Firdaus terjaga dari tidurnya apabila mendengar bunyi sesuatu datang dari arah dapur.
'Apelah yang perempuan buat pagi-pagi ni? Semak kepala betullah!' bebel Firdaus.
Dia terus melangkah bangun apabila jarum jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi. 'Huh! nasib baiklah hari ni hari Ahad'
Dia melangkah longlai menuju ke bilik mandi. Usai mandi, dia mengenakan pakaian seluar jeans biru tua dan T-shirt Polo berkolar berwarna maroon. Kasual dan ringkas.
Perlahan-lahan dia melangkah menuruni anak tangga lalu terus menuju ke arah dapur. Matanya menatap figura tubuh gadis itu yang berdiri tegak dihadapan kabinet dapur.
" You buat apa ni?" sergah Firdaus serius.
Dheiya tersentak. Nyaris dia hampir melatah akibat terlalu terkejut. Mukanya pucat sedikit.
Firdaus hampir ketawa melihat wajah pucat Dhieya itu namun segera ditahan. 'Terkejutlah tu'. Sengaja dia mempamerkan wajah seriusnya.
" Ma..maaf. Sss...saya nak buat sarapan tt...tapi takde ape. Ma..maaf sebab kacau awak," ujar Dhieya tergagap-gagap.
Firdaus mengangkat keningnya. Dia mengeluh perlahan. Memandang wajah Dhieya mengingatkan tentang agenda yang perlu dia laksanakan.
" Nevermind. Ikut I jap, nak cakap sikit," arah Firdaus lantas terus berlalu pergi menuju ka ruang tamu.
Dhieya terus melangkah perlahan mengikuti langkah Firdaus. Dia duduk berhadapan dengan Firdaus saat lelaki itu memberi arahan. Dia duduk diam tidak berkutik. Kepalanya ditundukkan tidak berani menentang pandangan tajam itu. Firdaus hanya memandang wajah mulus dihadapannya.
'Cute jugak perempuan ni' desis Firdaus nakal. Matanya beralih ke tubuh Dhieya yang dibaluti baju kurung semalam.
" Nama you apa?" tanya Firadus memecah kesunyian antara mereka.
" Dhieya," jawab Dhieya perlahan. Sedikit gugup dengan Firdaus. Entah mengapa dengan lelaki ini dia gugup. Mungkin kerana wajahnya yang sentiasa serius dan langsung tidak pernah tersenyum kut.
" Dia?"
" Err.. Bukan Dia. D-H-E-I-Y-A, Dhieya. Nama saya Dheiya Arisha Arshad," balas Dhieya sambil mengangkat wajahnya memandang ke hadapan.
'Dheiya Arisha. Cantik' sebut Firdaus dalam hati.
" Umur?"
" Err.. 20 tahun bila masuk bulan Oktober ni".
" Oh! Family?"
" Saya anak tunggal. Ayah dah meninggal masa saya umur 5 tahun. Ibu..... baru meninggal bulan lepas," kata Dhieya sedikit sebak apabila menyebut perkataan Ibu. Ya Allah! Rindunya aku pada Ibu.
" Orang tua tu bapak tiri you?"
Dhieya mengangguk pantas menyambung, " Ya. Ibu kahwin dengan Pakcik Bakar masa umur saya 11 tahun sebab masa tu Pakcik Bakar ambil berat sangat pasal arwah Ibu, Ibu pun terimalah Pakcik Bakar tapi lepas dah kahwin......," Dhieya berhenti. Nafasnya sedikit tersekat.
Pilu mengenangkan penderitaan yang ditanggung oleh Ibu selama menjadi isteri kepada Pakcik Bakar. Dia tidak terkecuali turut menerima tempiasnya. Sakitnya apa yang ditanggung masih dapat dirasakan saat ini.
" It's okay. Tak payah cerita. None of my business. Tahu siapa I?"
" Err... Encik Firdaus, kan?" jawab Dhieya yakin dan tidak yakin.
Firdaus tersenyum sinis.
" Semua orang kenal I siapa. But nevermind, disebabkan mood I baik hari ni, I tak kisah kalau you tak kenal siapa I," balas Firdaus sinis.
Sebelum Dheiya membuka mulut, Firdaus pantas menyambung.
" I nak cakap dengan you sikit. I tak nak you keluar dari penthouse ni kalau I takde. I tak nak orang kat sini tahu you ade kat sini. Berapa lama you kene duduk sini terpulang pada I. Kalau ada apa-apa, call I guna telefon rumah, nanti I bagi my phone number kat you tapi ingat kalau ada kecemasan aje. Faham?" jelas Firdaus panjang lebar. Dia perlu berbuat begitu cuma memastikan tidak timbul masalah kemudian hari.
" My parents tak tahu pasal you. Diorang takde kat sini, ada kat UK. Minggu depan my parents balik, so, I tak selalu balik rumah ni. Kalau ada masa I akan datang sini but make sure tak ade sorang pun tahu you ada kat sini. So, behave yourself. Tak kisahlah you nak anggap apa diri you ni sebagai misstres I sekalipun tapi untuk bayar hutang you, you kenelah jadi hamba abdi I kat sini. Faham?" sinis suara Firdaus menutur ayat. Pedihnya terlalu menusuk dikalbu.
'Hamba abdi?'
Dheiya mengangguk kepala. Tahulah dia tidak akan dilepaskan sewenang-wenangnya. Pasti akan dijadikan alasan kerana budi yang ditabur. Akurlah kini dia telah masuk ke dalam mulut buaya. Belum tentu nasibnya akan baik selepas ini.
Hamba abdi? Sebegitu rendah taraf dirinya sebagai orang miskin, yatim piatu yang tidak punya apa-apa, sekadar maruah diri yang masih dipertahankan. Begitukah menjadi orang kaya? Menggunakan wang yang banyak untuk menindas orang miskin seperti dirinya. Menggunakan kuasa dan pengaruh yang ada untuk memiliki apa yang diingini.
Dheiya cuba menahan air mata yang bertakung ditubir mata. Pedih hatinya. Pilu jiwanya mengenangkan nasib dirinya kini.
" I nak keluar. You duduk rumah, jangan nak merayau kemana-mana. Nanti I balik, tak payah tunggu. Kalau nak makan you tengoklah apa yang ada kat dalam fridge or kebinet dapur tu," selamba Firdaus berkata tanpa menghiraukan langsung perasaan Dhieya.
Pantas langkah kakinya terus melangkah ke muka pintu lalu pintu itu dikunci. Dheiya menarik nafas perlahan lantas air mata pun laju menuruni pipinya. Menangisi nasib diri sudah tidak berdaya. Kini dia hanya pasrah saja pada ketentuan takdir Ilahi.
2 comments:
alamak ai cm gini plk, firdaus igt perangai ok la. i imagine dhiya ni mcm lisa surihani.cute.hehe
mula-mula aje prangai firdaus ni annoying sikit.. berlagak.. tapi tunggu la bila dia dah sangkut nanti dengan Dheiya... berkepit je nanti..
hahaha...
Post a Comment