“ IRISH!!” jerit marah Zikry Haiqal sebaik sahaja kelibat gadis itu muncul di matanya. Naik mendidih darahnya melihat betapa mesranya kekasihnya itu memeluk lengan seorang lelaki yang tidak kurang hebatnya berbanding diri dia.
Merah wajah
Zikry Haiqal menahan
rasa marah dan
merah juga wajah
Irish Elenna apabila
dia sudah terkantoi
dengan lelaki itu
ketika bersama kekasih
barunya. Kekasih barunya
yang bernama Kaif
itu terpinga-pinga.
“ Darling…”
“
Oh! Sebab nilah you langsung
tak lawat I kat hospital
ya? You lari
dan biarkan I
kena belasah malam
tu? I tunggu
you, I call you
banyak kali macam
orang bodoh rupanya
you tengah bersedap-sedap dengan
jantan ni?!” tengking
Zikry Haiqal kuat.
Dia tidak peduli
apa tanggapan orang.
Yang penting, hatinya
terasa sungguh sakit.
“ Darling.. I
can explain it..
please…” lengan Zikry
Haiqal cuba dicapai
namun direntap kuat
oleh lelaki itu.
“
Tak payah! I don’t want
to hear anything
from you!! I
tak sangka you
rupanya perempuan murahan!!
You dengar sini
ya! Kita putus!
Okay? Putus! Over!” tengking
Zikry Haiqal kuat
seraya terus berlalu
dari situ.
Dia terus menghempaskan pintu keretanya kuat sebaik sahaja dia meloloskan diri ke dalam. Sakit sungguh hatinya. Dia menyangka Irish setia dengan dirinya, tidak akan pernah curang, rupa-rupanya hanya plastik semata-mata. Selama ni dia langsung tidak peduli dengan cerita-cerita yang dimomokkan oleh adik-adik perempuannya, tapi kini kenyataan terbentang di depan mata.
Bodoh sungguh
dia! Langsung tidak
menyedari diri sendiri
dipermainkan. Buta kerana
cinta! Biarpun dia
tidaklah terlalu menyintai
Irish, tetapi perasaan
sakit hati kerana
dipermainkan masih berbekam
kuat di dada.
Argh!! Pergi
jahanamlah pompuan macam tu!
Setakat muka macam
tu, bersepahlah dekat
KL ni! Aku
tak hadap sangat
lah pompuan murah macam
tu!
###
“ AWAK?”
“
Err.. awak?!” Damya
dan Zikry Haiqal
berpandangan angin sendiri
sebelum ketawa kecil
meletus antara mereka.
Jumpa lagi aku
dengan mamat kerek
ni?! Ingatkan dah
pupus dah!
“
Awak buat apa
dekat sini?” tanya
Zikiry Haiqal. Matanya
terarah pada beberapa
bungkusan plastik pakaian
mewah yang di
pegang oleh Damya.
Hilang sudah ‘kau,
aku’ panggilan dari
lelaki itu yang
kini diganti dengan
‘saya, awak’. Boleh pun
cakap baik-baik dengan
aku!
“
Saya kerja dekat
sini. Tu dekat
De’Paradise Boutique. Awak
pulak?” soal Damya
kembali setelah pertanyaan
Zikiry Haiqal di
jawab. Senyuman masih
terukir dibibirnya. Terpaku
Zikry Haiqal seketika.
“
Sini bukan kawasan
larangan kan? So,
sesiapa pun bebas
jalan masuk sini,”
Zikry Haiqal mengigit-gigit bibirnya
seraya dalam hati mengutuk-ngutuk dirinya
yang terlepas cakap.
Bodoh! Bodoh! Berubah wajah
Damya. ‘Eei! Kerek
gila mamat ni!
Aku tanya elok-elok,
jawab elok-elok tak
boleh ke?’
“
Takpelah! Saya pergi
dulu!” Damya pantas
meminta diri. Makin
lama berdepan dengan
anak raja kerek
ni makin berapi
lahar kegeramannya.
“ Eh! Awak! Sorry! Sorry! Saya minta maaf sebab mulut ni celupar pulak hari ni. Maaf ya!” ucap Zikry Haiqal sungguh-sungguh. Terpancar rasa bersalahnya. Dia melemparkan senyuman sehingga jelas kelihatan giginya yang putih bersih.
Damya tersenyum
tawar. Kelat. “ It’s
okay. Saya tak
kisah pun!”. Damya
terus memulakan langkahnya
untuk berlalu namun
sempat ditahan oleh
Zikry Haiqal.
“
Awak! Boleh saya
tau nama awak?”
pertanyaan Zikry Haiqal
itu sedikit memeranjatkan
Damya. Ha’ah ek!
Dah tiga kali
aku terserempak dengan
mamat ni tapi
dia langsung tak
kenal aku.
“
Saya Damya. Nur
Damya!” jawab Damya
seraya terus menyambung
langkahnya meninggalkan Zikry
Haiqal yang terkaku
di tempat mereka
berdiri. Malaslah aku
nak layan mamat
ni! Baik aku
cepat kalau tak free
aje kena fire dengan
Rozy yang tak
berapa elok angin
dia hari ni!
Damya? Damya? Wait.. wait! Bukan perempuan ni ke yang Adam bagitau aku yang tolong aku bawak ke hospital minggu lepas kan? Damya?! What the… kenapalah aku ni lembap sangat baru tau nama dia ni??
Zikry Haiqal
tersedar dari monolognya.
Dia memandang ke
sekeliling mencari kelibat
Damya yang sudah
hilang dari pandangannya.
Aikk?! Mana dia
pergi? Dah hilang
dah? Cepatnya!! Laju
kakinya melangkah mencari
nama butik tempat
Damya berkerja.
Pandangannya terarah
pada seorang gadis
berambut paras dada
yang disepit kemas
di tepi rambut
dengan penyepit rama-rama
yang sederhana besar,
berkemeja putih dan
berseluar slack sedang
ramah berbual melayan
pelanggan. Senyuman manis
setia meniti di
bibir mungil itu.
Dia senyum senang! She’s
so sweet! Langkahnya diatur
masuk ke dalam
butik lalu dia
disapa mesra oleh
seseorang yang memakai
tag bernama Fika.
“ Selamat datang ke De’Paradise Boutique. Boleh saya bantu encik?” Fika sudah mula memainkan peranannya sebagai pekerja yang paling berdedikasi dengan lenggok suara yang paling lembut sekali dan senyuman yang dimaniskan.
Rozy terpaku
melihat gerangan jejaka
yang datang. Matanya
sedikit terbeliak saat
figura terkenal itu
berada di depan
matanya. Serta-merta angin
gediknya menukar angin moody
yang melanda dirinya
sejak pagi tadi.
“
OMG! Engku Zikry
Haiqal!! I’m glad to
meet you here!”
jerit Rozy dengan
gediknya. Didi dan
juga Marliya turut
teruja dengan kehadiran
lelaki kacak lagi
smart itu. Kalah
Aaron Aziz tau!
Damya turut menoleh ke arah jeritan suara Rozy yang sememangnya kuat dan tinggi. Terkejut beruk dia apabila mata Zikry Haiqal tajam memandang ke arahnya. ‘ Apahal mamat ni datang sini?’
Tersedar dengan keadaan sekeliling, Zikry Haiqal terus beredar dari butik itu memandangkan beberapa wanita sudah menggerumuninya membuatkan dia berasa rimas lebih-lebih lagi si sotong yang asyik terjerit-jerit memanggil namanya.
“ Sorry! I’ve
got to go!”
“
Alaa!! Dia dah
pergi! Ni semua
korang punya pasallah!
Dia blah macam tu
aje! Rimas dengan
koranglah ni! Sibuk aje!” Rozy menyalahkan Fika, Didi dan Marliya kerana kepergian Zikry Haiqal. Terus angin moody menyerangnya kembali. Masam cemberut wajahnya.
koranglah ni! Sibuk aje!” Rozy menyalahkan Fika, Didi dan Marliya kerana kepergian Zikry Haiqal. Terus angin moody menyerangnya kembali. Masam cemberut wajahnya.
“ Eleh! Tak padan dengan sotong! Ada hati cakap kita yang salah! Takde maknanya lah lelaki
handsome tu nakkan dia!” kutuk Fika geram. Diikuti teman setianya turut mencebik. Damya hanya mengangkat bahu tanda malas mahu masuk campur. Lantaklah! Yang penting mamat tu tak datang dekat aku!
###
“ NO MAMA! Zik tak
setuju!” bantah Zikry
Haiqal keras namun
masih mampu mengawal
ton suaranya.
“ Zikry
sayang, ini untuk
kebaikan Zik jugak.
Mama yakin gadis
ni terbaik untuk
Zik. Percayalah cakap
mama ni sayang,”
pujuk Datin Engku
Zahira sambil tangannya
mengusap-usap bahu anak
lelaki tunggalnya itu.
Dia tahu Zikry Haiqal ini amat degil orangnya, sama degil sepertinya menurut kata Datuk Engku Zahran. Jadi dia perlu menggunakan reverse psychology untuk melembutkan hati anak terunanya. Kalau usaha dia ini tidak menjadi, terpaksalah dia meminta bantuan suaminya dengan menggunakan kuasa dan ugutan yang pasti Zikry Haiqal tidak dapat menolak.
“ Mama selalu cakap calon yang mama jumpa tu baiklah, sopanlah, semua ada. Bila jumpa? Indah khabar dari rupa tau tak! Sama aje! Zik tak nak! Zik nekad Zik tak setuju langsung! Kalau mama berkenan sangat dengan calon menantu mama tu, apa kata mama aje yang berkahwin dengan dia ya?” sengaja Zikry Haiqal berkata begitu. Wajah mamanya masam, semasam asam gelugur!
“ Zik!
Mama serius tau!
Kalau mama ni
lelaki boleh kahwin
dengan perempuan, dah
lama la mama
kahwin dengan dia!
Tak payah suruh
Zik kahwin dengan
dia tau!” balas
Datin Engku Zahira
geram. Zikry Haiqal
hanya buat tidak
endah sahaja kata-kata
mamanya dan hanya
ralit memegang I-phone
5nya.
“ Zik
sayang, janganlah macam
ni. Apa kata
Zik jumpa dan
kenal-kenal dulu dengan
dia? Barulah Zik
buat keputusan. Ya
sayang ya?” pujuk
Datin Engku Zahira
lagi. Sabar Ira,
sabar sikit aje
lagi!
“ No! Still a big no from me!” bantah Zikry Haiqal degil.
“ Engku Zikry Haiqal!! Please behave yourself in front of your mama! Jangan nak jadi biadap!” jerkah Datuk Engku Zahran.
Zikry Haiqal
terdiam dan mendengus
geram. Selembut-lembut dia,
Datuk Engku Zahran
tetap tegas. Apabila
naik satu ton
nada suaranya, anak-anaknya
akan cepat-cepat menikus.
Jangan main-main! Walaupun
papanya bukan Mejar
Misai, tapi aura
tu tetap ada!
“ Pa, papa tolong Zik! Papa mesti sependapat dengan Zik jugak kan? Sebelum ni papa kuat sokong Zik, tapi kali ni papa kena jugak tolong Zik! Zik tak nak!” rayu Zikry Haiqal lalu menuju ke arah papanya yang sedang enak berehat duduk di atas kerusi Gintel. Datin Engku Zahira diam membiarkan suaminya pula memujuk anak lelaki meraka yang keras kepala.
“ Zik!
Setuju ajelah dengan
cadangan mama tu!
Kali ni papa
rasa mesti okay
punya!” jawab Datuk
Engku Zahran. Macam
sambil lewa aje
laki aku ni!
Getus Datin Engku
Zahira.
“ Pa!
Apa papa ni?
Sebelum ni elok
aje jadi back-up Zik, sekarang ni
dah back-up mama pulak?”
“ Zik!
Cubalah dengar cakap
mama tu. Zik
tu dah 29 tahun tau!
Tahun depan dah
masuk angka tiga.
Cubalah buat-buat berubah,
kahwin, bagi papa
dan mama ni
cucu!” nasihat Datuk
Engku Zahran. Zikry
Haiqal merengus kasar.
“ Papa!
Soal umur tak
jadi isu kat
sini. Lelaki kalau
makin berumur makin
naik saham pa! Janganlah risau
sangat kalau Zik dah meningkat
umur!” sogok Zikry
Haiqal halus. Datin
Engku Zahira mencubit
lengan anaknya.
“ Aduh ma! Apa ni?”
“ Zik jangan nak racun fkiran papa pulak ya? Macamlah mama tak faham maksud Zik tu!”
Zikry Haiqal tersengih. Mama ni! Tau-tau aje!
“ Ma, pa! Janganlah macam ni. Zik ni bukannya tak laku sangat sampai mama dan papa nak carikan jodoh untuk Zik!”
“ Hah! Tau pun awak tu laku! Tapi kenapa tak kahwin-kahwin lagi? Tak pernah nak bawak girlfriend kamu jumpa mama papa?!” tempelak Datin Engku Zahira. Datuk Engku Zahran hanya diam menggelengkan kepala. Malas nak ambik port kalau dua beranak ni dah main tarik tali. Kalau rasa masa sesuai nak masuk jarum, baru masuk.
“ Ma, Zik nak bawak balik someone mama tak setuju, macam mana?” Zikry Haiqal memberi alasan. Kuat sungguh sorang ni kalau bagi alasan, pandai putar belit cerita.
“ Kalau ‘someone’ itu yang kamu nak bawak jumpa papa mama, mama awal-awal lagi tak setuju! Mama memang langsung tak berkenan dengan budak Irish tu! Perangai bukannya elok!” keras bantahan Datin Engku Zahira.
Tu dulu
ma! Sekarang Zik
dah tak ada
siapa nak bawak
balik! Kalau mama
pun dah cakap
macam tu, Zik
lagi benci dengan
pompuan murahan
tu!
“ Ma,
bagi Zik masa
boleh? Kalau nak
cari calon isteri
bukan senang tau!”
pinta Zikry Haiqal,
cuba mengurangkan diskaun
dari mamanya. Kalau
mama dan papa
nak aku kahwin,
boleh! Tapi
calon bini biar aku yang cari!
calon bini biar aku yang cari!
“ Boleh!
Mama bagi masa
sebulan aje!” putus
Datin Engku Zahira.
Senyuman dan sorakan
gembira mula bertabur
meriah dalam hati.
Nampaknya anaknya yang
degil ini sudah
mula mengalah!
“ Ma!
Apa ni? Mana boleh?! Ingat
senang ke nak
cari calon isteri
dalam masa sebulan?
Tak logiklah mama
ni! Melampau! Papa!
Tolonglah!”
Tangan papanya
digoncang-goncangkan. Dah macam
budak kecik minta
beli mainan robot
Transformers dah!
“ Papa setuju
dengan mama! Sebulan
aje kami bagi
masa pada Zik
untuk cari calon
isteri. Zik cakap
Zik ni laku
kan? Mesti senang
cari!” selamba Datuk
Engku Zahran berkata.
Dia mengenyitkan matanya
pada Datin Engku
Zahira.
“ Mengarutlah mama papa ni! Ingat nak cari calon isteri tu macam cari ikan kat pasar ke?” bangkang Zikry Haiqal keras. Mama papa ni! Sengaja nak trap aku!
“ Terpulanglah
pada Zik nak
cakap apa. Apa
yang papa dan
mama tau, lepas
sebulan tu kamu
mesti get ready nak
berkahwin. Kalau Zik
rasa syarat kami
ni susah, Zik
ikut aje cadangan
mama tu! Amacam?
Kalau Zik bantah
jugak, papa akan
tarik semua keistimewaan,
hak dan saham
Zik dalam keluarga
dan syarikat. Zik
pilihlah ya,” bijak
sungguh psikologi Datuk
Engku Zahran membenamkan
rasa tidak puas
hati terhadap anaknya.
Kalau nak jinakkan
anak yang memang
dah azali ni
degil, buat aje
macam ni, desak
dalam diam!
Senyuman melebar
di bibir Datin
Engku Zahira. Nampaknya,
angan-angan dan impian
dia untuk bermenantukan
Damya akan terlaksana!
Dia yakin anaknya
tidak akan mampu
mencari calon jodoh
dalam masa sebulan.
Percayalah! Taste anaknya
sangat tinggi! Datuk
Engku Zahran terus
bangun menuju ke
arah tangga untuk
ke tingkat atas.
Bantuan sudah diberikan.
Pandai-pandailah isterinya hendak
memujuk lagi anak
lelaki mereka.
Zikry Haiqal menarik wajah masam. Dia menjeling geram pada papanya, dan berbakul-bakul rasa geram dan tidak puas hatinya terhadap Datin Engku Zahira. Bukan dia tidak nampak, sinar kemenangan kini sudah berada di pihak mamanya! Arghhh!! Kusut! Kusut!
###
DAMYA merenung
kosong siling putih
yang meletakkan kipas
yang berputar-putar. Sama
berputar seperti hati
dan akalnya. Permintaan
Datin Engku Zahira
amat membebankannya. Kenapalah
Datin tu mintak
benda yang mengarut
macam tu? Tak
masuk akal sungguh!
Ni semua melibatkan
masa hadapannya. Apatah
lagi dia sekarang
berada didalam dilema,
antara rasa kasih
sayang seorang wanita
yang sudah dianggap
seperti ibu kandung
sendiri ataupun hati
dan perasaannya? Yang
manakah pilihannya?
Jika difikirkan kembali, banyak sudah budi yang Datin Engku Zahira taburkan padanya. Pada saat dia tidak dapat melunaskan bayaran pengajiannya untuk semester baru ini kerana disebabkan hasad dengki Malina pada dia dengan menuduh dia merosakkan harta benda dalam hotel sehingga menyebabkan gajinya dipotong, Datin Engku Zahira membantu dia dalam diam dengan melunaskan semua pembayaran yuran pengajiannya.
Dia juga
terkejut sebaik sahaja
mendapat panggilan universiti
yang mengatakan yurannya
sudah pun dijelaskan
dan meminta dia
perlu ke kuliah
semula pada semester
kali ini. Bila
ditanya siapa gerangan
yang baik hati
membayarkan yurannya, pihak
universiti berat memberitahu,
tetapi setelah didesak
barulah mereka memberitahu
bahawa Datin Engku
Zahiralah yang membayarkan
yuran untuknya. Ya
Allah! Apa aku
nak buat ni?
Teringat dia akan pertemuan mereka
tiga hari yang
lepas.
“ Auntie
nak lamar Damya
jadi menantu auntie!”
Datin Engku Zahira
berterus-terang sebaik sahaja
mereka selesai memesan
makanan di restoran
mewah di KLCC
ini.
Membuntang mata Damya. Sungguh dia terkejut dengan kata-kata wanita yang sudah dianggap seperti ibu sendiri ini. Mak datin ni biar betul? Rasanya aku ni tak pekak badak lagi! Baru aje servis semalam!
“ Auntie
ni pandai berguraulah
dengan saya,” balas
Damya ketawa kecil.
Sungguh tak masuk
akal!
“ Auntie
tak main-main Mya!
Auntie serius ni!
Auntie sungguh-sungguh nak
Damya jadi menantu
auntie, kahwin dengan
anak lelaki auntie.
Uncle pun dah
setuju tau!” jelas
Datin Engku Zahira
sungguh-sungguh.
‘Uncle?’ Isy?! Mestilah Datuk, suami Datin Engku Zahira ni! Apalah aku ni! Blur sangat!
“ Auntie.. Mya ni bukannya ada apa pun. Mya ni yatim piatu, sebatang kara, harta lagilah takda. Rupa pulak mungkin langsung tak padan dengan anak auntie. Auntie carilah orang lain ya?” tolak halus.
“ Mya,
auntie tak nak
orang lain. Auntie
nak Mya jugak
jadi menantu auntie
dan ibu pada
bakal cucu auntie.
Auntie dah lama
berkenan pada Mya
sejak hari yang
Damya dah tolong
auntie dulu. Memang
auntie harap sangat
Mya terima pinangan
auntie ni. Ni
cincinnya,” kata Datin
Engku Zahira berharap.
Damya mula berasa
serba-salah. Dari dulu
lagi dia susah
untuk menolak permintaan
dan harapan orang,
tapi takkan aku
nak terima semudah
ni? Aku dah
lah tak kenal
langsung anak auntie
ni!
“ Auntie tau Mya serba-salah. Yalah, Damya langsung tak kenal anak auntie kan? Kalau Damya tak kisah, apa kata Damya jumpa, kenal-kenal dulu dengan anak auntie? Kalau Damya rasa sebab terhutang budi pada auntie, auntie tak nak terima! Auntie nak Mya terima sebab Mya anggap auntie ni ibu dan mama pada Mya untuk menumpang kasih sayang. Itu aje,” luahan hati Datin Engku Zahira meruntun jiwa Damya. Rasa sebak mula bertamu. Air matanya mula bergenang di tubir mata. Mengapalah wanita dihadapannya ini sungguh baik? Menganggap dirinya sebagai anak sendiri sedangkan tiada pertalian darah antara mereka, hanya saudara sesama Islam.
Damya menarik
nafas panjang. Dia
berada dipersimpangan jalan.
Yang manakah harus
dia memilih?
“ Auntie, bagi Damya masa ya?” permintaan Damya membuatkan Datin Engku Zahira tersenyum gembira. Impiannya bakal terlaksana.
“ Ambillah
Mya seberapa banyak
pun masa yang
Mya nak. Auntie
tak kisah. Tapi
janganlah lama sangat
ya dan auntie
harap jawapan Mya
tak menghampakan auntie
nanti. Auntie betul-betul
berharap sangat Mya,”
ujar Datin Engku
Zahira lagi. Damya
resah.
“ Termenung
lagi cik adik?”
tegur Kak Iti
lalu melabuhkan punggungnya
di katil bujang
Damya. Melihatkan riak
wajah Damya yang
resah dan gelisah,
dia mengesyaki ada
sesuatu. Damya tersenyum
tawar.
“ Kenapa ni? Cuba cerita dengan akak? Insya-Allah akak akan cuba tolong mana yang mampu,” ujar Kak Iti lagi.
“ Kak, akak ingat tak pasal sorang Datin yang Mya ceritakan tu?” pertanyaan Damya dibalas dengan anggukan Kak Iti.
“ Dia..
datang jumpa Mya
hari ni. Dia..
lamar Mya untuk
anak lelaki dia,”
cerita Damya sedikit
tersekat-sekat.
“ Alhamdulillah
kalau macam tu.
Baguslah, tu maknanya
jodoh Mya dah
sampai,” kata Kak
Iti ceria.
“ Tapi
kak, Mya tak
sedialah. Mya belajar
pun tak habis
lagi. Mya nak
belajar dulu sampai
habis,” keluh Damya.
“ Mya, tu
tandanya Allah sayangkan
Mya. Dia nak
ringankan beban Mya
dengan cara ni.
Kalau Mya dah
kahwin, Mya tak
payah berkerja keras
siang malam sebab
nak tampung yuran
pelajaran Mya, mesti
suami Mya akan
tanggung semua tu.
Mya cuma fokus
dan study aje,” Kak
Iti memberikan pendapatnya.
Damya mengerutkan dahinya.
“ Akak ni, beriya-iya aje cakap macam tu. Tu maknanya Mya ni pentingkan diri. Sebab tak ada duit nak belajar, Mya terima aje lamaran Datin tu. Mana boleh! Ni semua melibatkan masa depan Mya tau! Mya tak nak nanti Mya disia-siakan, dahlah Mya langsung tak kenal anak Datin tu!”
“ Mya, orang dulu pun kahwin langsung tak kenal tau! Ikut aje pilihan mak ayah, tapi alhamdullillah kekal aje. Tak kenal maka tak cinta. Jodoh yang Allah bagi ni datang dengan macam-macam cara yang kita sendiri tak tau. Siapa kita nak tentukan masa depan kita. Langkah kita sekarang nilah yang mencorakkan masa depan kita dengan izin Allah. Mya kena ingat tu. Qada’ dan Qadar Allah, kita tak boleh lawan. Mungkin sudah sampai masa jodoh Mya dengan lelaki yang Allah dan aturkan tetapi dengan cara macam ni. Mya dah besar, Mya fikirlah sendiri. Akak tak paksa, akak sokong apa aje keputusan Mya. Insya-Allah banyakkan solat Istikharah. Minta petunjuk, itulah yang terbaik,” panjang lebar nasihat Kak Iti. Damya terdiam, akalnya mula mencerna setiap kata-kata Kak Iti yang ada benarnya.
No comments:
Post a Comment