Keretanya
dipakir elok di
tempat yang telah
dikhaskan. Jam tangan
yang tersarung elok
dipergelangan tangan dikerling
sekilas. Pukul tujuh
empat puluh petang.
Inilah kali pertama
untuk tahun ini
di pulang awal
sebegini. Selalu jikalau
matahari bertukar shift
jangan haraplah dia
hendak pulang awal
ke rumah.
Mungkin kerana pertemuan
empat mata bersama
mummynya tadi menjadikan
fikiran dia lelah
untuk berfikiran cergas.
Badannya kini terlampau
letih dengan bermacam-macam masalah
yang mengusutkan lagi
otaknya. Masalah yang
tidak pernah selesai
walaupun pelbagai cara
difikirkan tapi apa
yang boleh dia
lakukan, bagai menyimbah
air ke daun
keladi! Langsung tak
nak faham! Dan
tak mahu faham!
Same aje dua-dua!
Firdaus mengeluh lemah.
Serasanya kali ini
dia seakan hendak
rebah menyembah ke
lantai, tersungkur lemah.
Lelah dia dengan
semua ini. Dengan
masalah Emilina dan
Karinna yang langsung
tidak berputus asa
mengejar dia walau
berbagai alasan diberikan
namun kedua-dua wanita
itu seakan tuli
pendengaran! Ditambah pula
dengan perasa desakan Puan
Sri Sy. Faridah
yang sengaja merobekkan
hatinya. Menambah luka
di hati.
Perlahan Firdaus menapak
lemah menuju ke
lobi lalu menekan
punat lif. Kot
dan briefcasenya dipegang
hujung-hujung jari, seakan
tidak berdaya lagi
untuk menampung bebanan
yang tidak seberapa.
Dia terlalu letih!
Letih sangat!
Sebaik sahaja lif
tersebut berhenti di
tingkat 15, Firdaus
menapak lemah menuju
ke penthousenya yang
hanya tidak berapa
jauh dari pintu
lif. Namun saat
kakinya melangkah ke
hadapan, beribu batu
rasanya jarak perjalanan!
Macam jalan kaki
nak pergi benua
Afrika! Melampau pulak
bunyinya!
Loceng rumah ditekan.
Sekali, dua kali.
Firdaus mendengus kasar.
Lambatnya! Dahlah aku
penat! Rasa macam
nak sepak aje
pokok bunga kat
tepi grill ni!
Menyemak! Sakit mata!
Dengan nafas marah
yang tertahan-tahan, dia
terus mengeluarkan anak
kunci dari poket
seluar. Hatinya yang
sarat dengan masalah
menyebabkan barannya datang
bagaikan angin taufan
yang menggila. Ingin
dihamburkan rasa geram
dan marahnya tapi
pada siapa? Dheiya?
tapi atas sebab
apa? Argghh! Macam
dah nak naik
gila dibuatnya!
Akhirnya, grill yang
bermangga dapat juga
dibuka. Firdaus membuka
grill tersebut kasar
lalu tombol pintu
rumah dibuka kasar
terus dihempasnya pintu
itu dengan kuat.
Melepaskan kemarahan yang
membuka didada. Itu
baru sikit! Tak
puas lagi!
Dicampaknya kot dan
briefcase di sofa
seraya tubuhnya dihenyakkan
kasar. Dia menarik
nafas panjang, berulang
kali. Entah bagaimana,
minda dan pandangannya
dilayarkan dengan senyuman
manis Dheiya. Diiringi
dengan kata-kata lembut
dan lunak gadis
itu yang tidak
lekang menasihati dirinya
jikalau dia berada
dalam kekusutan.
Astaghfirullahalazim!
Bibirnya tidak putus
mengucap diikuti istighfar.
Kenapa dengan aku
ni? Apa yang
aku nak marahkan
sangat? Sabar Fir!
Sabar! Tenangkan diri
kau. Jangan ikutkan
sangat bisikan syaitan
yang nak hanyutkan
kau! Istghfar banyak-banyak!
Firdaus meraup wajahnya
berkali-kali. Cuba menenangkan
hatinya. Seketika kemudian,
matanya meliar memerhati
keadaan sekeliling. Tiba-tiba,
hatinya disapa rasa
tenang. Mungkin ketenangan
itu meresap masuk
ke tubuhnya melihatkan
keadaan rumahnya yang
bersih dan kemas
tanpa sebarang sepahan
dan habuk sekalipun!
Ditambah lagi dengan
deruan angin sepoi
yang tidak segan
silu memenuhi ruang
tamu rumahnya disebalik
sliding door yang
dibiarkan sedikit terbuka.
Spontan
fikirannya mula teringatkan
seseorang yang berada
di dalam rumah
ini. Dheiya! Macam manalah aku
boleh lupa kat
dia? Padahal tadi
bukan main senyuman
dia tu kat
mata aku ni!
Firdaus ketawa kecil
dengan sikapnya yang
agak sengal itu.
Dia bangun berjalan
menuju ke ruang
yang menghubungkan laluan
ke tangga yang
berhampiran dengan bilik
Dheiya di tingkat
bawah.
Firdaus berhenti seketika
di hadapan pintu
bilik yang sedikit
renggang itu. Dia
terpaku seketika, sama
ada hendak mengetuk
terlebih dahulu ataupun
redah aje? Tanpa
sempat akalnya menjawab
pertanyaan dirinya, pintu
yang renggang itu
terkuak dari dalam.
Firdaus sedikit tergamam.
Di ruang matanya,
berdiri sebuah figura
indah ciptaan Tuhan
yang Maha Kuasa,
memandang wajahnya dengan
pandangan terkejut. Lebih
senang hendak dinyatakan
situasi ini, mereka
berdua sama-sama terkejut
sebenarnya!
“ Aw.. awak
dah balik?!”
Dheiya sedikit melopong
melihat tubuh tegap
Firdaus berdiri tegak
di hadapan pintu
biliknya. Belum pernah
sepanjang perkahwinan mereka
yang berusia empat
bulan setengah, Firdaus
berperangai buang tebiat
begitu! Yang menjadi
penambah perasa membuatkan
dia terkesima, lelaki
itu juga turut
terkejut seperti dia.
Ni siapa yang buat kejutan
dan siapa yang terkejut
sebenarnya ni?
Hampir sesak nafas
dada Firdaus melihat
penampilan Dheiya yang
hanya ringkas mengenakan
bathrobe berwarna putih
paras lutut dan
rambut hitam yang
panjang beralun itu
dibiarkan lepas bebas.
Masih segar dan
kuat bau harum
rambut Dheiya yang
masih lembap dan
basah itu. Terserlah
betis gadis itu
yang putih dan
gebu. Cis! Sempat
lagi kau fikir
kat situ ye
Fir! Agaknya dia
baru lepas mandi
kot?!
Dheiya
mengerutkan dahinya. Sapaannya
pada Firdaus langsung
tidak mendapat reaksi
lelaki itu bahkan
Firdaus leka meneliti
dirinya dari atas
sampai ke bawah.
Erkk?! Atas sampai
bawah?
“ Apa yang
awak tengok?” jeritan
Dheiya menyedarkan perlakuan
Firdaus. Merah pula
wajahnya saat disergah
sebegitu oleh Dheiya.
Malu sudah berkepuk-kepuk dalam
hati. Aku dah
jadi macam Dheiya
ke? Tersipu-sipu malu?
“ Aaa…. I..
sorry! I cuma… nak..,”
aduh! Asal kau
gagap pulak ni
Firdaus!
“ Nak apa?”
sampuk Dheiya dengan
rasa debar yang
makin kuat mengepam
didada. Sengaja dia
membuat muka ketat.
Macam nak marah
tapi tak berapa
nak sampai! Yalah,
manalah dia berani
nak marahkan ‘ Tuan
Harimau’ kesayangannya di
hadapan dia kini!
Ceh! Kesayangan konon!
Eh betullah!
“ Err…. Err…. Nak..
Eh! Tadi I
tekan loceng kenapa
you tak bukak
pintu?” terus berubah
karekter Firdaus daripada
gagap kembali pada
sikap asalnya, serius!
Wajahnya sengaja diseriuskan
namun masih terkesan
di mata Dheiya
akan wajah Firdaus
yang sedikit merah
itu. Kalau tak,
takkan suaminya yang
handsome ni tergagap-gagap! Dheiya
menyimpan senyuman dalam
hati.
Fuhhh!! Nasib baik
otak aku ni
cerdik dan bijak
pandai nak corner!
Kalau tak buat
malu aku je,
dok tergagap-gagap kat
sini! Tapi kenapa
aku rasa muka
aku ni still
merah lagi ni!!
Malunya aku kat
Dheiya! selama ni
aku je yang
pandai buat muka
dia merah, sekarang
ni aku pulak
yang kena! Tulah!
What you give,
you get back!
Bak kata Johan
rajalawak lah kat
dalam Karoot Komedia
tu! Eh betul
ke apa yang
aku cakap ni!
Ah sudah kau
Fir! Kalau kau
dengan Dheiya cepat
aje otak dia
menjadi tak betul.
Dah pandai dah
melalut semua!
“ Saya dalam
bilik air tadi,
tak dengar. Tapi
awak boleh je
kan masuk kalau
saya tak bukakkan
pintu?” bidas Dheiya.
Wah! Wah! Dah
pandai menjawab nampak!
Pakej siap menyindir
lagi tu!
Firdaus menarik muka
masam. Sekarang ni
otaknya pula tak
berapa nak bijak
cerdik dan pandai
nak menjawab balik
perlian Dheiya tu!
Firdaus terdiam seketika.
Melihatkan
perubahan riak di
wajah Firdaus, Dheiya
mula dihurung rasa
bersalah. Bersalah kerana
dia seolah-olah menyindir
lelaki itu. Dia
mengetap bibirnya kuat.
Rasa mahu digigit
lidah dan bibirnya
yang tak pandai
menjaga tutur kata!
Bukan dia tidak
tahu pantang bagi
Firdaus jika ada
orang yang berani
menjawab kembali setiap
kata-katanya. Tulah kau
Dheiya! Baru beberapa
hari Firdaus ni
baik dengan kau,
kau dah pandai
tunjuk taring!
Rasa cuak mula
menyelubunginya. Firdaus terus
berpaling dari berhadapan
dengan Dheiya lalu
menuju ke ruang
tamu. Belum sempat
dia melangkah setapak,
terasa pelukan erat
dipinggangnya. Firdaus terkejut.
Tangan itu milik
Dhieya. Dheiya memeluknya?
Betul ke? Macam
susah pulak nak
percaya apa yang
sedang dirasakannya sekarang
ini. Terdengar rintihan halus
dari kotak suara
gadis itu yang
mula mencuri perhatiannya
kini.
“ Awak… saya
minta maaf. Saya
tak bermaksud nak
jawab balik cakap
awak. Betul! Maafkan
saya. Saya tak
nak berdosa dengan
awak! Saya minta
maaf awak!” rintih
Dheiya halus sambil
wajahnya disembamkan pada
belakang tubuh Firdaus
yang tegap itu.
Kuat pelukannya pada
pinggang lelaki itu.
Hilang sudah rasa
malunya kini. Yang
ada hanyalah rasa
bersalah yang membuak-buak
di dalam dada.
Bersalah kerana menjawab
kata-kata suaminya padahal
itu pun sudah
boleh mendatang dosa
pada bahu kirinya.
Dia langsung tidak
berniat.
Bagai air sejuk
yang dicurah, Firdaus
membalas pelukan Dheiya.
Dia tersenyum. Mana
mungkin kini dia
menahan saja rayuan
Dheiya tanpa merasa
apa-apa. Hatinya tidak
tega berbuat begitu.
Melihat wajah muram
dan mendung Dheiya
sahaja membuatkan jiwanya
mula tidak tentu
arah, apatah lagi
saat air mata
tangisan dan rayuan
gadis itu menusuk
di halwa telinganya.
Dia tidak sanggup!
Hilang sudah taring
garang dan barannya
apabila berhadapan dengan
gadis bernama Dheiya
Arisha ini.
“ Shhh…. It’s
okay. It’s not
meant anything to
me,” balas Firdaus
perlahan seraya memujuk
Dheiya. Namun gadis
itu langsung tidak
menunjukkan tanda-tanda keredaan
sebaliknya dia merasakan
semakin erat pelukan
di pinggangnya. Hatinya
mula berbisik nakal!
Firdaus berpaling
menghadap Dheiya yang
merah mukanya. Alahai
isterinya ini, baru
nak buat merajuk
sikit dah cengeng
macam ni! Manja
sungguh! Sensitif! Memang
tak boleh merajuk
lama-lamalah gamaknya! Nanti
tak pasal dia
jugak yang kena
memujuk tuan puteri
ni. Haisy! Tahu
dek si Zaff
ni, mahunya gelak
berguling-guling siap bergolek
lagi kat lantai
kalau tengok perangai
dia yang macam
ni!
“ Hey, sayang…”
bisik Firdaus perlahan.
Anak matanya yang
kelabu dipanah tepat
pada mata bundar
milik Dheiya.
Diusap perlahan pipi
Dheiya yang sedikit
merah di kedua-dua
belah, lalu kucupannya
mendarat pada dahi
gadis itu. Dheiya
memejamkan mata. Saat
inilah yang paling
dia inginkan! Sungguh
tenang berada dalam
dakapan Firdaus.
“ It’s okay.
I maafkan you.
I tak ambik
hati pun. I
tau you gurau
aje tadi. Janganlah
nangis macam ni
sekali. Tengok semua
merah, pipi merah,
mata merah, hidung
pun merah,” pujuk
Firdaus diselit dengan
gurauan nakalnya. Jari-jemarinya masih
galak mengusap-usap pipi
si isteri. Geram
sebenarnya! Merah-merah macam
tu comel!
Tersipu malu Dheiya.
Dia tertunduk malu.
Okey! Sejujurnya dia
agak over sebab
tiba-tiba aje peluk
Firdaus tadi, tapi
dia langsung tidak
dapat mengawal perasaan
bersalahnya.
“ Cuma… yang
ini selalu aje merah!
Geram!” sambung Firdaus
nakal. Jarinya telujuknya
disentuhkan pada bibir
mungil Dheiya yang
basah dan merah
itu. Spontan darah
menyerbu ke muka!
Ghauu!! Malunya! Firdaus
ni romantik terlebihlah
pulak! Dheiya sekali
lagi tertunduk malu
melihatkan senyuman Firdaus
yang nakal terukir
di bibir.
Aduh! Nakal sungguh
suaminya!
“ Berapa lama
lagi you nak
tunduk ni sayang?
Tak nak pandang
I ke?” ujar
Firdaus lagi, berbisik
lembut di telinganya.
Sayang lagi? Aduh!
Mau malam ni
tidur senyum sampai
esok pagi!
Dheiya mengangkat wajahnya.
Diberanikan diri melawan
panahan anak mata
Firdaus yang cukup
seksi dirasakan kini.
Dia mula merasakan
pautan erat di pinggangnya.
Dheiya tersenyum manis.
Kekok sungguh dia
hendak berhadapan dengan
Firdaus, apatah lagi
hendak bertentangan mata
dengannya. Dia mula
merasakan ada ruang
antara mereka berdua
untuk memyemai dan
membaja benih cinta
yang mula berpupuk
dalam hati. Dia
yakin juga begitu.
Mustahil dia tidak
nampak akan sinar
pada mata Firdaus
yang bercahaya itu.
Dia yakin sinar
cahaya itu adalah
untuknya!
“ Saya minta
maaf sangat pada
awak. Saya tak
nak berdosa pada
awak, pada Allah.
Saya tak nak kena laknat
di akhirat nanti
hanya sebab dosa
saya melawan cakap
awak. Saya takut!
Kalau boleh, saya
nak jadi isteri
yang terbaik untuk
awak, selama-lamanya, sampai
ke syurga,” redup
pandangan Dheiya membalas
pandangan Firdaus.
Sejuk. Tenang. Itulah
yang dirasakan saat
ini. Sebak dadanya
mendengar luahan si
isteri. Barulah dia
tahu kenapa Dheiya
beria-ia benar memohan
maaf padanya walaupun
pada Firdaus kesalahan
yang dilakukan oleh
Dheiya itu tidaklah
terlalu besar dan
serius. Tetapi bagi
Dheiya adalah sebaliknya.
Firdaus menarik Dheiya
lalu dipeluk erat
tubuh itu. Dheiya
membalas pelukan suaminya.
Seakan terhambur sudah
segala isi hatinya
walaupun hanya beberapa
baris ayat sahaja.
Biarlah. Dia berharap
agar Firdaus mengerti
akan maknanya.
Firdaus mengucup lembut
rambut Dheiya yang
harum dan wangi
itu. Seakan tidak
mahu dilepaskan pelukan
ini. Dia yakin
pada hatinya kali
ini. Dia sudah
menjumpai jawapan pada
segala teka-teki yang
bermain di mindanya,
segala persoalan yang
yang sering dilontarkan
oleh Tan Sri
Sy. Fahim dan
juga Zaff. Siapa
Dheiya di hatinya.
Dia tahu akan
jawapan itu!
Siapa sangka, segala
kejutan demi kejutan
yang dialaminya hari
ini, segala desakan
mummynya yang merobekkan
hatinya, sikap Karinna
dan Emilina yang
membuatkan jiwanya tidak
tenteram seakan dibayar
dengan ketenangan yang
diperolehinya sekarang. Dheiya
adalah ketenangannya! Segala
milik gadis itu
benar-benar membuatkan segala
masalah yang membelenggu
benaknya hilang! Semuanya
kerana Dheiya!
Ya Allah! Aku
yakin kini pada-Mu.
Pada segala petunjuk-Mu.
Pada segala rasa
yang telah kau
anugerahkan buat ku pada dia,
dengan restu-Mu ya
Allah, peliharalah ikatan
perkahwinan kami yang
mula dibajai rasa
cinta dan sayang
kurniaan-Mu agar sentiasa
diredhai dan dilindungi….
Amin….
Atas restu Allah
Ku ingin miliki
dirimu
Ku berharap kau
menjadi yang terakhir
untukku
Restu Allah
Ku mencintai dirimu
Ku pinang kau
dengan…bismillah….
2 comments:
bestnyee ! :D
I like it,like it,like it ! hehe
_Ieyana_
tq dear... jangan lupa dapatkan full novel BK ya...
Post a Comment