}

~ Welcome to my novel's - part of my blogs! ~

Heyp!
You!
Yes!
Jangan lupa baca tau!
Best...comment!
Tak best pun comment jugak!
Cetusan dari minda yang sangat kuat berangan!
Peluk dan sayang to my darlings!!

sincerely,
~ Zara Dania Wanee ~

Saturday 29 October 2011

Bertaut Kasih: Bab 2

" Hye Fir!! What' up?"  tegur Adif  sambil  menjabat  tangannya  bersama  Firdaus.  Firdaus  hanya  tersenyum  sinis  memandang sahabatnya  itu.

"  Kau  apesal  lambat?  Takkan  nenek kau  nak  beranak  kot?"  balas  Firdaus  pedas.

Relax  la bro.  Takyah  lah  nak  marah-marah.  Macamlah  aku  tak  pernah  lambat  sebelum  ni".

"  Sayang,  janganlah  marah-marah  macam  ni.  Spoil  mood  je  la,"  rengek  Tiara  manja  sambil  tangannya  mengusap  lembut  dada  Firdaus.

Adif  hanya  tersengih.  'Pompuan  ni  kalau  pujuk,  tok  imam  pun  tergolek'.  Mata  Firdaus  memandang  Tiara  tajam.  Tiara  tergelak  manja  sambil  memeluk  erat  tubuh  Firdaus  yang  sasa  itu.

Adif  dan  Firdaus  sudah  dikelilingi  ramai  gadis-gadis  kelab  The  Heaven  yang  seksi-meksi  itu. Seorang  gadis  terus  menarik  Adif  ke  ruang  tengah  pentas  sambil  menari  rancak.  Firdaus  pula  lebih  selesa  duduk  daripada  menari  walaupun  sudah  berkali-kali  Tiara  mengajaknya.

Sudah  lama  Tiara  berusaha  untuk  mendekati  lelaki  bernama  Syed  Firdaus  Hakimi  ini.  Setiap  kali  lelaki  ini  berkunjung  ke  kelab  malam  ini,  dia  sudah  bersiap  untuk  melayan  lelaki  itu  walaupun  hanya  sekadar  layanan  biasa  sahaja.  Lelaki  itu  sukar  untuk  didekati.  Lihatlah,  sudah  beberapa  lama  Firdaus  menjadi  pengunjung  setia  kelab  ini,  masih  belum  pernah  dia  meniduri  lelaki  itu.  Alasannya  itu  bukan  cara  hidupnya  walau  sebebas  dan  seliar  mana  pun  dia,  Firdaus  tidak  akan  sesekali  meniduri  wanita-wanita.  Tujuan  dia  berkunjung  ke  kelab  malam  ini  hanyalah  sekadar  untuk  menghilangkan  tekanan  dan  mencari  keseronokkan.  Tiara  kagum  dengan  Firdaus  kerana  dia  langsung  tidak  menyentuh  arak.  Buktinya  pernah  sekali  dia  menyogok  minuman  keras  itu,  tetapi  Firdaus  memandangnya  dengan  pandangan  yang  cukup  tajam.  Sejak  dari  hari  itu  dia,  Tiara  tidak   berani  lagi  menyogok  minuman  keras  itu  kerana  khuatir  Firdaus  akan  beralih  arah  dan  langsung  tidak  datang  ke  kelab  malam  ini.  Victor  sudah  berpesan,  dia  harus  melayan  Firdaus  dengan  layanan  yang  secukupnya  supaya  pemuda  itu  tidak  akan  ke  kelab  malam  yang  lain.

Lelaki  ini  mempunyai  segala-galanya.  Wang.  Harta.  Rupa?  takyah  cakap.  Wajah  Firdaus  sememangnya  kacak  kerana  mix  blood  daripada  sebelah  ayahnya  yang  mempunyai  keturunan  Inggeris-Belanda.  Atuknya  seorang  mualaf  manakala  neneknya  berketurunan  Cina-Inggeris.  Sebelah  ibunya  berketurunan  Melayu  tetapi  mempunyai  darah  campuran  Arab.  Kemana-mana  sahaja  Firdaus  melangkah,  pasti  ada  mata-mata  yang  memandangnya.  Aura  Firdaus  cukup  kuat  sebagai  seorang  Mr.Right  kata  orang.  Perempuan  setiasa  keliling  pinggang.  Aset  Firdaus  itulah  yang  amat  menyukarkan  Tiara  untuk  mengikat  Firdaus.



Anak  mata  Firdaus  yang  kelabu  itu  sungguh  seksi  dan  mengancam  apbila  ditenung  lama-lama.  Bibrnya  merah  merekah  tanda  tidak  merokok.  Hidungnya  sedikit  mancung.  Kulitnya  putih  kemerah-merahan.  Lesung  pipitnyalah  yang  paling  mahal  sekali.  Awuuww!!  Boleh  bayang??

Aset  yang  dimiliki  oleh  lelaki  ini  juga  berjuta-juta.  Untunglah  siapa  yang  dapat  Firdaus  ni  kan?  Bakal  pewaris  Merida  Holdings,  sebuah  syarikat  perhotelan  yang  terkenal  di  seluruh  dunia.  Rangkaian  hotelnya  sudah  memasuki  benua  Eropah.  Negara  Asia  sudah  pun  dijajah  Merida  Holdings.

Sikap  playboy  Firdaus  inilah  yang  amat  menyusahkan  jiwa  Tan  Sri  Syed  Fahim  dan  Puan  Sri  Sy.  Faridah.  Anak  lelaki  tunggal  mereka  masih  leka  berfoya-foya  sedangkan  umur  sudahpun  mencecah  29  tahun.

Tiara  masih  memikirkan  cara  untuk  menjinakkan  buaya  seperti  Firdaus  agar  lelaki  itu  jatuh  ke  dalam  genggamannya.  Sukar  untuk  menjinakkan  lelaki  ini  kerana  sentiasa  dikelilingi  wanita-wanita  hebat  terutama  Sy.  Emilina.  Setakat  gadis  GRO  seperti  dirinya,  setakat  suka-suka  bolehlah  kot  bagi  Firdaus.

"  Hye  sayang!  you  nak  pergi  mana?"  rengek  Tiara  manja  apabila  lelaki  itu  sudahpun  berdiri.  Tangannya  memeluk  erat  lengan  Firdaus  sambil  mengucup  pipi  jejaka  itu.

"  Sorry,  I've  got  to go,  honey.  Next  time  I  datang  lagi  okey?"  pujuk  Firdaus.  Dia  membalas  pelukan  erat  di  pinggang  Tiara  lalu  mengucup  lembut  dahi  gadis  itu.  Dia  memberi  isyarat  kepada  Adif  lalu  laju  langkah  kakinya  keluar  dari  kelab  malam  itu.

2 comments:

Yong said...

hurm kena tukar ni zara, bapak dia tak dak darah arab, kena tukar biar ada darah arab. br blh letak syed. but still rasa mcm ombak rindu la.huhuhu sorry sorry.

ZaraLily said...

sorry kalau nmpk kelemahan..
baru je try menulis...
sebenarnya zara terlupa tulis yg mmg ayh firdaus ada drah arb tapi bau-bau bacang sikit... syed tu just ikut keturunan.. nak crite complicated skit...
hehehe....