Firdaus bersiap-siap hendak ke pejabat. Hari ini dia mengenakan kemeja biru cair dan tali leher warna senada bersama seluar slack hitam. Wajahnya bersih daripada sebarang jambang. Manakan tidaknya, sebelum jambang itu mulai tumbuh meliar, dia sudah terlebih dahulu mencukur. Dia kurang gemar menyimpan jambang kerana bagi Firdaus jambang akan membuatkan dia tampak selekeh.
Itu pendapat dialah, orang lain tak tahu lah! Apa? Ingat orang yang takde jambang ni jambu ke? Eh! Tak tengok lagi kehensemen diorang tau!
Setelah bersiap, Firdaus menyemburkan minyak wangi Hugo Boss. Bau mulai semerbak memenuhi ke setiap genap ruang bilik tidurnya. Dia terus menuruni anak tangga sambil menjijit briesfcase dan kot hitam.
Dari situ lagi dia sudah mendengar bunyi pinggan berlaga dari arah dapur. Firdaus mengerut dahi. ' Aik! Aku tak cakap apa-apa lagi dia dah mula kerja? Bagus, mengikut arahan'. desis Firdaus. Dia mula mempamerkan riak wajah serius walaupun hatinya terasa semacam. Pelik!
Melihatkan Dhieya yang hanya mengenakan T-shirt lengan panjang warna biru dan seluar track berwarna hitam yang dibeli semalam, hatinya sedikit tidak keruan. Walaupun hanya berpakaian ringkas Dhieya tetap nampak comel dan cantik ditambah pula dengan kulitnya yang putih gebu. Isy! Fir apa yang kau merepek ni? Dia cuma hamba kau ajelah! bisik hati sombong Firdaus.
Sebaik sahaja nampak kelibat Firdaus, Dheiya menundukkan melarikan matanya dari terus memandang susuk tubuh Firdaus yang segak dan tampan pagi itu dengan mengenakan berkemeja lengkap bertali leher dan berseluar slack.
Dhieya menahan debaran didada. Rasa malu yang membahang sejak semalam masih lagi tebal terasa menempek diwajah. Dia pura-pura sibuk menghidangkan sarapan pagi buat putera idaman wanita yang kacak lagi tampan ni. Firdaus terus melabuhkan punggungnya di kepala meja dan pantas Dhieya terus menyapu butter dan jem pada roti bakar. Dia langsung tidak menegur Dhieya.
Air milo dituangkan di dalam cawan. Firdaus terus menikmati hidangannya tanpa mempelawa Dhieya bersama. Melihatkan sikap dingin dan wajah serius Firdaus, Dhieya terus menyusun langkah menuju ke dapur.
" Ada I suruh you pergi?" tanya Firdaus memecah kesunyian pagi itu. Dheiya tersentak apabila lelaki itu bersuara.
" Saya ada kerja sikit di dapur. Lagipun saya tak nak ganggu awak sarapan," balas Dheiya takut-takut. Gerun melihat wajah yang sentiasa serius itu.
" Tak payah, duduk sini kejap I nak cakap sikit," tegang suara Firdaus. Dhieya perlahan-lahan menapak ke kerusi bersebelahan lalu terus duduk.
Firdaus tergelak dalam hati melihat wajah Dhieya yang takut dan sedikit gelabah apabila dia bersuara. Comel! Comel bila tengok muka dia tengah gelabah, bisik Firdaus nakal. Menyedari Dhieya sudah duduk sambil tertunduk, dia terus memepamerkan wajah serius.
" You tahu you punya tugas kan ?"
Dheiya mengangguk.
" Angkat muka you bila I tengah cakap!" bentak Firdaus keras.
Dheiya terkejut mendengar suara keras Firdaus.
" Maaf," ucap Dheiya memandang wajah Firdaus namun hanya seketika dia mengalihkan matanya memandang rambut pacak Firdaus yang kemas stylo itu.
Firdaus senyum sinis.
" Baguslah. Jadi hamba abdi I dalam rumah ni. Kan? Macam bibik pun boleh jugak. Itu untuk bayar hutang you pada I, so ikut apa yang I cakap. Faham?" kata Firdaus angkuh.
Dhieya mengangguk, " Saya faham".
Firdaus memandang sekeliling penthouse kemudian dia menyambung lagi, " I nak you cuci setiap ceruk ruang rumah ni. Bilik hari-hari you bersihkan, I tak nak ada sebarang habuk
pun. You jaga rumah ni macam you jaga diri you sendiri. Kalau ada apa-apa barang dalam rumah ni pecah, you just wait and see what punishment would you get," ujar Firdaus sedikit mengugut.
Dhieya telan liur. Setiap ceruk rumah ni? Yalah aku kan hamba abdi dia, lirih Dhieya dalam hati. Firdaus menghabiskan sarapannya lalu terus bangkit dari kerusi. Dheiya turut bangkit dari kerusi. Kot hitam disarungkan ke tubuhnya yang tegap dan tinggi lampai itu. Dheiya telan liur. Pemandangan sebeginilah yang tak mahu dilihatnya. Pasti jantungnya berdebar tak tentu arah. Dia melarikan pandangannya.
" Kenapa tak nak pandang? Malu? Or you takut jatuh hati pada I?" serkap Firdaus selamba. Bertambah merah pipi Dhieya menahan malu yang teramat.
' Kalau dah tahu lagi mahu tanya. Kalau mana-mana perempuan pun mesti jatuh hati tengok tuan aku yang memang dah hensem tahap kronik ni!'
Tanpa pamitan Firdaus melangkah menuju ke pintu rumah.
" Err.. awak! Thanks sebab belikan baju dan barang-barang lain untuk saya," kata Dheiya malu-malu. Harap-harap dia tak ungkitla 'adik-adik' aku yang dia beli semalam.
" It's okay. Oh! Lupa pulak nak tanya yang 'adik-adik tu boleh pakai tak?" selamba Firdaus berkata membuatkan wajah Dhieya bertambah merah. Pipinya sudah tidak terkata merahnya. Malunya lagi-lagi bertambah tebal.
Ayark! Malunya ya Allah!
Firdaus tersenyum sinis tanda-tanda tidak terkesan langsung dengan apa yang dikatakannya namun hatinya siapa yang tahu. Betapa kencangnya jantungnya sebaik melihat wajah merah malu Dhieya yang comel tu.
Dia terus melangkah pergi meninggalkan Dhieya yang masih lagi diselubungi rasa malu yang teramat. Dheiya terus masuk lalu mula mengemaskan hidangan sarapan Firdaus. Di dapur tidak sudah-sudah dia tersenyum malu.
Malu! Malu! Tak tahu mana nak letak muka bila Firdaus balik nanti.
Firdaus yang keseorangan dalam kereta sportnya tidak henti-henti tersenyum dari tadi. Lucu bila mengingatkan wajah Dhieya yang gelabah dan yang dia suka wajah Dhieya yang malu.
Merah sungguh wajah dan pipi comel gadis itu.
Comelnya! Tak sangka aku rupanya still ada lagi perempuan yang cute miut mcam tu lagi. Dheiya! Dheiya! Kesian pulak tengok dia yang terlampau malu sangat tadi. Hahaha.. Syok jugak usik dia.
Amboi Firdaus ni, nakal ekk dia?
----------------------------------------------
Sehinggalah tiba ke pejabat, bibir Firdaus masih tersenyum. Sukar untuk melupakan insiden pagi tadi. Beberapa orang kakitangan pejabat yang berpapasan dengan Firdaus pun terpinga-pinga melihat wajah riang boss mereka pagi itu. Hairan, belum pernah mereka lihat boss mereka tersenyum lebar speerti itu. Hah! Dah kena sampuk dengan hantu senyum mana lah agaknya tu.
" OMG! Yat, kau tengoklah tu, boss handsome dah sampailah! Eh dia siap senyum lagi. Oh! Handsomenya! Mahu terlentok aku kat sini," kata Ada gedik. Yat pun sama tergedik suka sakan melihat jejaka pujaan hati yang tersenyum menggoda memandang mereka sebentar tadi.
" Alahai Ada, kau ingat kau sorang je lentok? Aku dah rasa nak gugur jantung ni tau tak bila dia tegur and senyum kat kita tadi. Selama ni mana pernah dia senyum macam tu. Hai, tak tidolah aku malam ni," ujar Yat mengada.
Hai, kalau dah namanya kawan baik, memang sehati sejiwalah. Perangai pun lebih kurang sama aja. Gedik!
Zaff terpempan melihat Firdaus yang masih tersengih-sengih dari tadi. ' Pehallah pulak dengan kawan aku sorang ni? Tersengih-sengih macam kambing. Nasib baik kambing ni hensem'.
" Oit! Sengih-sengih, tak penat ke? Aku pulak yang rasa pipi aku ni letih senyum je," sergah Zaff menepuk bahu Firdaus.
Firdaus tersentak. Dia menjeling tajam. Hisy mamat nenek! Kacau ajelah.
" Kau tak boleh bagi salam ke kalau nak tegur aku?" marah Firdaus.
" Hehe.. Sorrylah. Okey! Okey! Assalamualaikum Fir. Kau kenapa sengih-sengih macam kambing suka sakan ni? Boleh kongsi?" gurau Zaff . Dia ketawa perlahan melihat wajah cemberut Firdaus.
" Agaknya mulut kau ni memang tak pernah makan kasut aku yang hitam berkilat ni kot? Suka suki kau aje panggil aku kambing. Kau tu bukan kerbau menguak kat tepi jalan? Cakap orang, hempuk kepala kau kang!" Firdaus menjeling tajam Zaff. Geram betul dengan kawannya yang sorang ni.
Aku senyum salah, dikatanya aku kambing suka sakan. Kang aku tak senyum muka masam mencuka, dia kata aku macam orang utan sembelit. Masalah betullah!
" Hehe.. gurau je lah. Tu pun nak ambik hati. Kau ni asal (kenapa) happy sangat ni?"
" Nape? Aku tak boleh senyum? Salah?"
" Lah aku tak kata pun salah, cuma nak tahu je. Kau ni mana mudah senyum, sengih lebar sensorang macam ni," kata Zaff.
" Biarlah. Kau sibuk nak tahu apesal? Ni rahsia aku je," ujar Firdaus angkuh.
" Eleh kau berlagak pulak".
Firdaus tidak membalas kata-kata Zaff. Dia lebih senang mendiamkan diri sambil membelek-belek fail yang baru sahaja diberi oleh Zaff sebentar tadi.
Malaslah dia nak bagitahu kat Zaff. Dia bukan boleh sangat. Nanti macam-macam pulak dia usik aku.
Hisy! Dhieya.. Dheiya.. Comellah!
2 comments:
kwang kwang kwang. hahaha mmg blushing abis la dhiya. mmg la nakal firdaus ni. hohoho igt dia gan dhiya je muka serius rupanya gan suma org kecuali family n best friends je dia mesra eh.
hahahaha... memang pun.. gan dheiya je tunjuk muka grg serius..
memang blushing gila dheiya...
yg penulis ni pun blushing gak tapi nak jugak wat part sweet+malu ni..
nanti org bace tersengih-sengih..
haha
Post a Comment