Rasa tidak serba
kena! Pusing ke
kiri salah. Pusing
ke kanan tak
selesa. Kenapa ni??
Oh Tuhan!
Dheiya masih lagi
berlingkar di atas
katil. Bergolek ke
sana ke sini.
Tak tahu nak
buat apa. Semua
kerja sudah disiapkan.
Kemas pun sudah.
Cuci pun sudah.
Pendek kata dah
complete!
Itu yang takde
kerja, bergolek kat
katil ni. Berangan
aje. Malu pun
ada. Disebabkan kemesraan
malam itu, Dheiya
menjadi tidak senang duduk.
Kadang-kadang rasa malu.
Aduh!! Angau ke aku
ni?
Dhieya menekup bantal
ke mukanya. Dia
menjerit kuat.
Argghh!!
Disebabkan
itulah, apabila berjumpa
sahaja dengan Firdaus
secara spontannya darah
merah cepat menyerbu
ke wajahnya. Malu
teramat sangat. Sedangkan
Firdaus relax aje.
Macam takde apa-apa
yang berlaku.
Tetapi dek kerana
terlalu asyik sangat
teringat akan ‘ malam
mesra ‘ itu, membuatkan
dia cuai! Itulah
akibatnya suka sangat
berangan!
“ Eh! Apa
ni Dheiya?!” jerit
Firdaus.
Ehh! Kenapa? Kenapa
apa? Dheiya memandang.
Oppss!! Apalah
aku ni cuai
sangat! Nak tuang
air dalam cawan
tapi aku TERtuang
dekat tangan Firdaus!!
Nasib air tak
panas.
“ Hah? Ya
Allah! Maaf! Maaf!!
Maaf!! Saya tak
sengaja! Maafkan saya!”
ucap Dheiya kelam-kabut.
Cepat-cepat dia mengelap
tangan Firdaus dengan
tisu dan pergelangan
baju kemeja Firdaus
yang sudah berubah
warna.
Oh tidak! Muka
Firdaus sudah merah.
Habislah aku!
Tapi dia tak
marah-marah pun cuma
buat muka, mendengus
kuat. Tak pekik-pekik
macam dulu kalau
ada silap sikit.
“ Awak saya
minta maaf. Saya
tak sengaja,” ucap
Dheiya lagi. Sikit
lagi nak nangis,
takut sebenarnya tengok
muka Firdaus ni
bila dia marah.
Firdaus mendengus kuat.
Bengang rasanya dengan
kecuaian Dheiya. Sebentar
lagi dia ada
mesyuarat penting pada
pukul 9.30 pagi.
Dia tak mahu
terlewat. Sesaat amat
berharga, membawa masuk
duit. Dia membuka
butang kemeja di
pergelangan tangannya. Wajahnya
masih merah, masam,
cuba mengawal marah.
Takpelah. Mungkin Dheiya
tidak sengaja kot.
Pelik! Kalau dulu
pantang Dheiya silap
sikit, mulalah dia
mengaum satu rumah.
Namun, melihatkan wajah
polos Dheiya, dia
tidak sampai hati.
“ Takpelah. Sediakan
baju I yang
lain. Cepat sikit.
I dah lambat
ni,” arah Firdaus
tegas.
Terus memecut Dheiya
ke tingkat atas.
Baik cepat, takut
nanti ‘ Tuan Harimau ‘
tu mengaum balik!
Itulah! Jangan over
sangat Dheiya! Kan
kau dah malu!
Absolutely!
Firdaus langsung tak
ungkit apa-apa pun
pasal malam tu.
Dia hanya diam
aje bila turun
sarapan pada pagi
keesokkannya. Hanya Dheiya
yang menggelabah semacam.
Dheiya! Control diri
kau! Jangan malukan
diri sendiri. Dia
takde apa-apa perasaan
pun pada kau.
Tapi kenapa pandangan
dia macam nak
cakap sesuatu aje
pada aku? Tetapi
tak terluah. Adakah
mereka seolah-olah merasakan
satu perasaan yang
sama?
Terasa malam itu
mereka memberi restu
kepada mereka untuk
memasuki ‘ ruang ‘ itu.
Ruang hati yang
penuh misteri dan
rahsia, hanya mereka
sahaja yang tahu.
Tetapi….
Dheiya menarik nafas
dalam. Kini dia
semakin keliru. Keliru
dengan tingkah laku
Firdaus. Sekejap baran.
Sekejap elok. Sekejap
datang romantic dia.
Sekejap datang mood
mengusik dia. Apa
ni?
Tapi apa motif
dia peluk aku
malam tu? Pelukan
Firdaus erat sangat,
seolah tak mahu
lepaskan aku. Macam
ada perkara yang
tersembunyi.
Firdaus! Apa yang
awak nak sebenarnya
dari saya? Kalau
betul awak nak
lepaskan saya jangan
buat saya jatuh
cinta kepada awak.
Jangan buat saya
semakin sayang dengan
awak kerana sikap
awak yang mula
mesra dengan saya.
Dheiya menahan tangis
yang mula menghujani
hatinya.
Dheiya memejam matanya
rapat. Meraup wajahnya.
Tadi dia ceria
dan girang, kini
dia resah, pilu,
sebak tiba-tiba. Mengingatkan
janji yang mereka
telah meterai, perlukah
ditunaikan? Jika suatu
hari nanti akan
wujud rasa hati
yang mula memekar
dihati.
Tuhan! Berikan aku
petunjuk. Sungguh aku
akui aku tidak
mahu kehilangan dia!
Dheiya mengesat airmatanya
yang mula berlinangan
di pipi.
Firdaus
termenung seketika. Seketika
kemudia terdengar ketukan
dipintu. Terjatuh pen
ditangannya yang dimain-mainkan sebentar
tadi.
Nampak sangat berangan!
“ Masuk,” arahnya.
Tersembul wajah Zaff.
Lelaku itu tersengih
lebar. Firdaus terkejut.
Seketika kemudian dia
tersenyum lebar. Gembira
dengan kepulangan sahabat
baiknya.
“ Mangkuk punya
kawan! Asal kau
balik tak bagitahu
aku?” Firdaus menyembur
Zaff sebaik mereka
berjabat tangan. Dia
menepuk bahu Zaff.
Kuat jugak tu.
Zaff mengaduh!
“ Aduh! Kau
ni kok ye
pun nak mesra-mesra
dengan aku, tak
payahlah sampai buat
aku nak tercekik!
Sengal betullah kau
ni!” adu Zaff.
Dia menjeling Firdaus.
Geram betul dengan
kawannya yang seorang
ni. Firdaus mengajak
mereka duduk di
sofa.
“ Kau ni
hampehlah Zaff! Balik
tiba-tiba aje, kenapa
tak bagitahu aku,”
soal Firdaus sekali
lagi.
“ Nape? Rindu
aku ekk? Surprise
ni!” usik Zaff.
“ Otak ngek
kau! Surprise konon!”
“ Aduh marahlah
ni? Saje aje.
Kerja aku dah
beres kat sana.
Semua ikut macam
yang kita bincangkan.
Tu yang aku
balik awal ni,
malas lah nak
duduk lama-lama kat
sana,” ujar Zaff.
“ Oh ye?
Alhamdulillah lah macam
tu. Aku tahu
kau memang boleh
diharapkan. Aku ingat
kau balik lagi
tiga hari, yelah
kan kau ke
sana dua minggu”.
“ Kerja dah
habis, aku baliklah.
Lagipun aku tahu
dah nak buat
apa kat sana.
Ni, aku dengar
macam-macam cerita sejak
seminggu lebih aku
takde,” teka Zaff.
Firdaus
mengangkat kening. Cerita?
“ Macam mana
kau tahu? Sape
yang buat report
pada kau?” tanya
Firdaus. Dia menjongketkan
keningnya.
“ Arialah, siapa
lagi. Pasal mummy
kau paksa kau
nak satukan kau
dengan Emilina, pasal
kau dah tak
nak balik lagi
ke rumah parents
kau. You know
what? She’s crying.
Tak pernah aku
dengar dia menangis
macam tu. Kesian
pulak aku dengar.
Sedih sangat budak
Aria tu. Dia
ada cuba call
kau tak kau
tak angkat. Mummy
kau call pun
kau tak angkat
jugak? What happen
Fir?” soal Zaff
bertalu-talu.
Firdaus memejam matanya
rapat-rapat. Kemudian, dia
meraup wajahnya berkali-kali.
Setiap kali isu
ini dibangkitkan, dipersoalkan,
terasa bagai hatinya
dirobek rakus. Kasar.
Pedih sungguh.
Rasa bersalah menjalar
dihatinya terhadap daddy
dan adik kembarnya.
Dia tahu mereka
tidak boleh menerima
apabila dia cuba
menjauhkan diri daripada
mereka. Dia tahu
mereka turut sedih
dan kecewa dengan
apa yang berlaku
pada dirinya.
Dia masih belum
bersedia. Dia perlukan
masa untuk sendirian.
Tambahan dengan desakan
Emilina yang tidak
pernah putus, rayuan
dan pujukan Karinna
meminta kemaafan darinya
yang tidak mengenal
lelah, mengusutkan fikirannya.
“ Fir, tell
me, what’s going
on here? I’m
listening. Kenapa sampai
jadi macam ni?
Kalau kau marahkan
mummy kau sekalipun,
janganlah kau sisihkan
adik dan daddy
kau. Diorang masih
sayangkan kau. You
know what? Aria
tanya aku pasal
Karinna. Aku pun
tak tahu nak
jawab apa cuma
mintak dia tanya
dengan kau sendiri,”
ujar Zaff lagi.
Dia menepuk perlahan
bahu sahabatnya.
“ Nothing Zaff,
just small matter.
Takde hallah,” nafi
Firdaus. Kalau dulu,
dia bagaikan mahu
meluahkan segalanya kepada
Zaff, tapi kini,
ianya bagaikan skrip
yang kosong, tiadak
tahu bagaimana untuk
menerangkan.
“ Don’t lie
to me. Small
matter konon! Muka
tempeyek macam ni
aku dah cukup
kenallah! Tak payah
nak dalih-dalih lagi,”
balas Zaff dengan
suara cuba dimarahkan.
Firdaus
tersenyum kelat.
“ Mummy aku
desak aku suruh
kahwin dengan Lin.
Yang buat aku
betul-betul marah, mummy
aku dah buat
keputusan tanpa sikit
pun bincang dengan
aku, even daddy
aku pun tak
tahu pasal decision
ni. Alasannya, nak
mengeratkan hubungan keluarga
konon! Padahal diorang
takut aku balik
semula dengan Karinna
sebabnya Lin dah
pernah terserempak dengan
Karinna, masa tu
aku pun ada
sekali. Aku dah
banyak kali cakap
pasal ni pada
Lin, tapi dia
langsung tak peduli.
Sekarang ni asyik
datang office aku,
mengamuk macam orang
gila, buat kecoh kat
office aku sebab
aku tak jawab
call dia. Sampaikan
rumah aku pun
dia pergi, nasib
baik awal-awal lagi
aku dah suruh
security tu tahan
dia, jangan bagi
dia masuk. Karinna
pulak asyik call
aje, merayu kat
aku. Dulu aku
dah janji nak
jumpa dia tapi
tiba-tiba ada urgent
meeting pulak, aku
memang dah tak
boleh nak elak,
lepas tu dia
call lagi aku,
masa tu pulak
aku tengah serabut
dengan masalah mummy
aku. Kusut otak
aku ni”.
Firdaus meluah dengan
penuh geram dan
kecewa. Dia meraup
wajahnya lagi. Pantas
dia menyambung kembali.
“ Mummy aku
pulak suka ungkit
anak derhaka depan
aku. Aku takde
niat nak melawan
dia, tapi mummy
aku tak boleh
paksa aku macam
ni. Aku tensyen
tau tak! Sebab
tu aku tak
angkat call diorang”.
Zaff hanya terdiam
mendengar cerita Firdaus.
Kasihan juga dengan
masalah yang membelenggu
Firdaus. Kekesusutan jelas
terpancar pada wajah
bersih Firdaus.
“ Apa alasan
yang kau bagi
masa kau bantah
cadangan mummy kau
tu?” ujar Zaff
setelah sekian lama
mereka membisu.
“ Aku cuma
tak bersedia, tu
aje,” tanpa perasaan Firdaus
menjawab.
“ Yeke? Bukan
sebab Dheiya?” teka
Zaff. Dia senyum
sumbing.
Firdaus menggaru pipinya.
Wajahnya merah, kelam-kabut
jadinya.
“ Aku tak
mabuk lagilah nak
jatuh cinta dengan
dia!” bantah Firdaus,
sedikit menggelabah.
Aihh!! Aku ni
dah berjangkit ke
dengan Dheiya?
Zaff ketawa kecil.
“ Okay forget
about that. Waktu
lain aku tanya
habis-habis. Sekarang ni
masalah kau, apa
kau nak buat
sekarang? Kau tak
boleh terus-terusan jauhkan
diri kau daripada
diorang semua, lambat-laun
kau kena juga
face to face.
Okay macam ni.
Aku rasa baik
kau jumpa jugak
dengan Karinna, berbincang
dengan dia, terus-terang
pada dia kalau
kau dah tak
nak pada dia.
Jangan biarkan dia
makin himpit kau,
nanti timbul masalah
lain. Lin tu,
kau cakaplah elok-elok
dengan dia, bagi
dia faham, jangan
nak temperature, tengking-tengking aje,
Lin tu bukan
Dheiya, yang tak
kisah kau jerkah-jerkah
dia. Kau pun
tahu Lin pantang
orang marah-marah dia.
Hal mummy kau,
kau biarkan dulu. Bincang dengan
daddy kau, suruh
pujuk mummy kau
dulu, bila hal
Lin and Karinna
dah settle, kau
settle pulak hal
mummy kau. Pasal
Aria, kau jangan
risau, biar aku
yang handle. Okay?”
Firdaus terdiam mendengarkan
cadangan Zaff yang
boleh dikatakan brilliant.
Dia mula menimbang-nimbang baik
buruk akan cadangan
Zaff.
Betul jugak! Sampai
bila aku nak
elakkan diri dari
Karinna? Larikan diri
dari Lin? Dah
lama hal Karinna
ni tertangguh, cuma
aku yang malas
nak ambil kisah.
Anggap semua ni
boleh reda sendiri.
Lin pulak, maybe
aku boleh slow
talk dengan dia,
tak marah-marah masa
kat hotel dulu.
“ Okay?” tanya
Zaff. Keningnya dijongket-jongketkan.
“ Otak kau
memang brilliant Zaff!”
“ Well, it’s
me la! Kau
tu hah! Harap
aje belajar tinggi
bertingkat-tingkat, dapat master,
first class lagi, tapi lembap
kau tu pun
bertingkat-tingkat jugak! Apa
guna lah kau
pergi belajar overseas?”
dalam pada memuji,
tetap juga mengutuk
rakannya.
Zaff. Zaff.
“ Kau kalau
nak kutuk aku,
memang tak berlapik.
Tembak aje kan?
Kau ingat course
business management yang
aku amik kat
UK dulu tu
ade ke ajar
pasal nak settle
masalah orang yang
memang tak reti
bahasa ni semua? Well!
I admit, kalau
bab-bab ni kau
memang hero akulah!
Thanks Zaff!” balas
Firdaus sambil memeluk
erat tubuh Zaff.
Hampir naik sesak
nafas Zaff dibuatnya.
Ayarkk!!
“ Kau ni,
taulah sayangkan aku
tapi tak payahlah
peluk aku sampai
nak tercabut nyawa
ni! Aku tak
kahwin lagilah! Hisy!
Tahu pun kau,
kalau takde aku
ni memang kau
ni payah nak
hidup kan?”
Masuk bakul angkat
sendiri pulak si
Zaff ni!
Firdaus mencebik menyampah!
“ Hampehlah la
kau!”
“ Hahahahaha. Okaylah.
Aku ada kerja
ni. Kena submit
report project kat
Australia kat Mr.
Big Boss! Nanti
dia mintak pulak,”
perli Zaff.
Firdaus
membulatkan matanya.
“ Hah! Mana
reportnya? Oh buat
tak tahu pulak!
senyap aje!”
“ Jap lagi
aku bagilah! Oh
ya! Jangan lupa buat apa
yang aku suruh
tu!” laung Zaff
kuat dimuka pintu
sebelum menutup pintu.
Macamlah aku ni
pekak sangat nak
laung kuat-kuat macam
tu! Tu lah!
Vokal high sangat!
Pekik-pekik! Dia cakap
muka aku muka
tempeyek, yang dia
tu monyet sebijik!
Zaff. Zaff.
Firdaus
menggeleng geli hati.
Dia ketawa kecil.
Alhamdulillah! Terima
kasih Zaff!
No comments:
Post a Comment