Seperti yang dijanjikan,
Firdaus akhirnya sampai
juga ke tempat
pertemuannya dengan Karinna.
Dia memilih tempat
yang jauh daripada
orang yang lalu
lalang agar mudah
mereka berbincang. Taman
Tasik Perdana adalah
pilihan yang tepat
dimana jam menunjukkan
pukul 10 pagi,
jarang orang datang
ke sini pada
waktu sebegini. Dia
pula akan masuk
lewat ke pejabatnya.
Dia terpaksa menghubungi
gadis itu bagi
mneyelesaikan semua masalah
yang kian rumit.
Riak suara Karinna
pada mulanya sangat
teruja menerima panggilan
dia. Mungkin masih
ada sinar peluang
buat mereka.
Bagi Karinna ya!
Tidak bagi Firdaus!
Mungkin!
Dia berdoa agar
tidak mudah simpati
dan termakan pujuk
rayuan Karinna. Dia
tidak mahu lagi
bersama Karinna. Hatinya
bukan bersama Karinna
lagi, bukan seprti
dulu. Takdirnya juga
mula melangkah pergi
dari masa silam
ke masa hadapan.
Yakinnya Karinna bukan
untuknya. Percintaan mereka
hanyalah kerana permainan
takdir yang ingin
menemukan mereka berdua.
Karinna
memakirkan Honda City
disebelah Nissan GTR
milik Firdaus. Wajah
riang dan ceria
gadis itu menyapanya
terlebih dahulu. Firdaus
tersenyum kelat menjawab
salam gadis itu
yang hanya mengenakan
blous biru pekat
berlengan pendek dan
hanya berseluar jeans
paras betis sahaja. Rambut yang
dulunya panjang mengurai
kini dipotong pendek.
Nampak lebih elegan,
lebih menawan dari
dulu.
“ Hye Fir!
You looked gorgeous
today!” sapa Karinna
sebaik sahaja keluar
dari keretanya. Wajahnnya
girang memandang wajah
yang sangat dirinduinya
saban waktu.
“ Errr…. thanks,”
balas Firdaus tersenyum
paksa.
“ I was
surprised that you’ve
called me last
night! Dah lama
I nak jumpa
you tapi you
asyik ngelak aje.
Now, I’m happy
sangat dapat jumpa
dengan you face
to face macam
ni, jauh dari
orang yang tak
suka dengan hubungan
kita,” kata Karinna
teruja. Mempamerkan senyuman
lebar kepada Firdaus.
“ I’m sorry
coz tak dapat
jumpa you hari
tu. Tiba-tiba aje
I dapat call
ada urgent meeting,
so I memang
tak boleh elak.
Sorry jugak sebab
ignore call you,
I ade problem
sikit,” jelas Firdaus
serba-salah.
Terpegun dia melihat
penampilan Karinna. Hatinya
mula berdebar tetapi
tidak sedebar ber sama
Dheiya. Sempit dadanya
dirasakan.
Ah! Dheiya.
Tuturnya sedikit gagap.
Tidak seyakin tadi.
Akui masih terdapat
sedikit perasaan terhadap
Karinna, tapi meningatkan
janji yang pernah
dia ucapkan pada
hari dia ditinggalkan
Karinna, dia akur, teguh cuba
menahan benteng egonya.
“ It’s okay
honey. I tak
marah. I tak
kisah. I faham
you kan? Kita
dah kenal lama.
Infact, you call
I untuk berjumpa
pun I dah
bersyukur sangat. I
dah lama nantikan
saat ni, lama sangat Fir.
Takde sesiapa yang
ganggu kita, tak
payah sembunyi macam
dulu lagi. Kalau
I dapat jumpa
dengan you lagi,
I nak tatap
muka you puas-puas.
I terlalu rindukan
you Fir. So
much”.
Ucapan lirih yang
meluncur keluar dari
bibir Karinna meresahkan
hati Firdaus. Lirih
hatinya. Simpati dan
kasihan mengatasi seluruh
jiwanya. Firdaus sukar
mengawal perasaannya. Dia
mula dilema. Mana
janjinya? Mana egonya
yang cuba dipertahankan? Hanya
suara lirih itu
merayu sudah sekelip
matakah meruntuhkan ego
Firdaus?
Karinna
memandang wajah Firdaus.
Wajah yang cukup
dirindui. Tangannya mula
menjalar ke dada
bidang Firdaus yang
dibaluti kemeja hitam.
Tali leher diikat
santai, tanda dilonggarkan.
Tangan Firdaus menolak
lembut tangan Karinna
yang menjalar di
dadanya.
Terpempam
Karinna. Matanya dihalankan
tepat ke wajah
lelaki itu.
“ Fir, why?”
“ Karinna, please
don’t do this.
We over now,”
tutur Firdaus perlahan.
Terasa seksa hendak
mengungkapkan ayat yang terakhir
itu. Entah mengapa,
padahal dahulu yakin
benar hatinya mengiakan.
Aduhai hati, mengapa
jadi begini?
“ Fir, kita
tak declare clash
pun. Sampai hati
you cakap macam
ni,” suara Karinna
seakan berjauh hati.
Firdaus mengeluh lemah.
Dia menjarakkan diri
dari Karinna lalu
duduk di bangku.
Tangannya didopangkan pada
lutut, meraup rambut
ikalnya yang pendek.
“ Karinna, hubungan
kita dah putus
sejak hari yang
you tinggalkan I.
Bila aje you
melangkah masuk imigresen,
I dah janji yang
I akan lupakan
you,” tanpa mengira
perasaan Karinna, Firdaus
lancar menutur ayat
yang sudah sekian
lama bermain dimindanya.
Betapa sakitnya hati
Firdaus, bagaikan disiat-siat
menuturkan ayat itu.
Cuba ditahan hatinya
yang mulai rapuh
saat menatap bening
Karinna yang pernah
menjadi igauannya dulu.
Namun dia harus! Bukan kerana mummynya,
tetapi kerana apa
yang sudah dimilikinya.
Mungkin Dheiya, ataupun
akalnya yang tegar
dan tegas menghalang.
Tidak mahu pisang
berbuah dua kali,
barangkali.
Karinna terpana. Air
matanya mula bertakung
di tubir mata,
tinggal hanya tunggu
untuk mengalir dipipi.
Pedih! Sedih! Sakit
sungguh dirasakan saat
ini. Bukan ini
yang dia pinta.
Bukan ini yang
dia mahukan. Bukan
salahnya. Mengapa dia
harus dikecewakan sebegini?
Hatinya bagaikan dirobek
tajam! Pedihnya begitu
menusuk!
“ How could
you Fir? Tergamak
you cakap macam
tu? Jahat sangat
ke I sampai
seksa I macam
ni sekali?” sebak
suara Karinna. Perlahan
sahaja.
Air mata Karinna
mula mengalir laju
dari tubir matanya.
Mencurah-curah. Dia cuba
menahan esakan tangisnya.
Dia melabuhkan punggungnya
di sebelah Firdaus.
Firdaus mula serba-salah.
Begitu berangkai-rangkai rasa
bersalahnya. Secara tidak
langsung hatinya juga
turut sakit. Pedih
bilamana dia menuturkan
ayat yang tajam
menghiris hati Karinna.
Dia menarik nafas
panjang.
Tidak! Dia tidak
boleh mengalah!
“ How you
say that ‘ how
could you ‘ to
me? Macam mana
you boleh cakap
macam tu sedangkan
jawapannya ada pada
you? You should
know! You tak
tahu betapa remuknya
hati I bila
you tinggalkan I
macam tu aje?
Langsung tak bagitahu
apa sebabnya? Tak
tahu apa puncanya?
I pernah tanya,
tapi you senyap
aje! I kecewa.
Terlalu kecewa Karinna! Have you ever
think?” tinggi suara
Firdaus. Lupa sudah
akan rasa sementara
yang hadir pada
awal perbualan mereka
tadi pabila amarah
menguasai hati.
Wajahnya merah, menahan
marah dan kecewa
yang bersatu dalam
hati. Dia menarik
nafas berkali-kali, cuba
meredakan rasa marahnya.
Mengusir jauh bisikan
syaitan yang tidak
putus asa menghasut
umat manusia.
“ Fir, I’m
sorry. Truly sorry.
I takde niat
nak tinggalkan you
macam tu aje
Fir, langsung tak
pernah! I terpaksa
Fir! Terpaksa! You
tak pernah tak
tahu! I langsung
tak ada pilihan
untuk memilih, sama
ada you ataupun
impian I selama
ni,” kata Karinna,
cuba untuk menjelaskan.
“ Terpaksa? Siapa
yang paksa you?
Yes I admit,
memang I tak
tahu! Tapi sebab
you yang tak
nak bagitahu! I
tanya tapi you
langsung tak jawab!
Sekarang ni you
jangan salahkan I Karinna!”
Firdaus semakin berang.
Dia bangun dari
duduknya. Suasana semakin
panas. Hatinya semakin
sakit.
Tenang Firdaus! Tenang!
Cuba bincang baik-baik!
Bisik hatinya.
“ Sebab I
tak mahu you
lagi bertambah kecewa
Fir! Mummy you
yang paksa I!
Dia dan Emilina
ugut I Fir!!
Mereka paksa I!
I tak ada
pilihan nak bela
diri I! You
tahu tak?! How
could you salahkan
diri I seorang
kalau semua ini
berpunca daripada mummy
you yang terlalu angkuh
dengan status!! Emilina
yang gilakan you!!”
“ Then, why
you didin’t tell
me? Why Karinna??
Why?? Tell me!”
Firdaus melenting.
“ I tak
ada peluang Fir.
Tak ada. I
tak sempat nak
bagitahu you”.
“ You liar!
You sempat bagitahu
I masa kali
terakhir kita jumpa
petang tu! Tapi?
You tak bagitahu
kan?”
“ I can’t
Fir!! Orang-orang mummy
you ada di
mana-mana! Sentiasa mengawasi
I! Mummy you
dan Lin ugut
I kalau I
beritahu you perkara
yang sebenar, I
takut diorang akan apa-apakan adik
I masa dia
terlantar sakit tenat
di hospital! I
takde sesiapa Fir!
Kami yatim piatu!
Hanya adik I
yang aje saudara
I! Itupun lepas
kita jumpa adik
I terus meninggal!
You see what
your mummy and
that woman done?!
Did you know
about this? I’m
sure Aria ada
bagitahu you tapi
you sendiri yang
ego tak mahu
tahu hal sebenar.
You terlalu ego
Fir!” jelas Karinna
terus-terang.
Firdaus
tergamam! Dia tecengang!
Sukar untuk dia
mempercayai apa yang
didengarnya. Kiranna? Dia
mengucap panjang. Astaghfirullah!! Ya
Allah! Apa yang
mummy dan Lin
dah buat ni?
Firdaus menarik nafas
berkali-kali.
Sungguh dia tidak
sangka sejauh ini
mummynya bertindak! Sekejam
ini mummynya lakukan
untuk memisahkan dia
dan Karinna? Sehingga
satu-satunya saudara Karinna
meninggal dunia? Rasa
bersalah yang kian
bergelodak dijiwa terhadap
arwah Kiranna, adik
Karinna. Padahal dia
pernah berjanji dengan
arwah Kiranna untuk
menjaga Karinna selama-lamanya.
Ya Tuhan! Apa
yang aku dah
buat ni? Kenapa
sampai jadi macam
ni? Mummy? Why
you do this
to me? Why
mummy? You memang
tak guna Lin!
“ Sekarang you
dah tahukan kenapa
I diamkan aje?
Kalau I ceritakan
semua ni, bukan
aje nyawa adik
I, tapi impian
I jugak akan
musnah Fir. Mummy
you jugak ada
ugut I lepas
pengebumian adik I,
dia nak I
tinggalkan you, kalau
tak tajaan dan
biasiswa yang I
dapat dia akan
tarik balik. Mummy
you orang berpengaruh
Fir, everybody knows
her! Hanya dengan
sekali perkataan pun,
I akan hilang
semuanya. Kalau
I terlepas semua
tu apa lagi
yang I ada
Fir? Hanya kejayaan
aje yang mampu
ubah hidup I,
ubah takdir I. I dah
tak ada sesiapa
lagi Fir,” sendu
Karinna bercerita.
Air mata yang
menuruni laju dipipinya
tidak lagi dihalang.
Dibiarkan menitis. Sudah
lelah dia selama
ini mengesat setitis
demi setitis air
mata. Lelah! Letih
menangisi sesuatu yang
mustahil baginya. Selama
ini dia tegar
mengesat titisan itu,
hanya kerana tidak
mahu menganggap dirinya
lemah. Dia tidak
mahu membazirkan air
matanya hanya kerana
perbuatan zalim dan
tidak perikamanusiaan manusia
yang angkuh dan
sombong! Riak dengan
darjat dan pangkat
yang ada pada
pangkal nama.
Salahnya juga mencintai
sesorang yang bagaikan
enggang sedangkan dirinya
pipit tidak layak
langsung sama sekali
bergandingan bersama! Demi
Kiranna, dia akan
berdepan dengan wanita
sombong itu! Bukan
kerana dendam, tetapi
untuk menuntut keadilan!
Firdaus
terpempan! Melihatkan air
mata yang laju
dipipi gadis itu
membuatkan dia rasa
bersalah. Simpati kuat
menyelubungi hatinya. Tidak
sangka sederita itu
yang ditanggung oleh
Karinna selama ini.
Tanpa dia disisi,
sedangkan mereka dahulu
pernah berjanji untuk
sentiasa bersama-sama menghadapi
apa jua rintangan.
No comments:
Post a Comment