Dia terkocoh-kocoh memasuki
bangunan setinggi 81
tingkat itu. Habislah!
Dia sudah terlambat.
Kalau cecah aje
dekat lantai butik
itu, pasti dia
akan disembur habis-habisan. Ya
Allah! Tu lah
padahnya kalau melayan
DVD Mohabbataein yang
panjang berjela sampai
tiga cd kan?
Memanglah jadi Sleeping Beauty
lah terlajak sampai
pukul tiga pagi
baru nak tidur.
Dia mengerling
sekilas ke arah
jam Guess made in Central
Market. Lagi satu
minit lagi jarum
jam akan bergerak
ke angka sembilan
pagi. Pukul lapan
lima puluh sembilan
minit pagi. Dia
perlu sampai ke
butik dalam masa
tiga puluh saat!
Onyomat! Geset!
Go! Lari!
Lari!
“
Lambat tiga saat!
Denda mop lantai
sebelum balik!” sergah
Rozy dengan suara
serak-serak garaunya. Belum
sempat dia hendak
membuka mulut, Rozy
meletakkan jari telunjuknya
pada bibir gadis
itu.
“
No! No!
Arahan tetap arahan!
Aku supervisor ke, kau supervisor?” soal
Rozy kerek.
Damya mengeluh
lemah. Ni yang
aku malas ni!
Dia mematungkan dirinya
betul-betul di hadapan
pintu butik mewah
dan eksklusif itu.
Dia membuat muka
comel, cuba meraih
simpati daripada Rozy.
Didi dan Fika
yang sedang menyusun
kemas pakaian-pakaian mewah
itu hanya menarik
muka meluat. Mulut
mereka termuncung-muncung persis
itik, apalagi kalau
mengumpat Damya. Sejak
dari awal Damya
mula bekerja di
sini, mereka sudah
menunjukkan tanda-tanda tidak
suka dan menyampah.
Damya menjadi antara
pekerja pilihan bagi
pelanggan-pelanggan tetap De’Paradise
Boutique kerana keramahannya
dan kepetahannya. Banyak
pelanggan menyukai Damya
termasuklah Mrs. Vee,
pemilik butik ini.
Rozy pula amat
menyenangi Damya walaupun
kadang-kadang perangai Rozy
mengalahkan perempuan yang
asli.
Erk? Confirm-confirmlah Rozy
tu lelaki! Cuma ‘auw-auw’
sikit aje. Nama
dalam IC pun
Razuan Azwil. Kadang-kadang
perasan dia Radzwan
Radzwill lah tu!
Rozy ni okay, cool
lah jugak tapi
mulut pun boleh
tahan pedas, kalah
Mami Jarum! Walaupun
Rozy ni ala
‘adik-adik’ sikit, tapi
kalau pasal kerja,
dia memang tegas!
Patutlah Mrs. Vee
sayang!
“ Dah
tak payah nak
buat muka kau
yang memang dah
comel tu! Nanti Mrs.
Vee buat spotcheck, kau
kat sini lagi,
tak pasal aku
pulak yang kena
nanti. Dah! Pergi
masuk dalam!” arah
Rozy garang! Macam
harimau! Taulah anak Sarjan Misai!
Damya berjalan
lemah menuju ke
bilik khas untuk
meletakkan bag sandangnya.
Rozy mengikuti langkah
Damya dengan gelengan
kepalanya. Kemudian dia
terdengar sok-sek, sok-sek. Rozy
berpaling.
“
Hah tu apa? Korang
tak payah nak tweet-tweet kat
sini buat dosa
kering! Pergi buat
kerja! Sibuk aje!”
terjah Rozy sambil
bercekak pinggang.
DAMYA menyusun
kembali night dress dan evening
dress mengikut kategori
yang telah ditetapkan.
Setelah selesai menggantungkan dress-dress
tersebut, dia berpaling
menuju ke arah
kaunter. Rozy begitu
khusyuk menulis sesuatu
di dalam buku
log. Dia menghampiri
Rozy.
“
Hah! Dah susun
balik dress tu?” soal
Rozy sambil laju
tangannya menyelak-nyelak helaian
kertas-kertas kecil di
sudut meja.
“
Dah! Don’t worry la
Rozy!” balas Damya
lemah. Selain Mrs.
Vee dan Rozy, hanya Kak
Ieda yang baik
dengannya. Tetapi tidak
bagi Fika, Marliya
dan Didi. Entah
apa masalah minah
tu! Gasaklah!
“
Good girl!
And aku tak
nak dengar apa-apa
alasan lepas ni
Cik Damya!” Damya
mengeluh. Cepat betul
Rozy ni tangkap.
“
Tapi Rozy, malam
ni aku kena
masuk kerja awal
sikit. Ada function dekat
hotel. Kalau aku
lambat, habislah aku kena
marah dengan Lion Queen
tu! Kau bukan
tak tau si
singa tu macam
mana. Dia dahlah
tak suka aku,”
adu Damya lagi.
“
Sorry la
Mya. Aku tak
boleh tolong kau.
Peratutan tetap peraturan.
Aku tak boleh
lepaskan kau macam
tu dari kesalahan.
Memanglah aku kamceng dengan
kau tapi aku
tak nak minah
tiga orang tu cop aku
ni pilih kasih
pulak nanti. Jatuhlah
reputasi aku sebagai
supervisor yang
paling berdedikasi nanti!”
lebar Rozy berkata.
Masuk bakul, angkat
sendiri!
“
Susahlah aku macam
ni Rozy. Kesiankanlah
aku. Kali ni aje Rozy.
Kalau tak pun
kau postpone aje punishment aku
tu besok lepas
waktu kerja. Buka
setakat mop lantai
aje aku buat,
kau nak aku
cuci, sental seluruh
tempat ni pun
aku sanggup! Please Rozy!
Please! Kau kan
ayu! Diva lagi
tu! Kalah Rozita
Che Wan tau
tak!” pujuk Damya.
Sengaja dia mengampu
Rozy dengan kata-kata
manis bergula sedangkan
dia buka sebegitu.
Dia bukan suka
membodek-bodek orang. Tapi
kali ini dia
terpaksa!
“
Hah! Tak payah
nak bodek aku! Aku tak
makan bodek kau! Plus!
Aku ni kan
memang ayu, diva and
hot! Kau aje
yang baru sedar!”
balas Rozy gedik!
Mengada sungguh si
sotong ni!
“
Hah! Lagi satu
aku nak tanya,
apasal pagi ni
kau lambat? Sebelum
ni tak pernah
pun datang lambat!”
hampir terlupa Rozy
hendak bertanya perihal
sebenar Damya datang
lewat. Yalah! Kalau
dah ada orang
sedar yang aku
ni ayu and
diva lagi, memanglah
ke awan biru!
“
Err.. aku bangun
lambat! Tengok cerita
Mohabbatein semalam. Pukul
tiga pagi baru
nak tidur. Bangun
tadi pun dah
lapan suku, terbabas
waktu subuh. Nasib
baik aku bendera
Jepun sekarang ni!”
cerita Damya. Dia
meletakkan kepalanya di
atas kaunter, mujur
juga sekarang ini
waktu rehat, dapatlah
dia berehat-rehat sekejap.
“
Dah tahu hari
ni kerja, yang
kau pergi balun
cerita tu sampai
habis buat apa?
Macamlah tak pernah
tengok filem tu
sebelum ni! Nasib
kaulah! Aku tak boleh
tarik balik denda
kau. Kalau kau
nak cepat sampai,
cepat-cepat mop lantai
tu nanti, cepatlah
jugak kau sampai
dekat hotel tu!”
bebel Rozy panjang.
“
Mengantuknya!!” gumam Damya
sambil kepalanya ditundukkan
semula.
“
Eh! Eh! Kau
jangan nak buat
taik mata pulak
kat sini! Rehat
dah habis. Pergi standby
kat sana, nanti
ada customer datang pulak!
Dah! Dah! Pergi!”
halau Rozy. Damya
menarik muncung namun
digagahkan juga kakinya.
DALAM masa
dua puluh minit
sahaja, Damya sudah
menyelesaikan tugasan tambahannya
hari ini. Lantai
butik yang maha
luas ini berkilau-kilai setelah
di sental-sental dengan
mop. Dia mengesat
peluh di dahi.
Jam tangan dipandang.
Alamak! Ada lagi
satu jam setengah!
Sempat ke tak
nak balik ni
ekk?
Ah! Daripada
aku membebel kat
sini, baik aku chow
cepat. Masa kerja
pun dah habis
ni! Dia pantas
berlari anak menuju
ke bilik khas
pekerja lalu mengambil
beg sandangnya.
“
Hah! Bawak motor
tu elok-elok! Jangan
nak merempit pulak!
Kau kalau dah
lambat, semua kau
langgar!” perli Rozy
mengingatkan Damya yang
kelibut untuk keluar
dari butik. Membebel
aje kerja si
Rozy ni!
“
Okay Rozy! Bye-bye! Love
you!” jerit Damya
di muka pintu
cermin butik. Macamlah
si Rozy tu
pekak sangat sampai
nak jerit-jerit. Tarzan
sungguh minah ni!
Tergeleng-geleng Rozy di
buatnya.
Damya. Damya!
Macam-macamlah kau!
Damya semakin
cemas. Cepat sahaja
di menghidupkan enjin
skuter kesayangannya yang
di beli menggunakan
tiga bulan duit gajinya.
Bukan senang nak
beli tau! Jam
sudah menunjukkan pukul
enam setengah petang.
Dia perlu berada
di hotel tepat
pukul lapan malam
sebelum tempahan majlis
berlangsung.
Untuk menampung
kehidupan di bandar
metropolitan ini, dia
perlu berkorban dengan
melakukan
pelbagai pekerjaan
untuk hidup selesa.
Dia bukanlah seorang
yang branded memerlukan banyak
duit, tapi dia
perlu bekerja keras
untuk menyara kehidupannya
dan juga menampung
pelajarannya di universiti
dengan belajar secara
part time
pada setiap hujung
minggu. Dia tidak
mahu bekerja sebagai
kuli orang seumur
hidup oleh itu,
pelajaran amat penting
dan dia perlu
mempunyai ilmu jika
hendak berjaya kelak.
Dia tidak
kisah jika badannya
penat sekalipun tapi
apa yang penting
jika hendak memperolehi
sesuatu dia perlu
berkorban. Menggunakan wang
gajinya bekerja di
butik pada siang
hari dan waitress
pada waktu malam
di Hilton Hotel, dia
mampu memiliki skuter
untuk memudahkan pergerakkannya dan
menyambung pelajarannya di
universiti. Kehidupan sebagai
seorang sebatang kara
dan yatim piatu
di tempat orang,
dia perlu bijak
menjaga diri dan
menyesuaikan dirinya. Mujurlah
dia mempunyai seorang
kakak angkat yang
sangat baik hati
yang sanggup menerima
dirinya sebagai ahli
keluarga. Biarpun Kak
Iti itu yatim
piatu sepertinya, sekurang-kurangnya dia
mempunyai seseorang yang
boleh dianggap sebagai
ahli keluarga di
bandar besar ini.
Dia berhenti
di simpang jalan
untuk keluar dari
kawasan tempat letak
motosikal di bangunan
KLCC ini. Setelah
pasti tiada kenderaan
yang lalu lintas,
dia terus memulas
enjin lalu membelok
untuk keluar dari
kawasan parking itu.
Tiba-tiba skuter
yang ditungganginya hampir saja
terbalik akibat tolakan
kuat dari seorang
lelaki yang mucul
secara tiba-tiba dari
bahagian kirinya. Dia
sempat membrek sementelah
dia hanya membawa
perlahan sahaja. Lelaki
yang melanggarnya tadi
telah jatuh tergolek
sambil memegang perutnya.
Damya panik.. Dia
segara menongkatkan skuternya
lalu meluru ke
arah lelaki berpakaian
hitam itu yang
memegang perutnya.
“
Encik! Encik tak
apa-apa ke?” tanya
Damya cemas.
“
Tangkap lelaki tu!
Jangan bagi dia
lepas! Dia peragut!”
laung seseorang yang
sedang berlari dari
arah yang sama
lelaki itu merempuhnya
tadi. Damya menoleh
ke arah kiri.
Lelaki itu yang
memegang perutnya cuba
untuk bangun. Damya
yang cepat menangkap
maksud lelaki yang
sedang berlari itu
pantas menjulurkan kakinya.
Lelaki berbaju
hitam itu jatuh
tersungkur ke tar
jalan. Akhirnya lelaki
yang sedang berlari
itu terus menerkam
lelaki berbaju hitam
tersebut lali mengilas
tangannya ke belakang.
Mereka dikerumuni beberapa
orang. Damya terpinga-pinga. Pencuri
ke mamat ni?
Damya terpandang beg
tangan jenama Louis Vuitton
yang telah tercampak
di tepi skuternya
lalu diambilnya.
“
Cik! Lelaki ni
sebenarnya peragut! Nasib
baik cik ada
untuk membantu,” kata
lelaki yang berlari
tadi.
“
Kebetulan aje. Saya
pun tak tau
mamat ni peragut!”
jawab Damya sambil
menunjal kepala peragut
itu. Geram pulak
aku! Walaupun bukan
aku yang kena
ragut tapi aku
memang rasa nak
sepak aje peragut-peragut sekarang
ni yang makin
zalim dan melampau!
“
Terima kasihlah cik.
Kami minta diri
dulu. Nak bawak
malaun ni ke
balai,” ujar salah
seorang lelaki yang
mengejar peragut itu.
Damya mengangguk.
“
Cik! Ni handbag saya!
Terima kasih banyak-banyaklah cik
sebab tolong saya
tadi. Kalau tak,
tak tahulah apa
jadi. Terima kasih
sangat-sangat!” ucap wanita
yang berumur pertengahan
lima puluh-an itu.
Damya tersenyum kecil
menerima ucapan itu
seraya meyerahkan kembali
beg tangan berjenama.
Patutlah kena ragut,
handbag pun
dah beribu-ribu harganya,
apatah barang yang
ada dekat dalam.
Ori pulak
tu! Jangan main-main! LV
okay!
Astaghfirullahalazim! Tak
baik aku! Makcik
dah bersyukur sangat
bila aku dah
tolong dia. Damya!
Tolong jangan nak
riak sangat! Allah
tak suka!
Makcik? Macam
tak kena aje
panggil makcik kat
perempuan ni?
“
Err.. Datin! Datin
tak apa-apa?” tanya
seorang lelaki berpakaian
ala-ala Men In Black
yang menerkam ke
arah peragut itu
tadi. Badan pun,
pergghh!! Dah macam
John Cena dah!
Erk? Datin!
Alamak! Suka-suki aku je
panggil makcik tadi!
“
Ye, saya tak
apa-apa Malik. Jangan
risau. Terima kasih.
Er.. anak ni
nama apa ya?
Dari tadi aje
panggil cik sampai
tak tahu pulak
auntie nama anak
ni. Yelah orang
dah berbudi kan?”
tutur Datin yang
tidak diketahui namanya.
Damya menggaru-garukan kepalanya
yang tidak gatal.
Dia senyum tawar.
Alahai Damya. Datin
ni nak tau nama kau
aje, bukan nak
lamar kau jadi
menantu dia! Poyo
je lebih!
“
Err.. nama saya
Nur Damya. Panggil
Damya aje. Takde
apalah Datin. Saya
ni hanya membantu
aje. Kebetulan pulak
saya ada dekat
sini,” sopan Damya
membalas.
Datin itu
tersenyum. Segera dia
mengeluarkan sesuatu dari
LVnya. Damya pantas
menahan, dia sudah
tahu apa yang
mahu dikeluarkan oleh
Datin itu. Melihatkan
wang kertas berwarna
ungu berhelai-helai itu,
menegah lembut.
“
Err.. Datin. It’s okay,
takpe. Saya tolong
ikhlas ni. Lagipun
saya dah lambat
sebenarnya ni. Nak
kena balik rumah.
Nanti lambat pulak.
Dah nak Maghrib
ni,” Damya menolak
perlahan apabila tangan
Datin itu menghulurkan
wang tunai.
“
Eh takpe la.
Auntie pun ikhlas
ni,” Datin itu
mendesak Damya.
“
Takpe la Datin.
Terima kasih banyak-banyak. Saya
tak boleh lama
ni. Saya pergi
dulu ya. Hati-hati ya
Datin. Assalamualaikum,” Damya
menolak secara baik
lantas dia menghidupkan
enjin skuternya semula
lalu mengucapkan selamat
tinggal kepada Datin
yang tidak bernama
dan juga lelaki
Men In
Black itu.
‘ Waalaikummussalam’.
“
Err.. Datin, kita
pulang dulu ya?”
kata Malik kepada
Datin Engku Zahira
yang hanya memandang
kepergian gadis bernama
Nur Damya itu.
Entah kenapa dia
mula menyukai gadis
molek itu. Comel
pulak!
“
Baiklah Malik. Tapi,
jangan bagitau apa-apa
pada Datuk ya?
Saya tak nak
dia risau nanti,”
ujar Datin Engku
Zahira mengingatkan bodyguardnya.
“
Baiklah Datin. Mari
kita ke kereta,”
balas Malik.
note : Maaf sekian lama Zara menyepikan diri.. Agak sibuk sejak kebelakangan ni dek kekangan masa.. Terlintas idea nak tulis cerita ni tapi tiba-tiba pendek je.. So, jadilah cerpen.. Maaf kalau karya ni tak menepati citarasa my Lalings! Kalau ada yang terkurang, just let me know ya?!
No comments:
Post a Comment