Karinna mengesat air
matanya yang tidak
berhenti-henti mengalir. Headline
yang terpampang besar
di bahagian atas
majalah menyiat-nyiat kasar
hatinya. Cover depan
majalah Sensasi yang
dilemparkan oleh Emilina
semalam semasa di
bilik mesyuarat Merida
Holdings benar-benar menghancurkan
semua harapannya. Bagaimana
di langsung tidak
tahu akan perihal
itu sedangkan gossip
itu sudah lama
berlalu.
Melihatkan pelukan erat
tangan si lelaki
pada bahu si
perempuan bagaikan menyimbah
berbotol-botol cuka yang
sudah hancur berkecai.
Adakah ini penanda
bahawa dia perlu
berhenti daripada mengharap
pada orang yang
sememangnya tidak sudi?
Ya! Awal-awal lagi
sudah di beritahu
tiada lagi tempat
untuk dia di
hati lelaki itu.
Tapi dia yang
tetap berdegil. Percaya
cinta pertama tidak
mudah berkubur begitu
saja.
Menitis lagi air
mata Karinna yang
entah ke berapa kalinya.
Saat dia terpandangkan
gambar pada dada
majalah tersebut, sukar
sungguh untuk dia
mempercayai apa yang
telah dihadapkan pada
kornea matanya. Sukar
untuk dia menerima
semua ini.
Terdapat
beberapa gossip yang
mengatakan lelaki itu
sering dikaitkan dengan
ramai wanita cantik
yang berlainan sebelum
ini. Tidak hairanlah
lelaki tersebut sekali
lagi menjadi tajuk
utama majalah Sensasi
yang sentiasa dahagakan
cerita-cerita panas seperti
itu.
Namun dia bukan
bodoh untuk menilai
pandangan dan juga
pelukan lelaki itu
pada si perempuan.
Kalau di bandingkan
dengan dia, jauh
berbeza sekali. Bagai
langit dengan bumi!
Penampilan dia pasti
jauh lebih bergaya
dan elegan berbanding
perempuan di dalam
majalah tersebut walaupun
kelihatan muda jelita.
Sudahlah pakaiannya biasa-biasa
sahaja, kolot pulak
tu! Langsung tidak
setanding dengannya!
Tapi lupakah dia,
mengapa lelaki itu
menolaknya buat kali
kedua? Adakah sebab
perempuan ini?
“ Argghhhhh!!!!” jerit
Karinna sekuat hati.
Ruang kondonya yang
sunyi sepi bagaikan
simpati akan nasib
dirinya. Ruang tamu
kondonya bersepah dengan
beberapa batang lilin
wangi yang dilemparkannya
ke lantai, majalah-majalah yang
lain semuanya dicampak
dan dibaling merata-rata
tempat. Malah kedudukan
sofanya juga berubah
dari kedudukan asal
ditendangnya hanya kerana
terlalu kecewa dengan
apa yang terpampang
di hadapannya.
Karinna menjerit sekali
lagi. Diiringi dengan
esakan yang berpanjangan.
Ruang kondonya yang
sepi disulami dengan
tangisan Karinna yang
terlalu luka hatinya.
“ Arggghhh!!!! How
could you do
this to me! Sampai hati
you!!!!” jerit Karinna
lagi seraya membaling
majalah yang memaparkan
Firdaus yang tersenyum
ceria memandang wajah
seorang gadis muda
yang kelihatan gembira
berada di sisi
lelaki yang amat
dicintainya.
Terperosok majalah itu
dibawah sofa setelah
direnyuk-renyuk kasar oleh
Karinna. Sakit hatinya
tidak setimpal dengan
apa yang dilakukan
pada majalah itu.
Karinna menekup wajahnya
sambil menangis teresak-esak.
Sudah sampaikah masanya
untuk dia berhenti
mengalah?
--------------------------
“ Hahhh!!” sergah
Firdaus. Lantang dia
ketawa melihat raut
wajah masam Dheiya.
Comel betul!
“ Awak!! Tak
baik tau buat
macam tu! Terkejut
saya! Suka sangat
usik saya kan?”
rajuk Dheiya manja.
Dia menjeling tajam.
Siap pakej tarik
muncung lagi!
Firdaus ketawa lagi.
Riang sungguh hatinya
hari ini. Selepas
saja sesi luahan
keluhan rasa hari
itu, dia bertambah
ceria. Tidak lagi
monyok dan masam
seperti selalu. Apa
yang tambah menggembirakannya ialah
baru sahaja daddynya
menelefon memberitahu yang
mummynya sedang cuba
berbincang kembali tentang
rancangan majlis pertunangan
dia dan Emilina.
Tambah Tan Sri
Sy. Fahim lagi,
mungkin mummynya sudah
berubah fikiran tentang
rancangan untuk mengeratkan
lagi hubungan kekeluargaan!
Mungkin? Ahh!! Firdaus
tidak peduli. Dia kini sangat
gembira. Gembira menjalani
kehidupan sebagai suami
pada Dheiya Arisha
yang mula mencuri
hatinya. Biarpun bukan
dalam erti kata
yang sebenarnya, dia
tidak mahu terlalu
gopoh. Biarlah Dheiya
bersedia dahulu.
“ You masak
apa ni sayang?
Dari pagi tadi
lagi asyik sibuk
aje keletang-keletung, keletang-keletung dekat
dapur dengan periuk
belanga semua! Nak
berperang ke? Bukannya
nak temankan I
kat atas!” ada
nada rajuk pada
suaranya.
Dheiya tersenyum manis.
Alahai! ‘Tuan Harimau’
aku ni dah
pandai merajuk ye?
Merajuk manja lagi!
Dalam hati Firdaus
rasa nak ketuk
saja kepalanya. Sejak
bila dia menjadi
terlebih manja pula
dengan Dheiya? kalaulah
Zaff atau adik
kembarnya tahu, pasti
teruk dia kena
bahan nanti! Aduh!
Harap-harap aku boleh
control lah kalau
depan diorang!
“ Hurmm… Saya
tengah buat hazelnut
cheese cake ni!
Saje, tak nak
kacau awak tengah
exercise. Awak tu bukan boleh
kalau ada saya
sekali, nanti curi
tulang tak nak
exercise. Nanti bising
pulak kat saya
yang awak tak
boleh concentrate nak
exercise,” balas Dheiya
selamba memerli lelaki
itu.
Firdaus ketawa. Dia
tidak kisah akan
perlian isterinya. Semakin
kuat dia mengusik
isterinya.
“ Eleh! Tu
takut I paksa
you exerciselah tu!
Mana ada I
yang curi tulang
sayang. You yang
asyik ajak I
borak aje. Pulak
tu suka sangat
senyum comel macam
tu! Geram I
tau! Daripada I
nak exercise, terus
tak jadi pulak
nanti!” seloroh Firdaus.
Dheiya menarik muncung
lagi. Dia mencubit
lengan Firdaus.
Menyeringai
lelaki itu dengan
cubitan berbisanya. Alahai
isterinya semakin comel
pulak!
“ Auuww!! Bisa
betul cubitan you
ni! I usik
sikit pun tak
boleh! Bila mase
lagi I nak
mesra-mesraan dengan wife
I ni?” kata
Firdaus perlahan sambil
jarinya senyap-senyap mencalit
aising berwarna putih
itu pada mangkuk
kaca lalu
di calitkan pada
hidung Dheiya yang
comel itu.
Bulat mata Dheiya.
geram sungguh dia!
Orang nak buat
makan, boleh lagi
dia buat main!
Firdaus ketawa kuat
melihat wajah cemberut
Dheiya yang masam
mengalahkan buah kedondong!
“ Awak!! Apa
ni?” jerit Dheiya.
pantas dia mencalit
aising tersebut lalu
dicalitkan pula pada
hidung dan juga
kedua-dua belah pipi
Firdaus. Ketawa lelaki
itu berhenti. Giliran
Dheiya pula yang
ketawa sambil mengejek-ejek
suaminya.
“ Uweekk!! Padan
muka! Kena balik!”
“ Sayang!!”
Firdaus mula mengejar
Dheiya yang mula
menyusun langkah seribu
berlari menuju ke
ruang tamu. Gamat
seketika suasana ruang
penthouse tersebut yang
hanya disusuli gelak
ketawa mereka berdua.
Nampak benar-benar pasangan
yang sangat bahagia.
“ Tak dapat!
Tak dapat!” laung
Dhieya. Dia ketawa
lagi. Firdaus mengetap
bibir. Ni tak
boleh jadi ni!
Macam budak-budak main
police sentry!
Dheiya berlari mengelilingi
sofa sambil mengacah-acah
suaminya yang sedang
cuba mengejarnya. Entah
bagaimana, Dheiya langsung
tidak perasan akan
bantal-bantal kecil yang
bersepah-sepah di atas
lantai ketika dia
menggunakan bantal tersebut
sebagai senjata untuk
menghalang Firdaus daripada
mengejarnya. Lelaki itu
langsung tidak berputus
asa malah semakin
ligat melipat gandakan
usaha untuk mengejarnya.
Dheiya tersepak bantal tersebut
dan dia tidak
dapat mengimbangkan badannya.
Dheiya mengetap bibirnya.
Firdaus pantas memaut
pinggang isterinya untuk
menarik Dheiya dari
jatuh. Tapi pautan
Dheiya pada lengannya
menyebabkan mereka sama-sama
terjatuh.
Oh! My! My! Jerit Dheiya
dalam hati. Habislah
dia kali ni!
Firdaus
tersengih nakal. Akal
jahat mula bermain
di mindanya. Kini
dia berada di
atas tubuh Dheiya.
Gotcha! Nampaknya isterinya
terlah terperangkap kali
ni. Wajah cuak
Dheiya melebarkan senyuman
Firdaus.
Dheiya cuak. Dia
benar-benar terperangkap. Firdaus
telah menguncinya dengan
kedua-dua tangannya dikunci
kemas oleh tangan
lelaki itu. Senyuman
lelaki itu menakutkan
dia tapi nampak
lebih kacak lagi!
Bertambah-tambah kacaknya!
“ Sayang dah
tak boleh lari
dah! I got
you!” ujar Firdaus.
Masih lagi tersengih
nakal. Comel sungguh
wajah isterinya. Rasa
macam nak terkam
aje! Tapi macam
tak gentleman pulak!
Dheiya menarik muncung.
Nampaknya dia kalah
lagi!
“ Tak acilah
macam ni!”
“ Aci tak
aci! Yang sayang
jatuh tu kenapa?
Memang I menanglah
kali ni!”
Wajah kasihan sengaja
dibuat-buat untuk meraih
simpati. Dheiya tahu
pasti Firdaus tidak
sampai hati melihat
dia wajah simpati
yang sengaja dicomelkan.
Firdaus
tersenyum lagi. Kali
senyuman menggoda sengaja
dibuat. Bukan dia
tidak tahu akan
muslihat Dheiya yang
sengaja membuat wajah
simpati. Pandai berlakon
ekk??
Dheiya hampir putus
nyawa melihat senyuman
menggoda tahap peluntur
iman Firdaus! Arhh!!
Siapa yang nak
kenakan siapa sebenarnya
ni?
Perlahan-lahan
Firdaus menundukkan wajahnya
supaya dekat dengan
wajah Dheiya. Dheiya
berasa cemas. Berdetup
detap jantung berlari
laju. Ah sudah!
Firdaus nak buat
apa pulak dengan
dia? Bibirnya pula
sudah banyak kali
tercemar! Cehh!! Ayat
tak hengatt!!
Firdaus mengucup hidung
Dheiya yang masih
tercalit krim aising
berwarna putih itu
sekaligus menyapu kotoran
aising itu. Dheiya
terpana! Firdaus senyum
lagi. Ketika wajah
mereka hampir dekat,
saat itulah kedengaran
loceng pintu.
Bulat mata Dheiya
memandang wajah Firdaus
diselang-selikan
pandangannya terarah pada
pintu rumah. Begitu
juga dengan Firdaus.
Dia mula cuak.
Ah sudah! Siapa
pulak yang datang
ni?? Kacau betullah!
firdaus berdecit geram.
Haisshh!!!
Firdaus pantas bangkit
dari tubuh Dheiya
lalu melangkah menuju
ke pintu. Lubang
pintu diintainya. Bulat
matanya seketika. Dheiya
mulai cemas melihat
reaksi Firdaus.
“ Siapa?” tanya
Dheiya lalu dia
mula menapak rapat
ke belakang tubuh
Firdaus. Lelaki itu
tidak menjawab pertanyaannya
sebaliknya terus membuka
pintu utama perlahan-lahan. Debar
di dada Dheiya
mula menyanyi saspens!
“ Morning to
lovely birds!!” sapa
satu suara yang
sangat dikenali. Kedua-dua
manusia yang berada
di luar itu
tersengih-sengih melihat penampilan
Dheiya dan Firdaus
yang sedikit tidak
terurus itu. Tersengih-sengih mereka
melihat ada secalit
warna putih pada
hidung Dheiya dan
juga hidung serta
pipi Firdaus.
Macam
budak-budak main calit-calit
pulak!
Melopong Dheiya dan
Firdaus dengan lawatan
rasmi tetamu itu.
Tanpa pamitan kedua-dua
tetamu itu terus
meluru masuk. Tak
malu betul! Tuan
rumah tak semawa(pelawa) pun!
Terpinga-pinga seketika kedua-dua
tetamu itu melihatkan
keadaan ruang tamu
rumah yang berselerak
dan bersepah dangan
bantal-bantal kecil di
atas lantai dan
juga beberapa majalah.
“ Errkk?? Kitorang
terlepas drama Korea
ke tadi along,
Kak Dheiya??” tanya
Aria dan Fahmi
serentak.
Firdaus dan Dheiya
tersengih-sengih. Malu sebenarnya
kena kantoi dengan
budak kembar ni!
Alamatnya sampai esoklah
muka ni kena
tahan dengan segala
perisai sebab confirm-confirm kena
bahan nanti!!
Alahai…..
No comments:
Post a Comment