dia menarik nafas berkali-kali.
" Apa masalah kau ni? Datang bulan ke hape yang kau nak mengamuk sangat dengan aku ni? Kau kusut, aku lagilah kusut tengok kau. Ni mesti pasal perempuan kan? Kau frust dengan sape pulak kali ni?" tanya Firdaus sambil memandang wajah sahabat baiknya itu.
Belum sempat Zaff menyampuk, pantas Firdaus menyambung.
" Okey, let me guess, semua ni mesti pasal Tira, model tu kan?" tembak Firdaus yakin. Memang yakin pun. Kan? Aku dah agak dah! Pompuan macam tu memang!
Zaff menunduk. Mengangguk, mengiakan kata-kata Firdaus itu. Memang sahabatnya itu mempunyai firasat yang tepat.
" See? Aku dah agak dah. Apa lagi pompuan tu buat kali ni?" tanya Firdaus lagi.
" Aku tak sangka Tira curang belakang aku. Aku ingat dia memang betul-betul serius dengan aku," luah Zaff lemah.
Firdaus menggeleng kepala. Zaff, Zaff. Kau ni memanglah. Nak kata bengong, tapi cerdik. Nak kata bengap, kang marah pulak! Lagipun memang bengap sikit mamat sekor ni. Dah banyak kali kena macam ni pun tak sedar-sedar lagi mamat ni. Lembap!
" Zaff, please wake up! Dari awal lagi aku cakap jangan hanyut sangat dengan minah plastik tu. Dia cuma nak main-mainkan kau aje. Duit kau pun memang dia nak. Letihlah aku dengan kau ni, dah kena banyak kali macam ni dengan pompuan pun kau tak sedar-sedar lagi. Agaknya aku kena hantuk kut kepala kau kat tembok tepi jalan tu supaya kau sedar sikit. Sekarang padanlah dengan muka kau," tempelak Firdaus pedas.
' Hambik kau sedebik! Geram betul aku. Aku dah cakap dah, berbuih mulut aku'.
"Wei! Kejam gila kau! Nak hantuk-hantuk kepala aku pulak! Sebelum kau hantuk aku, aku campak kau dalam laut dulu! Nak sindir-sindir aku pulak. Bukan nak tolong tenteramkan kawan kau yang tengah dalam kesusahan ni," marah Zaff dalam nada merajuk.
Ceh! nak merajuk konon! Ingat muka kau tu cute sangat? Nak simpati akulah tu!
" Wei! Kau takyah lah nak buat drama king muka tak cute kau kat aku. Tak makanlah aku dengan ayat-ayat mintak simpati kau tu. Aku dah berbuih mulut ni cakap kat kau, jangan percaya sangat dengan perempuan tu, dia memang gold digger, kan sekarang kau tayang pulak muka kusut kat aku. Eh! Kau ni kan cepat sangat jatuh cinta dengan permpuan, cakap dah jumpa cinta sejati konon! Nah hambiklah cinta kau yang sejati tu. Dengan aku, kau cakap perempuan-perempuan yang kau dah jumpe tu semua cinta sejati. Ceh! Lain kali telek dulu betul-betul, jangan main cakap je. Kesian betullah aku dengan kau ni," bebel Firdaus panjang.
Treett..tettetet...
Dah macam mak neenek pulak gaya dia membebel. Hairan, dengan Dheiya tak pulak dia banyak mulut ekk??
Zaff meraup wajahnya berkalli-kali. Hah! Tuuu diaaa! Dah keluar dah mak nenek dia. Sakit telinga aku ni dengar dia bebel. Fir ni, sekali dia bebel, fuhh!! macam mak nenek. Kereta api pun kalah, laju lagi mulut dia.
" Aduh! Fir, aku tak mintak kau bebel, sakit telinga aku ni," Zaff mencebik.
" Hah! Tulah kau. Asal aku nasihat sikit, kau kata aku bebel. Macam mana aku tak bising, aku cakap kau bukannya nak dengar. Ikut sangat dengan cinta sejati kau tu konon!," tempelak Firdaus lagi.
Hahaha... padan muka kau. Memang dah lama aku tunggu nak fire kau habis-habisan, ketawa Fiardaus dalam hati.
" Hey Fir!, please stop babbling on me okay! I know it is my fault. Salah aku sebab tak dengar cakap kau tapi, benda dah jadi nak buat macam mana?"
" Nak buat macam mana apa? Macam tu je la. Lain kali jangan cepat sangat jatuh cinta tu. Kau ni kan nak kata buaya memang perempuan bertenggek keliling pinggang kau tapi lurus pun ya jugak," kutuk Firdaus lagi.
" Hei Fir! Aku datang sini ajak kau bukan nak dengar kau punya mukadimah yang berjela tu. Aku dah kebulur ni, kau panggil waiter tu cepat. Dengar kau bebel sampai tak sudah aku nak makan. Cepat!" arah Zaff.
Firdaus mencebik. Dia terus memanggil pelayan tersebut. Barulah dia terasa perutnya lapar. Yalah, dah penat bermukadimah tadi kan? Banyak tenaga yang dah terbuang. Now, makan time!
---------------------------------------------
Dheiya membuka satu persatu kabinet dapur. Tak ada? Dheiya mengeluh. Dia memegang perutnya.
Krukk! Kruk!
Alamak dah berbunyi zapin! Ya Allah! Laparnya. Nak makan tapi tak ada apa pun. Dia ni tak makan ke? Kosong je kabinet dapur.
Dhieya pantas melangkah menuju ke peti sejuk Panasonic besar, dua pintu kiri kanan.
" Kalaulah peti sejuk yang besar gedabak ni langsung tak ada apa-apa, baik campak je fridge ni kat laut, bukan guna pun. Membazir elektrik je bayar bil," bebel Dheiya.
Dia membuka pintu peti sejuk. Lantas senyuman terukir dibibir mungilnya.
" Alhamdulillah! Ada rupanya rezeki aku hari ni," bisik Dhieya.
Dheiya terus mencapai bungkusan sosej sejuk beku dan sebiji telur. Pantas dia terus ke singki. Dicapai periuk kecil lalu dia membuka kembali kabinet dapur yang dibawah, ingin menjerang beras.
" Nasib baiklah ada beras ni. Pelik jugak kalau ada beras ni. Kan dia tinggal sorang, takkan dia masak kot? Tak kisahlah. Jom masak!" girang Dhieya menanak nasi.
Sosej dan telur pula digoreng. Setelah nasi siap dimasak dia mencapai botol kicap.
" Makan dengan kicap pun sedap jugak".
Dheiya menikmati hidangan tengaharinya dengan penuh rasa gembira. Sudah lama dia teringin hendak makan sosej namun Ibu tidak mampu membeli kerana kesempitan hidup. Terlalu besar jurang perbezaan antara golongan kaya dan miskin. Bagi Dheiya, makan nasi dengan kicap pun sudah cukup baik daripada tidak makan langsung. Sekurang-kurangnya perut dia terisi. Orang yang susah kat luar sana? Entahlah.
-------------------------
" Bro, nanti teman aku beli baju jap," ajak Firdaus. Zaff tersentak. 'Aik? Pelik pulak aku'
" Sejak bila kau suka shopping ni? Kau nak beli baju? Aku rasa kau baru je beli baju kan hari tu?" soal Zaff musykil. Firdaus mengeluh.
" Alah! Kau ikut jelah. Jangan banyak bunyi pulak," bising Firdaus.
" Yelah, yelah. Tanya sikit pun tak boleh," cebik Zaff.
Selain daripada Adif, Zaff adalah sahabat karib Firdaus sejak kecil lagi. Kemana-mana pasti mereka berdua. Dah macam adik-beradik dah. Tambah-tambah pulak parents masing-masing memang rapat, persahabatan mereka bertambah erat.
Meskipun saling bertikam lidah dan berbeza pendapat, tetapi itulah yang semakin mengeratkan persahabatan mereka. Antara mereka, tiada rahsia. Semua dikongsi bersama. Cuma rahsia tentang kehadiran Dheiya Arisha sahaja yang masih belum diketahui oleh Zaff. Firdaus masih mencari ayat untuk memberitahu Zaff.
Pada Tan Sri Syed Fahim pula masih belum dikhabarkan. Selain Zaff, daddynya adalah antara insan dan ahli keluarga yang paling rapat antara Firdaus. Dia juga tidak menyembunyikan apa-apa rahsia daripada daddynya. Semua diceritakan kerana daddynya seorang yang penyabar dan tidak cepat melatah. Setiap perkara atau tindakan yang Firdaus pasti akan didengar terlebih dahulu sebelum memberi pandangan.
Tidak seperti mummynya, Puan Sri Sy. Faridah. Mummynya itu terlalu cepat melatah dan satu lagi sikap yang kurang digemari Firdaus ialah mummynya terlalu mementingkan darjat dan harta seseorang. Hendak memilih calon isteri untuk dirinya pun perlu dikalangan keturunan Syed dan Syarifah. Contoh calon terdekat yang sering mummynya bangga-banggakan mestilah Sy. Emilina. Huh! Perempuan gedik tu. Dahlah gedik menggeletis, rimas Firdaus dibuatnya.
Karinna.. Entahlah dimana agaknya wanita itu. Puas Firdaus cuba menjejakinya, tapi hilang entah kemana. Cinta pertama sukar dilupakan. Begitulah cinta Karinna yang telah disemai bertahun sekian lamanya. Dia yakin gadis itu masih setia dengannya cuma sukar untuk Firdaus meyakinkan mummynya untuk menerima Karinna. Malah dia juga sudah berjanji, dia dan Karinna pasti akan bersama juga nanti.
" Eh Fir! Apa yang berangan tu? Kata nak aku temankan kau cari baju, cepatlah," gesa Zaff sekaligus mencantas lamunan panjang Firdaus.
" Okey, okey," kata Firadus.
1 comment:
hohoho byk girl ya. ni kiranna muncul, jgn dia tinggalkan dhiya plk.
Post a Comment