Dhieya Arisha..
Seindah namanya..
Secantik orangnya..
Penampilan luaran tidak semestinya mencerminkan kehidupan
seseorang itu. Walaupun namanya bak secantik pendengaran,
kehidupannya tidak seindah mana.
Pemergian ibu tersayang meragut seluruh jiwanya.
Hilang tempat berkasih.
Hilang jua tempat bermanja.
Pada siapa jua hendak mengadu nasib setelah diri ini terbiar sebatang kara.
Pada ayah tirinya?
Sudah tentu tidak!
Walhal hanya insan itu yang diharapkan untuk melindunginya tetapi insan itu juga yang merosakkan hidupnya.
Pakcik Bakar seorang kaki judi dan suka berhutang menyebabkan
ibu menderita selama 15 tahun. Suami yang diharapkan menjadi
tempat berlindung telah mencurah racun yang cukup perit.
Menderita dek sikap buruk suami.
Dhieya mengelap air matanya. sudah sebulan ibu pergi, sebulan
jugalah dia berendam air mata. Setiap malam dia terlalu takut
melihat bayangan tubuh Pakcik Bakar yang sudah pasti akan
menerkam mangsanya bila-bila masa sahaja.
Pernah suatu ketika, Pakcik Bakar pulang dalam keadaan mabuk.
Sebaik sahaja dia terlihat paha Dhieya yang putih gebu terus
dia menerkam. Mujur ada ibu yang memukul tubuh Pakcik Bakar.
Hampir separuh nyawa Pakcik Bakar memukul ibu. Dhieya hanya
memeluk tubuh ibu sambil teresak-esak.
'Pang'
Dhieya terkejut mendengar bunyi pintu yang dihempas kuat.
tahulah yang Pakcik Bakar sudah pulang. Dia duduk diam tidak
berkutik di dalam bilik. Mengharap agar Pakcik Bakar terus
lupa akan dirinya. Namun belum sempat berdoa, Pakcik Bakar
terus menendang pintu bilik Dhieya. Hampir tercabut pinta itu
dikerjakannya. Dhieya terkejut. Melihatkan muka bengis Pakcik
Bakar membuatkan dia menjadi takut.
'Ya Allah! Selamatkanlah hamba-Mu ini! Bnatulah aku ya Allah!'
" Hei Dhieya! Kau ikut aku sekarang!" tengking Pakcik Bakar.
Dhieya menggeleng-gelengkan kepalanya.
" Apa? Kau degil ya? Kau jangan nak cari pasal, kang
penampar ni naik kat muka kau! Cepat ikut aku!" herdik lelai
tua itu lagi. Pantas tangannya menarik kasar lengan gadis berusia 20 tahun itu. Dhieya mengaduh kesakitan.
" Aduh! sakit pakcik. Pa..Pakcik nak bawak Dhieya pergi mana?" tergagap-gagap Dhieya bertanya.
" Hei! Kau tak payah sibuk nak tahulah! Cepat ikut aku!"
Pakcik Bakar terus mengheret Dhieya apabila gadis itu masih
kaku ditempatnya. Kepalanya kusut memikirkan hutangnya dengan
Victor. Kemana-mana dia pergi pasti balaci Victor sentiasa mengekorinya supaya dia tidak lari daripada membayar hutang. Dia sudah tiada jalan lain, dia
perlu menjual Dhieya kepadaVictor si bapak ayam itu. Hutangnya
automatik langsai. Bodohlah kalau Victor menolak ayam kampung
yang segar seperti Dhieya ni.
Dhieya meronta-ronta perlahan namun sepantas kilat tangan Pakcik Bakar hinggap dipipinya.
'Pang!'
" Sekali lagi kau tak duduk diam, aku tampar bagi mampus macam mak kau!" herdik Pakcik Bakar.
Tersedu-sedu Dheiya mengalirkan air mata. Sakit kerana penampar
yang diterima. Sakit juga apabila melihat sebuah kereta mewah
dan beberapa orang lelaki yang bengis yang sudah berdiri di situ.. Dia sudah dapat
mengagak pasti dia akan dijual kepada bapak ayam. Beberapa
hari lalu dia ada mendengar perbualan Pakcik Bakar yang sudah
berjanji untuk menjual dirinya akibat bebanan hutang yang terlampau banyak.
Dhieya ditolak kasar ke dalam kereta lalu beberapa orang
lelaki turut menaiki kereta yang sama. Mulutnya ditekup dengan
kain. Dhieya tidak berdaya untuk melawan tetapi hatinya
merintih kesakitan.
'Ya Allah, tolonglah hamba-Mu ini. Selamatkanlah aku dari
manusia durjana ini! Aku mohon ya Allah' rintihnya dalam hati.
Perlahan-lahan matanya mulai layu. Pasti klorofom yang diletakkan pada kain itu memberi kesan kepada Dheiya.
1 comment:
urm macam gaya ombak rindu plk. ok ok i will read the next chapter hope it is different. tp jgn plk lemah semangat nak menulis ya. keep it up
Post a Comment