Dhieya duduk berteleku di atas sofa empuk berwarna merah garang. Dia diam tidak berkutik. Takut untuk menetap wajah serius Firdaus sejak dari dalam kereta lagi. Dari sana jugalah dia langsung tidak mendengar suara Firdaus.
Firdaus duduk di sofa berhadapan dengan Dhieya. Tangannya di rapatkan lalu menongkat dagunya. Matanya masih tajam memandang wajah putih mulus Dhieya.
Tidak tahan dengan keadaan sepi sebegini, Dhieya bersuara perlahan.
" Kenapa encik beli saya?"
'Oh! Ada suara rupanya perempuan ni. Ingatkan bisu tadi. Aku saja je diam, nak tengok reaksi dia macam mana'
" Kenapa? I rasa you tak perlu tahu. I cuma nak tanya pada you, macam mana you nak bayar balik duit I 60 ribu tu?" tanya Firdaus tiba-tiba.
" Kalau saya perlu bayar berkali ganda kepada encik, saya rela bekerja di sana. Saya bukan orang kaya yang banyak duit macam encik." jawab Dhieya perlahan.
Firdaus tergamam. 'Berani betul dia sindir aku'.
" Oh! You nak sindir I? Kalau macam tu, I jual ajelah you balik. Membazir duit I aje beli you. Hey! You patot bersyukur sebab I selamatkan you daripada tempat jahanam tu. You belum tahu lagi realiti tempat macam tu. You sanggup ke setiap malam kena layan, jual badan you pada jantan yang berlainan? Sanggup ke?" jerkah Firdaus.
Dhieya terkejut. Matanya mula berair. Pedih hatinya mendengar setiap bait kata-kata Firdaus itu. Tidak sanggup dia menjual tubuhnya semata-mata untuk mendapatkan duit. Maruahnya?
Bodoh betullah kau ni Dhieya. Orang dah tolong kau, kau sombong. Tak tahu bersyukur langsung.
Dhieya menarik nafas perlahan. Dia mengangkat wajahnya namun tidak terus memandang wajah yang serius itu.
" Encik, saya minta maaf sebab cakap macam tu pada encik tadi. Terima kasih pada encik sebab dah selamatkan saya. Saya janji saya akan tunaikan apa sahaja permintaan encik supaya lepas ni encik lepaskan saya," kata Dhieya perlahan.
Dia memandang wajah Firdaus namun hanya seketika. Dia tidak berani melawan panahan mata Firdaus yang tajam.
" Hurmm... Interesting. You ingat senang-senang ke I nak lepaskan you? You mampu bayar 60 ribu tu? But, since when you dah cakap sanggup tunai apa aja permintaan I, I akan pertimbangkan permintaan you but not now. Sekarang I dah letih, nak tidur, so next time lah kita bincang," balas Firdaus selamba lalu terus berdiri bangun untuk menuju ke biliknya.
" Ops! Lupa pulak. I ni bukanlah kejam sangat nak biarkan gadis cantik macam you ni duduk kat sini aja. Tu bilik you," Firdaus mengunjukkan bibirnya ke arah pintu bilik yang berdekatan dengan dapur. Dia terus melangkah menuju ke tingkat atas.
'Arh!! Letihnya!' rungut Firdaus.
Dhieya terkapai-kapai sendirian. Perlahan-lahan dia melangkah menuju ke arah pintu bilik yang telah ditunjukkan oleh Firdaus tadi. Melihatkan suasana bilik itu, dia mengucapkan syukur lalu terus merebahkan tubuhnya ke tilam empuk itu. Matanya perlahan mulai layu. Terasa malam ini merupakan suatu malam yang ajaib bagi dirinya. Hidupnya bakal berubah selepas ini tetapi tidak tahu berubah bagaimana. Dia pasrah. Semuanya Di serahkan kepada Allah.
1 comment:
good good. hehe baik betul firdaus ni. tapi apa sebenarnya rancangan dia ya?
Post a Comment