' Hurm.. Sementara nak menunggu Tuan Harimau tu balik baik aku mandi dulu, belengas badan dah ni ' kata Dheiya dalam hati.
Dia terus menuju ke bilik mandi untuk membersihkan badannya. Hurmm.. busuk!
Firdaus meraup wajahnya yang lesu keletihan kerana bebanan kerja yang menimbun di pejabat. Punat kunci Nissan Skyline GTR ditekan. Firdaus melangkah menuju ke lif yang hampir tertutup lalu pantas kakinya melajukan langkah. Pintu lif terbuka. Firdaus tergamam melihat empat orang lelaki bersongkok dan berbaju melayu berada di dalam perut lif.
Firdaus menarik nafas perlahan. ' Takkan ni pegawai pencegah maksiat kot? Ah! sudah! Bala mana pulak datang. Ni mesti si Dheiya ni keluau ke mana-mana sampai orang kawasan rumah dah tahu aku ada simpan perempuan. Balik nanti siaplah kau Dheiya!' bentak Firdaus marah. Dia cuba menahan rasa amarahnya yang sudah dirasakan naik ke kepala. Bila-bila masa sahaja pasti akan meletus namun ditahan sahaja melihatkan beberapa lelaki yang berada bersama.
Tak boleh jadi! Aku mesti siasat. Tak mungkin Dheiya ingkar arahan aku. Aku dah bagi amaran pada dia tapi takkanlah... Argh!
" Err.. Assalamualaikum, maaf tumpang tanya encik semua ni sebenarnya siapa ye?" tanya Firdaus menyebuk. Bukan nak menyebuklah, nak pastikan aje!
" Waalaikumussalam. Oh! Sebenarnya kami ni semua pegawai Jabatan Agama Islam. Kami dapat aduan daripada penduduk sini yang mengatakan ada pasangan bukan muhrim yang bersekedudukan. Sudah menjadi tanggungjawab kami untuk membanteras kegiatan maksiat. Encik tak tahu ke?" pegawai itu menjwab sekaligus bertanya kembali sambil tersenyum manis.
Firdaus menelan liur.
" Err.. Maaflah! Saya tak tahu apa-apa pun. Selalunya saya pagi-pagi lagi dah keluar pergi office, malam-malam macam ni baru balik. Orang bujang pulak tu Sebab tu saya tak ambil tahu sangat," nafi Firdaus. Dia melemparkan senyuman kepada pegawai itu untuk menutup pembohongan yang telah dilakukan.
" Oh! Tak mengapalah".
Firdaus merenung nombor yang tertera pada kotak kecil di dinding lif. Satu persatu angka itu berambah menandakan lif bergerak ke tingkat atas. Tidak lama kemudia pintu lif terbuka di tingkat 12. Pegawai-pegawai tersebut terus keluar dari lif selepas memberi salam kepada Firdaus.
Fuh! Nasib baik! Firdaus menarik nafas lega. Ternyata sangkaannya meleset sama sekali. Tidak mungkinlah orang dikawasan penthouse ini tahu tentang Dhieya. Dia yakin yang Dheiya mendengar arahannya.
----------------------------------------------
Dhieya terkocoh-kocoh bersiap
saat dia terdengar
pintu rumah dibuka
dan ditutup.
' Mesti dia
dah balik ' bisik
Dheiya.
Pantas dia membuka
pintu bilik lalu
terus menuju ke
ruang tamu saat
melihat Firdaus menghempaskan
tubuhnya ke sofa.
Terpandangkan wajah Firdaus
yang terlalu serius
dan masam bak
kedondong yang memang
tak masak terus
dimatikan hasratnya untuk
menghampiri lelaki itu
sebaliknya dia menuju
ke dapur untuk
mengambil air masak.
' Mesti dia penat ' monolog Dhieya
lagi, sendiri.
Firdaus mengeluh perlahan.
Kusut sungguh kepalanya
disaat ini. Memikirkan
kejadian di dalam
lif tadi sungguh
membuatkan dia tidak
senang duduk. Sepanjang
perjalanannya tadi melangkah
menuju ke pintu
rumah, sudah diperahkan
otak untuk mencari
jalan penyelesaian.
Tiada
jalan lain yang
terlintas difikirannya selain
yang satu itu.
Tangan yang kasar
dan gagah itu
meraup wajah tampannya.
Masih difikirkan bagaimana
dia hendak menyuarakan
rancangannya kepada Dhieya.
Argh! Kusut betullah!
Pantas gelas yang
berisi air putih
itu dibawa ke
ruang tamu menghampiri
Firdaus. Dheiya telan
liur. Menggeletar tangannya
untuk menhulurkan gelas
itu. Firdaus yang
menyedari kehadiran Dhieya
mengangkat wajahnya memandang
Dheiya dengan wajah
yang cukup serius.
Dhieya tertunduk lalu
dengan tangan yang
menggigil dihulurkan juga
gelas itu.
" Air a..wak,"
ucap Dhieya terketar.
Firdaus mengambil tanpa
banyak soal lalu
diteguk air putih
itu dengan rakus.
Dia menyerahkan semula
gelas itu kepada
Dheiya. Pantas kaki
gadis itu terus
ingin melangkah menuju
ke dapur.
' Tak sanggup aku
nak tatap muka
serius dia lama-lama ' kata Dhieya
namun tiba-tiba..
" Tunggu dulu.
I nak cakap
sikit," Firdaus bersuara.
Dhieya terkelu. Dia
memaling wajah. Firdaus
memberi isyarat menyuruhnya
duduk. Firdaus masih
merenungnya dengan pandangan
yang cukup tajam
sehinggakan Dhieya berasa
tidak selesa duduk
di sofa itu.
" You ada
dengar apa-apa cerita
kat kawasan penthouse
ni?" soal Firdaus
serius.
" Tak ada,"
jawab Dhieya pendek
sambil menggeleng. Dah
tentulah aku tak
dengar apa-apa cerita,
kan dia dah
bagi warning awal-awal kat
aku jangan keluar
rumah. Takkan itu
pun dia tak
ingat. Dia lupa
kot.
"
Sure?" tekan Firdaus
lagi. Sengaja dia
berbuat begitu, nak
tengok wajah cuak
dan menggelabah Dhieya
yang comel itu.
Dah lama rasanya
aku tak usik
dia kan? bisik
Firdaus nakal.
" Betul. Saya
tak tahu apa-apa.
Kan encik jugak
yang tak benarkan
saya keluar dari
rumah ni," ujar
Dhieya jujur. Wajahnya
takut-takut memandang Firdaus
yang serius tapi..
eh nampak macam
dia nak senyum
aje kat aku.
Isy! Biar betul?
Jangan perasanlah Dhieya!
" Baguslah, awak
masih ingat warning I but, kalau
keadaan ni berterusan
you dan I
akan dapat masalah
yang besar," Firdaus
memandang Dhieya mencari
reaksi gadis itu.
Dhieya mengerut dahi.
Tak paham.
" Err.. Saya tak
faham. Apa maksud
encik yang kita
akan dapat masalah
yang besar?"
"
You want to
know? Really? You
tahu tak sekarang
ni kawasan penthouse
ni dah jadi
target JAIS. Ada
couple yang yang
bersedudukan kat tingkat 12
itupun sebab dapat
aduan daripada penduduk
kat kawasan penthouse
ni. Sebelum ni
mana pernah ada
JAIS datang. Shit!
Kalau orang kat
sini tahu yang
I simpan you
kat rumah habis
I! Mana I
nak letak muka
kalau I kena
tangkap nanti dengan
you!" wajah Firdaus
jelas tegang dan
menahan kemarahan yang
meluap-luap.
Dhieya telan liur.
Maknanya, dia nak
lepaskan aku? Tak
mungkin, sebab aku
kena bayar hutang.
Tapi tak mustahil
kalau dia nak
jual aku balik
pada Victor keparat
tu atau mana-mana...
Ya Allah! Bantulah
hamba-Mu ini. Aku
tidak mahu masuk
ke lembah hina
itu. Berhadapan dengan
manusia yang sungguh
keji. Ya Allah,
aku mohon ya
Allah.
Dhieya menahan air matanya hampir
menitis apabila terfikirkan
akan segala kemungkinan
itu.
" Jadi, encik
nak jual saya
semula pada Victor?"
tanya Dhieya sayu.
Cuba menaha sebak
agar tidak terlalu
kelihatan cengeng dimata
lelaki itu.
Firdaus berkerut dahi.
" Buat apa
I nak jual
you balik kalau
I beli you
dulu? Bodohlah I!
Belum tentu si
Victor bodoh tu
akan pulangkan 50
ribu tu balik".
Dhieya tertunduk. Dalam
diam dia kembali
bersyukur kerana sangkanya
dia akan dijual
kembali. Dia cuba
mengesat air matanya.
Ya tak ya
jugak, kenapalah aku
tak fikir macam
tu tadi. Dhieya,
Dhieya.
Firdaus menggelang kepalanya.
Macam manalah minah
ni boleh fikir
macam tu? Lembap
betullah.
Mata lelaki itu
curi-curi memandang wajah
mulus melepak Dhieya
yang sedikit merah.
Mata, hidung dan
yang paling membuatkan
dia menelan liur
berkali-kali adalah bibir
Dhieya yang merah
merekah dan mungil
itu. Semuanya merah. Menangis
aje!
" I dah
fikir. Hanya cara
ini aje yang
boleh selamatkan keadaan,
tapi macam yang
dijanjikan ia cuma
sementara dan sampai
masanya I akan
lepaskan you bila
semuanya dah selesai," putus
Firdaus membuat keputusan.
Dhieya terkedu. Segala-galanya ditangan
lelaki itu. Dia
hanya mampu pasrah
dan akur.
" Apa caranya?" bisik
Dhieya perlahan lalu
tertunduk.
"
We have to
get married as
soon as possible!" laju perkataan
itu meluncur keluar
dari bibir Firdaus.
Dia terkedu dengan
tindakannya. Wajahnya sedikit
merah.
Ah! Aku tengah
lamar Dhieya ke
tadi?
What?
Kahwin?
Dhieya tercengang memandang
wajah Firdaus atau
lebih tepat lagi
anak mata Firdaus
yang bewarna kelabu!
--------------------------------------------------
Firdaus menongkat tangannya
pada palang besi
di balkoni biliknya
sambil matanya menala
ke arah langit
yang dihiasi bintang-bintang yang
cukup meriah. Tetapi
tidak semeriah hatinya.
Dia berasa was-was
dengan keputusannya.
‘ Betul ke apa
yang aku buat
ni? Macam mana
aku nak explain
nanti kat daddy,
Zaff and of course
dengan mummy. Daddy dengan
yang lain mungkin
aku boleh kompromi
tapi mummy? Huish!
Confirm dia
akan tentang habis-habisan. Argh! Peninglah!
Tapi kalau aku
tak buat macam
ni lagi masalah
besar akan datang.
Aduh! Takkan aku
nak tarik balik kot?
Tak-tak. Tak boleh. Nanti
apa
pulak kata Dheiya
nanti? Isy! Apasal aku
nak kene fikir
pasal dia pulak?
Arrghhh!!! Memang jiwa
kacau betullah!!
Firdaus meraup wajahnya
perlahan. Dia menarik
nafas panjang berkali-kali
untuk menenangkan hati,
akal dan perasaannya
yang sedang kacau-bilau
ni.
Apa si Dheiya
tu fikir tadi
masa aku cakap
nak ajak dia
kahwin? Tadi pun dia
diam
aje pastu terus masuk
bilik. Seronoklah agaknya
kot? Kan? Takkanlah tak
suka nak kahwin
dengan orang hot dan
popular macam aku ni? Ah!
Fir kau ni
memang mamat perasanlah!
Nampaknya memang terpaksalah
aku kahwin dengan
minah gelabah tu. Dah
takde cara
lain.
Fir,
you are not
bachelor anymore. Get ready!
---------------------------------------------
Dhieya berpusing ke
kiri. Tak kena! Berpusing
ke
kanan. Tak selesa!
Dia terlentang. Lagilah tak
selesa!
Isy! Apa kena
dengan aku ni? Selalu
kalau
kepala cecah aje
kat bantal ni
tak sempat nak tarik selimut
ke apa dah
masuk mimpi dah. Tapi
malam
ni mata ni
degil pulak. Lawan tuan!
Takkanlah sebab penangan
lamaran yang tak
romantis daripada jejaka
tampan kat luar
tu yang sampai
aku tak boleh
tidur? Yelah tu. Kot? Aduh! Ya
Allah!
Bantulah hamba-Mu ini
ya Allah. Berilah aku
petunjuk.
Dhieya pantas bangun
daripada pembaringannya lalu
perlahan menapak ke
pintu bilik.
Tombol dipulas
pantas langkahnya di
atur ke bilik
air untuk berwuduk.
Dia ingin melakukan
solat sunat.
Usai solat sunat
taubat dia melakukan
solat hajat lalu
diikuti pula dengan
solat sunat istikharah.
Dia masih ingat
lagi pesan arwah
Ibu jika kita
di dalam keadaan
keliru atau dilema
sesuatu perkara, eloklah
melakukan solat sunat
istikharah meminta petunjuk
daripada Allah S.W.T.
kerana hanya Dialah
yang telah menentukan
segala-galanya. Insya-Allah pasti
Allah akan membantu.
Usai menunaikan solat
sunat itu, Dhieya
terus berbaring dikatil.
Tubuhnya mengiring ke
kanan menghadap kiblat
sambil telapak tangan
kanannya diletakkan dipipi
kanannya. Itu adalah
cara tidur mengikut
sunnah Rasulullah S.A.W.
Dia masih terkebil-kebil. Perlukah dia
bersetuju dengan ‘lamaran’
lelaki itu? Tapi jikalau
dia ingkar pasti
mereka mendapat susah
kelak.
Bagaimana pula nanti
dengan penerimaan keluarga
lelaki itu jika
dia bersetuju menerima
Firdaus? Dia yakin
lambat-laun dia perlu
berhadapan dengan keluarga
lelaki itu yang
datang daripada kalangan
orang yang terkenal
dan hebat. Sudah semestinya
tidak pantas dengan
status dirinya yang
langsung tidak punya
apa-apa jauh sekali
harta dan pangkat
yang menjadi kebanggaan
manusia akhir zaman.
Mampukah dia menghadapi
tentangan daripada keluarga
lelaki itu? Dan Firdaus,
akan adakah berada
disisinya bersama?
Ah! Sukar untuk
ditafsirkan segala persoalan
yang menari di
minda.
Ya Allah! Aku berserah
segala-galanya kepada-MU ya
Allah. Jikalau ini
adalah qada’ dan
qadar untukku, jodohku
yang kau telah
pilih di Loh
Mahfuz, aku redha
ya Allah. Aku
mohon kau berilah
kekuatan kepadaku untuk
menempuh dugaan yang
bakal kau titipkan
untukku.
Amin Ya Robba’lamin.
2 comments:
hadei la melamar. hahaha mmg tak romantik. tapi bagus la firdaus fikirkan jugak pasal agama? or org jabatan agama. hehe. selamat la tak kena tangkap basah. wat suspense je tadi. hehe. bijak firdaus bijak.
tak nak la main tgkap basah..
nanti klise lak ini crite..
Post a Comment