Tubuh Dhieya ditarik kasar. Dia meronta-ronta minta dilepaskan namun sebaliknya dia ditolak kasar ke atas tanah. Dia mengaduh kesakitan. Kain yang menutupi mulutnya dibuka.
Victor tersenyum puas melihat habuan depan mata. Tidak perlu susah-susah membuang duit untuk membeli anak ayam yang baru dan segar seperti Dheiya. Dia tersenyum sinis memandang Pakcik Bakar yang mematuhi janjinya.
" Bagus. Kau tak mungkir janji," kata Victor sinis sambil tangannya mengusap lembut pipi Dhieya yang mulus itu. Dheiya menangis ketakutan melihat wajah bengis dan sinis Victor.
" Aku dah janji dengan kau kan? Aku akan bayar hutang aku. Sekarang hutang aku sama kau dah selesai. Kau angkatlah ini perempuan. Aku gerenti dia boleh bagi kau untung," kata Pakcik Bakar angkuh.
Dhieya menutup mulutnya menahan tangisnya. Tidak sangka orang yang diharapkan untuk melindunginya sanggup menjual dirinya. Langsung tiada perikemanusiaan pada hati orang tua itu kepada yatim piatu seperti dirinya.
Victor menarik kasar dagu Dhieya. Matanya mencerlung tajam memandang Dhieya yang sedang menahan esak tangis.
" Sayang, kenapa nangis ni? Jangan risau, aku takkan sakitkan tubuh kau yang cantik ni," kata-kata Victor yang diikuti dengan ketawa yang menakutkan.
" Encik, tolonglah, lepaskan saya. Saya janji saya akan bayar hutang pakcik saya, tapi tolonglah lepaskan saya," rayu Dheiya agar ada rasa simpati pada lelaki bengis itu.
Kata-kata Dhieya itu membuatkan hatinya menjadi marah.
'Dah bapak kau hutang dengan aku senang-senang aje dia nak aku lepaskan'
" Apa? Kau nak lepaskan aku lepaskan kau? Hey! Bapak tiri kau dah jualkan kau pada aku, ingat senang-senang aku nak lepaskan kau? Kau mampu ke bayar hutang 20 ribu bapak tiri kau? Harga diri kau ni belum tentu cukup nak bayar hutang dia pada aku, tapi disebabkan kau ni cantik, dah tentu kau boleh bagi untung yang banyak kan?" kata Victor sambil mencekak kasar rambut panjang Dhieya.
Dhieya meraung kesakitan. Victor melepaskan genggamannya. Dhieya terus memegang kaki Pakcik Bakar sambil merayu dengan linangan air mata di pipi.
" Pakcik, tolonglah jangan jual Dhieya pakcik. Dhieya dah tak ada siapa-siapa lagi kat dunia ni selain pakcik. Tolnglah pakcik, Dhieya merayu sangat," rayu Dhieya.
Namun Pakcik Bakar terus menolak kepala Dhieya dengan kakinya. Benci sungguh melihat wajah yang merayu itu.
" Hye! Kau nak suruh aku bela kau ke? Kau tu hanya menyusahkan aku sama aja macam mak kau yang dah mampus tu! Daripada aku bela kau baik aku jual kau. Sekurang-kurangnya hutang aku dah langsai," herdik Pakcik Bakar kuat.
Seorang lelaki terus menarik Dhieya kasar daripada terus merayu kepada Pakcik Bakar. Tubuh Dhieya yang lemah longlai itu tidak berdaya melawan. Hatinya merintih pilu mengenangkan nasib yang kini terlalu seksa.
'Ya Allah ya Rahman, aku hambu-Mu yang hina ini memohon pertolongan daripada-Mu ya Allah. Selamatkanlah aku daripada manusia yang keji ini. Lindungilah aku ya Allah. Aku bermohon kepada-Mu ya Allah, aku bermohon' rintih Dhieya hiba.
--------------------------------
Firdaus melangkah menuju ke arah Skyline GTR miliknya mendengar esakan tangisan. Pantas matanya memandang ke arah suara itu tanpa apa-apa perasaan. Dia terus melangkah menuju ke arah keretanya namun sekali lagi langkahnya terhenti apabila melihat gadis itu masih lagi merayu bersama tangisan meminta dirinya dilepaskan.
Tiba-tiba, satu perasaan aneh menjalar ke tangkal jiwanya. Jiwanya meruntun simpati melihat gadis polos itu sebaik melihat wajahnya. Tanpa disedari, kakinya melangkah pantas menuju ke arah kawasan yang sedikit gelap itu.
" Bro, kenapa ni?" tanya Firdaus sambil menjengkitkan keningnya. Victor tersentak apabila disapa suara garau itu. Dia memandang ke arah pelanggan tetapnya itu.
" Encik Firdaus. Tak ada apa, cuma ini perempuan banyak nangis lah," jawab Victor selamba.
Sebaik mungkin Victor cuba melayan Firdaus dengan baik kerana Firdaus merupakan pelanggan tetapnya dan banyak memberi keuntungan dengan membawa ramai pelanggan baru ke kelab malamnya sehingga kelab malamnya menjadi terkenal. Kalau diikutkan hati mahu sahaja ditempik orang yang suka menyibuk namun memandangkan yang menegur itu adalah Firdaus dia terpaksa berpura-pura.
" Nangislah perempuan ni kalau you sudah kasar sama dia? Dia ayam baru you ka?" tanya Firdaus lagi. Mata kelabunya tajam memandang Dhieya.
Victor tersentak. Dia hanya mengiakannya.
" Encik, tolonglah lepaskan saya," rayu Dhieya lagi kepada Victor. Dhieya melarikan pandangannya daripada renungan tajam Firdaus.
" Orang tua ini jual sama you ka?" Firdaus bertanya lagi. Matanya tidak berpaling daripada memandang wajah mulus itu. Cantik walaupun berlinangan air mata dipipi.
" Berapa dia jual?" tanya Firdaus lagi tanpa sempat Victor menjawab soalannya tadi.
" Actually, ini orang tua sudah hutang sama saya 10 ribu. Dia tak boleh bayar, dia bagitahu saya suruh angkat dia punya anak tiri untuk langsaikan hutang," jelas Victor.
" I beli ini perempuan dari you 50 ribu, amacam?" kata-kata Firdaus itu mengejutkan Dhieya yang sedari tadi hanya diam membisu. Dhieya mengangkat wajahnya memandang wajah Firdaus itu. Dia seakan tidak percaya. Entah apa yang akan berlaku pada nasibnya selepas ini.
" Susahlah ini macam Encik Firdaus. Dia barang baru. Fresh lagi".
" I tak kira. I nak jugak perempuan ni. Kalau tak I tarik semua pelanggan you," ugut Firdaus apabila dilihat Victor seolah-olah cuba bermain tarik tali dengannya.
" Janganlah ini macam Encik Firdaus..," Victor mengeluh. Firdaus adalah seorang yang agak berpengaruh. Jika Firdaus benar-benar serius, pasti bisnesnya akan bangkrap.
" I tawar sekali aje. You nak jual perempuan ini atau tidak?" tanya Firdaus sekali lagi. Tegas.
" Encik Firdaus, I boleh kasik you Tiara. Dia dah lama syok sama you. Lagipun kalau you datang, dia selalu ada dengan you," pujuk Victor lagi. Amat sukar dia untuk melepaskan Dhieya pergi.
" I tak nak Tiara. I nak perempuan ni," kata Firadau tegas.
Victor tiada pilihan sebaliknya dia perlu juga menyerahkan Dhieya kepada Firdaus. Lagipun jika difikirkan balik, dia mendapat lebih habuan yang lumayan apabila Firdaus membeli Dhieya denga harga 50 ribu, malah lebih banyak daripada hutangnya.
Firdaus menarik Dhieya ke sisinya. Matanya masih mencerlung tajam memandang ke arah Victor dan Pakcik Bakar silih berganti. Biarlah dia rugi sekalipun, asalkan kehendak hatinya puas.
" I beli perempuan ni dari you 50 ribu. Lebih daripada hutang yang orang tua ni kena bayar. You tak boleh kacau perempuan ni. Kau, aku bayar kau 10 ribu dengan syarat kau tak boleh muncul lagi dalam hidup perempuan ni. Kalau kau jumpa dia, kau jangan dekat dengan dia. Dia milik aku," tegas Firdaus berkata. Dia perlu berbuat demikian untuk memastikan Dhieya tidak lagi diganggu kerana dia mempunyai agenda yang lain
Semuanya berlaku dengan pantas. Proses jual beli sudah selesai. Dhieya hanya memandang tanpa perasaan. Air matanya sudah kering untuk menangis lagi. Dia tiada daya dan tenaga untuk merayu lagi. Dia rela. Pasrah menerima takdir Tuhan jika inilah perjalanan hidupnya yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T.
1 comment:
ok ok not bad. hehe lain sikit.
Post a Comment