Dheiya sibuk berulang-alik
dari ruang makan
ke dapur untuk
menyediakan hidangan makan
malam. Setelah semuanya
disusun rapi mengikut
aturan yang Firdaus
tetapkan, kedengaran derap
tapak kaki turun
dari arah tangga.
Dheiya menoleh. Melihatkan
Firdaus berpakaian santai
sahaja malam itu,
hanya berseluar trek
dan berT-shirt kolar
bulat. Simple!
Simple-simple
pun hensem jugak!
Gatallah kau Dheiya!
Hehehe..
“ Ni kenapa
sengih sorang-sorang,” sergah
Firdaus, mengejutkan Dheiya
yang membebel sendirian.
Oh mak! Kuss….
Semangat!
Dheiya mengetap bibir
kejap. Malu kena
sergah macam tu.
Sejak peristiwa ' romantika
de amour' tu,
dia menjadi kelibut.
Bila pandang muka
Firdaus aja, berbakul
rasa malu. Merah
muka jangan cakaplah.
Macam kena cat!
“ Err… takde
pape,” jawabnya pantas.
Sedikit menggelabah.
Firdaus
menjongketkan keningnya. Pura-pura
berlagak selamba. Padahal
dalam hati bukan
main lagi dup dap dup
dapnya! Berdebar-debar tengok
muka Dheiya ni,
especially bila dia
menggelabah, kelam-kabut. Comel
sangat!
“ I lapar
ni,” katanya selamba
sambil menarik kerusi
lalu duduk dikepala
meja. Seperti biasa.
“ Sorry, saya
sendukkan,” balas Dheiya,
mula datang kelibut
dia.
Aduss!! Please, jangan
buat perangai! Malu!
Dheiya
menyendukkan nasi dan
lauk-pauk ke dalam
pinggan Firdaus. Tom
yam disendukkan ke
dalam mangkuk yang
kecil, agar mudah
untuk dihirup. Setelah
siap semuanya, Firdaus
mengangkat tangan membaca
doa diikuti oleh
Dheiya.
Mereka makan tanpa
sepatah bicara. Masing-masing
hanyut dalam anganan
sendiri. Hanyut makan
seorang diri. Macam
wayang bisu dah!
Dheiya ni pulak
malu tak bertempat!
Dulu boleh aje
mulut dia cot-cet
cot-cet tanya sampai
naik rimas Firdaus
dibuatnya. Sunyi pulak
rasa hati Firdaus.
Tak boleh jadi
ni. Takkan nak
bisu macam ni
aje, getus Dheiya
sambil ligat kepala
otaknya mencari idea
untuk berbual.
“ Errmm…. Okey
tak tom yam
saya tu? Takut
terlalu pedas pulak,”
basi-basi Dheiya bertanya.
Firdaus
mengangguk bersahaja. Dheiya
mengerutkan dahi.
Itu aje? Aku
penat cari ayat nak ajak
dia berbual, dia
angguk aje kepala.
“ Takkan angguk
aje?”
Firdaus
mengangkat kepala, memandang
Dheiya tajam. Dia
tidak suka orang
menganggu kosentrasinya semasa
dia makan.
Alamak! Macam marah
aje.
Dheiya tertunduk. Rasa
bersalah.
“ Habis tu
you nak I
jawab apa? Jawab
‘Sayang, you masak
sedaplah! Esok masak
lagi, hari-hari pun
takpe’. Macam tu
ke?” sinis Firdaus
menjawab.
Tu menyindir ke
puji? Dheiya mengetap
bibir. Terdiam. Okey,
janji tak kacau
dah!
Firdaus menunduk kembali
sambil menikmati makanannya.
Bukannya dia sengaja
bercakap begitu, dia
terlepas. Entah mengapa,
kadang-kadang dia sukar
pula hendak bercakap
lembut dengan Dheiya.
Timbul rasa kasihan
pula melihat Dheiya
yang tercengang-cengang kerana
sindirannya.
“ Sorry, I
didin’t mean it”.
“ Takpe. Saya
yang salah, ganggu
awak makan,” perlahan
Dheiya bersuara. Sekali
dengar macam bunyi
merajuk pulak. Nasi disuap
perlahan.
“ Bunyi macam
merajuk je,” balas
Firdaus, menyimpan senyuman
dalam diam. Cuba
mencipta suasana yang
harmonis dan lebih
santai.
Dheiya
tersentak. Dia nak
pujuk aku ke?
Aku merajuk ke?
Dia hanya diam.
Bertalu rasa kasihan
di hatinya. Semestinya
Dheiya kesunyian disini.
Yalah, disini Dheiya
hendak bergaul dengan
siapa? Hanya dia
sahaja yang berada
disini.
Apalah kau ni
Fir! Langsung tak
peka! Asyik nak
temperature je. Kesian
Dheiya. Mestilah bila
kau ada kat
rumah ni, dia
nak ajak kau
sembang-sembang. Hargailah sikit!
Makin menggebu rasa
bersalah di hati
Firdaus.
“ Tak jawab
pun,” rajuk Firdaus.
Ehh!! Sekarang ni
siapa yang merajuk
sebenarnya?
“ Mana ada.
Saya tak merajuklah.
Saya tak suka
merajuk-merajuk ni,” balas
Dheiya.
“ Oh ya?
Susah nak percaya.
Bukan perempuan suka
merajuk ke?”
“ Tak semua.
Tu orang lain,
bukan saya,” mereka
semakin selesa berbicara.
Semakin mesra. Tiada
lagi wayang bisu
ataupun sindiran. Lebih
santai.
“ Oh yeke?
Tapi yang pagi
hari tu kenapa
diam aje dengan
I? Selalu kepoh
mulut you tu? Muka
pun masam aje.
Tak hantar I
kat depan pintu
macam biasa. Bukan you
merajuk ke dengan
I? Oh let
me guess, hurmm…
you jealous sebab
Emilina peluk I
kan? Betul tak?”
tembak Firdaus selamba.
Tersentak Dheiya dibuatnya.
Dia menunduk.
Betullah tu! Macam
mana dia tahu?
Aduss!! Malunya. Tak
boleh ngaku Dheiya,
nanti dia perasan
kau suka Dheiya
pulak, jangan tunjuk
sangat, nanti dia
tak hargai.
Dhieya berdehem sekejap.
Firdaus sebelah dikerling.
Masih tersenyum. So
sweet!
Aih!! Hensemnya! Janganlah
buat muka sweet+hensem
macam tu!
“ Err… mana
ada! Saya tak
tahu apa-apa pun.
Lagipun saya bukannya
kenal Emilina tu
siapa,” tergagap-gagap Dheiya
menjawab.
“ Betul? Tapi
kenapa diam aje
pagi tu? Sharelah
dengan I”.
“ Betul, takde
pape. Emm… pagi
tu kurang sihat
sikit, tu yang
diam aje. Be..betul
saya tak ti..tipu,”
Dheiya mengetap bibir.
Aduh! Dheiya kenapa
kau gagap pulak
ni? Isy!
“ Jawab pun
tergagap-gagap. Betullah tu. Dheiya, you
ni lurus, so
you janganlah nak tipu
I. I tahu,”
jawab Firdaus selamba.
Dheiya tertunduk malu.
“ Tak payahlah
tunduk, nak malu-malu
pulak. You ada
hak nak rasa
cemburu dengan Lin
tu. I ni
kan husband you,
so normallah”.
Kata-kata
Firdaus itu membuatkan
Dheiya tersentak lagi.
Hampir tersembur air
yang diminum. Dalam
hati mula bersorak
riang. Happynya!! Terasa
terlalu bermakna kata-kata
tu. Boleh tulis
simpan dalam diari.
Hehehe…
Over kau Dheiya!!
“ It’s okay.
Saya tak kisah
kalau awak dengan
sesiapa pun cuma
janganlah sampai saya
tahu, saya nampak.
Saya tak suka
bersangka bukan-bukan pada
orang,” nafi Dheiya
lagi.
Saja aje. Nak
tengok reaksi Firdaus
bila aku macam
tak peduli, tak
kisah dengan dia.
Firdaus mengangkat keningnya.
Hatinya mula rasa
tak sedap.
“ Hurm.. apa
bezanya kalau you
nampak tak nampak?
Same aje. At
least you tahu,
dan I tak
perlu nak bohong
pada you dan
you tak perlu
nak dengar cerita
dari mulut orang,”
balasnya selamba.
You want to
play a game
Dheiya? Let’s go!
Sengaja dia bercakap
begitu. Dia tahu
Dheiya menipu. Dia
boleh rasa. Mata
Dheiya tidak menipu,
dia boleh melihat.
Dheiya seperti hendak
bermain tarik tali
dengannya, dia pun
nak join jugak!
Dheiya mengetap bibir
geram. Ciss!! Aku
nak buat dia
marah, geram sebab
aku tak kisah,
tapi aku pulak
yang rasa nak meletup ni!
Control Dheiya! Control!
Dia menarik nafas.
Firdaus ketawa kecil
melihat telatah Dheiya
yang kelihatan cuba
menenangkan diri itu.
Tahu sudah yang
Dheiya menahan geram
dalam hati bila
dia seolah-olah mengaku.
Macam nak meletup
pun ada!
“ Just admit
it Dheiya. Tak
payah nak dalih-dalih
lagi dengan I.
You memang merajuk
dengan I hari
tu and you
jugak cemburu kan?
Don’t worry, Emilina
yang you nampak
hari tu hanya
cousin I je. Kami takde
pape”.
Dheiya terdiam. Dia
memandang Firdaus. Firdaus
memandangnya. Lelaki itu
tersenyum nakal sambil mengenyit
mata kepadanya.
Dheiya hampir terloncat.
Jantungnya hampir nak
tercabut keluar. Merah
wajah Dheiya. Isy!
Malu lagi!
Dheiya pantas mengemas
pinggan mangkuk yang
kotor dimeja. Dia
tidak menjawab. Malu.
Kelam-kabut Dheiya mengemas.
Cepatlah sampai dapur!!
Firdaus ketawa kuat
melihat kelibut Dheiya.
Menggelabah gadis itu.
Merah dah muka
dia. Isyy!! Tu
baru kenyit, kalau
aku cium dia
macam mana agaknya
ya? Pengsan kot!
Hahahaha…
Nakal betul Firdaus
ni.
Pantas Dheiya mengatur
langkah ke dapur.
Disini selamat daripada
dia kena usik
dengan Firdaus. Tak
sangka Firdaus ni
kuat mengusik jugak.
Dia menekup wajahnya.
Arggghh!! Dheiya menjerit
dalam hati. Tolonglah!!
Terdengar derap tapak
kaki yang melangkah
ke dapur, Dheiya
pantas membuka pili
air, berpura-pura mencuci
pinggan. Firdaus tersenyum.
Dia menggelengkan kepala.
Dia mendekati Dheiya.
Berdebar-debar Dheiya dibuatnya.
Lelaki itu meletakkan
gelas di sudut
sinki. Kemudian dia
berpeluk tubuh, memerhatikan
Dheiya sambil tersenyum.
Menggelabah Dheiya. Suka pulak dia mengusik gadis itu.
Kenapa dia duduk
kat sini? Siap
senyum lagi. Pemurah
betul dia dengan
aku.
“ Aw…awak nak
apa?”
“ Nak tengok
you boleh?” usik
Firdaus lagi. Senyuman
tak lekang dibibirnya.
“ Janganlah,” persis
hendak nangis Dheiya.
Dia terlalu malu.
Senak hatinya menahan
macam-macam rasa di
hati.
“ Naklah…” suaranya
dileretkan, mengajuk Dheiya.
So sweet!!
“ Awak! Stop
it okay?” sudah
pandai berbahasa Inggeris
pulak dah Dheiya
ni. Tu tanda
gelabah dia dah
tahap kronik tu.
“ Tak nak!”
Dheiya mengetap bibir
menahan geram. Dia
membaling buih sabun
yang berada ditangannya
kepada Firdaus. Menjerit
kecil Firdaus.
“ Oi! Apa
ni? Main kasar
nampak!” Firdaus membalas
dengan mengambil buih
sabun didalam bekas
lalu di lumurkan
ke pipi Dheiya.
Dia ketawa besar
melihat wajah cemberut
Dheiya.
Dheiya geram. Dia
membalas balik. Buat
sementara waktu, riuh
didapur dengan ketawa
dan jerit marah
Dheiya dan Firdaus.
Suasana yang gembira.
Buat pertama kalinya
selama dua bulan
lebih mereka berkahwin,
inilah kali pertama
mereka berkomunikasi dengan
baik. Lebih mesra,
sweet-sweet. Hanya ketawa
gembira dan mimik
wajah yang ceria
terpancar.
Habis bersepah
lantai dapur dengan
buih sabun. Mereka
berdua masih bermain
dengan buih sabun.
Saling berbalas antara
satu sama lain.
Pakaian mereka hampir
lencun basah.
“ Awak stop
it!!”
Firdaus masih seronok
merenjis-renjis buih sabun
ke wajah Dheiya.
Dheiya merampas bekas
buih sabun tersebut.
Dia berpaling membelakangkan Firdaus
sambil menyembunyikan bekas
tersebut.
Firdaus cuba merampas
kembali tetapi tidak
berjaya. Dheiya ketawa
melihat kegagalan Firdaus.
Dia mengoyang-goyangkan jari
telunjuknya ke muka
Firdaus. Gadis itu
ketawa lagi. Lelaki
itu tampak geram.
Pantas Firdaus memeluk
erat tubuh Dheiya,
cuba merampas bekas
buih tersebut. Dheiya
terpana!
Tubuhnya kaku. Begitu
juga dengan Firdaus.
Mereka berpandangan sesama
sendiri. Wajah mereka
dekat. Hidung mereka
hampir bersentuhan. Terasa
sesak nafas didada
Dheiya.
Firdaus merenung tepat
ke mata Dheiya.
Dia cuba membalas,
tetapi dia kalah.
Tidak tahan menahan
panahan tajam dari
anak mata kelabu
itu. Dia menunduk.
Bibirnya bergetar. Terasa
jelas hembusan nafas
Firdaus. Jelas juga
degupan jantung lelaki
itu yang berdegup
laju.
Firdaus tidak dapat
menahan perasaanya. Keharuman
rambut Dheiya begitu
menggugat hati lelakinya.
Berombak nafasnya, cuba
mengawal perasaan. Dheiya
mengangkat kepalanya, matanya
cuba memandang wajah
Firdaus.
Lelaki itu masih
tetap merenungnya. Sekali
lagi, Dheiya terpana.
Kini, wajahnya enggan
berpaling dari menatap
wajah yang sungguh
indah itu. Indah
dan sempurna ciptaan
Ilahi. Mereka bertentangan
mata. Rasa yang
kian aneh itu
menjalar ke seluruh
hati. Dari mata
jatuh ke hati.
Hidung mereka hampir
berlaga, digerakkan sedikit
pasti bersentuhan.
Perlahan Firdaus mengucup
lembut dahi Dheiya.
Gadis itu terpana.
Terdiam tidak berkutik.
Nafasnya berombak laju.
Firdaus melepaskan bibirnya
dari dahi Dheiya
lalu mengucup lembut
ubun-ubun Dheiya.
Bekas buih ditangan
Firdaus sudah diletakkan
ke singki.
Lama mereka berkeadaan
begitu. Dheiya memejam
mata. Menghayati rasa
yang sungguh indah
ini. Pelukan Firdaus
terasa erat dipinggangnya. Dheiya
memeluk erat leher
Firdaus. Terlalu berharap
mereka akan lebih
lama berkeadaan sebegini.
Amat berharap agar
masa berhenti disini.
Hanya ini yang
dia pinta. Melalui
detik-detik indah bersama
orang yang dicintainya.
“ Kenapa?” bisik
Dheiya perlahan, persis
mengeluh. Matanya masih
dipejam.
“ Syhhh…..” bisik
Firdaus perlahan ditelinga
Dheiya. Mengucup lembut
telinga gadis itu.
Dheiya mengetap bibir,
menahan kegelian. Rasa
hendak tercabut jantungnya
saat ini juga.
Firdaus kembali mengucup
rambut Dheiya, menghidu
haruman yang sungguh
mewangi pada rambut
gadis itu. Pelukannya
dieratkan. Terasa erat
rangkulan Dheiya dilehernya.
Sungguh dia kini,
merasakan perasaan sesuatu
yang aneh. Perasaan
yang sama sewaktu,
malam dia berada
di atas tubuh
Dheiya kerana dia
disangkakan Dheiya sebagai
pencuri. Malam yang
melucukan baginya. Malam
yang romantic baginya.
Malam yang mendebarkannya.
Rasa yang sungguh
indah. Dia dapat
merasakan yang Dheiya
merasakan apa yang
dia rasa. Seakan
dia tidak mahu
melepaskan Dheiya. Tidak.
Walau sekali.
1 comment:
awww sye pula yg malu ni....
Post a Comment