Dheiya terjaga awal pagi ini saat dia terdengar laungan azan sayup-sayaupan kedengaran. Pilu hatinya mengenangkan nasib diri. Entah apa yang akan berlaku. Tidak sudah-sudah ditimpa malang.
'Astghafirullahalazim! Apa yang aku cakap ni? Tak sepatutnya aku cakap macam tu. Mungkin ini adalah qada' dan qadar yang Allah dah tuliskan untuk aku. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Aku pasti akan ada sinar kebahagiaan untuk aku pada suatu hari nanti, tapi entah bila. Apakah Allah mengutuskan insan bernama Firdaus itu untuk membantuku? Entah. Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui'.
Dhieya memejam mata rapat. Segera dia terus menuju ke bilik air yang terletak berhampiran dengan dapur kering. Usai mandi, dia berwuduk dan mengenakan pakaian semalam sementelah semalam Pakcik Bakar terus menariknya keluar daripada rumah itu. Hanya kad pengenalannya masih tersimpan rapi dalam kocek baju kurungnya semantelah dia baru sahaja mengeluarkan duitnya dari akaun simpanan sebanyak RM 200.
Selesai berwuduk dia memandang ke arah sekalilingnya, mencari-cari kain yang boleh dibuat tutup kepala dan kakinya untuk bersolat. Dia membuka almari pakaian, yang ada hanyalah sehelai tuala sederhana besar dan kain kapas berwarna putih.
" Kain kapas? Buat apa ni? Ah! Tak kisahlah. Janji ada benda nak tutup aurat aku masa nak solat nanti," kata Dheiya sendirian.
Terus tuala itu diikat pada kakinya untuk menutup kaki dan kain kaps putih itu dijadikan untuk menutup rambutnya yang terdedah. Namun dia terlupa.
" Mana arah kiblat?" tanya Dheiya pada diri sendiri.
' Nampaknya aku terpaksa tanya dialah. Takkan aku nak pakai solat je' getus Dhieya.
Terus dia meleraikan tuala dan kain kapas itu lalu terus menuju ke tingkat atas. Perlahan-lahan dia melangkah. Matanya sedikit jakun melihat keadaan sekeliling yang dirasakan terlalu mewah pada pandangan orang miskin seperti dirinya.
" Bilik mana ya?"
Dia terus mendekati pintu bilik pertama. Entahlah dia cuma mengikut gerak hatinya. Perlahan-lahan pintu bilik itu diketuk.
Firdaus yang masih lagi hanyut dibuai mimpi terjaga. Dia mendengus kasar.
" Hisy! Kacau ajelah. Manusia mana entah kacau aku pagi-pagi buta ni!" marah Firdaus.
Dia melangkah perlahan menuju ke daun pinta. Tombol dipulas. Tersembul wajah polos gadis yang sedikit ketakutan. Wajah gadis itu tertunduk.
" Hah! Nak apa? Kacau orang pagi-pagi buta ni," marah Firdaus. Rimas dia pula memandang wajah polos itu.
" Maaf saya ganggu encik, cuma saya nak tanya mana arah kiblat. Saya nak solat subuh, takut nanti terlepas pulak," kata Dhieya perlahan. Dia sedikit gugup melihat wajah masam mencuka Firdaus.
Firdaus berdecit perlahan. ' Kiblat? Mana ekk?' Itulah dah lama sangat tak solat, kiblat kat rumah sendiri pun lupa. Firdaus meraup wajahnya yang kusut lalu segera keluar dari biliknya.
" Ikut I," arahnya. Dhieya mengikut langkah Firdaus menuju ke bilik yang baru sahaja dihuninya.
Sejadah yang terdampar di atas katil setelah diletakkan oleh Dhieya tadi dicapai oleh Firdaus. Dia segera membentangkan sejadah itu. Setelah selesai, tanpa berkata apa-apa dia dengan selamba terus keluar dari bilik itu.
'Argh! Ngantuknya!' jerit Firdaus dalam hati sambil menutup mulutnya yang menguap tadi.
Dhieya hanya terkebil-kebil seketika disitu.
'Dia terus keluar macam tu aje? Takkan tak nak tanya macam mana aku nak solat? Hum, takpelah. Ada tuala dengan kain ni pun dah cukup. Duit yang aku keluarkan petang semalam tu pun ada, boleh beli telekung nanti bila aku nak keluar, tu pun kalau dia izinkan' bisik Dhieya dalam hati.
Dhieya terus menunaikan kewajipannya yang satu itu. Diakhir solatnya dia berdoa moga Allah memberinya petunjuk untuk mencari jalan keluar dari kepompong gelap ini dan bermohon agar dilancarkan segala urusannya kini.
2 comments:
hadeh tu betul ke tak kiblat yg firdaus tunjuk tu. dah la mamai lagi. hahaha abis lah.
hahaha... betul la tu kot...
tu la dah lama tak sujud...
hehehe
Post a Comment