“ AWAK!”
Damya berpaling pada
gerangan empunya suara
yang memanggilnya. Keningnya
terjongket melihat Zikry
Haiqal yang menapak
untuk mendekatinya.
‘Apa mamat ni buat
kat sini? Tak
balik ke?’
“ Assalamualaikum,” balas
Damya persis menyindir
namun senyuman masih
terukir di bibir.
Zikry Haiqal ketawa
kecil!
Apalah aku
ni! Buat malu
betul! Dahlah nervous semacam
aje bila berdepan
dengan Damya ni.
Zikry Haiqal mula
menjalankan misinya. Misi
untuk memikat Damya
supaya gadis itu
menerima lamanrannya nanti.
Entah mengapa, hanya
bayangan wajah Damya
sahaja yang bermain
di fikirannya saban
waktu, seperti ada
sesuatu yang menarik
hatinya untuk berfikirkan
tentang gadis yang
baru sahaja dikenalinya.
Tetapi apapun, dia
perlu membuatkan Damya
jatuh cinta padanya
dan bersetuju berkahwin
dengannya dalam masa
sebulan!
“ Waalaikumussalam. Sorry
ya,” jawab Zikry
Haiqal, masih senyum.
“ Takpe.
Awak buat kat
sini? Tak balik
lagi ke? Dah
petang ni?” soal
Damya berbasi-basi.
“ Tak,
saja datang nak
release stress dekat
sini. Awak dah
nak balik dah
ke?” soalan yang
sama diajukan pada
Damya. Orang ramai
mula lalu-lalang di
hadapan pintu masuk
bangunan KLCC.
“ Ha’ah!
Saya kena cepat
ni nanti lambat
pulak! Kejap lagi
saya ada hal,”
jelas Damya.
“ Hal?
Hal apa?” sibuk
Zikry Haiqal. Damya
terpinga-pinga dalam hati.
Pehal mamat ni
sibuk aje?
“ Adelah.
Saya rasa awak
tak perlu tau
kot,” Damya bermain
tarik tali. Zikry
Haiqal senyum manis.
‘
Now, I like
this girl! Playing
hard to catch!’
“ Tak
boleh ek?” terpacul
soalan bodoh dari
Zikry Haiqal. Damya
mendegus perlahan. Geram
pulak. Aku ni
dah lambat, nanti
tak pasal aje
kena tembak dengan
si andalusia tu!
“ Okeylah wak, saya nak balik ni. Nanti-nantilah kita sembang ya?” Damya meminta diri seraya mula berjalan keluar dari bangunan KLCC. Zikry Haiqal pantas mengejar Damya dari belakang.
“ Awak!
Esok kita jumpa
nak?” akhirnya keluar
soalan yang bijak
sikit!
Damya mengerutkan
dahinya. “ Nak
buat apa?”
“ Saje,
makan-makan, borak-borak. Saya
nak kenal awak
lebih dekat lagi,”
gentleman Zikry Haiqal
berkata.
“ Sorry, saya busy!”
balas Damya seraya
terus menyambung langkahnya
namun sempat di tahan Zikry
Haiqal dengan memegang
helmet Damya.
“ Bila
awak tak busy?”
“ Tak
tahu!”
“ Carilah
masa!”
“ Awak,
saya sibuklah! Janganlah
kacau saya!” penolakan
Damya membuatkan Zikry
Haiqal berasa tercabar.
Belum pernah ada mana-mana
perempuan menolak permintaanya.
“ Damya please. Hujung
minggu ni kita
keluar nak?” pujuk
Zikry Haiqal lagi
dengan harapan Damya
akan bersetuju. Damya
mengeluh lemah. Eeii!!
Rimasnya aku! Dahlah
buat ton suara
mendayu-dayu macam tu.
“ Hujung
minggu ni saya
sibuk. Saya tak
ada masa,” tolak
Damya secara baik.
“ Sibuk?
Takkan weekend cuti pun
awak still sibuk?” tanya
Zikry Haiqal tidak
puas hati.
“ Yalah.
Dah memang saya
sibuk, nak buat
macam mana? Saya
bukannya anak menteri
yang boleh duduk
goyang kaki aje,
kenalah buat kerja,
hardwork, baru
boleh berjaya!” hambik
kau!
“ Awak
buat apa sampai
sibuk sangat ni?”
tanya Zikry Haiqal
lagi, sengaja nak
melengah-lengahkan masa Damya.
Sengaja! Dia masih
tidak puas menatap
wajah Damya yang
cantik dan comel
ni. Tak puas
berbual dengan bibir
mungil itu yang
petah dan jual
mahal.
“ Fine! Kalau
awak nak tau
sangat! Siang dari
hari Isnin sampai
hari Jumaat saya kerja part time
dekat butik, then malam
hari Isnin sampai
hari Jumaat jugak
saya kerja part time
dekat Hilton Hotel
jadi waitress and
Sabtu dan Ahad
dari pukul 9
pagi sampai ke petang saya
belajar buat diploma
part time
dekat U! So, sekarang
saya ada masa
ke?” panjang lebar
Damya menjelaskan kehidupannya
24 jam sehari
seminggu. Entah kenapa
dia perlu memberitahu
semua itu tapi
yang pasti dia
berharap Zikry Haiqal
tidak akan menganggunya
lagi.
Terpinga-pinga Zikry
Haiqal mendengar rutin
harian hidup Damya
yang sentiasa sibuk.
Hatinya tiba-tiba jadi
kasihan dan simpati
mendengar Damya berkerja
keras seperti itu.
Dia mengutuk dirinya
yang seolah-olah mementingkan
diri sedangkan gadis
itu begitu mengejar
masa yang tak
mungkin akan menunggu
manusia.
“ Awak
tak ada parents ke
nak tanggung awak? Family
yang lain?” tanya
Zikry Haiqal dengan
suara perlahan. Sedikit
terpukul dengan penjelasan
rutin harian Damya.
“ Saya
yatim piatu dan
sebatang kara. Dah
tak ada sesiapa
pun kat dunia
ni untuk bantu
saya melainkan saya
yang perlu bantu
diri sendiri. So, siapa yang nak
tanggung saya kalau
saya sendiri tak
usaha sendiri? Sekarang
saya dah boleh
pergi kan?” perlahan
suara Damya menjawab
sekaligus meminta keizinan.
Zikry Haiqal menganggukkan
kepalanya.
“ Pergilah.
Minta maaf sebab dah banyak
buang masa awak,”
tutur Zikry Haiqal
bersama senyuman yang
ikhlas. Damya tersenyum
lalu memberi salam
sebelum mengatur langkah
keluar dari bangunan
KLCC.
Zikry Haiqal
menarik nafas panjang.
Dia merasakan kehidupan Damya
penuh dugaan dan
rintangan tapi gadis
itu kelihatan tabah
menghadapinya. Hatinya menjadi
sebak dan simpati
entah mengapa. Dia
merasakan ada sesuatu
yang tentang diri
Damya yang membuatkan
dia tertarik dengan
gadis itu. Ketika
ini bukan hanya
kerana ingin mengikuti
syarat mamanya, tetapi
hatinya sudah diketuk
oleh seseorang.
Damya ke?
Mungkin!
###
SUDAH beberapa
minggu berlalu, Zikry
Haiqal masih mendekati
Damya biarpun mereka
bertemu hanya seketika,
iaitu selepas Damya
tamat waktu bekerja
di KLCC dan
kadang-kadang selepas Damya
tamat waktu kelasnya
di universiti. Tempoh
masa sebulan yang
diberikan oleh mamanya
hampir tamat. Dia
resah. Biarpun Damya
menerima baik sambutan
salam persahabatan mereka,
tapi itu tidak
bermakna dia boleh
menawan hati Damya
dalam masa sebulan.
Mustahil!
Hanya tinggal
lagi satu minggu
setengah sebelum tamat
perjanjian masa antara
dia dan Datin
Engku Zahira. Aduh!
Macam mana ni?
Takkan aku nak propose
Damya sekarang ni?
Nanti mesti dia
kata aku gila!
Kawan tak sampai
sebulan dah ajak
kahwin, nampak sangat
aku ni terdesak.
Kalau nak main
guna rasuah, Damya
ni bukan jenis
mata duitan. Dia
langsung tak nak
aku hantar dan
jemput dia dari
kuliah. Tentang habis-habisan!
Tapi takpa!
Aku memang suka
dengan perempuan yang
jenis jual mahal
ni. Barulah mencabar!
Zikry Haiqal menongkat
dagunya. Dia menilik
jam tangan di
pergelangan tangannya. Sekejap
lagi habislah kelas
Damya. Dia lebih
suka berjumpa Damya
pada hujung selepas
tamat kelas kerana
Damya tidak terlalu
terkejar-kejar pulang awal
dan yang paling
penting bebas daripada
asakan Rozy and the
girls di butik.
Rimas sungguh dia
dengan si sotong
tu!
“ Assalamualaikum awak.
Dah lama tunggu?”
sapa Damya yang
ringkas berpakaian baju
kurung kain cotton berbunga
kecil berwarna merah
serta rambut beralunnya
yang paras dada
itu dibiarkan lepas
bebas dihiasi dengan
sepasang sepit kecil
yang disepit kiri
dan kanan rambut.
Sungguh comel dan
ayu! Di tambah
pula pelengkap senyuman
yang menawan, membuatkan
Zikry Haiqal tidak
berkelip memandangnya. Beribu
kali lebih baik
daripada Irish Elenna!
“ Err..
Waalaikumussalam. Taklah! Baru
aje. Jom!” ajak
Zikry Haiqal. Damya
dengan berat langkah
menuruti langkah Zikry
Haiqal menuju ke arah kereta
Audi R8 berwarna
merah. Sungguh sporty! Hari
ini dia terpaksa
mengalah dengan desakan
Zikry Haiqal yang
memaksa dia menaiki
kereta Zikry Haiqal.
Bagi Damya,
ini adalah kali
pertama dan yang
terakhir setelah keputusan
nekad dan besar
baginya telah dilakukan.
Keputusan yang bakal
merubah seluruh kehidupannya
sebagai Nur Damya.
Dia seolah sudah
bersedia memperjudikan nasibnya
sebagai ganjaran untuk
memperolehi kasih sayang
seorang yang dianggap
ibu supaya kekal
selamanya. Supaya dia
rasa lebih disayangi
dan dihargai.
“ Auntie..
Mya.. Mya terima
lamaran auntie,” Damya
menarik senyuman kecil.
Terus sahaja tubuhnya
dipeluk erat oleh
Datin Engku Zahira.
Tidak dipedulikan
pandangan orang ramai
di dalam restoran
makanan barat di
dalam KLCC ini.
Apa yang penting,
persetujuan Damya menerima
lamaran dia untuk
si anak bujang
trang tang-tang
sudah cukup membahagiakannya.
“ Terima
kasih Damya! Terima
kasih sangat!” ucap
wanita itu dengan
air matanya yang
berlinangan di pipi.
Terharu apabila Damya
sanggup menerima pinangannya
biarpun dia tidak
memberitahu tentang penjelasan
yuran university yang
dibayarnya untuk Damya.
“ Tapi..
Mya masih boleh
sambung belajar kan?”
entah kenapa soalan
sengal itu yang
terpacul dari mulutnya.
Entah apalah yang
difikirkan oleh otaknya
sekarang ini.
“ Isy!
Mestilah boleh! Apa
pulak tak bolehnya.
Bila Mya dah
kahwin nanti, auntie
nak Mya berhenti
kerja dan tumpukan
perhatian pada pelajaran
dan juga rumah
tangga Mya. Okay
Mya?”
“ Awak
fikirkan apa ni
Mya?” Zikry Haiqal
memecah keheningan suasana
sunyi. Sesungguhnya dia
berasa sangat gembira
apabila Damya akhirnya
bersetuju untuk menaiki
keretanya ke kuliah.
Bukan senang nak
pujuk awek sebelah
ni! Jual mahal
tapi aku suka!
“ Takde
ape. Cuma saya
nak cakap something dengan
awak,” ujar Damya
memandang sekilas Zikry
Haiqal disebelah. Entah
mengapa jantungnya berdebar-debar setiap
kali dia memandang
lelaki itu dan
lelaki itu membalas
pandangannya dengan pandangan
yang cukup memepesonakan
dirinya. Arghh! Aku
tak boleh macam
ni! Aku ke
sedar status aku
akan berubah tak
sampai dua minggu
lagi.
“ Oh
yeke? Saya pun
ada benda nak
cakap dengan awak
ni, tapi apa
kata awak cakap
dulu. Ladies first right?”
balas Zikry Haiqal
tersenyum penuh makna.
Ya! Dia
akan melamar Damya
hari ini juga.
Biarlah apa pun
jawapan Damya, dia
tetap ingin berterus-terang. Bukan
hanya sebab tempoh
masa perjanjian dia
dan mamanya tetapi
kerana dia mula
menyayangi Damya. Dia
yakin ada rasa
cinta mula bercambah
di hatinya walaupun
baru dua minggu
mereka berkenalan. Biarlah
orang mengatakan dia
gila tapi itulah
yang dirasakannya. Belum
pernah dia jatuh
cinta cepat sebegini
dengan mana-mana wanita.
“ Takpe.
Sebelum ni asyik
saya aje yang
mula dulu, apa
kata awak pula
yang cakap dulu?”
Damya mula berdolak-dalik. Entah
mengapa dia rasa
sayu untuk berterus-terang tentang
keadaan sebenar.
“ Okeylah.
Saya.. saya nak
lamar awak Damya
jadi isteri saya,”
seakan sesak nyawa
dia hendak melafazkan
ayat-ayat itu. Damya
terkesima seketika. Laju
dia berpaling memandang
wajah Zikry Haiqal
yang sedang memandu
disebelahnya. Matanya bulat.
Terkejut dia dengan
pengakuan berani mata
Zikry Haiqal.
‘ Biar betul
mamat ni? Baru
kenal tak sampai
sebulan dah nak
ajak aku kahwin?
Desprate sangat ke
apa?!’
“ Tak
boleh awak!” jawab
Damya laju. Kepalanya
digelengkan.
“ Kenapa?”
soal Zikry Haiqal
terkejut. Tidak sangka
Damya begitu cepat
menolaknya.
“ Sebab..
sebab saya dah
terima lamaran orang
lain,” jawab Damya
perlahan. Zikry Haiqal
tersentak. Bagaikan direntap
kuat jantungnya saat
ini.
“ Oh..
nampaknya saya.. yang
terlambat kan? Kenapa
awak tak.. bagitau
yang awak dah
berpunya?” perlahan suara
Zikry Haiqal. Sungguh
dia sedikit kecewa.
“ Saya
memang tak ada
sesiapa wak. Saya terima lamaran
dari seseorang yang
saya anggap sebagai
ibu kandung untuk
anak dia,” jelas
Damya.
“ Maksud
awak, awak tak
kenal bakal suami
awak tu?”
Damya menganggukkan
kepalanya. “ Saya
terima sebab saya
dah banyak sangat
terhutang budi dengan
wanita tu dan
saya sayangkan dia
macam ibu saya
sendiri. Saya tak
sanggup nak hampakan
harapan dia. Saya
pun dah buat
solat istikharah dan
saya terima lamaran
dia”.
“ Saya
memang dah terlambatkan
awak? Kenapalah saya
tak jumpa awak
awal-awal?” keluh Zikry
Haiqal.
“ Mungkin
dah tak ada
jodoh antara kita.
Saya bukan untuk
awak. Takpelah, saya
yakin awak akan
jumpa seseorang yang
lebih baik daripada
saya. Saya minta
maaf, saya tak
dapat terima awak,”
pujuk Damya perlahan.
“ Nampaknya
saya kena mengalahlah
kali ni,” tutur
Zikry Haiqal perlahan.
“ Maksud
awak?”
“ Apa?”
“ Apa
maksud awak yang
tadi tu? Yang
awak kena mengalah?”
soal Damya sekali
lagi.
“ Err..
Saya kena mengalah
dengan kehendak mama
saya. Kahwin dengan
pilihan dia. Entahlah!
Saya tak setuju
tapi nak buat
macam mana, dah
terlambat,” cerita Zikry
Haiqal lemah.
“ Awak
tak setuju sebab
apa?”
“ Sebab
tak kenallah! Lagipun
saya dah masak
sangat dengan perangai
mama saya tu.
Dah banyak kali
dah dia nak
cuba jodohkan saya
dengan anak-anak kawan
dia yang konon
baiklah, sopanlah tapi
bila dah jumpa,
indah khabar dari
rupa. Papa saya
pulak dulu bolehlah
back-up tapi entah
kenapa sekarang dia
sokong pulak cadangan
mama saya tu.
Saya tak faham
betullah mama papa
saya tu. Kolot
sangat! Sekarang ni
bukan zaman dulu-dulu,
jodoh parents yang cari.
Bukannya saya ni tua sangat
sampai dah terdesak
nak kahwin. Saya
cuma nak cari
yang betul-betul boleh
bersama dan setia
dengan saya sampai
ke syurga nanti,
insya-Allah,” hamboi! Bukan
main lagi ayat yang last
tu kau Zik!
Betul apa? Semua
lelaki nak isteri
yang baik untuk
selama-lamanya, bukan hanya untuk
seronok-seronok je.
“ Awak
tak boleh fikir
macam tu. Mana
tau kali ni
pilihan mama awak
tu betul-betul tepat
dengan kriteria calon
isteri yang awak
cari selama ni.
Sebab tulah papa
awak pun setuju.
Naluri seorang ibu
atau ayah ni
selalunya baik dan
tepat. Jodoh kita
ni datang dengan
macam-macam cara. Cara
saya lain, cara
awak lain tapi
apa yang sama
kita tak kenal
siapa bakal suami
dan isteri kita,”
ujar Damya panjang
lebar. Sedikit sebanyak
dia teringat kata-kata
Kak Iti.
Zikry Haiqal
tersenyum kecil. Ciri-ciri
sebeginilah yang dia
inginkan tapi sayang,
Damya bakal menjadi
milik orang. Dia
mengeluh dalam diam.
“ Lepas
ni kita tak
bolehlah jumpa lagi?”
kata Zikry Haiqal.
“ Mungkin.
Saya tak nak
orang cakap yang
bukan-bukan pasal saya
nanti. Insya-Allah kalau
tak ada aral
yang melintang, hujung
bulan ni saya
akan bertunang. Awak?”
balas Damya.
“ Saya
tak taulah. Maybe hujung
bulan ni kot,
saya ikut aje
cakap mama saya.
Saya harap lepas
kita masing-masing dah
kahwin nanti, persahabatan
kita akan terus
kekal,” ujar Zikry
Haiqal lagi berharap.
“ Saya
tak janji. Saya
kenalah minta izin
suami saya dulu.
Saya tak nak
jadi nusyuz nanti.
Saya harap awak
faham,” Damya tersenyum
nipis lalu matanya
ditala kehadapan.
Zikry Haiqal
mengeluh lagi dalam
hati. Ya Allah!
Kenapa kau pertemukan
aku dan dia
selewat ini? Macam
mana aku nak
tahan perasaan aku
ni? Rintih Zikry
Haiqal. Sesungguhnya inilah
kali pertama dia
kecewa yang amat,
kecewa pada cinta
yang baru sahaja
bersemai.
No comments:
Post a Comment