Hari ini
hari terakhir Damya
bekerja di butik.
Sejak tadi Rozy
hanya muram sahaja.
Bercakap pun hendak
tak nak. Masam
mencuka aje. Malas
Damya nak melayan
angin si Cik
Sotong ni!
Bila dah
nak sampai waktu
balik, barulah si
Rozy ni tayang
muka toya dia!
Dah elok agaknya
tu mood dia.
Yalah, dekat sini,
si Rozy ni
rapat bebenor dengan
Damya. Yalah, siapa
yang boleh tahan
dengan perangai si
Rozy yang tak
nak kalah selagi
boleh! Nak aje
dia yang menang.
Dan Damya
sahaja yang mampu
bertahan dengan sikapnya
yang kadang-kala mulut
pedas berapi fire
kat orang. Kak
Ieda pun kadang-kadang
aje sebab masa
dia lebih banyak
di cawangan butik
yang terletak di
Bangsar.
Maklumlah, orang
senior lagi pro
katakan! Harus lah
jadi supervisor kat
tempat baru nak
mengajar orang-orang baru
nanti! Makin naik
tocanglah Kak Ieda
tu! Hanya ketawa
sahaja Kak Ieda
bila Damya mengusiknya.
“ Mya,
aku mesti rindu
kat kau nanti.
Sunyilah aku kalau
kau takde!” luah
Rozy manja. Mulutnya
dicebir-cebirkan.
“ Alah
Rozy, janganlah risau.
Insya-Allah kalau aku free
or rindu nak
dengar kau membebel
ke aku datang
lawat kau and Mrs.
Vee kat sini
ya?” gurau Damya.
Rozy menarik muka,
bibirnya muncung. Perli
akulah tu!
“ Kau
ni tak baik tau! Aku
bebel pun sebab
kau tu kadang-kadang
bebal! Kau tu
dah macam adik
aku tau! Haruslah
aku kasik bebelan dan
brainwash otak kau
tu! Yalah, nak
buat macam mana,
kau nak kahwin
dah hujung minggu
ni, kenalah ikut cakap bakal
suami kan?”
“ Taklah!
Datin yang suruh
aku berhenti. Dia
tak bagi aku
kerja cuma dia
suruh aku fokus
belajar aje lepas
ni,” ujar Damya.
Rozy sedikit terkejut.
“ Eh
bukan sebab tunang
kau tak bagi
ke?”
“ Entahlah!
Aku pun tak
pernah kenal dengan
tunang aku tu!
Jumpa pun tak!”
selamba badak Damya
amat memeranjatkan Rozy.
Membulat mata cik
Sotong tu!
“ OMG! Weekend
ni kau nak
nikah tapi kau
langsung tak kenal
siapa bakal suami
kau?”
“ Iyelah Rozy. Berapa kali aku nak ulang ni?”
“ Kau
biar betik?! Macam
mana kau terima
lamaran Datin macam
tu aje?!”
“ Hati
aku suruh terima.
Aku pun dah dapat jawapan
solat istikharah aku.
Sebab tu aku
berani terima, Rozy!”
“ Kenapa
kau tak nak
kenal dulu dengan
bakal suami kau
tu? Dibuatnya tak hensem
ke, senget ke?
Kau jugak yang
merana nanti!” kepoh
Rozy.
“ Kejamnya
statement kau
Rozy! Kalau dah
dia tak hensem aku
terima. Dia cacat
ke aku terima
jugak. Lagipun aku
teringin nak rasa
bercinta lepas kahwin,
sebab tu aku
tak nak jumpa
dia sampai lah
akad nikah nanti,
okay Rozy?” jawab
Damya senyum selamba.
Langsung tak ada
perasaan risau langsung!
Si Rozy ni
pulak yang terlebih
over risaunnya!
Tangannya mengambil dan
meletakkan beg sandangnya
di bahu.
Rozy memuncung.
“ Suka hati
kaulah Mya. Tapi
kan Mya, aku saje je
cakap tak hensem, sengetlah
sebab nak tengok
apa penerimaan kau.
Tengok kau okay
aje, so no hal
la! Sebenarnya, aku dah
pernah tengok anak
Datin tu sebelum
ni tau!. Hensem gila
Mya aku cakap
kau! Lelaki paling
kacak and hot sekali
tau! Kalah Aaron
Aziz!”
“ Yeke?
Tipulah!”
“ Betullah!
Dulu ada dalam
dua kali dia
datang sini temankan
Datin, tapi time tu
waktu kerja kau
dah habis! Rugilah
jugak kau! Sebab
tu lah budak
bertiga tu meroyan
sangat sampai buat
fitnah kat kau.
Sebabnya diorang tak boleh
terima kau nak
kahwin dengan anak
Datin yang hensem lagi
kaya tu!” berterbang-terbang tangan
Rozy bercerita. Biasalah,
sotong!
Damya menggelengkan
kepala. Rozy ni
macam-macamlah!
Tak kisahlah
macam mana sekalipun
hebat dan gahnya
Rozy describe bakal
suaminya a.k.a tunangnya.
Apa yang penting
dia harus bersiap-sedia
untuk menempuh alam
kehidupan yang baru.
Meneyediakan dirinya dengan
sebarang kemungkinan yang
berlaku.
Betulah cakap
orang. Perkahwinan ni
ibarat judi. Mempertaruhkan nasib
dan masa depan
dengan seseorang. Cuma kita
yang harus mengemudi
permainan itu dengan
baik dan berhati-hati
seiring dengan keredhaan Allah
S.W.T.
“ TAKE CARE
Mya! Nanti jangan
lupakan aku tau
kat sini!” Nini
memeluk erat tubuh
Mya sambil diperhatikan
oleh Wan.
Inilah sahabat
baik dia di
sini. Biarpun baru
beberapa tahu mengenali
Damya, Nini senang
bersahabat dengan gadis
itu. Tidak pernah
berkira dengan sesiapa.
Tapi yang peliknya
kenapalah ada orang
yang dengki dengan
Damya? Itu yang
Nini langsung tak
faham!
“ Okay korang
pun sama. Wan!
Kau jaga Nini
elok-elok tau! Jangan
bagi dia main-main
aje, nanti si
Andalusia tu mengamuk
pulak!” seloroh Damya.
Nini dan Wan
ketawa kuat namun
sempat mengawal ketawa.
Nak mati kalau
Malina dengar! Mau kena sembelih
28 kerat! Kalah
Mona Fendi kau!
“ Kau
jangan risaulah! Insya-Allah!
Kalau bestfriend kau
ni buat perangai
aku ikat aje
nanti kat dewan
ballroom tu!” usik
Wan.
Bulat mata
Nini memandang buah
hatinya. Laju aje
jarinya mengetip isi
lengan Wan. Padan
muka! Ada hati
nak ikat aku!
Damya terus
melangkah menuju ke
kereta mewah yang
setia menunggunya. Sejak
seminggu ini Datin
Engku Zahira sudah
mengarahkan pengawalnya untuk
mengambil dan menghantar
Damya pergi dan
pulang dari kerja,
sebagai langkah keselamatan.
Damya pada mulanya
menolak, tetapi bakal
ibu mertuanya itu
tetap mendesak.
Hari ini
adalah hari terakhir
dia bekerja di
sini setelah dua
tahun lebih berkhidmat.
Segala macam tohmah
dan caci maki
dia terima namun
Damya tabahkan hati
buat muka tebal.
Biar orang tak
suka jangan orang
benci sudah! Itu
prinsipnya, buatlah apa
suka, umpatlah aku
macam mana pun,
yang aku tahu
aku kerja kat
sini nak cari
rezeki yang halal.
Itu aje!
Bukan main
seronok lagi dia
nampak Si Malina
the Andalusia
a.k.a Lion Queen
dengan Mila and the gang
bila dapat tahu
dia telah menghantar
notis berhenti selama
sebulan sebelum berhenti
kerja. Biarlah apa
diorang nak buat,
asalkan bukan aku
yang dapat dosa,
getus Damya.
Kalau diikutkan
Damya sayang nak
berhenti kerja terutama
sekali dekat butik
De’Paradise di KLCC.
Suasana persekitaran dan
juga sikap ramah
Mrs. Vee, Rozy
yang mengambil berat
walaupun mulutnya tetap
pedas berapi dan
juga Kak Ieda
yang bagaikan kakak
yang penyayang. Pedulikan
yang lain-lain tu,
tapi itulah pekerjaan
yang mula-mula dia
perolehi. Rezeki yang
diterima pun Alhamdulillah, biarpun
tak besar dan
mewah asalkan mampu
mengisi perutnya dengan
makanan dari sumber
yang halal.
Tapi apakan
daya, Datin Engku
Zahira awal-awal lagi
sudah mengingatkan mahu
Damya berhenti kerja sebelum majlis
perkahwinan. Bukan apa,
bila sudah menjadi
isteri nanti, segala
pakai minum, wang
ringgit, tempat tinggal
dan kos pengajian
sudah pasti akan
tergalas di bahu
bakal suaminya kelak.
Itu adalah tanggungjawab
suami, menyediakan keperluan
isteri mengikut kemampuan.
Damya hanya
akur dengan arahan
Datin Engku Zahira.
Ada benar juga
kata wanita itu.
Dan apa yang
dinasihatkan adalah untuk
kebaikan dirinya juga.
Kereta mewah
itu meluncur laju
meninggalkan perkarangan hotel.
Dia menarik nafas
seraya memejamkan matanya.
Hidupnya bakal berubah
tidak lama lagi!
ZIKRY HAIQAL
mengeluh lemah. Hari
ini adalah hari
terakhir dia hidup
sebagai seorang bujang.
Esok pagi, dia
akan diijab kabulkan
dengan wanita yang
langsung dia tidak
cinta. Dia tiada
pilihan selain menurut
kehendak mama dan
papanya.
Gembira sungguh
mamanya membuat persiapan
perkahwinan. Nampak terlalu
mewah pun ada.
Semua nak meriah.
Semua nak meletup
bagaikan wedding of the
year! Anak lelaki
tunggal nak kahwinlah
katakan.
Ingatannya terlintas
pada Damya. Bagaimana
agaknya keadaan gadis
itu ya? Bila dia akan
kahwin? Entahlah! Zikry
Haiqal bagaikan sudah
terputus hubungan dengan
Damya sejak pertemuan
mereka yang terakhir,
iaitu sebelum majlis
pertunangan masing-masing.
Macam mana
agaknya aku nak
terima tunang aku
tu nanti bila
dah kahwin? Mesti
seksa gilalah hati
aku ni!
Tidak menyangka
pertemuan singkat antaranya
dan Damya telah
membibitkan benih cinta
baru hendak bertunas.
Boleh dibilang dengan
jari sahaja beberapa
kali mereka bertemu,
itupun puas jugak
didesak Zikry Haiqal.
Kalau nak persetujuan
Damya, sampai kiamat
pun belum tentu
dia setuju!
Akui Zikry
Haiqal, dia mula
menyayangi dan menyintai
gadis itu. Gadis
yang pernah dihamun
satu ketika dahulu
kerana telah mengotorkan
bajunya. Gadis yang
pernah kelam kelibut
meminta bantuannya untuk
menyamar sebagai teman
lelaki palsu untuk
mengelakkan dari di
ganggu bekas
teman
lelakinya. Terus menyambar
lengannya tanpa langsung
mengetahui siapa dia
sebenarnya.
Bila diingat-ingatkan kembali,
semua itu mengundang
tawa lucu Zikry
Haiqal. Kenangan yang
sangat indah walaupun
tidak banyak. Masih
terpahat kukuh akan
senyuman manis terukir di
bibir mungil
itu. Jelingan tajam
masam mencuka dari
alis mata yang
bulat dan bersinar
itu.
Persaan yang
dirasakan kini terlalu
indah. Gilakah dia?
Ataupun layak digelar
sewel? Jatuh cinta
dalam masa yang
terlalu singkat! Bagaikan
inilah cinta pertama
yang pernah dirasakan.
Sedangkan sebelum ini
begitu sukar dia
hendak melafazkan kata-kata
cinta. Bahkan dengan
Irish Elenna pun
dia hanya terpukau
dengan kecantikan duniawi
dan perasaan bangga
dapat menjadi kekasih
hati wanita itu.
Dengan Damya,
terasa semua bagaikan
baru, segar dan
bernyawa. Dia benar-benar
sudah jatuh cinta
dengan Damya. Demi
Allah, jika diizinkan
diberi peluang oleh
Yang Maha Esa
untuk menjadikan gadis
itu suri hatinya,
akan dia jaga,
lindungi dan memayungi
hidup wanita itu
dengan limpahan kasih sayangnya.
Dia tidak akan
sesekali mensia-siakan Damya.
Itu janjinya!
Dan tetapi…
Janjinya itu hanyalah
sekadar angan-angan Mat
Jenin! Tidak mungkin
akan berlaku kerana
yang bakal menjadi
suri hatinya bukanlah
Nur Damya tetapi
wanita lain.
Ya! Allah!
Aku amat menyayangi
dia! Kenapalah dia
bukan jodohku yang
Engkau tetapkan? Rintih
Zikry Haiqal sambil
meraup wajahnya. Matanya
ditala pada dada
langit yang cerah
dan meriah dengan
kerlipan bintang. Semeriah
suasana di dalam
banglo keluarganya yang
sedang sibuk membuat
persiapan.
Alam pun
tak faham perasaan
aku!
DAMYA termenung
sendirian di atas
tikar sejadah milik
arwah neneknya yang
sudah pun lusuh
sulaman. Namun sejadah
itu tetap menjadi
peneman setia di
kala Damya sedang
berhadapan dengan Tuhan
Maha Pencipta.
Dari luar
biliknya kedengaran agak
riuh suara-suara jiran
rumah flat yang menjadi tempat
berlindungnya selama ini
bersama dengan Kak
Iti. Dari semalam
lagi mereka bertandang
ke rumah ini
membantu menghias hantaran
yang diketuai oleh
Kak Pija, yang
memang pandai mengubah
hantaran. Selalunya dialah
yang akan dapat
job kalau ada
kenduri-kendara di kawasan
ini.
Walaupun Datin
Engku Zahira berkali-kali
menawarkan untuk menempah
sahaja set hantaran untuk
pihak perempuan yang
akan diberikan pada
pihak lelaki, namun
Damya tetap berkeras
untuk melakukan sendiri.
Bukan apa,
sepanjang persiapan perkahwinannya ini,
dia sedikitpun tidak
mengeluarkan wang malahan
Datin Engku Zahira
beriya-iya menyediakan segala-galanya. Cukuplan
dengan semua hantara
ini ditaja khas
oleh bakal ibu
mertuanya itu, kali
ini biarlah pula
dia yang mengubahnya
menerusi khidmat Kak
Pija.
Biar mahal
sikit pun takpa
asalkan ada juga
sumbangannya yang diberikan.
Walhal ini majlis
perkahwinannya, seganlah dia
kalau semuanya Datin
Engku Zahira yang
sediakan biarpun wanita
itu yang sukarela
melakukan semua.
Fikirang Damya
menerawang lagi pada
satu nama itu.
Berkali-kali cuba ditepis,
di padam, dilupakan
watak itu namun
ia masih tetap
kukuh melekat di
ingatannya. Semakin sesak
nafas Damya dibuatnya.
Kahwin dengan orang
lain tapi hatinya
pada orang lain.
Tak! Damya
tak mahu! Berdosa
besar dia jika
hingga ke saat
dia sudah sah
menjadi isteri tunangnya
nanti, dia tetap
tidak mampu melupakan
si dia itu.
Damya resah.
Lelah jiwanya saat
ini. Sudah berkali-kali
doa dipanjatkan pada
Ilahi, namun ia
seakan makin kuat
pulak perasaan itu.
‘ Ya Allah!
Apa yang Kau
hendak tunjukkan pada
aku sebenarnya? Janganlah
kau seksa lagi
perasaan ku ini.
Aku khilaf kali
ini ya Allah,’
rintih Damya dalam
hati.
Menitis juga
segugus air matanya
turun berlinangan di
pipi. Semakin lama,
semakin kuat esakannya
hingaa terhinggut-hinggut bahunya.
Mulutnya ditekupkan kuat
agar orang ramai
diluar tidak dapat
mendengar apa yang
sedang berlaku saat
ini.
Berat sungguh
penanggungan perasaan dia
tika ini. Apa
lagi yang harus
dia lakukan? Benarkah
apa yang dia
lakukan sekarang ini?
Tepatkah keputusan yang
dia buat?
Baru sahaja
berkenalan, sudah sebegini
dalam perasaanya pada
empunya nama Engku
Zikry Haiqal. Tidak
pernah Damya mengalami
penderaan jiwa sebegini
sakit waima semasa
bercinta dengan Aswad
dahulu.
‘
Kalaulah… Kalaulah kita
bertemu lebih awal,
mungkin hati saya
tak akan sebegini
pedih…’
Ya Allah!
Damya benar-benar dalam
dilema…
1 comment:
thanks for the new n3....
jgn lmbt sgt post ye kak...
Post a Comment