Firdaus membuang
pandang ke arah
langit yang kelam.
Sudah lama sang
bulan menjengukkan menenangkan
jiwanya. Masih ada
lagi sesuatu yang
menghentam benaknya. Sarat
dengan masalah demi
masalah yang menunggu
untuk dirungkaikan, tapi
bagaimana?
Firdaus mengeluh
lemah. Baru sekejap
tadi dia merasakan
ketenangan ketika bersama
dengan Dheiya, sekarang
hatinya mula diburu
rasa runsing. Agaknya
dia kena selalu
peluk Dheiya kot,
taklah asyik mengeluh
aje kan? Kan?
Ahh!! Nampak
sangat kau ni
memang mengada-ngada Fir!
Nak peluk-peluk pulak!
Firdaus menongkatkan
tangannya pada palang
balkoni sederhana luas
itu. Angin malam
yang menghembus lembut
wajahnya dinikmati. Sikitpun
dia tidak berasa
kesejukan walaupun hanya
santai mengenakan seluar
track pendek paras
lutut dan t-shirt
putih tidak berlengan.
Dia lebih selesa
begini, menadah tiupan
angin yang berpuput
lembut menari setiap
kulit tubuhnya.
Dheiya memandang
dari jauh perlakuan
Firdaus yang seperti
terbeban akan sesuatu.
Ada masalah kat
pejebat ke? Tapi
nampak macam berat
sangat. Takkan masalah
lain kot? Hurrmm…
Perlahan gadis
itu menapak perlahan
ke arah Firdaus
sambil tangan kanannya
memegang erat telinga mug
berisi coklat panas
kegemaran lelaki itu
saat sedang enak
melepak. Dia memaniskan
wajahnya seraya berdiri
bersebelahan dengan lelaki
itu. Ternyata reaksi
lelaki agak terkejut.
“
Awak.. air,” sapa
Dheiya seraya menghulurkan
mug tersebut. Dia
tersenyum lagi. Pipinya
yang gebu turut
naik mengikut pergerakan
senyuman di wajahnya.
Sejuk hati
Firdaus seketika. Hilang
rasa bebanan pada
benaknya. Nampaknya dah
jumpa penawar pengubat
resah gelisah kan?
Cehh! Skema gila
ayat aku! Ketawa
Firdaus dalam hati.
Dia menyambut mug
tersebut.
“
Thanks. Macam tau-tau
aje I teringin
nak minum,” ujar
Firdaus terus menghirup
coklat panas tersebut.
Rasa puas dapat
menikmati minuman panas
itu saat rasa
coklat tersebut menyimbahi
tekaknya.
Dheiya tersenyum
lagi. Dia membetulkan
gaun tidur separas
lutut bercorak kartun
di tubuhnya. Macam
budak-budak, tapi sweet
pulak! huhu…
“
No sweat. Lagipun
saya faham time-time
macam ni memang
supper awak!” balas
Dheiya bergurau. Terserlah
giginya yang cantik
tersusun menambahkan lagi
kejelitaan gadis itu.
Firdaus berasa
debar setiap kali
senyuman manis itu
menyapa ruang matanya.
Inilah salah satu
sebabnya mengapa dia
sukar untuk melupakan
gadis itu. Bertambah
rasa geram di
hati untuk menjamah
bibir itu.
Firdaus!! Apa
yang kau merepek
ni?!
“
Well, that’s my
wife kan, sentiasa
faham kehendak suami?”
balas Firdaus lagi
sambil memeluk erat
bahu Dheiya dengan
tangan kirinya. Spontan
dia mengucup ubun-ubun
gadis itu.
Kini bertambah
lagi hobinya, selain
daripada menyakat isterinya
sehingga merah wajah,
dia suka mengucup
dan menghidu keharuman
rambut Dheiya.
Dheiya mula
merasakan debarannya. Jantungnya
mula memainkan rentak
irama pop rock
yang maha kuat.
Namun dia tidak
menolak pelukan lelaki
itu, sebaliknya dia
berasa tenang dalam
dakapan lelaki itu.
Rasa tanda dirinya
dihargai dsan diperlukan.
Mereka berdua
sama-sama mengalih pandangan
pada kerlipan cahaya
lampu n yang menyimbahi kegelapan
kota metropolitan itu.
Tangan Firdaus kini
memaut erat pinggang
isterinya. Dheiya melentokkan
kepalanya pada bahu
tegap lelaki itu. Suasana
aman dan tenteram
menyelubungi mereka. Lama
mereka berkeadaan begitu,
leka dalam kehangatan
tubuh pasangan masing-masing.
Tiba-tiba Dheiya
terdengar keluhan lembut
meniti di bibir
Firdaus. Keluhan yang
amat berat dirasakannya.
Dheiya mengangkat kepalanya,
kemudian berdiri menghadap
lelaki itu. Firdaus
sedikit tergamam dengan
tindakan gadis itu
yang seakan dapat
merasai bebanan yang
cuba disembunyikannya.
“
Awak, kenapa ni?
Nampak macam ada
masalah aje? Wanna
share with me?”
soal Dheiya lembut.
Matanya mencari anak
mata Firdaus yang
sengaja cuba dilarikan.
Entah mengapa
dia menjadi berani
malam ini sedangkan
dia arif akan
sikap Firdaus yang
tidak mahu dia
mengambil tahu akan
hal lelaki itu.
Tapi mana mungkin
dia membiarkan suami
yang dicintai menanggung
beban yang sarat
keseorangan saja. Hatinya
turut rasa terbeban
melihat wajah kacak
itu berubah mendung.
Firdaus mengeluh
lemah. Mana mungkin
dia dapat menyembunyikan lagi
keluhan hatinya sedangkan
sudah terang-terangan Dheiya
dapat menyelami hatinya
yang semakin terbuka
untuk gadis jelita
dihadapannya. Pertanyaan lembut
Dheiya menggamit hatinya
untuk berterus-terang namun
dia bimbang akan
kebenaran yang terluah
dari bibirnya akan
melukakan hati insan
kesayangannya nanti.
Firdaus mengusap
lembut pipi gebu
Dheiya dengan jarinya.
Senyuman manis cuba
dilemparkan tapi seakan
kelat dirasakannya.
“
No sayang. It’s
okay. Takde pape
pun. Masalah kecik
aje. You don’t
have to worry
okay?” dalih Firdaus.
Pantas Dheiya membalas,
melekapkan kedua-dua tangannya
pada pipi Firdaus.
“
No. You are
not okay,” jawab
Dheiya sambil kepalanya
digelengkan. Firdaus tertunduk.
Nafasnya bagaikan tertahan.
Bagaimana dia harus
memulakan? Dia tidak
mahu menyakiti hati
Dheiya.
“
Awak, sejak awak
lafazkan akab ijab
dan qabul pada
hari pernikahan kita,
saya dah berjanji
dengan diri saya
sendiri yang saya
akan cuba menjadi
isteri yang terbaik
untuk awak, saya
akan cuba menjadi
isteri yang taat
pada awak dan
saya akan cuba
menyenangkan hati awak.
Saya tak nak
awak susah hati,
sebab hati saya
jugak yang akan
rasa pedihnya. Walaupun
pada waktu tu
saya sedar yang
kita akan berpisah
nanti, tapi saya
tak dapat tahan
hati saya daripada
berjanji. Kalau boleh
saya nak kongsi
segala-galanya dengan awak.
Saya nak awak
tahu awak tak
keseorangan, saya ada
dengan awak kat
sini,” lembut Dheiya
menutur kata. Tangannya dilekapkan
pada dada bidang
lelaki itu sambil
matanya langsung sekelip
pun berpaling pada
wajah bersih Firdaus.
Alangkah indahnya
hati dia apabila
Firdaus sudi berkongsi
semua itu dengannya!
Firdaus menarik
nafas dalam-dalam. Sungguh
dia terpana akan
kata-kata Dheiya. dia
langsung tidak menyangka
setulus itu Dheiya
berharap padanya walaupun
pada ketika itu
perpisahan pasti akan
terjadi antara mereka.
Dia kagum dengan
ketulusan hati Dheiya.
mengapa dia buta
melihat semua itu?
“
Saya tak paksa
kalau awak tak
nak kongsi, mungkin
awak perlukan privacy.
Tapi saya nak
awak tau yang
saya tetap ada
di sini, sentiasa,
selagi awak masih
perlukan saya. Itu
aje,” sambung Dhieya
lagi.
Ya Allah!
Kenapalah selama ni aku buta?
Kenapa setulus ini
kasih dan cinta
isteriku padaku? Walau
macam mana pun
marah dan tengkingan
aku pada dia
dulu, dia masih
berharap padaku, Firdaus
bermonolog sendiri. Saat
ini dia sungguh
terharu. Semakin kuat
dan menggebu sayangnya
pada gadis bernama
Dheiya Arisha ini.
Dia mengangkat
wajahnya menyambung pandang
wajah mulus itu.
Lembut. Tenang. Damai
hatinya. Kenapalah dia
terlewat bertemu dengan
gadis itu sebelum
ini? Dan mengapa
dia perlu bertemu
gadis itu di
tempat yang sebegitu?
“
Dheiya, kenapa you
buat macam ni?
You tahukan yang….,”
belum sempat Firdaus
meneruskan, Dheiya meletakkan
jari telunjuknya pada
bibir Firdaus.
“
Saya tak perlu
jawab soalan tu.
Awak sendiri dah
ada jawapannya,” jawab
Dheiya lembut, membalas
kembali pertanyaan Firdaus.
Tidak dapat
menahan rasa sebak
dan syahdu, Firdaus
memeluk erat tubuh
molek itu. Dheiya
tenggelam dalam dakap
suaminya yang didambakan
selama ini. Rasa
tenang menyelubungi hatinya.
Rasa selamat dan
dilindungi.
Firdaus memeluk
erat lagi sebelum
dia merenggangkan pelukannya.
Dahi dia bertemu
dengan dahi Dheiya.
Bibirnya mula mendarat
pada mata bundar
itu sebelum dileretkan
pada hidung comel
isterinya. Bibirnya berhenti
pada bibir mungil
Dheiya yang lembap
itu. Erat dia
mengucup bibir Dheiya
lalu dibalas lembut
oleh gadis itu.
Pautan erat tangan
Dheiya hangat terasa
pada pangkal lehernya.
Firdaus memaut erat
lagi pinggang Dheiya.
Sang bulan
dan bintang menjadi
saksi akan penyatuan
mereka!
---------------------------
“
Macam-macam benda yang
jadi hari ni
yang buat I
lagi tambah kusut,
pening. I pun
tak tahu macam
mana I nak cerita kat
you,” luah Firdaus
setelah sekian lama
diam membisu, nak
susun ayat mungkin.
Firdaus menarik
nafas lagi. Mencari
aksara untuk menyusun
ayat supaya kebenaran
yang ingin dikongsi
tidak akan melukakan
hati Dheiya. tangannya
mula berhenti membelai
lembut rambut Dheiya
yang diletakkan di
atas dadanya. Tangan
gadis itu erat
melingkari di pinggangnya.
Detup jantung
Firdaus yang berpalu
sedikit laju dapat
didengar jelas Dheiya.
Seakan sukar untuk
diluahkan. Dheiya masih
diam membisu, menunggu
dan memberi peluang
Firdaus bersuara walaupun
dia mula merasakan
debaran yang pasti
menyakitkan hatinya.
“
It’s really torturing
me. Dah macam-macam
cara I cuba
nak fahamkan diorang,
tapi macam cakap
dengan tunggul kayu
je!” luah Firdaus
lagi. Ada nada
marah disitu.
Dheiya mengangkat
kepalanya yang sejak
tadi diletakkan pada
dada bidang Firdaus.
Dia memandang wajah
Firdaus yang sedikit
berkerut itu.
“
Hurmm… ni semua
ada kene-mengena dengan
Emilina dan bekas
kekasih awak, Karinna
kan?” tembak Dheiya
tepat pada sasarannya.
Firdaus tersentak.
Dahinya berkerut lagi.
Macam mana Dheiya
boleh tau ni?
Aku tak pernah
pun cerita kat
dia sebelum ni.
Firdaus turut
sama bangkit dari
baringnya di atas
kerusi panjang yang
diperbuat daripada kayu
itu. Dia merasakan
Dheiya sedikit sugul
melihat reaksinya sebentar
tadi. Dia duduk
bersebelahan dengan Dheiya
lalu tangannya mengenggam
erat tangan gadis
itu.
“
Macam mana you
tau?”
“
Hurmmm… Saya agak
aje. Instinct saya
kuat cakap macam
tu. Betul ke?”
soal Dheiya kembali,
meminta kepastian. Dalam
hatinya bukan itu
yang diharapkan tetapi
awal-awal lagi Firdaus
sendiri sudah memberi
klu, bagaimana lagi
mahu menidakkannnya?
“
Betullah instinct you
tu. Tak sangka
you ni pun
pandai jugak jadi nujum Mak
Belalang kan? Macam
Zaff jugak!” gurau
Firdaus. Dheiya ketawa
kecil. Buat seketika
suasana sunyi antara
mereka. Firdaus turut
diam.
“
Baru hari ni
I dapat tau
satu kebenaran yang
memang menyakitkan. I tak
sangka mummy I
sanggup buat macam
tu,” jelas Firdaus
perlahan. Dia seakan
mula mendapat rentak
untuk terus bercerita.
Dheiya memandang wajah
Firdaus, meminta Firdaus
terus meneruskan lagi.
“
Lepas mesyuarat tadi,
Karinna mintak I
tunggu kejap sebab
nak bincang pasal
kerja. You jangan
salah anggap pulak,
coz syarikat I
ada joint venture
dengan company dia.
Sebab tu lah I selalu
jumpa dengan dia
walaupun I memang
tak nak terserempak
dengan dia lagi.
I tak suka
bila dia ungkit
kisah lama coz
pada I tu
semua dah tak penting, benda
dah jadi bukannya
boleh putarkan balik
masa tu”.
“
Lepas tu?” pinta
Dheiya tidak sabar
ingin mengetahui lagi.
Pada masa yang sama
dadanya berdebar dengan
kencang, dia sendiri
tidak tahu kenapa,
tapi apa yang
jelas hanyalah dua
nama, Emilina dan
Karinna.
“
At the same
time jugak Lin
muncul. I pun
tak tahu apa
sebabnya tapi macam
biasalah, perempuan kalau
dah jumpa musuh
sesame sendiri tu
apa lagi, gaduhlah.
I memang malas
nak ambik port
pasal benda bodoh
macam tu but
ada satu benda
yang buat I
tak jadi nak
keluar dari situ.
Perkara yang sangat
mengecewakan I”.
“
I tak sangka
selama ni mummy
senyap-senyap aturkan persiapan
majlis pertunangan I
dengan Lin. What a nightmare!
Apa yang paling
mengejutkan lagi, I
langsung tak tahu
even daddy pun
tak tahu pasal
benda ni. Mulanya
I ingat si
Lin tu main-main
aje sebab sengaja
nak sakitkan hati
Karinna, tapi dia
cabar I bersemuka
dengan mummy. Masa
tu lah I rasa
was-was dengan apa
yang Lin cakap,”
Firdaus bangun dari
duduknya sambil berpeluk
tubuh. Kepalanya didongakkan
menghadap ke langit
kelam.
Dheiya menarik
nafas yang terasa
tersekat di kerongkongnya. Sukarnya
dia hendak benafas
hanya mendengar satu
perkataan yang kini
seakan di gam
kukuh pada neuron
otaknya. Mummy! Ya,
sekarang ini dia
sudah dapat melihat
akan halangan yang
sudah tersedia dihadapannya
walaupun dia masih
belum memulakan perjalanan.
Jikalau dulu
Emilina adalah penghalang
buat dirinya untuk
bersama Firdaus saat
pertama kali matanya
disajikan dengan pelukan
erat Emilina pada
lengan Firdaus, namun
sangkaannya meleset sama
sekali apabila Firdaus
sendiri mengaku antara
mereka berdua tiada
hubungan yang istimewa.
Hanyalah sepupu dan sahabat semata-mata.
Hatinya lega.
Saat menerima
panggilan telefon dari
pemilik suara lunak
dan manja itu,
hati Dheiya mulai
goyah. Dan buat
pertama kalinya, dia
menitiskan air matanya
hanya kerana saat
itu dia sudah
pasti tiada sinar
mentari lagi buat
dirinya. Sakit dan
perih hatinya menahan
sekam sembilu tatkala
pemilik suara yang
bernama Karinna itu
diakui oleh Firdaus
sendiri sebagai bekas
kekasihnya lapan tahun
yang lalu.
Dheiya patah hati. Tetapi
digagahkan hatinya bersama
tiupan semangat agar
tidak ketara kerapuhan
hatinya yang sudah
berderai menjadi abu.
Siapa sangka, sikap
Firdaus mulai berubah
dari sehari demi
ke sehari dan
sinar kasih itu
terpancar melalui dari
mata, sikap dan
tutur katanya yang
tidak lagi sekasar
dan segarang dulu.
Gembiranya bukan kepalang
apabila Firdaus sendiri
mengaku dia langsung
tidak berniat untuk
kembali bersama wanita
itu.
“
Petang tadi, I
bersemuka dengan mummy.
Kalau bukan daddy
yang suruh pun
memang I tetap
nak jumpa jugak
dengan mummy. Kebenaran
memang menyakitkan, kan?
Memang I sakit
sangat hati ni
bila mummy sendiri
mengaku memang dah
merancang majlis pertunangan
bodoh tu,” terhenti
seketika Firdaus. Dilihat
lelaki itu kembali
melabuhkan duduknya bersebelahan
Dheiya yang sejak
tadi membisu. Menahan
rasa mungkin.
“
Dah berkali-kali I
terangkan pada mummy
penolakan I, tapi
mummy macam tak
nak faham. Alasannya
sebab nak pelihara
keturunan kami. I
tak faham! Kalau
kahwin dengan orang
yang takde pangkat
memang hancur ke
keturunan tu? You
know what, sebab
tu jugaklah I
berpisah dengan Karinna.
She’s same like
you Dheiya, orang
biasa, bukan anak
somebody. Memang I
merana, tapi I
terkilan jugak sebab
Karinna sanggup ikut
cakap mummy I
tu walaupun melukakan
hati dia sendiri,”
luah Firdaus. Jelas
di mata Dheiya,
Firdaus sedikit emosi
pabila menyentuh kisah
antara dia dan
Karinna dahulu.
“
Cinta yang suci
memerlukan pengorbanan. Itu
sebabnya dia buat
macam tu,” tutur
Dheiya perlahan, seolah-olah
membela tindakan Karinna.
Siapa tahu apa
yang diucapkannya bagaikan
menikam jantung sendiri.
“
Tak semestinya nak
buktikan cinta tu
sejati kena berkorban
aje Dheiya! Tapi
kepercayaan tu penting!
Karinna sendiri seolah
tak percaya dengan
janji I dulu!
Sekarang bila dia
dah balik sini,
barulah terhegeh-hegeh! I
rimas tau tak!
Apa yang I
cakap langsung tak
nak dengar!” Firdaus
sedikit membentak. Terpancar
riak tidak puas
hati bercampur geram.
Dheiya menarik
nafas perlahan. Hailah!
Dah dapat hubby
hensem macam ni,
memang sentiasa makan
hatilah! Asyik kena
kejar aje dengan
perempuan! Teringat pula
Dheiya semasa mereka
berdua di Hotel
Merida sewaktu pertemuan
kali pertama dengan
bapa mertuanya. Bukan
main lagi Firdaus
menyorok di balik
dinding lobi sebab
tidak mahu kelibatnya
diketahui oleh Karinna.
Dia pun terbabit
sama! Dah Firdaus
tarik dia sekali
nak buat macam
mana?
“
Mungkin awak tak
terus-terang kot dengan
diorang?” teka Dheiya.
Firdaus mendengus kasar.
“
Dheiya, dah naik
sakit tekak dah
I explain kat
diorang, sampai dah
muak tau tak.
You just name
it, semua cara
I dah buat
nak bagi diorang
faham, tapi I
macam cakap dengan
tunggul aje. bila
I tak endah
tau pun marah,
diorang ingat I
ni tak rimas
ke? I dah
face to face
dengan diorang, explain
everything, tapi entahlah.
Macam sia-sia aje I bazirkan
air liur I
ni. Mummy pun
langsung tak nak
faham dan memang
tak nak pun
faham!”
Firdaus meraup
kasar wajahnya. Kalaulah
dia punya kuasa
sakti, dah lama
dia hilangkan dirinya
dan pergi jauh-jauh
dari sini, dari
orang yang suka
mendesaknya.
“
Alasan apa yang
awak bagi pada
mummy awak untuk
tolak perkahwinan awak
dengan Emilina?” tanya
Dheiya teragak-agak. Itulah
ayat yang sering
bermain di mindanya.
Mengapa lelaki itu
menolak? Kalau setakat
tidak cinta, mungkin
sudah disogokkan yang
cinta boleh dipupuk
selepas kahwin. Alah!
Cliché lah ayat
macam tu! Dah
macam dalam novel
dah!
Firdaus tersentap.
Dia mengetap bibir.
Errkk!! Apa alasan
yang aku nak
cakap kat dia?
Nak terus-terang? Lagipun
dia macam dah
dapat bace aje
apa yang aku
fikirkan sekarang ni.
“
Ermmm… just I
tak ready lagi
nak kahwin. Macam
poyo aje alasan
I tu. Time
tu memang dah
takde idea lain
lagi dah! Takkan
lah I nak
mengaku kat depan
mummy and semua
orang yang sebenarnya
I dah kahwin.
Maunya pengsan mummy
I tu tak
pun dia mengamuk
sakan. Seriously, mummy
I tu memang
susah nak jangka
tindakan dia. Apa
yang pasti, mummy
memang suka mendesak
supaya orang ikut
kemahuan dia. I
tak tahu nak
cakap macam mana
lagi Dheiya. benda
ni lah yang
merunsingkan I sekarang.
Petang tadi, sejujurnya
ego I terlalu
rendah Dheiya. I
merayu pada mummy suruh hentikan
semua majlis mengarut
tu. I tak
nak seksa Lin
kalau kami tak
bahagia nanti and
cukuplah hati terseksa
selama ni. I
dah tak sanggup
Dheiya nak tanggung
kecewa ni. I
harap sangat mummy
I ubah fikiran
lepas apa yang
I dah luahkan
pada dia. Harap
sangat dia faham
anak lelaki dia
ni,” perlahan suara
Firdaus. Dheiya mula
sebak. Tidak sangka
Firdaus tetap mempertahankan perkahwinan
mereka walaupun bukan
niat lelaki itu
sebenarnya. Bagi Dheiya,
itu sudah cukup
membuatkan dia terharu.
“
You know what
Dheiya? I rasa
mummy macam tak
nak tengok I
bahagia je. Selalu
desak I buat
apa yang I
tak…..,” Firdaus terdiam
saat Dheiya menekup
bibirnya daripada berkata-kata.
Riak wajah gadis
itu sukar difahami.
“
Tak baik awak
cakap macam tu!
Dia ibu awak,
yang mengandungkan awak,
melahirkan awak denga
susah payah, membesarkan
awak tanpa sikit
pun rasa terbeban.
Awak tak faham
hati seorang ibu
macam mana. Bukannya
saya nak menangkan
mummy awak dan
sokong aje bulat-bulat
apa yang dia
dah buat tapi
sebagai anak yang sayangkan
ibu dia, patutnya
awak tegur mummy
awak dan doakan
dia supaya berubah.
Jangan sesekali cakap
mummy awak tak
sayangkan awak. Takde
ibu yang nak
tengok anak dia
sedih. Setiap ibu
pasti nak yang
terbaik aje untuk
anak dia walaupun
cara dia salah.
Awak, kalau awak
dah nampak apa
yang mummy awak
buat tu tak
betul, awak kena
sedarkan dia, nasihat
dia, jangan memberontak,
nanti kecik hati
mummy awak. Awak
tau tak setitis
air mata ibu
menitis sebab kecik
hati dengan anak,
dah tertutup pintu
syurga untuk anak
tu,” lembut Dheiya
menasihati walaupun pada
mulanya sedikit kekerasan
pada awal nadanya.
Firdaus tersenyum
dalam hati. Macam
manalah aku tak
terpikat, walau marah
macam mana pun,
still lembut aje
lagi. Setiap kata-kata
Dheiya tu ada
makna yang sangat
mendalam.
“
Syurga seorang wanita
beralih daripada ibu
kepada suami bila
dia dah berkahwin.
Tapi syurga seorang
lelaki tetap dan
tidak akan pernah
berubah pada orang
lain selain daripada
seorang wanita yang
bergelar ibu. Macam
tulah mummy awak,
kalau boleh dia
nak pastikan awak
jugak ikut bersama
dia nanti ke
syurga kelak jika
diizinkan Allah. Syurga
saya pada awak
tapi syurga awak
tetap berada pada
mummy awak. Walau
macam mana pun
teruk dan buruknya
perangai mummy awak,
awak wajib hormat
dan menyayangi dia.
Sebabnya, dia mummy
awak! Tanpa dia,
awak tak wujud.
Awak fahamkan maksud
saya? Mummy awak
bukanlah seteruk itu.
Saya yakin kalau
kena dengan gaya
dan cara awak
pujuk mummy awak,
saya pasti mummy
awak akan faham
jugak suatu hari
nanti. Cuma satu
aje saya nak
pesan, jangan pernah
putus berdoa untuk
mummy awak! Dan
saya jugak tak
akan pernah putus
doa untuk awak,
sebab awak syurga
saya!”
Bagai dicurah
air sejuk ke
ubun-ubun, Firdaus rasa
tidak percaya dengan
apa yang didengarinya.
Dia langsung tidak
menyangka sebegitu mulia
dan tulusnya hati
gadis itu walhal
kalau difikirkan secara
logic sudah pasti
Dheiya sendiri maklum
dan nampak akan
penghalang pada hubungan
mereka. pasti tidak
direstui oleh wanita
berpangkat dan berkedudukan,
Puan Sri Sy.
Faridah.
Gadis yang
bernama Dheiya Arisha
ternyata sangat berbeza!
Berbeza daripada semua
wanita yang pernah
dia kenal dan
yang pernah mendampinginya. Walaupun
sudah jelas terang
lagi bersuluh yang
pasti Puan Sri
Sy. Faridah tidak
akan merestui hubungan
mereka, gadis itu
masih menasihati dia
supaya tidak terlalu
bersangka buruk pada
orang.
Firdaus memandang
wajah Dheiya yang
lembut dan tenang
itu. Sejujurnya, wajah
inilah yang sentiasa
cuba menenangkan jiwanya
yang gundah gulana.
Dia tersenyum lagi.
“
Senyum pulak dia!
Awak! Saya serius
tau!” jerit Dheiya
geram melihat hanya
sengihan saja yang
terukir di bibir
lelaki itu.
Taulah! Hensem!
Sengih aje! Dheiya
tarik muncung!
Firdaus ketawa
kecil. Suka benar
dia melihat Dheiya
dalam keadaan marah-marah
begitu. Alah! Bukannya
marah sangat pun!
Marah-marah manja gitu!
Comel pulak tengok
dia tarik muncung
macam tu.
Alahai!!
Firdaus memaut
dagu Dheiya supaya
matanya dapat bertentang
dengan mata bundar
gadis itu. Dia tersengih nakal.
“
You know what
Dheiya? You ni
berbeza sangat dengan
perempuan-perempuan yang pernah
I kenal sebelum
ni. Even Karinna
pun tak macam
you. Sikap you
ni buat I
tambah sayang kat
you tau!”
Dheiya terpana
saat kata-kata Firdaus
terluncur di bibir.
Paling suka ayat
last tu lah!
Arggh!! Heavennya!!!
Bertambah merah
lagi wajahnya apabila
Firdaus mengucup lembut
bibirnya walau hanya
sekejap. Dheiya tertunduk
malu. Dia menyembamkan
wajahnya ke dada
bidang Firdaus. Tawa
lelaki itu meletus
tidak berhenti menlihat
Dheiya yang tersipu-sipu
malu.
1 comment:
alolo so sweet . .hehe
_Ieyana_
Post a Comment