Firdaus menekan punat
alat kunci Nissan Skyline GTR di porch banglo milik keluarganya.
Pintu rumah dikuak
dari dalam. Muncul
wajah Aria yang
ceria menyambut dia
dimuka pintu.
“ Along!” jerit
Aria girang lalu
terus berlari memeluk
abangnya. Firdaus tersenyum
melihat keletah Aria
yang manja dengannya.
“ I
miss you so
much along!”
“ You
miss me? But
I did not
miss you,” gurauan
Firdaus membuatkan Aria
mencebik geram. Dia
menjeling Firdaus.
“ Jangan kawan
dengan Aria lima
minit!” rajuk Aria
memuncung. Firdaus ketawa.
Muncul Fahmi, Tan
Sri Syed Fahim
dan Puan Sri
Sy. Faridah antara
mereka.
“ Kamu berdua
nak berkelah makan
kat sini ke?
Kalau macam tu
jomlah ambik kerusi
meja semua berkelah
kat sini,” perli
Tan Sri Syed
Fahim.
“ Mana ada.
Daddy tengoklah along
ni. Saja je
nak buat Aria
geram tau!”
“ Padanlah muka!”
sampuk Fahmi giat
mengusik.
“ Sudahlah tu.
Kamu bertiga ni
kalau mummy laga
kepala tiga-tiga kang
nanti. Dah Fir
masuk. Kita dinner
sama-sama. Jangan layan
sangat adik-adik kamu
ni,” ujar Puan
Sri Sy. Faridah
lalu terus masuk
ke dalam.
“ Ni adik
along merajuk dengan
along lagi ke ni?”
usik Firdaussambil mencuit
Aria yang masih
masam berpeluk tubuh.
Aria sememangnya manja
dengan Firdaus berbanding
dengan kembarnya yang
sangat suka mengusik.
“ Dahlah along.
Biar dia merajuk
kat sini sorang-sorang. Nanti adalah
yang berbaju putih
tu nanti temankan
dia,” giat Fahmi
mengusik sambil memeluk
mesra bahu Firdaus.
Mereka berdua ketawa
berdekah-dekah melihat raut
wajah Aria yang
berubah cuak.
“ Bye
Aria. Jaga-jaga tau,”
giat Firdaus lagi
terus masuk bersama
Fahmi. Mereka berdua
ketawa besar. Seronok
mengenakan adik perempuan
mereka yang sememangnya
penakut.
Takde kerja betul
abang-abang ni!
Aria ketap bibir
menahan geram. Dia
menghentak kakinya. ‘Benci
betul ada abang
yang macam ni!’
gerutu Aria geram
dalam hati. Matanya
meliar memandang kawasan
luar rumah yang
sedikit gelap dan
suram. Dia telan
liur melihat kawasan
perumahannya yang sunyi
sepi terletak diatas
bukit.
Eei! Takut!
Mereka menikmati hidangan
makan malam dengan
suasana yang cukup
ceria. Puan Sri
Sy. Faridah seronok
melihat anak-anaknya menikmati
makanan kegemaran masing-masing
hasil dari air
tangannya sendiri. Sanggup
dia mencemar duli
masuk ke dapur
memasak untuk makan
malam bersama keluarga
kecilnya sambil dibantu
oleh tukang masak.
Senyuman sentiasa
tersungging dibibir tua
Tan Sri Syed
Fahim dan Puan
Sri Sy. Faridah
melihat anak-anak mereka
seramai tiga orang
sibuk berceloteh itu
dan ini. Bisingnya
mengalahkan ada anak
sedozen! Pot-pet cot-cet mulut
Aria berceloteh bercerita
itu dan ini
kepada Firdaus. Sekali-sekala
Fahmi menyampuk.
“ Along tahu
tak kat sana
kan ada minah salih
tu nak tackle Fahmi.
Sampai Fahmi ni
menyorok ajelah kat
mana-mana. Arialah yang
terpaksa jadi mangsa
jadi kaunter pertanyaan
kat sana. Rimas
tau,” coceh Aria
bercerita.
“ Alah Fahmi
kan hensem, mestilah berebut
orang nakkan Fahmi.
Sana sini orang
tarik tau. Aria jeles cakap
je lah,” ujar
Fahmi selamba.
“ Eleh Fahmi
ni. Berlagak konon,
cakap besar. Yang
asyik menyorok aje
kenapa bila nampak
minah salih tu? Perasan betullah,”
cebik Aria tidak
pauas hati.
“ Alah tu
pasal Fahmi ni
malu. Mana boleh
tayang suka-suka hati
aje muka Fahmi
yang hensem ni”. Tak
nak mengaku kalah
si Fahmi ni.
“ Alah kau!
Kau tu hensem
sikit je. Along
lagi hensem banyak!
Jangan nak perasan
sangat !” kata Firdaus
tak mahu mengaku
kalah. Aria ketawa
melihat wajah cemberut
Fahmi.
“ Along ni
seboleh-boleh tak nak
jugak kalah dia, “
rungut Fahmi.
“ Hey mestilah.
Mana boleh lawan
abang. Langkah bendullah
nanti,” selamba Firdaus
membalas. Aria mengerut
dahi. Merapu betul
along aku ni.
“ Along ni
mengarutlah! Langkah bendul
apekebendanya. Kalau
nak tau sapa lagi
hensem tu hah! Mestilah
daddy, kan daddy?
Kalau takde daddy,
along gan Fahmi jangan
nak beranganlah nak
dapat mewarisi kekacakan
daddy sampai mummy
sayang giler lah kan.
Kan mummy?” Aria
menjeling memandang mummy
dan daddynya ketawa
melihat mereka.
Puan Sri Sy.
Faridah hanya menggeleng
kepalanya. Macam-macamlah! Pandai
betul tu pusing
cerita kaitkan orang
lain pulak.
“ Betullah tu.
Fir dengan Fahmi
jangan perasan sangat.
Ni hero mummy
ni lagi hensem
tau dari anak-anak
bujang mummy ni.
Berebut dulu mummy
dengan mak uda
kamu nakkan daddy
kamu ni,” kata
Puan Sri Sy.
Faridah mengiakan kata-kata
anak perempuannya.
“ Alih-alih daddy
pilih mummy jugak
kan?” sampuk Aria
girang melihat wajah mummynya
merah menahan malu.
Firdaus dan Fahmi
ketawa melihat wajah tersipu-sipu
mummynya apabila diusik
sebegitu rupa.
“ Kamu semua
ni pandai betul
usik-usik mummy ya.
Tengok tu dah
merah dah kamu
usik,” sampuk Tan
Sri Syed Fahim.
Tersenyum dia melihat
wajah isteri kesayanganya.
“ Ececeh
daddy, pandang mummy
macam ada something aje.
Hah! Ada pape planning
malam ni ke?”
giat Fahmi mengusik
mummy dan daddynya.
Firdaus ketawa besar.
“ Eh korang ni
bodek-bodek mummy dengan
daddy ni ada
pape ke? Tengok
ni mummy, daddy
adelah tu yang
dua ekor ni
nak,” Firdaus menjeling
adik-adiknya penuh makna.
“ Alah along
ni buat spoil
je lah. Baru
nak tengok mummy
dengan daddy malu-malu,
blushing-blushing. Kacau ajelah.
Mana ada bodek-bodek
kan Fahmi?” muncung
Aria. Matanya tajam
menjeling alongnya.
“ Aria, kita
ada ekor ke?”
soal Fahmi sengaja buat-buat lurus bendul.
“ Mana ada,”
kata Aria sambil
menjenguk belakangnya. “
Kalau kita ada
ekor, orang tu
pun ada ekorlah
jugak. Siap ada
tanduk sekali kat
kepala tu kot.
Macam makhluk yang
suka makan pisang
tu. Sebijik muka
dia macam orang
yang ada kat
sebelah Fahmi tu,”
usikan Aria membuatkan
Firdaus mengetap bibirnya.
“ Oh ek?
Monyet memang ada
tanduk kepala dia?”
tanya Firdaus sambil
mengangkat keningnya memandang
Aria.
“ Eh Aria
orang tu tahu
pulak menatang tu
monyet. Sedara dialah
tu,” sampuk Fahmi.
Suka benar dia
mengusik orang. Aria
ketawa besar mendengar
ayat daripada mulut Fahmi.
Mummy dan daddynya
ketawa melihat wajah
cemberut Firdaus.
“ Haahlah! Dah
kawan dia, kenallah!”
sambung Aria lalu
ketawa. Sampai berairlah
matanya kerana banyak
ketawa. Firdaus ketap
bibir.
‘Cis sengal punya
adik! Dia kenakan
aku! Firdaus menjeling
tajam lalu menyepak
kaki Aria di
bawah meja. Tangannya
menarik perlahan telinga
Fahmi yang sedang
meneguk air. Tersedak
pemuda itu.
“ Padan muka!”
Aria mengetap bibir.
Dia menjelir lidahnya.
Firdaus mengetuk tangan
Aria menggunakan sudu
yang dipegang. Aria
mengetap bibir menahan
geram lalu tangangnya
pantas menepuk perlahan
lengan alongnya. Fahmi
menggunakan sudu dan
garfu yang dipeganngnya
lalu mengetuk tangan
Aria dan Firdaus.
Mereka berdua memandang
Fahmi sambil mengetap
bibir. Fahmi menyengih.
Tan Sri Syed
Fahim menggeleng.
“ Sudah!
Apa ni main
ketuk-ketuk depan rezeki.
Nak mummy hantukkan
kamu bertiga?” muka
garang dipemerkan Puan
Sri Sy. Faridah.
“ Along yang
mulakan dulu”.
“ Betul! Along
yang buat!” Fahmi
menyahut mengiakan kata-kata Aria.
“ Sudah Fahmi!
Fir pun satu,
dengan Aria pun
nak gaduh. Peninglah
kepala mummy ni”.
“ Dahlah makan
semua. Jangan gaduh-gaduh.
Nanti dah tak
comel dah muka
heroin daddy ni,”
selamba Tan Sri
Fahim mengusik. Firdaus,
Aria dan Fahim
mengekek ketawa melihat wajah terkulat-kulat mummy
mereka.
“ Ni lagi
satu. Pandai pulak
bodeknya. Tahulah saya
mana Aria dengan
Fahmi dapat genetik
ni,” selamba Puan
Sri Sy. Faridah
membalas usikan suaminya.
“ Eh abang
pulak. Kalau tak
kerana muka hensem+bodek ni,
takdelah awak dapat
saya tau,” usik
Tan Sri Fahim
lagi.
“ Betul tu
daddy. Fir setuju!”
sokong Firdaus lalu
memberi hi-fi kepada
daddynya.
“ Kesian mummy.
Takde sape nak back-up
dah,” sampuk Fahmi
tersengih-sengih.
“ Aria kan
ada?” pantas mummynya
menjawab.
“ Aloh! Aria
jugak ke? Aria
dah KO ni.
Takde idea. Malam
ni kita kasik chance
daddy and the
gang menang
ye mummy? Lain
malam tarak ar!”
Firdaus mencebik meluat.
Aria menjelir lidah.
Fahmi mengangkat kedua
tangannya. Mengalah. Den tak
nak masok campor!
“ Dah-dah makan,”
----------------------------------------------------------------
Firdaus mendail nombor telefon penthouse. Sekali, dua kali berdering barulah ada orang mengangkat.
" Assalamualaikum, helo," sahut suara lembut di hujung talian.
" Waalaikumussalam, Dheiya I ni," ujar Firdaus memperkenalkan diri.
" Oh awak. Kenapa ya?"
" You buat apa?"
" Saya rehat kejap sambil tengok berita. Kenapa?" tanya Dheiya sekali lagi.
" Oh yeke? Takpelah. Saya tahu awak rindukan family awak".
" Okey. I got to go. See you at home," ujar Firdaus bersedia menamatkan panggilan walaupun hatinya tidak mahu. Dia masih mahu mendengar suara Dheiya.
Walau baru sekejap berpisah dengan Dheiya, dia sudah berasa sesuatu yang lain menggamit hatinya untuk menelefon gadis itu.
Isy! Apa kena dengan aku ni? Angau ke? Mengarut! Takkanlah!
" Okey. Enjoy with your family. Take care," ucap Dheiya. Firdaus mengerut dahi. 'Pandai pulak dia speaking'
" Err.. okey. Thanks for that. You ada nak pesan apa-apa tak?" tanya Firdaus lagi.
" Takde pape pun. Terima kasih sebab ambik berat," kata Dheiya. Bibirnya tersenyum sendirian.
" Kalau takde apa-apa, I pergi dulu. Okey bye. Assalamualaikum," ucap Firdaus lalu terus mematikan talian. Tidak sanggup berlama-lama, khuatir akan ada perasaan lain yang terbit di hatinya yang sudah tak betul sejak kebelakangan ini.
" Waalaikumussalam," jawab Dheiya perlahan lalu terus meletakkan cordless phone bewarna silver itu ke tempat asalnya.
Dia mengukir senyuman manis saat mengenagkan perbualanya tadi. Dia sedar, sejak akhir-akhir ni, Firdaus sudah sedikit berlembut denganynya. Wajahnya tidak lagi serius dua puluh empat jam. Sekali sekala terpamer wajah tenang. Mungkin aura kahwin kot. Ah! pandai-pandai aku je buat kesimpulan.
3 comments:
a'ah aura kawin, terus jadi lembut hati. hehe kembar ni mmg sweet lah. garang ke mak dorang ni? huhuhu hope bapak dorg dpt pujuk.
twins ni bnyk back up dheiya.. ayah die pun same gak..
cuma mak dia aje... phm2 la..
materialistik...
huhu..
hehe ni yg tak sabar nak baca next ni. cpt2 ya.haha xcted nak baca part family fir dah kenal dhiya.
Post a Comment