WAJAH Damya
disolek ringkas. Itu
permintaannya. Dia mahu
wajahnya tampak natural
dan asli tanpa
contengan make-up yang tebal.
Tubuhnya pula sudah
dibaluti dengan jubah
moden berkain sutera
berwarna putih susu
yang bertatahkan batu
Saworsky yang sederhana
dan tidak terlalu
berat serta dihiasi
kain organza berwarna
silver dari atas
hingga labuh ke
bawah. Rambutnya disanggul
kemas dan dilitupi
oleh tudung yang
disarung terus berwarna
krim. Selendang warna
senada dengan jubah
dipin kemas di
bahagian kanan kepala
dengan kerongsang rama-rama
yang besar. Ringkas
tetapi elegan!
Damya duduk
di dalam kereta
yang meluncur laju
menuju ke masjid
sambil ditemani oleh
Kak Iti dan
Nini serta Marina
manakala Rozy duduk
di hadapan mereka
bersama dengan lagak
dan gaya kepohnya.
Wan pula berjanji akan
menunggu mereka diperkarangan
masjid. Sedikit gamat
suasana di dalam
kereta pengantin perempuan
dengan kehadiran Rozy
dan Marina yang
terlebih excited! Macam dia
yang nak kahwin
pulak! Elok sangatlah
budak berdua tu!
Sama-sama naik kepohnya!
Damya banyak
mendiamkan diri dan
hanya tersenyum tawar
apabila diusik Marina
tambah-tambah bergabung pulak
dengan Rozy. Dia
berdebar sebenarnya. Sangat!
Entah mengapa baru
kini dia merasakan
kegugupan itu padahal
bukan dia yang
akan berjabat tangan
dengan tok kadi.
Ya Allah! Kau
tenangkanlah hati ku!
Doa Damya dalam
hati diiringi dengan
selawat dan istighfar.
Dia mengenggam
erat jari-jemarinya yang
terasa begitu sejuk
dan beku umpama
ais! Jantungnya sejak tadi
tidak berhenti-henti rasa
debarnya. Mujur juga
matanya tidak terlalu
sembap, kalau tak
jenuh jugaklah nak
menjawab dengan Kak
Iti yang dah
gaya macam polis
pencen! Agaknya inilah
rasa orang yang
pernah berkahwin kan?
Tambah-tambah lagi dia
langsung tidak pernah
berjumpa dengan bakal
suaminya.
Akhirnya perjalanan
yang memakan masa
empat puluh lima
minit telah sampai
ke destinasinya. Dada
Damya mula bergetar
hebat. Melihatkan ramai
orang sudah mula
memenuhi perkarangan masjid
menjadikan dia semakin
gementar! Menggigil tubuhnya!
Kak Iti memegang
tangannya sambil tersenyum.
“ Selawat
banyak-banyak, insya-Allah semua
akan selamat,” nasihat
Kak Iti. Rozy
dan Nini sejak
dari tadi mengambil
gambarnya yang hampir
100% cuak. Sakai
betullah budak dua
orang ni!
ZIKRY HAIQAL
menarik nafas dalam
sedalamnya sambil diiringi
dengan selawat dan
istighfar. Mohon agar
ditenangkan hati ini
dan tidak tergagap
sewaktu lafaz akad
ijab dan kabul
nanti. Datuk Engku
Zahran menepuk-nepuk bahu
anak lelakinya perlahan,
memberi semangat. Tidak
pernah dia melihat
Zikry Haiqal segementar
ini saat duduk
di atas ambal
yang disediakan.
“ Zik okay tak
ni? Nak minum
air sikit? Hilangkan
rasa nervous tu,”
tanya Datuk Engku
Zahran berbisik. Zikry
Haiqal menolak. Dia
langsung tidak ada
rasa dahaga. Berdebar-debar sungguh
hatinya.
Macam nak
terkeluar pun ada.
Kalau lah jantungnya
boleh bercakap, confirm-confirm dah
lama jantungnya menjerit
takut!
Berpeluh-peluh dada
dan belakang tubuhnya.
Terasa satu perasaan
yang lain macam.
Perasaan yang sukar
nak digambarkan tapi
itulah yang dia
rasakan sekarang ini.
Agaknya macam ni
lah pengantin yang
lain pernah rasakan
dulu. Nervous yang
amat sampai rasa
macam nak bukak
langkah luas-luas!
“ Pengantin
perempuan dah sampai,”
kata pak jang
Umar yang berada
bersebelahan dengan Datuk
Engku Zahran. Tok
kadi yang berada
di hadapan hanya
senyum melihat pemuda
dihadapannya ini yang
sungguh cuak! Macam-macam
budak-budak sekarang ni!
Zikry Haiqal
terkesima mendengar kata-kata
pak jang Umarnya. Liurnya
ditelan, kesat. Dia
ingin sekali menoleh
ke belakang untuk
melihat bakal isterinya
tetapi hatinya tidak
kuat. Biarlah! Aku
redha dengan ketentuan-Mu
ya Allah!
“ Baiklah,
pengantin perempuan pun
dah sampai sekarang
ni. Saya nak
bagilah sedikit pesanan
ringkas buat semua
hadirin dan juga
bakal mempelai kita
ni yang akan
mendirikan masjid, menunaikan
sunnah Baginda untuk
menambah bilangan umat
Baginda Rasulullah S.A.W.”
Tok kadi memulakan
sedikit sesi tazkirah
ringkas.
Damya hanya
mendengar sedikit sahaja
daripada isi pesanan
tok kadi yang
dikenali sebagai Ustaz
Yusoff. Dia sangat
gementar. Pandangannya sejak
dari tadi ditundukkan.
Dia ingin sekali
melihat rupa bakal
suaminya namun yang
hanya dipandang adalah
belakang tubuh sasa
tunangnya yang memakai
baju sedondon dengannya.
“ Kita
jangan melengahkan masa
lagi, pengantin lelaki
pula nampak macam nervous aja!
Jangan sampai bangkit
berlari sudahlah ya?”
gurauan Ustaz Yusoff
disambut gelak tawa
sopan seisi yang
hadir. Maklumlah dalam
masjid, kenalah tutup
sikit mulut yang
nak terburai luas
gelakkan orang tu
kan?! Segera tok
kadi menghulurkan tangannya
untuk dijabat.
“ Amboi!
Sejuknya tangan!” gurau
Ustaz Yusoff lagi
mengundang tawa seisi
umat yang berada
dalam masjid. Ketawa
sopan gitu! Maklumlah
dalam masjid!
Damya pula
semakin berdebar-debar jantungnya.
Tidak sangka bakal
suaminya juga berperasaan
yang sama dengannya.
Damya terus menundukkan
wajahnya apabila upacara
lafaz akad ijab
dan kabul akan
dilaksanakan segera. Dia
memejamkan matanya tanpa
seorang pun yang
tahu baik Datin
Engku Zahira yang
berada di sebelah
kanannya dan juga
Kak Iti yang
berada di sebelah
kirinya. Ya Allah!
“ Engku
Zikry Haiqal bin
Datuk Engku Zahran,
aku nikahkan akan
dikau dengan Nur
Damya binti Ibrahim
dengan mas kahwinnya lima
ratus ringgit tunai!”
“ Aku
terima nikahnya Nur
Damya binti Ibrahim
dengan mas kahwinnya
lima ratus ringgit
tunai!”
“ Sah!”
“Sah!”
“ Alhamdulillah!” ucap
Ustaz Yusoff seraya
mengangkat tangan untuk
membacakan doa diikuti
seluruh warga masjid.
Damya mengangkat tangannya
namun matanya masih
tertutup. Entah mengapa
suara yang sering
dirindui saban waktu
terngiang-ngiang dimindanya.
Damya menahan
rasa. Sekali lafaz
sahaja, dia sudah
menjadi milik orang.
Dan lelaki yang
melafazkan kabul itulah
yang akan sentiasa
disisinya, melindunginya dan
juga… Damya bungkam.
Tidak tahu hendak
mengatur ayat apa
lagi.
Zikry Haiqal
dalam keadaan kabur.
Mindanya masih cuba
memproses maklumat itu
namun semuanya dirasakan
begitu lembap. Nama
yang dilafazkan seakan
pernah dia dengar
sebelum ini. Takkanlah?!
Hati Zikry Haiqal
berkocak hebat.
Usai mengaminkan
doa, tangan papa,
pak jang Umar
dan beberapa orang
lagi yang berdekatan
dengannya disalam. Alternatif
nak hilangkan rasa
gementar. Zikry Haiqal
bangun perlahan dari
ambal lalu langkahnya
dihala pada si
isteri yang baru
saja nikahi beberapa
minit yang lalu.
Setiap langkahnya
menapak, semakin deras
degup jantungnya. Dia
duduk melutut di
hadapan isterinya yang
masih menunduk. Damya
berselawat agar jantungnya
tidak berdegup terlalu
kencang seraya mendongakkan
perlahan wajahnya.
Saat dia
membuka mata, jatuh
menitis air matanya
saat menatap seraut
wajah yang terlalu
dirindui yang juga
terkejut sepertinya. Mata
lelaki itu menusuk
ke dasar hatinya.
Mereka bertentang mata.
Ya Allah! Benarkah
apa yang berada
dihadapan ku kini?
Bisik si hati
Damya.
Zikry Haiqal
terpana. Hampir sahaja
tubuhnya rebah ke
belakang menyembah lantai
masjid. Matanya bulat
memandang raut wajah
yang amat dirinduinya
saban waktu. Dicintai
dalam diam. Disayangi
dalam rindu.
Subhanallah! Benarkah
apa yang berada
dihadapan ku ini ya Allah?
Hebat sungguh perancangan-Mu ya
Allah!
Mata Damya
berkelip sekali lagi.
Memastikan apa yang
dilihatnya bukanlah satu
ilusi bayangan minda.
Begitu juga dengan
Zikry Haiqal. Terpana
dengan apa yang
dilihat. Terkesima dengan
alis mata yang
menjadi igauannya. Terpesona
dengan keindahan ciptaan
Allah Maha Berkuasa.
Masing-masing seakan tidak
mempercayai tapi itulah
hakikatnya. Sebuah hakikat
yang penuh sejuta
kemanisan.
“ Ehem..
ehem.. sarunglah cincin
tu dulu ya?
Yang lain-lain tu
dekat bilik nanti,”
usik adik perempuan
Zikry Haiqal yang
tersengih-sengih. Beberapa orang
yang berada di
situ turut ketawa
kecil melihat telatah
pengantin baru yang
dah keras kejung
macam terkena kejutan
elektrik!
Damya mengangkat
tangannya perlahan kepada
sang suami. Dipaut
erat oleh si
dia yang menanti
lalu Zikry Haiqal
menyarungkan cincin platinum
ke jari manis
isterinya dan diikuti
jari manis Zikry
Haiqal pula disarung
oleh Damya.
Damya mengucup
lama tangan suaminya
sehinggakan Zikry Haiqal
dapat merasakan setitis
air mata jatuh
ke tangannya. Sebak
hati Damya saat
ini. Berbagai perasaan
dia rasakan. Rasa
macam nak pitam
pun ada!
Damya mengangkat
wajah lalu dahinya
dikucup perlahan. Lama.
Seterusnya ke kedua-dua
belah pipinya kemudian
pada hidungnya lalu
berbisik.
“ Abang
rindu sangat pada
Mya.” Merona merah
wajah Damya dan
dia tertunduk malu
apabila perlakuan over suaminya
mendapat siulan dan
usikan saudara-mara. Zikry
Haiqal senyum gembira
lalu ubun-ubun isterinya
dikucup lembut. Lama.
Seakan tidak mahu
melepaskan kucupan bibirnya
pada kulit Damya
yang mulus.
“ Dah-dahlah
tu Zik! Over pulak
dia! Ingat, awak
tu dekat masjid
tau! Kalau nak
melebih-lebih dalam bilik
ya!” usik Datin
Engku Zahira. Pada
mulanya dia agak
terkejut melihat reaksi
Damya dan Zikry
Haiqal yang seolah
terkejut seolah-olah mereka
pernah bertemu sebelum
ini. Pelik pulak
benak hati Datin
Engku Zahira dan
juga Datuk Engku
Zahran yang hanya
memerhati dari jauh.
Tak kisahlah! Yang
penting hasrat Datin
Engku Zahira tercapai!
Alhamdulillah!
Zikry Haiqal
ketawa kecil lalu
membantu isterinya bangun
dari bersimpuh. Tangan
isterinya digenggam erat. Bagaikan
tidak mahu dilepaskan
lagi. Dia melemparkan
senyuman bahagianya pada
Damya seraya melangkah
bersama-sama keluar dari
masjid bersama ahli
keluarga yang lain.
Mereka menangkap
gambar beramai-ramai berlatarkan
pemandangan masjid Wilayah
Kuala Lumpur. Zikry
Haiqal memandang isterinya
dengan penuh rasa
sayang. Damya membalas
pandangan suaminya, dia
tersenyum manis. Tertunduk
malu bila sepasang
mata seksi itu
menular dalam anak
matanya.
“ Isteri
abang ni cantik
sangat,” puji Zikry
Haiqal berbisik disambut
dengan senyuman comel
Damya. Dia mengucup
dahi Damya lagi.
Lama.
Klik!
Gambar mereka
ditangkap secara candid
oleh kembar Zalyana
dan Zalyani yang
tersengih nakal.
“ Nak
simpan buat kenangan!
So
sweet this couple!”
Zikry Haiqal
menjeling tajam manakala
Damya sudah merah
wajahnya menahan malu.
Mereka segera menuju
ke arah kereta
pengantin yang telah
disediakan. Seperjalanan mereka
menuju ke kereta,
tidak habis mereka diusik
dengan siulan nakal
daripada keluarga dan
rakan-rakan.
“ Saya
pun rindukan awak,”
balas Damya tertunduk
malu sebaik sahaja
mereka masuk ke
dalam kereta. Zikry
Haiqal menjongketkan keningnya,
merenung wajah si
isteri dengan pandangan
menggoda. Damya mulai
resah.
“ Siapa
saya? Siapa awak?”
bisik Zikry Haiqal
nakal sengaja mendekatkan
wajahnya pada Damya
yang mulai cuak.
Mujurlah mereka sahaja
yang berada dalam
kereta ini, dan
pemandu masih lagi
belum masuk.
“ Err…”
Cuppp! Satu
ciuman terasa panas
dibibirnya. Adus! Laki aku
ni! Tak malu
sungguh! Baru aje
halal beberapa minit
terus dah ‘curi’!
“ Kalau
sayang guna lagi
saya awak, abang
akan denda sayang
macam tadi tak
kira dekat mana
pun kita,” ugut
Zikry Haiqal. Senyuman
nakal masih terukir
di bibirnya. Seronok
dia hari mendapat hadiah yang sungguh
eksklusif. Damya menarik
nafas lega kemudian
wajahnya tertunduk. Malu!!
4 comments:
Selamat pengantin baru ye Zikry & Damya! So sweet....btw criter ni masih panjang lagi ke? Apa2 pun, keep up the good work ok!
waaaa... so sweet...XD...nak lagi...
ble nk smbg cite nie???x saba menunggu
ida dear.. tq very much luangkan masa baca cerpen biasa ni..
farah dear... silakan baca ya... tq very much..
miss anon.. boleh baca sambungan dia.. tq very much dear..
Post a Comment