Firdaus masuk
ke bilik Dheiya
sebaik sahaja selesai
menyemak beberapa laporan
kewangan yang dibawa
pulang pada Jumaat
lepas. Malam kian
larut namun dia
masih melihat Dheiya
seolah begitu teruja
berkemas untuk bercuti
ke Port Dickson
keesokkan harinya.
“
Tak habis lagi
mengemas?” tanya Firdaus
sambil menyandar pada
dinding pintu kayu
berwarna putih itu.
Dia menyeluk tangan
kanan ke dalam
poket seluar sambil
matanya menatap tepat
pada tangan lincah
itu.
“
Sikit aje lagi,”
balas Dheiya lalu
melemparkan senyuman. Entah
mengapa hatinya berasa
begitu berdebar sekali.
Hisy! kenapa entah
masalah hati aku
ni!
“
Dari tadi lagi
you asyik mengemas
aje, takkan tak
siap lagi? Sampai
langsung tak temankan
I kat atas?”
Firdaus menjongketkan keningnya.
Bibirnya ditarik nipis.
Dheiya senyum
lagi. “ Tadi
saya kemas pakaian
awak, sekarang ni
pakaian saya pulak.
Sorry kalau awak
marah sebab saya
tak temankan awak
kat atas”.
Firdaus terus
mendekati Dheiya yang
duduk di birai
katil bersaiz queen
itu lalu dengan
selamba dia merebahkan
tubuhnya di atas
katil. Agak rapat
kedudukan mereka membuatkan
Dheiya sedikit berdebar
jantungnya. Gadis menunduk
tatkala Firdaus memandangnya
dengan pandangan yang
redup.
“
You rasa I
marah ke?” bicara
lelaki itu lembut.
Dheiya menelan
liur. ‘Kenapalah dia
cakap lembut-lembut macam tu?
Rasa macam nak
lari aku ni’.
“
Errr… entah. Nampak
macam awak tak
marah aje”.
Dheiya menunduk
cepat-cepat kembali melipat
pakaiannya. Sebenarnya dia
malu kerana pakaian
‘adik-adik’nya berada di
situ, berhampiran pula dengan
Firdaus. Macam sengaja
aje Firdaus tu
landing situ.
“
But, I rasa
ada cara you
nak hilangkan marah
I. Errmm.. maybe
with this one only?”
laju sahaja tangan
nakal Firdaus mengambil
baju dalamnya yang
seksi berwarna merah
garang itu.
Dheiya terkesima.
Jantungnya seakan berhenti
degup. Firdaus tersenyum
nakal. Menggoda pun
ya. Cepat-cepat Dheiya
merampas kembali ‘adik’nya
lalu terus menyumbat
dalam beg pakaian.
Firdaus ketawa kecil
melihat gelabah Dheiya.
Comel!
“
Why? Segan?” sengaja
Firdaus melontarkan soalan
maut itu. Dia
tersenyum nakal. Jarinya
pula mula meliar
pada belakang tubuh
Dheiya. menggigil tangan
Dheiya saat terasa
jari tegap itu
menjalar naik dari
pinggang ke belakang
dadanya.
“
Awak, saya… sa.. ya..”
tergagap Dheiya. Dia
mula menggelabah.
“
Hurmm?”
“
Ta.. tak.. bo..
boleh.” Firdaus menjongketkan
kening memandang Dheiya.
Ada rasa terkilan
di hati.
“
Saya.. tengah bendera
merah sekarang ni,”
jawab Dheiya perlahan,
mengerling Firdaus sekilas
di sisinya.
Firdaus mengeluh
lemah. Jarinya yang
galak berjalan di
belakang gadis dijatuhkan.
“ Dah berapa
hari?”
“
Emm.. dah lima
hari,” jawab gadis
itu lambat-lambat. Wajahnya
ditundukkan dan buat-buat
sibuk melipat pakaianya
yang hampir selesai.
“
Lama tu nak
tunggu,” gumam lelaki
itu perlahan. Wajahnya
sengaja disembamkan pada
paha Dhieya. Gadis
itu terkejut. Tak
menyangka tindakan Firdaus
yang semakin hari
semakin gatal dan
manja dengannya.
“
Awak, saya dah
siap kemas ni.
Saya nak letak
beg ni kat
sana kejap,” kata
Dheiya lebih kepada
untuk mengelak. Sungguh
seriau dia rasakan
saat ini.
Firdaus mengangkat
kepalanya lalu bagun
dari pembaringan. Dheiya
sudah pun bangun
meletakkan begnya di
tepi pintu. Firdaus
terus bangun dan
menarik tangan Dheiya.
“
Eh! Nak pergi
mana ni? Saya
nak tidur,” tanya
Dheiya terpinga-pinga dengan
tindakan Firdaus yang
menonong menarik tangannya.
“
Nak tidurlah ni!”
kata Firdaus seraya
menutup suis lampu
dan menutup lampu.
“
Tapi, tu kan
bilik saya…” belum
sempat Dheiya menghabiskan
ayat, tubuhnya terasa
melayang ke udara.
‘Erk! Dia buat
perangai penyamun dia
balik!’
Firdaus selamba
mengendong Dhieya di
atas bahunya lalu
cepat-cepat menuju ke
tingkat atas. Cis!
Tak romantic langsung!
Ada ke dukung
macam tu!
“
Bilik kita kat
atas! You jangan
nak jadi pelupa
pulak eh!” balas
lelaki itu seraya
meletakkan tubuh Dheiya
di atas katilnya.
Firdaus mula merebahkan
tubuhnya disisi Dheiya
memandang redup pada
gadis itu.
Dheiya mengetap
bibir. Takkanlah! Baru
aje beberapa hari
mereka tidur sekatil ,
dia sudah automatic
bertukar tempat tidur
pula! Wake up
Dheiya! dia suami
kau! Apa salahnya!
Bukannya ada dosa
pun! Kau kata
nak tackle hati
dia?!
Dalam membebel
di dalam hati,
dia tidak sedar
tubuhnya di peluk
erat Firdaus. Dheiya
menarik nafas, rasa
macam kurang oksigen
dah ni! Laju
aje sedut udara!
Firdaus mengeratkan lagi
pelukannya. Dia mengucup
lembut bahu yang
diselaputi T-shirt nipis.
“
You ni kenapa?
Dah macam nak
pergi marathon pulak!
Laju aje heart
beat you ni
sayang,” gurau Firdaus
walaupun dalam keadaan
matanya yang dipejam
rapat. Haruman dari
tubuh isterinya benar-benar membuatkan
dia layu. Wangi
sangat.
Dheiya mengigit
bibirnya. Wajahnya terasa
hangat walaupun air-cond
telah di pasang.
Dia memandang wajah
lelaki itu. Wajah
tampan yang amat
dia cintai. Matanya
leka meneliti setiap
bentuk ciptaan Tuhan
yang Maha Kuasa.
“
Tak tidur lagi?”
Firdaus mencelikkan sebelah
matanya. Kacak sungguh
main-main mata macam
tu!
Dheiya senyum
nipis membiarkan tangan
sasa itu yang
menarik lebih rapat
lagi tubuhnya. Kepalanya
berbantalkan lengan lelaki
itu. Lama-kelamaan matanya
pula layu, dibuaikan
dengan degupan indah
Firdaus.
###
Laju Nissan
Skyline GTR itu
membelah lebuhraya sebaik
sahaja mereka melepasi
pintu gerbang. Firdaus
sekali-sekala memandang dari
cermin sisi memastikan
kereta Zaff tidak
ketinggalan di belakang.
Bukan tidak tahu,
Firdaus ni kalau
masuk aje highway
terus pecut tak
tengok orang kat
belakang. Sudah berkali-kali
Dheiya berpesan agar
tidak terlalu laju
namun hanya sekejap
sahaja Firdaus memperlahankan keretanya
tidak sampai lima
minit dia terus
memecut laju. Mujur
Zaff sudah masak
dengan sikap sahabatnya
yang memang suka
main lumba kereta.
“
Awak ni suka
sangat drive laju.
Kesian diorang kat
belakang nak kejar
kita,” rungut Dheiya
memandang Firdaus di
sebelahnya.
Firdaus hanya
sengih melebar. Matanya
masih kekal fokus
dihadapan disebalik kaca
mata Ray Ban.
“ You jangan
risaulah! Zaff tu
takkan sesat punyalah
kat highway ni!”
“
Memanglah tak sesat,
tapi saya ni
yang takut tau
bila awak drive
laju-laju macam ni.
Rasa macam naik
roket pergi bulan
tu pulak!” seloroh
Dheiya mengundang tawa
Firdaus.
“
Amboi! Pernah ke
naik roket pergi
bulan tu?” soal
Firdaus ketawa kecil.
Dheiya menarik muncung.
Dia menjeling tajam.
“
Awak ni, saya
serius tau! Main-main
aje dia!”
“
Yelah! Sorry okay!
Tak boleh gurau
sikitlah you ni,
cepat aje touching!
Ni mesti sebab
period eh?” usik
Firdaus lagi. Bulat
mata Dheiya memandang
Firdaus. Bibirnya diketap
kuat.
“
Awak! Eei geramnya!!
Saya gigit nanti
kang!”
Firdaus ketawa
kuat. Suka dia
melihat wajah Dheiya
yang merah menahan
malu. Comel sangat!
Dia mencapai tangan
Dheiya namun ditarik
oleh gadis itu
seraya memeluk tubuh.
Ewah! Dah pandai
merajuk sekarang ni!
Ya! Memang saya
merajuk sekarang ni!
Grr!!
Firdaus menarik
lagi tangan Dheiya
dan digenggam erat
walaupun gadis itu
cuba menarik tangannya
kembali.
“
Sayang, you duduk
diam-diam boleh tak?
Kalau you duk
main tarik-tarik tangan
kita ni, nanti
tak pasal-pasal terbabas kita
pulak,” ujar Firdaus
lembut. Dheiya menarik
wajahnya masam, malas
nak melayan kerenah
Firdaus yang semakin
kuat miangnya!
###
Firdaus menyerahkan
kunci keretanya pada
jockey sebelum seraya
mendaki anak tangga
yang diperbuat daripada
marmar. Masuk sahaja
bahagian lobi hotel,
sudah tertera Merida
Hotel dan ditengahnya
terdapat air terjun
buatan dan lambang
Merida Hotel yang
menjadi trademark bagi
hotel lima bintang
ini.
Pengurus cawangan
hotel serta beberapa
staf hotel sudah
berbaris dalam satu
barisan bagi menyambut
kedatangan Mr. Big
Boss yang seolah
datang mengejut untuk
membuat spotcheck. Mereka
sudah maklum akan
kedatangan anak Tan
Sri Sy. Fahim
tapi tidak mengetahui
pula akan kemunculan
Syed Firdaus Hakimi
di hotel tersebut.
Dheiya dan
Aria mengekori langkah
Fahmi, Zaff serta
Firdaus dari belakang.
Dheiya sedikit kekok
berada di ruang
mewah ini kerana
merasakan tidak setaraf
dengannya yang hanya
perempuan kampong. Aria
yang sentiasa tersenyum
ceria terus menarik
Dheiya menuju ke
luar dari lobi
yang menghubungkan kolam
renang yang luas
serta gazebo. Dari
jauh, dapat dilihat
pantai Port Dickson
yang cantik dan
bersih. Deruan ombak
juga turut seolah-olah
menyambut kedatangan Dheiya
ke situ buat
pertama kali.
“
Cantikkan kat sini
Kak Dheiya? Nyaman
aje!” luah Aria
gembira. Dheiya tersenyum
manis, turut berkongsi
rasa keterujaan gadis
sebaya disebelahnya.
“
Aria saja je
tarik Kak Dheiya
ke sini. Along
tu suka sangat
buat spotcheck mengejut,
nak tengok diorang
ni semua buat
kerja ke tak.
Kitorang pun booking
bilik tak sebut
pun nama along.
Cerewet betul along
tu kan?” selamba
sahaja Aria mengutuk
Firdaus sambil bibirnya
terjuih ke hadapan.
Dheiya ketawa
kecil. “ Hisy
Aria ni! Along
buat macam tu
kan ada sebab.
Tu tanggungjawab dia
kan?”
Mereka berbual
berdua sambil Aria
terus mengheret Dheiya
bersiar-siar di sekitar
kawasan kolam renang
itu. Tidak henti-henti
mulutnya riuh bercerita
itu dan ini.
Terhibur Dheiya. tidaklah
dia sunyi melangut
kebosanan menunggu Mr.
Big Boss itu
membuat pemeriksaan mengejut!
Encik Azlan
selaku pengurus hotel
menyapa mesra tetamu
terhormat itu seraya
berjabat tangan mereka.
“
Saya dapat tahu
yang Encik Fahmi
dan Cik Hellina
ada booking hotel
minggu ni tapi
tak sangka pulak
Tuan Firdaus dan
Encik Zaffril pun
ada sekali. Terkejut
jugak saya tadi,”
kata Encik Azlan
sopan. Firdaus senyum sinis.
“
It’s okay. Saya
ni memang suka
datang mengejut, nak
buat spotcheck. So,
macam mana dengan
perkembangan kat sini?”
selamba Firdaus bertanya.
Wajahnya serius secara
automatic apabila hal
yang melibatkan kerja.
Encik Azlan
segera menghulurkan fail
yang dipegangnya sebagai
bukti laporan ‘segera’
untuk tatapan Firdaus
mahupun Tan Sri.
Firdaus menyelak-nyelak helaian
kertas itu sambil
matanya teliti membaca
bait-bait ayat. Zaff
pula berbual seketika
dengan pembantu Encik
Azlan selain turut
sama bertanya itu
dan ini. Sudah
biasa dididik sebgitu
oleh Firdaus yang
amat mementingkan ketelititian
dan kualiti kerja.
Fahmi pula
lebih senang membelek
telefon bimbitnya daripada
menyibuk dengan urusan
kerja the workaholic.
Belum tiba masanya
lagi. Yelah tu!
Malas sebenarnya! Dia
berada di situ
pun hanya kerana
jelingan mata alongnya
yang mahu dia
bersama.
“
All the sales,
promotion, budget, keuntungan dan testimonials
from our guests
pun ada dekat
situ. So far,
kami dekat sini
masih belum terima
apa-apa complaint dari
guest cuma ada
lah hal-hal kecil
aje macam tu,”
berhati-hati Encik Azlan
memberi laporan, takut
juga kalau dia
disembur oleh Mr.
Big Boss yang
memang terkenal dengan
ketegasan dan panas
barannya.
“
Hal kecil? Hal
macam mana tu?”
laju Firdaus bertanya.
Matanya tajam memandang
wajah Encik Azlan
yang terkulat-kulat dihadapannya.
“
Takde ape sangat
pun Tuan. Cuma
lambat hantar makanan
dan…..” belum sempat
Encik Azlan menghabiskan
ayat, Firdaus terus
mencelah.
“
Saya tak nak
dengar semua alasan
bodoh macam tu.
Our guests is
our priority! They
always be right!
Kalau ada staf
yang buat perangai
macam tu pecat
aje! Imej Merida
Hotel perlu dijaga!
So, please settle
all this rubbish
problems!” tegas Firdaus
lalu menyerahkan semula
fail tersebut kepada
Encik Azlan.
Fahmi sedikit
tersentak. Segarang itukah
alongnya bila berhadapan
dengan kerja? Fuh!
Tak sanggup pula
rasanya dia hendak
duduk dibawah Firdaus.
Firdaus terus
mara ke arah
Zaff yang turut
diekori oleh Encik
Azlan. Seperti biasa
wajahnya tetap serius.
“ Dah settle?”
pertanyaan Zaff dibalas
dengan anggukan.
“
Okay, we can
proceed now,” kata
Zaff pada Encik
Azlan. Terus sahaja
lelaki itu mengarahkan
staf-stafnya bergerak melakukan
tugas masing-masing sementara
memberi arahan pada
beberapa staf yang
lain yang ditugaskan
untuk menjaga semua
keperluan tetamu-tetamu khas
itu.
“
Azlan! Nevermind! Just
treat us like
others customers! Saya
tak nak tugas
mereka terbeban pulak
sampai mengabaikan tugas
masing-masing,” ujar Firdaus
yang mendapat anggukan
dari Encik Azlan.
“
Okay, sekarang dah
boleh naik biliklah
ni?” soal Fahmi
ceria setelah selesai
perbincangan yang membosankan
itu.
“
Dah! But wait
a minute! Where’s
the ladies? Tak
nampak pun? Fahmi?”
Fahmi terpinga-pinga dengan
pertanyaan Firdaus. Zaff
juga turut tertoleh-toleh mencari
Dheiya dan Aria
yang sudah menghilang
entah ke mana.
“
I don’t know!
Tadi diorang ada
je kat belakang
kita masa nak
naik sini,” jawab
Fahmi.
“ Kau
ni kan, tak
boleh haraplah! Bukannya
buat apa pun
tadi! Call Aria
now!” arah Firdaus.
Cepat-cepat Fahmi menelefon
adiknya sebelum Firdaus
menyembur dia.
“
Weyh! Relaxlah! Kau
ni tiba-tiba nak
marah ni kenapa?
Kita datang sini
nak release stress
kan?” Zaff menumbuk
perlahan bahu Firdaus
yang diselaputi T-shirt
berkolar biru pekat
berjenama Polo.
“
Takdelah! Diorang tu
kan perempuan. Jadi
apa-apa nanti macam
mana?” nafi Firdaus
seraya tangan menyisir
lembut rambutnya.
“
Eleh cakap ajelah
kau risaukan Dheiya
kau tu. Takut
sangat sweetheart kau
kena tackle. Bagi
alasan tak munasabah
langsung!” bidas Zaff
sinis.
Eh mestilah!
Dheiya aku tu kan cantik
jelita. Dahlah comel
pulak tu! Kang
tak pasal ade
je orang nak
jual minyak! Jawab
Firdaus dalam hati.
Dia tersengih lebar
memandang Zaff.
“
Dah! Kejap lagi
diorang datang,” celah
Fahmi lalu memasukkan
telefon bimbitnya ke
dalam poket. Wajahnya
keruh bahana kena marah
dengan Firdaus tadi.
Seorang bellboy datang
mendekatinya untuk menunjukkan
bilik hotel.
“
Diorang pergi mana?”
soal Zaff pula
lalu mengangkat tangannya
pada seorang bellboy
supaya menunggu sebentar.
“
Aria bawak Kak
Dheiya jalan-jalan kat
sini aje. Okaylah,
Fahmi naik bilik
dulu,” jawab Fahmi
lalu menuju ke
lif. Laju langkahnya
diatur menuju ke
lif. Merajuk kot!
“
Aku pun naik
dah ni. Kau
tunggulah sweetheart kau
eh! Chow dulu!”
Firdaus mengangguk.
Tangannya dimasukkan ke
dalam poket jeans
hitamnya. Dari jauh
dia sudah nampak
akan kelibat Aria
dan Dheiya yang
sibuk berbual dan
bergelak ketawa. Entah
apa yang dilucukan
sangat agaknya.
“
Sorry along! Kidnap
Kak Dheiya kejap.
Bawak jalan-jalan. Along
pun lama kan
tadi?” Aria tarik
sengih lebar. Firdaus
menjeling.
“
Suka-suka hati aje
kidnap wife along
ni. Dahlah pergi
naik bilik dengan
Kak Dheiya. Tu
bellboy tu dah
tunggu. Jangan lupa
solat zohor nanti!”
“
Eh! Along nak
pergi mana pulak?
Kenapa Kak Dheiya
kene ikut Aria?”
Dheiya mengerutkan
dahinya mendengar arahan
Firdaus. Aria blur.
Firdaus menjongketkan keningnya.
Blur pulak minah
ni! Dia mendekatkan
wajahnya pada Aria.
“
Aria, kan orang
tak tau lagi
along dah kahwin.
Kalau along naik
bilik dengan Kak
Dheiya nanti orang
fikir lain pulak.
Masalah tau tak!” bisik Firdaus
perlahan.
Aria sengih
lebar. Faham! Faham!
Lupa pulak along
aku ni kahwin
koboi! Dia menganggukan
kepalanya. Dheiya di
sebelahnya hanya tersenyum
nipis. Nak buat
macam mana, nanti
tak pasal kena
serbu pulak!
“
Tapi takkan sepanjang
holiday ni Kak
Dheiya kena duduk
bilik dengan Aria?
Tak rindu ke?”
usik Aria lantas
ketawa mengekek. Dheiya
membulatkan matanya pada
Aria.
“
Eh! Gila tak
rindu! Tak tidur
malam along tau
nanti! Takde bantal
peluk!” seloroh Firdaus.
Dheiya sudah naik
merah muka. Dia
menampar lembut lengan
lelaki itu sambil
matanya menjeling tajam.
“
Along ni! Tak
cover langsung! Taulah
dia dah ada
ter’shayang’ kat sebelah!
Dah tu bila
along nak kidnap
Kak Dheiya ni?
Takde orang nampak
ke nanti along?”
“
Bilik kita sebelah-sebelah aje
Aria oi! Takde
hallah! Nanti lepas
along settle hal
kat bawah ni
kejap, naiklah! Along
ketuk pintulah nanti!
Tapi along kasi
pinjam kejap je
tau! Nanti bagi
balik!” ujar Firdaus.
Dheiya hanya
diam di sisi
mereka. Kalau dah
dua beradik ni
bercakap, memang tak
boleh celah langsung!
“
Eeii! Orang taulah!
Macamlah orang naik
bawak lari bini
dia! Dahlah! Jom
Kak Dheiya, kita
naik atas! Babai along!
Duduk kat bawah
ni jangan nak
main-main mata dengan
perempuan lain pulak!
Karate nanti kang!”
sempat lagi Aria
memberi amaran lalu
menarik lengan kakak
iparnya mengikuti bellboy
yang setia menunggu
mereka di hadapan
lif.
Firdaus menyoroti
langkah kedua-dua gadis
itu. Matanya tidak
lepas memandang wajah
Dheiya yang manis.
Dia memberikan flying
kiss pada Dheiya,
matanya dikenyitkan. Nakal!
Gadis tersenyum malu.
Pandangan mereka mula
terpisah di balik
pintu lif.
Firdaus menarik
nafas seraya melangkah
keluar menuju ke
kereta. Surprise!
No comments:
Post a Comment