“ You ada
I masa tu.
Kenapa you tak
ceritakan pada I? You cakap
you cintakan I,
susah senang kita
harungi bersama, tapi
kenapa you pendamkan
masalah ni sorang-sorang? I
was there with
you. Tapi you
sendiri diamkan hal
ni.”
Firdaus terdiam seketika,
menarik nafas panjang
sebelum menyambung kembali.
“ I tak
sangka you sungguh
menderita dengan perbuatan
mummy I dan
Lin. I mintak
maaf bagi pihak
mummy I untuk
you dan juga
arwah Kiranna.”
Karinna
tersenyum sinis. Dia
mengesat kasar pipinya.
“ You ingat
dengan maaf tu
boleh kembalikan adik
I ke Fir?
Boleh? Can you
think, macam mana
I nak ceritakan
pada you sedangkan
Puan Sri Sy.
Faridah Sy. Ismail
adalah mummy you?
Wanita yang melahirkan
you, membesarkan you.
Apalah yang ada
pada I berbanding
dengan mummy you?
I tak nak
you dibuang keluarga,
jadi anak derhaka
hanya kerana I yang tak
punya apa-apa. I
rela you hilang
I dari you
hilang orang yang
banyak berjasa pada
you. Biarlah I
yang berkorban walaupun
pengorbanan I mendapat
kebencian dari you,
I sanggup Fir
kerana cinta yang
suci memerlukan pengorbanan.
I pulang bukan
nak meraih simpati
dari you jauh
sekali untuk membalas
dendam dengan perbuatan
mummy you dan
Lin sebab ia
langsung tak dapat
mengembalikan adik I.
I balik sebab
I tak nak
terus-menerus hidup dalam
rasa bersalah terhadap
you. I tinggalkan
you tanpa sebab,
bukan you aje
yang merana, tapi
jugak menderita nak
tinggalkan you. Bukan
pinta I semua
ni terjadi, I
tak berdaya Fir,”
luah Karinna panjang.
Nah! Inilah yang
ingin dia luahkan!
Yang dia nanti-nantikan apabila
dia berjumpa dengan
Firdaus, memberitahu perkara
yang sebenar. Menceritkan
betapa terlukanya dia,
peritnya hati terpaksa
melepaskan kekasih yang
disayangi. Betapa kejamnya
Puan Sri Sy.
Faridah, hanya kerana dia
tidak setaraf dengan
Firdaus.
Firdaus mengeluh lemah.
Dia tidak berdaya
hendak berkata. Ternyata
semua yang didengarinya
amat mengejutkan dia.
Langsung tidak diduga
sampai begitu sekali
tindakan mummynya hendak
memisahkan dia dan
Kiranna hanya kerana
gadis itu tidak
sedarjat dengan mereka.
“ Karinna… I…
I tak sangka
sampai macam tu
sekali terjadi pada
you, pengorbanan you…
“ tersekat Firdaus
dari untuk berkata.
Dia tertunduk.
“ Fir, I
tak minta pun
balasan dari you.
You tak tahu
apa-apa. I Cuma
nak kita kembali
macam dulu, anyam
semua impian kita
berdua. You dah
lupa apa yang
kita impikan? I
sikit pun tak
pernah lupa Fir.
So now, I
nak kita macam
dulu balik. I
dah tak kisah
siapa yang nak
halang kita lagi,
yang penting you
dan I sama-sama
hadapinya, macam yang
pernah kita janji
dulu,” kata Karinna
penuh mengharap.
Firdaus terkedu! Tuhan!
Inilah yang merunsingkan
hatinya. Bagaimana dia
mahu meluahkan kepada
Karinna bahawa hatinya
sudah tidak seperti
dulu. Jika dulu,
dia sudah menyusun
ayat di mindanya
untuk menolak semua
rayuan Karinna.
Tetapi sebaik sahaja
mendengar semua penjelasan
Karinna, derita yang
ditanggung gadis itu
dan pengorbanan yang
dilakukan untuk cinta
mereka berdua, dia
menjadi serba salah.
Kebencian dan kekecewaan
yang bercampur dengan
amarah yang membekam
dalam jiwanya hilang
sama sekali lalu
diganti dengan rasa
simpati yang menggunung.
Rasa bersalah yang
membenak dijiwanya akibat
perbuatan mummy dan
juga Emilina.
Cinta? Sukar untuk
dia akui kerana
di hatinya tidak
lagi berdebar seperti
dahulu, sewaktu mereka
hangat bercinta. Debaran
yang dirasai pada
awal perjumpaan mereka
hanyalah mainan perasaan
lelakinya kerana terpaku
akan penampilan berbeza
Karinna.
Sungguh dia rasakan
Karinna bagaikan orang
asing yang pernah
dia kenali, terlalu
berbeza dengan Karinna
dahulu yang manja,
ceria, bersifat keanak-anakan
kerana menginginkan perhatian
darinya. Karinna yang
berada dihadapanya lebih
tegas, matang dan
masih terlihat kesedihan
dimatanya walaupun cuba
disembunyikan.
------------------------------------------------------
Susuk tubuh yang
tegap dan sasa
itu hanya mampu
dipandang jauh oleh
Dheiya. Dheiya mengeluh
melihat wajah muram
lelaki yang mula
mendapat tempat dihatinya.
Sejak kebelakangan ini,
dia perasan Firdaus
asyik termenung, dan
port yang paling
digemari lelaki itu
untuk menghabiskan masa
dengan aktiviti ‘ termenungnya ‘ adalah
dibalkoni tingkat bawah
penthouse yang menyajikan
pemandangan Bangsar di
Bandar Kuala Lumpur
yang indah pada
waktu malam dengan
kemeriahan lampu-lampu dan
Menara KLCC, KL
Tower serta KL
Sentral. Kalau siang
lagi jelas pemandangan
Kuala Lumpur yang
sebelum ini hanya
dapat ditonton oleh
Dheiya di kaca
televisyen. Tetapi bagi
Dheiya, malam adalah
pemandangan yang amat
cantik dan sesuai
kalau sangat nak
berangan!
Dheiya mengeluh lagi.
Susahlah dia hendak
melepak kerana port
rasminya sudah menjadi
kunjungan tetap lelaki
itu. Port itulah
yang memberikan ketenangan
kepada dia saat
dia sedih mahupun
gembira. Tempat wajib
baginya menghabiskan masa.
Dimana dia hendak
melepak lepas ni?
Takkan lah dalam
bilik? Tak best!
Kenapalah dalam banyak-banyak
tempat dalam rumah
ni, port aku
jugak yang dia
masuk? Pergilah naik
bilik dia tu,
bilik dia pun
ada balkoni ni
jugak, kenapa nak
ambik balkoni aku?
Urrgghh!!! Geramnya!!
Sudah?! Berebut balkoni
pulak!
Dalam Dheiya dok
membebel dalam hati,
Firdaus berpaling ke
belakang. Lelaki itu
menjongketkan keningnya sambil
matanya tepat ke
wajah Dheiya.
Apa?
Dhieya yang baru
bagaikan sedar tu
terpinga-pinga apabila melihat
pandangan Firdaus.
Hah? Apa? Dheiya
menggelabah.
“ You nak
apa? Buat apa
kat sini?” serius
Firdaus bertanya.
“ Err.. takde
pape. Saje je.
Err.. sambunglah balik,”
jawab Dheiya tergagap lantas
berpaling ke belakang
untuk mengatur langkah.
“ Wait!”
Dheiya berhenti melangkah.
Erkk?
“ I tak
rasa macam ade
something yang you
nak cakap. Cakaplah,
apa dia?”
“ Err… takde
pape lah,”
“ Tipu!” jerit Firdaus. Dheiya
menelan liur. Alamak!
‘ Harimau ‘ dia dah
datang balik!
“ Sebenarnya, saya
pelik ke..kenapa awak
selalu duduk kat
situ, siap termenung
lagi. Selalu je
duduk dekat tingkat
atas, kan awak
selalu lepak sana. Tapi
kenapa dekat….”
“ Kenapa? Tak
boleh? Ni rumah
I, suka hati
I lah!” pintas
Firdaus berlagak. Sengaja tayang
muka serius.
Dheiya
tertunduk. Menelan liur.
Mengigit bibirnya. Kenapalah
mulut aku ni
lancang sangat? Betullah
ni kan rumah
dia, suka hati
dia lah, kenapa
aku sibuk?
“ Saya minta
maaf,” perlahan Dheiya
meminta maaf. Wajahnya
keruh.
Firdaus
tersenyum dalam hati.
Baru gertak muka
serius sikit dah
takut?
“ Maaf? Tengoklah
kalau I nak
maafkan,” usik Firdaus,
masih bernada serius.
Dheiya
mengangkat muka. Dia
cuak. Rasa bersalah,
amat.
“ Awak tak
maafkan saya? Kenapa?
Saya minta maaf
sangat-sangat. Lain kali
saya tak tanya
lagi macam tu.
Saya jaga mulut
saya ni baik-baik,
saya janji,” ujar
Dheiya bersungguh-sungguh.
Tawa Firdaus meletus
akhirnya. Lucu sungguh
melihat riak Dheiya
yang sedikit menggelabah.
Comel pulak!
Terpinga Dheiya seketika.
Dia ingin bersuara
namun ditahan Firdaus.
“ Dahlah,
tak payah nak
buat muka innocent + blur you
tu. I haus
ni, you pergi
ambik air bawak
ke balkoni port
rasmi you tu,”
ujar Firdaus dengan
senyuman tersungging dibibirnya
sambil tangannya mencuit
lembut pipi Dheiya.
Terkejut gadis itu.
Melihatkan langkah Firdaus
ke balkoni, dia
kembali tersedar. Dia
cakap apa? Dia
buat apa?
Pipinya
disentuh. Port rasmi?
Jadi, dia tahulah?
“ Dheiya! Cepatlah!
Buat apa tercegat
lagi kat situ?
You nak I
angkat you pergi
dapur ke hah?”
laung Firdaus kuat
dari arah balkoni.
Erk?
“ Tak nak!”
pantas Dheiya berlari
anak menuju ke
dapur. Dipegang pipinya
yang mula merah.
Angkat? Gilalah!
Firdaus ketawa. Hailah!
Macam-macam hal Dheiya
ni. Kelibut! Tapi
comel!
No comments:
Post a Comment