Pintu ditutup
rapat. Langkahnya mara
mendekati susuk tubuh
yang masih leka
memerhati setiap ceruk
suite mewah ini.
Walaupun bukan honeymoon
suite, suite ni
tetap tampak eksklusif.
Biasalah! Kan hotel
lima bintang!
Firdaus pula
terus mencalitkan jarinya
pada perabot meja
dan TV berskrin
nipis itu. Bersih!
Dia memerhatikan lagi
mana-mana tahu kalau
ada aje yang
menyakitkan mata. Biasalah!
Dia memang cerewet!
“
Awak nak mandi
dulu ke? Saya
keluarkan pakaian?” tanya
Dheiya seraya menuju
ke arah beg
pakaian mereka.
“
Boleh jugak! Thanks!”
Dia lantas
menuju ke pintu
gelongsor lalu dibukanya.
Suite mereka ini
betul-betul menghadap laut.
Dheiya meletakkan keperluan
suaminya di atas
katil seraya berdiri
di sebelah Firdaus.
“
Cantik sangat pantai
tu! Nyaman aje
udara kat sini!”
ujar Dheiya perlahan.
Firdaus menoleh ke
arahnya lalu menarik
tubuh molek itu
ke dalam pelukannya. Entah
mengapa, memeluk tubuh
wangi itu memberikan
dia suasana yang
lebih nyaman.
Dheiya tersenyum.
Dia menyandar pada
dada bidang Firdaus.
Alangkah bahagianya hati,
berdua-duaan menikmati keindahan
ciptaan Tuhan bersama
orang yang tersayang.
Lebih-lebih lagi dengan
lelaki yang amat
dicintainya. Sukar sungguh
dia melafazkan kata-kata
cinta itu kerana
rasa malu yang
menebal. Biarlah Firdaus
menerima dia sepenuhnya
dahulu. Malah kini
lelaki itu mula
memberi tanda-tanda positif
hubungan mereka ke
arah lebih jauh.
Makin nakal dan
menggoda!
“
Diam aje. Berangankan
apa?” soal Firdaus
memecah kesunyian antara
mereka. Deruan ombak
ditambah dengan bayu
laut membuatkan dia bertambah leka
dengan ayunan tubuh
mereka yang bersatu
erat itu.
“
Takde apa. Cuma
tengah feel rasa
suasana nyaman macam
ni,” jawab Dheiya
perlahan dengan penuh
perasaan. Matanya dipandang
jauh ke dasar
laut yang terbentang luas.
Firdaus menyeluk
poket jeansnya. Rantai
leher yang dia
tempah beberapa hari
yang lalu di
Kuala Lumpur ditarik
keluar. Dia menyimpan
rantai leher tersebut
di dalam kereta
kerana tidak mahu
Dheiya nampak akan
beg kertas rantai
leher tersebut. Surprise
mana boleh orang
tahu!
Rantai leher
berwarna silver yang
berbentuk dua hati itu
diukir khas mengikut
kehendak dia. Jikalau
dilihat dengan lebih
teliti, pada bahagian
tepi bentuk hati
itu terdapat ukiran
halus nama mereka
berdua. Simbolik penyatuan dua hati.
Firdaus memakaikan
rantai tersebut ke
leher Dheiya. Gadis
itu terperanjat apabila
merasakan ada sesuatu
yang sejuk terkena
pada lehernya. Dheiya
terkejut melihat rantai
leher yang berukir
cantik itu.
“
Err.. apa ni
awak?” tanya Dheiya
seraya mengalihkan kepalanya
memandang Firdaus yang
tersenyum manis. Kacak
sungguh lelaki itu
bila tersenyum!
“
You fikir ni
benda apa?” Firdaus
menjongketkan keningnya. Sengaja
melontar soalan yang
membuatkan Dheiya sedikit
tergagap.
“
Err.. rantai tapi
untuk apa?”
“
Ya Allah! Blurnya
sayang I ni!
Mestilah untuk you
sayang. Takkan untuk
Zaff pulak kot!”
Firdaus ketawa kuat.
Dheiya menarik muncung.
Suka sangat kenakan
aku tau!
Firdaus pantas
mengucup lembut bibir
Dheiya. Bulat mata
gadis itu. Darah
mula menyerbu ke
wajah. Merah!
“
I take that
as your thanks
to me! Now,
thank you sebab
bagi hadiah pulak
kat I!” usik
lelaki itu lagi.
Dheiya menolak
perlahan tubuh Firdaus.
Bahaya sungguh suaminya
ni. Dahlah dia
dalam tempoh larangan!
“
Okay! Awak memang
suka sangat buat
saya malu. Sekarang
awak pergi mandi
dulu!” putus Dheiya
menolak belakang tubuh
Firdaus menuju ke
bilik air. Lebih
daripada nak cover
malu sebenarnya!
“
Mandi dengan I
eh?”
“
Tak nak!”
“
Why?”
“
Because you are
naughty boy!” ejek
Dheiya. Gadis itu
ketawa melihat wajah
cemberut lelaki itu.
Geram pulak dia
dengan sayangnya yang
makin hari makin
manja! Amboi! Hubby
aku sekarang ni
dah pandai buat
memek muka! Nasib
baik still handsome!
###
Usai solat
Asar, mereka bersiar-siar
di pantai Teluk
Kemang yang meriah
dengan suara hiru-pikuk
pengunjung pada hujung
minggu itu. Kebiasaannya,
pantai Teluk Kemang
ini tidak akan
pernah sunyi saban
waktu tambahan pula
pada hujung minggu.
Dari jauh sudah
boleh dilihat banyak
khemah-khemah didirikan sehingga
tidak mempunyai ruang
walau seinci pun!
“ Kenapa
awak tak join
diorang main jet
ski?” kata-kata Dheiya
mengundang senyuman di
bibir Firdaus. Dia
mengalihkan pandangannya pada
gadis di sisinya.
Mereka berjalan
menyusuri pantai Teluk
Kemang ini sambil
mencuci mata melihat
ramai pengunjung bermain
sukan air yang
sememangnya popular di
sini.
“ Tak
naklah! Kan I
nak dating aje
dengan you,” jawab
Firdaus dengan senyuman
meleret. Dheiya tersenyum
manja. Tangannya dibiarkan
bertaup erat dengan
jari jemari lelaki
itu, menampakkan mereka
pasangan yang bahagia.
“ Saya
tak kisah kalau
awak nak join
diorang. Awak kan
sibuk kerja selalu,
so sekaranglah masanya
awak nak seronok-seronok,” ujar
lembut gadis itu
lagi. Dheiya tampil
feminine dengan long
sundress berwarna hitam
bercorak pink colour.
Sesuai dengan material
yang lembut dan
sedikit stretchy. Untuk
menutup bahunya yang
terdedah, Dheiya mengenakan
short cardigan warna
senada dengan sundress.
“ Malaslah.
Esok kan ada
lagi. Boleh main.
But! Make sure
you pun join
I main tu
semua esok eh!”
Firdaus menagih janji.
Matanya leka
meliar pada penampilan
Dheiya yang membuatkan
dia menelan liur
berkali-kali. Seksi habis
walaupun tak ketat!
Tadi pun dah
banyak mata-mata liar
yang tak berkelip
memandang insan kesayangan
dia ni. Dalam
hati mahu sahaja
dia menengking mata-mata
nakal itu. Geram
sungguh! Argh! Memang
aku cemburu!
“ Isy
awak ni! Mulalah
mata tu,” Dheiya
tarik muncung. Firdaus
ketawa kecil. Lengan
Dheiya ditarik duduk
di atas sebuah
batang kayu yang
tumbang. Dheiya menurut
sahaja.
“ Nak
tengok wife sendiri,
salah ke?” ujar
Firdaus manja, sedikit tak berpuas
hati.
“ Tak
salah tapi kita
kat public kan?
Behave sikit eh!”
“ Oh!
Maksudnya kalau kat
dalam bilik tak
payah behave-behave lah
eh?” sudah mula
datang sifat miang
Firdaus.
“ Awak!”
Dheiya menjerit kecil.
Dia menarik muncung
lagi. Geram sungguh
dengan Firdaus yang
langsung tak tahu
malu. Nasib baik
tak ada orang
yang mendengar perbualan
mereka.
“ You
jangan nak tarik
muncung tu selalu
eh. I cium
kat sini jugak
baru you tau!”
ugutan Firdaus dengan
muka ala-ala serius
membuat Dheiya mengetap
bibirnya kuat. Dia
menunduk malu. Eeii!!
Suka sangat cakap
macam tu!
Firdaus ketawa
besar dengan telatah
Dheiya yang malu-malu.
Dia memeluk erat
bahu Dheiya. Tangannya
mengenggam erat jari-jemari
yang mulus itu.
You such a sweet girl!
“ Sayang,
can I ask
you something?” Dheiya
memandang wajah Firdaus
yang sedikit tergagap-gagap hendak
membuka mulut. Sejak
bila pulak hubby
aku ni tergagap-gagap nak
cakap? Mesti berjangkit
dengan aku kot!
Desis Dheiya dalam
hati.
“ Apa
yang awak nak
tanya?”
“ I
teringin nak tahu
pasal family you.
I mean latar
belakang you,” luah
Firdaus sedikit teragak-agak.
Wajah Dheiya sedikit
berubah. Dia mengalihkan
matanya. Rasa sedih
menjalar di hatinya.
Mendengarkan pertanyaan itu,
memorinya seakan pantas
membuat tayangan bayangan
kehidupannya dahulu.
“ Err…
it’s okay if
you are not
comfortable enough to
answer my question.
I know it’s
really hurt you
dear,” lembut Firdaus
memujuk walaupun hatinya
melonjak-lonjak ingin mengetahui
segala tentang kehidupan
gadis itu sebelum
pertemuan mereka buat
pertama kali pada
malam itu.
“ Takpe.
Awak berhak tahu
semua pasal saya,”
balas Dheiya menghadiahkan
senyuman nipis pada
seraut wajah tampan
itu. Dia menguis
kakinya pada pasir
mencari ayat untuk
memulakan cerita.
“ Macam
yang pernah saya
bagitahu awak masa
malam tu, saya
memang yatim piatu.
Anak tunggal pada
ibu dah ayah
saya. Mereka pun
sebatang kara. Lepas
ayah meninggal sebab
kena panah petir,
saya tinggal dengan
ibu. Memang susah
sangat hidup kami
waktu tu. Kais
pagi makan pagi,
kais petang makan
petang,” Dheiya mula
mengimbas kembali kehidupannya
bersama arwah ibu.
Dadanya mula sebak.
Kemudian, dia menyambung
kembali.
“ Itu
pun saya dah
cukup bersyukur, sekurang-kurangnya kami
ada makanan walaupun
sikit. Kadang-kadang satu
hari tu kami
tak menjamah sebutir
nasi langsung. Ibu
susah payah nak
besarkan saya dengan
kerja cuci kain
di rumah orang.
Berapa banyaklah sangat
yang Ibu dapat
dengan duit cuci
kain tu tapi
alhmadulillah
sekurang-kurangnya kami tak
pernah mengemis pada
orang. Kami tetap
bahagia biarpun susah.
Walaupun saya masih
kecik waktu tu,
saya faham kesusahan
Ibu nak mencari
sesuap nasi, sebab
tu saya tekadkan
hati untuk belajar”.
Firdaus menunduk
ke bawah. Tidak
sangka hidup Dheiya
sesukar itu. Tidak
seperti dia yang
mendapat segalanya apa
yang dia inginkan.
Dheiya tidak seperti
Karinna, walaupun mereka
yatim piatu, setidak-tidaknya Karinna
mempunyai harta yang
ditinggalkan oleh kedua
ibu bapanya.
“ Saya
pernah nak berhenti
belajar sebab kami
susah sangat, mana
nak bayar yuran
sekolah yang beratus-ratus
tu, tapi Ibu
tak benarkan. Dia
cakap dengan pelajaran
ajelah dapat ubah
kehidupan kami. Masa
saya umur 9
tahun, Pak Cik
Bakar pindah ke
kampung kami. Masa
tu dia baik
sangat dengan kami,
selalu tolong Ibu,
hulurkan duit tapi
Ibu tolak. Dia
tak nak orang
kampung fikir yang
Ibu sengaja nak
ambil kesempatan sebab
kekayaan Pak Cik
Bakar. Untuk mengelakkan
fitnah orang kampung,
Ibu terima jugak
lamaran Pak Cik
Bakar dengan harapan
dia dapat membela
nasib kami dua
beranak. Tak lama
sebulan lepas Ibu
kahwin dengan Pak
Cik Bakar, lelaki
tu mula berubah
sikap. Suka marah-marah,
lama-lama lepas tu
dah naik tangan
kaki pada Ibu.
Saat tu baru
saya tahu yang
Pak Cik Bakar
tu sebenarnya suka
berhutang dengan ah
long. Tak cukup
dengan tu, dia gila judi.
Bila tak dapat
bayar, dia mintak
dengan Ibu, kalau
tak dapat dia
pukul Ibu. Saya
tak terdaya nak
melawan waktu tu.
Bila umur saya
17 tahun saya
dapat tahu yang
Ibu ada kanser
hati, tahap ketiga.
Doctor suruh buat
pembedahan segera tapi
manalah kami nak
cari duit sampai
RM 50 000. Nak
harapkan Pak Cik
Bakar, asyik keluar
masuk penjara”.
Dheiya memejam
matanya yang mula
kabur. Air matanya
hampir tumpah. Ya
Allah! Sungguh dia rindukan
Ibu! Rindukan Ayahnya.
Kalaulah Pak Cik
Bakar ada dihadapannya,
mahu sahaja di
tikam-tikam lelaki durjana
itu!
Firdaus pula
tetap setia menatap
wajahnya, tidak berkalih
walau sedikit pun.
Dia turut menarik
nafas perlahan. Jantungnya
bagai disagat halus,
perit dan sakit.
“ Dua
tahun lepas tu,
Ibu meninggal sebab
penyakit Ibu dah
semakin kronik. Jiran
kami, Mak Nah
cuba bantu kami
biarpun tak seberapa
tapi dialah insan
yang sangat mulia.
Lepas Ibu meninggal,
saya tinggal dekat
rumah tu. Hati
saya lega sangat
masa tu saya
dapat tahu yang
Pak Cik Bakar
tengah dalam penjara.
Saya pulak tak
sampai hati nak
tinggalkan rumah pusaka
tu. Saya nak
sambung belajar, nak
tunaikan impian arwah
Ibu sebab tu
saya kerja dekat
kedai makan. Cukuplah
untuk simpan duit
sikit-sikit untuk sambung
belajar nanti. Satu
malam tu, saya
tengah tidur, tiba-tiba
ada orang tutup
mulut saya. Bila
saya buka mata,
tengok Pak Cik
Bakar cuba nak
rogol saya”.
Firdaus mendengus
kasar. Tangannya dikepal
geram. Jikalau lelaki
keparat itu berada
dihadapannya, mahu sahaja
dia penumbuk dia
singgah membelasah badan
tua yang jahat
itu.
Air mata
Dheiya mula mengalir.
Dia masih dapat
merasakan detik-detik hitam
itu hingga kini.
Keperitan akibat tamparan
Pak Cik Bakar
di pipi. Tangan
Pak Cik Bakar
yang rakus mengoyakkan
bajunya. Hanya doa sahaja dipanjatkan
pada Allah untuk
memberi dia kekuatan
melawan manusia bertopengkan
syaitan itu.
“ Saya
tahu dia tengah
mabuk, sebab tu
cepat-cepat saya tendang
dia kuat-kuat dan
terus lari ke
rumah Mak Nah.
Mak Nah nasihatkan
suruh saya keluar
dari kampung tu
sebab tak mahu
Pak Bakar cuba
nak rogol saya
lagi. Esok petangnya
saya pergi bank
keluarkan duit dan
terus balik rumah
untuk packing barang-barang. Saya
ikut nasihat Mak
Nah nak keluar
dari kampung tu
sebab saya rasa
dah tak selamat.
Bila dengar Pak
Cik Bakar dah
balik, saya menyorok
dalam bilik. Masa
tulah saya dengar
Pak Cik Bakar
nak jual saya
untuk langsaikan hutang-hutang
dia. Saya cuba lari tapi
Pak Cik Bakar
lebih cekap. Dia
suruh beberapa orang
lelaki tangkap saya
masuk dalam van.
Diorang bawak saya
jumpa dengan lelaki
cina tu dekat
club, lepas tu
baru kita jumpa,
dan awak yang…..”
Dheiya tidak
menyambung ayatnya sebaliknya
dia menoleh ke
arah wajah Firdaus
yang sedikit muram.
Lelaki itu terangguk-angguk mengetahui
ayat seterusnya yang
bakal keluar dari
bibir itu. Dheiya
mengangkat tangan mengesat
pipi tetapi pantas
didahului jari Firdaus.
“ I
minta maaf kalau
dah buat you
sedih dengan permintaan
I ni,” tutur
lelaki itu setelah
sekian lama mendiamkan
diri. Dheiya menggeleng.
“ Takpe.
Saya dah biasa
dah. Benda tu
pun dah lepas.
Kalau boleh saya
tak nak ingat
dah. Saya cuma
rindukan arwah Ibu
dan Ayah aje.
Dah lama saya
tak ziarah kubur
arwah, mesti dah
banyak lalang tumbuh,”
sebak suara Dheiya.
Air matanya menitis
lagi. Sungguh dia
sedih. Rasa rindu
pada kedua-kedua arwah
begitu menggamit hatinya.
Firdaus menarik
tubuh Dheiya ke
dalam pelukannya. Membiarkan
gadis itu menghamburkan
segala tangisan pada
dadanya. Saat ini,
dia mahu berkongsi
segalanya bersama Dheiya.
Itu janjinya. Janji
akan menjaga gadis
itu sepanjang hayatnya.
Sehingga ke syurga.
Dheiya melepaskan
rangkulan lelaki itu
bila mula menyedari
yang mereka berada
di tempat awam.
Malu dia kalau
babak drama antara
dia dan Firdaus
menjadi tontonan.
“ It’s
okay. Takde sape
pun kat sini
yang nampak,” gurau
Firdaus mencetus ketawa
kecil bibir Dheiya.
Mujur juga kedudukan
mereka sedikit tersorok
dari pandangan ramai.
“ You
nampak cantik sangat
kalau senyum ketawa
macam tu,” pujian
Firdaus spontan membuatkan
wajah Dheiya semakin
merah. Merah kerana
menangis ditambah pula
merah kerana malu
dipuji sebegitu. Dheiya
menunduk memandang pasir.
Kakinya menguis kembali
pasir putih itu.
“ Dheiya,”
panggil Firdaus seraya
memegang erat kedua
belah tangan si
isteri. Dheiya mengangkat
muka matanya tidak
berani memandang mata
Firdaus yang menggoda
itu seiring dengan
nadanya.
“ I
janji dengan you,
I akan jaga
you sampai akhir
hayat I, insya-Allah.
I akan cuba
menyayangi dan mencintai
you sepenuh hati
I. Tapi I
harap you dapat
berikan I sikit
lagi masa. Sikit
aje lagi,” luah
Firdaus lembut. Penuh
rasa penghayatan.
Dheiya tersenyum.
Dia mengangguk perlahan.
Ya! Saya tetap
akan tunggu awak
sampai ke syurga.
Dheiya menarik tangan
Firdaus lalu diletakkan
pada dadanya, agar
lelaki itu dapat
merasa detak degupan
jantungnya. Dapat mendengar
bisikan hatinya.
Firdaus tersenyum
lebar. Dia mengucup
lembut mata bundar
yang cantik itu
perlahan-lahan. Menghantar rasa
hatinya melalui kucupan
itu. Matanya dipanah
tepat mata Dheiya.
Dia seakan dapat
melihat sirna gembira
gadis itu.
“ Oit
pengantin lama! Amboi!
Bukan main lagi
tenung-tenung, cium-cium dahi!
Buat drama pulak!
Hesy! Dekat pantai
ni pun boleh
jadi eh?” sergahan
Aria yang kepoh
sambil tersengih-sengih lebar.
Fahmi dan Zaff
yang berada di belakang tersenyum
kambing. Zaff menaikkan
thumb up.
Amboi bukan
main suka skodeng
orang! Sengih macam
kerang busuk!
“ Eh!
Korang ni sibuklah!
Biarlah nak buat
apa pun! Kan
tengah honeymoon ni!
Apesal jealous?” kening
Firdaus dijongketkan berkali-kali
sambil menggeliat. Dheiya
sudah tidak tentu
arah jadinya. Makin
bertambah merah wajahnya.
Isy Aria ni!
“ Eei!
Poyo pulak along
ni. Sekarang kan
dah senja, jomlah
balik bilik! Takkan
nak sambung kat
sini pulak kot!”
selamba Aria berkata.
Senyuman tak lekang
dari bibirnya. Tumpang
gembira dengan kebahagiaan
alongnya.
Firdaus pantas
bangun lalu mengejar
Aria yang terkocoh-kocoh lari
menyelamatkan diri daripada
dipiat telinga oleh
Firdaus. Dheiya bangun
dari tempat duduknya
seraya melangkah menyertai
mereka berempat yang
ketawa melihat telatah
kebudak-budakan Firdaus dan
Aria.
Aria menarik
muncung masam namun
segera dipujuk Zaff.
Macam-amacam hal lah
diorang ni. Apa-apa
pun dia tumpang
bahagia melihat kegembiraan
rakan baiknya. Dari
dahulu lagi dia
tahu bahawa Dheiya
akan mengembalikan keceriaan
hati Firdaus. Merawat
luka di hati
lelaki itu. Hanya
Dheiya Arisha!
No comments:
Post a Comment