“
HAH! Lambat lagilah
tu!” jerit Kak
Iti sebaik sahaja
Damya terkocoh-kocoh mengambil
helmet dan kunci
skuternya.
Pulang sahaja
dari kerja, terus
sahaja dia menerkam
bilik air dan
membersihkan diri. Boleh
kira berapa cebuk
aje yang disimbahnya.
Apa yang penting
kena sampai sebelum
si Lion Queen tu
mengamuk! Wangi tak
wangi belakang cerita!
Apa susah, semburlag
perfume Dior yang
baru beli masa shopping
sakan kat Down
Town Cheras!
Damya tidak
sempat membalas hanya
menyalam dan mengucup
pipi kakak angkatnya
itu.
“
Akak jangan tunggu
Mya balik tau!
Mya ada function malam
ni! Okay babai!
Assalamualaikum,” laung Damya
dari luar.
“
Mya. Mya! Macam-macamlah kau
ni!” keluh Kak Iti lalu
menuju ke biliknya setelah
menutup rapat daun
pintu.
“
WEI! Asal kau
lambat? Nasib baik
si Lion Queen tu
tak masuk lagi
tau!” tegur Nini
sebaik sahaja mereka
mula menyusun atur
pinggan dan juga
sudu yang berbagai
bentuk itu.
Huh! Western lah
sangat! Makan pakai
tangan lagi best!
Sempat lagi Damya
membebel dalam hati.
“
Woi Mya! Kau
dengar tak apa
aku tanya ni?”
kuat suara Nini
memanggil Damya yang
bagaikan sedang berangan
itu. Nasib baik
tangan tu berjalan,
kalau tak…
“
Hoi!! Berborak aje!
Kerja tak juga-juga
siap! Kau nak
makan gaji buta
ke apa? Buat
kerja tu cepat
sikit! Majlis dah
nak mula ni!”
jerit si Lion Queen
a.k.a Malina. Si supervisor andalusia
lagi kerek!
Mila and the
gang hanya tersenyum
sinis. Biasalah, kalau
musuh dah dimalukan,
seronoklah hati ni!
Terkejut Nini dan
Damya apabila disergah
sebegitu. Fuhh!! Ballroom ni
punyalah luas, dia
punya frekuensi suara
tu dari pintu
masuk sampai hujung
depan pentas ni
boleh dengar suara
dia aje!
“
Tulah kau, yang
jerit-jerit panggil aku apesal?
Macamlah aku ni
pekak sangat!” gumam
Damya geram pada
Nini yang menyengih
memandangnya. Rasa nak
hempuk aje dengan
gelas Kristal yang
tinggi ni. Tak
pasal aku jugak
yang kena. Dahlah
Lion Queen
tu anti dengan
aku.
“
Sorryla Mya.
Dah kau tu
yang berangan aje
sampai aku panggil
tak dengar,” tutur
Nini menggumam. Sama-sama
menggumam. Takut kena ‘ghaummm’ sekali
lagi dengan si
andalusia tu.
“
Dahlah Nini. Nanti-nantilah borak.
Kang kena fire lagi
dengan si Lion Queen
tu! Banyak kerja
lagi nak kena
buat ni,” pinta
Damya sebaik sahaja
Nini ingin menyoalnya.
Nini menarik muncung
panjang.
Lantak kaulah
Nini dengan muncung
kau tu. Aku
ni malas nak
bertekak dengan si Lion
Queen tu. Dia
dahlah anti dengan
aku. Apa saje
aku buat semua
tak kena dekat
mata dia. Apa
entah salah aku
dekat dia sampai
nak benci sangat
dengan aku. Hisy!
Andalusia betullah!
Eh! Eh!
Banyak pulak nick name
si Malina ni
ye. Lion Queen la,
andulusia la. Macam-macam
lah!
Damya pantas
melangkah menuju ke kitchen
untuk mengambil tray buffet
untuk diletakkan di
atas meja panjang.
Semuanya hampir selesai,
tinggal tunggu masa
majlis aje nanti.
Hisy! Lepas ni
nak mengemas pulak.
Adoi! Penat betullah!
Astgha.. tak
baik mengeluh Damya.
Tak berkat nanti
rezeki kau!
Kebiasaannya Damya
akan menjadi waitress di
bahagian hotel restaurant.
Hanya mengambil hidangan,
menghantar dan mengemas
meja tapi tidaklah
terlalu penat seperti
function di
hotel. Banyak yang
perlu dilakukan. Nak
menghias lagi, susun
meja dan kerusi.
Isy banyaklah! Tetapi
untuk malam ini
dia terpaksa menjadi
waitress di hotel
function kerana tidak
cukup pekerja. Untuk
membantah dia tiada
alasan yang kukuh.
Padahal dia tahu
Malina hanya hendak
mengenakan dia sahaja.
Like always!
Majlis makan
malam antara syarikat-syarikat korporat
di Malaysia yang
telah dianjurkan oleh
sebuah syarikat gergasi
berjalan dengan lancar
dan meriah. Nama
apa pun Damya
tidak ingat. Ah
lantaklah! Cepatlah diorang
ni habis sesi
makan malam ni.
Dah tak larat
aku nak berdiri
kat sini, ulang-alik
ambik dan periksa
makanan kalau kurang.
Tu tak
termasuk lagi dengan
tetamu yang pakai
pakaian yang… masya-Allah!
Aku yang perempuan
ni pun tebal
malu dan segan
nak pakai mini gown
tu! Biasalah! Nama
pun orang kaya,
kaya duit tapi
miskin kain baju.
Terdedah sana sini!
Sebab tu lah
aku tak berapa
suka sangat kerja waitress
bahagian hotel function ni!
Sakit mata jugak.
Kalau kat bahagian
restoren, tak lah
sangat, ambik order terus blah!
Tak payah tambah
dosa tengok wayang
free. Dan
tak payah jadi
patung cendana.
Tapi tak
semua orang pakai
macam tu. Ada
aje yang pakai
kebaya, baju kurung
moden, long dress dan jubah
moden pun ada.
Okeylah tu! Majlis
formal kan? Kenalah
behave and
sopan sikit. Hailah!
Bilalah agaknya aku
boleh jadi sebahagian
dari tetamu macam
ni? Pakai cantik-cantik, makan
sedap-sedap, kerja bagus-bagus.
Kalau nak cepat
jadi macam diorang
ni, aku kenalah
kahwin dengan anak
orang kaya! Anak
Tan Sri ke, anak
Datuk ke or
anak Datin ke?
Macam Datin petang
tadi ke! Eh!
Melampau angan-angan tu!
Siapalah yang nak
kat aku ni.
Belajar pun tak
habis lagi! Perasan
sungguh! Entah-entah Datin
tu takde anak
lelaki pun.
“
Oit Damya! Termenung
aje kau ni.
Tu kau pergi
periksa kejap makanan
tu. Aku nak
pergi ambik tisu
lagi ni. Kau
tolong eh?” pinta
Nini. Damya mengangguk
setuju.
“
Aku tolong kau
eh?” Wan menghulur
bantuan.
Damya mengangguk.
Dia dan Wan
terus menuju ke
bahagian meja buffet
untuk melihat kuantiti
makanan. Satu persatu
mereka memeriksa. Tidaklah
lepas ni mereka
kena fire lagi dengan
Lion Queen.
“
Eh Mya! Buah
ni dah nak
habislah! Aku pergi kitchen
la nak ambik,”
ujar Wan.
“
Eh aku ikut
kaulah! Aku rasa
banyak juga tray nak
kena ambik nanti,”
balas Damya terus
mengatur langkah menuju
ke kitchen.
Setelah selesai
menambah kuantiti buah-buahan,
Damya terus mengangkat
tray menuju
ke kitchen manakala Wan
menyusun atur tray-tray buffet
di meja yang
disediakan. Tray yang sedikit
berat itu ditatang
penuh hati-hati supaya
baki air buah-buahan
itu tidak tertumpah.
Dia melintasi
tandas yang terdapat
di hujung ballroom tersebut
sebelum menuju ke kitchen
yang hanya dalam
jarak 500 meter
dari tandas. Tanpa
dia sedar, dia telah terlanggar
seseorang. Damya langsung
tidak perasan akan
kelibat lelaki itu
yang baru sahaja
keluar dari tandas.
Dia tersedar apabila
terdengar lelaki itu
mengaduh.
“
Aduh! Buta ke!
Jalan tu tak
pakai mata ke
apa?! Habis basah
baju akulah!!” tengking
lelaki itu dengan
kasar kepada Damya.
Mujurlah ballroom itu sedikit
hingar dengan persembahan
tarian tradisional, maka
tiada siapa yang
mendengar tengkingan lelaki
garang ini. Damya
terkejut. Dia ingin
menutur kata maaf
tetapi bibirnya sedikit
tergagap-gagap.
“
Mm..ma..maaf… encik.. saya
tak se..senga..ja.. maaf!”
ucap Damya tertunduk.
Air buah-buahan
yang masih berbaki
di dalam tray itu
telah tertumpah ke
atas kemeja mahal
lelaki itu. Damya
menghulurkan sapu tangannya
kepada lelaki sombong
itu yang terkapai-kapai mengesat
air yang melekit.
“
Tak payah!! Buat
rosak baju mahal aku aje
nanti! Tepilah!!” kasar
lelaki itu menjawab
lalu menghilangkan diri
ke dalam tandas.
Huh! Sombong
betul! Aku nak
tolong tak nak!
Berlagak! Semua orang
kaya macam ni
agaknya! Harap muka
aje handsome! Eh! Tapi
Datin tu tak
pulak sombong! Eh
dahlah! Malas nak
ingat! Baik aku
blah! Harap-harap tak
jumpa baliklah dengan
mamat sombong tu.
Damya terus mengatur
langkah menuju ke
kitchen untuk memulangkan
kembali tray.
ENGKU ZIKRY
HAIQAL mendengus kasar
sebaik sahaja dia
duduk di kerusi
VVIP. Hatinya mendongkol
geram dengan gadis
itu. Habis basah
kemeja mahalnya. Bukan
made in Malaysia
tau! Made
in France, hadiah
dari kekasih hatinya.
Kalau dia menjumpai
gadis itu lagi,
mahu dimakinya sepuas
hati. Huh!
“
Honey! Are
you okay? Kenapa
macam marah aje
ni? You marahkan
siapa?” lembut suara
Irish Elenna sambil
mengusap lengan Zikry
Haiqal perlahan. Lembut
dan menggoda. Zikry
Haiqal tersenyum manis.
Dia mencuit manja
hidung kekasih hatinya
yang mesra disapa
sebagai Irish.
“
It’s okay
darling. Cuma ada pompuan
mana entah yang
terlanggar I tadi.
Habis basah baju
I ni. Dahlah
baju ni baju
yang you hadiahkan
hari tu,” adu
Zikry Haiqal, persis
anak mengadu pada
emaknya.
“
Really?! Who’ s
that girl? Berani
betul dia buat
macam tu? Dia
tak tahu ke
you siapa? You
tak kenal ke
perempuan tu?” soal
Irish marah.
Poyo je
lebih! Macam baju
dia yang basah
pulak!
“
Entah. Pompuan mana entah!
I rase waitress hotel
ni lah. Dia
pakai uniform macam diorang
ni semua. Tapi
I tak pasti
yang mana satu.
I tak pandang
pun muka dia
sangat. Argh! Malaslah
nak ingat pasal pompuan
tu darling!” jawab Zikry
Haiqal menyampah.
Kemudian memeluk
erat bahu kekasih
hatinya tatkala mereka
disapa beberapa kenalan
dan client syarikat
yang menghadiri majlis
makan malam anjuran
syarikat keluarga milik
Engku Zikry Haiqal.
“
DAMYA! Aku nak
kau angkat kain-kain
kotor tu masuk cleaning
room. Lepas tu
kau angkut semua tray-tray ni
masuk kitchen. Jangan sampai
tumpah sisa makanan
tu semua. Lepas
tu kau tolong
budak-budak ni kemas
meja-meja dan kerusi.
Kalau tak siap
semua ni jangan
harap kau dan
yang lain-lain boleh
balik! Faham!?” arah
Malina dengan suaranya
yang sengaja dikuatkan.
Biar Damya malu
pada rakan-rakannya yang
lain. Itulah motifnya
meminta Damya ditugaskan
ke bahagian hotel function
dengan alasan tidak
cukup pekerja.
Mila and the
gang sudah lama
pulang sebaik sahaja
majlis tamat. Senyap-senyap
saja balik, langsung
tak bagi tau
Malina a.k.a Lion Queen.
Kalau budak bertiga
tu buat salah,
si Malina ni
langsung tak ambil
apa-apa tindakan. Dia
tutup sebelah mata
aje tapi kalau
Damya buat salah
sikit, mulalah meroyan
mengamuk tak tentu pasal.
Damya hanya
menurut. Dia langsung
tidak membantah. Bukan
apa, dia tidak
mahu mencari masalah
di sini kerana
tempat inilah sumber
rezekinya. Dia bekerja
disini untuk mencari
duit menampung pengajiannya
di universiti. Kalau
boleh dia ingin
berhenti dari sini,
tapi apakan daya
zaman sekarang bukan
mudah untuk mencari
pekerjaan. Bukan dia
sengaja membiarkan Malina
memijak kepalanya, tetapi
kerana perasaan hormat
Damya pada Malina sebagai
supervisor dan
juga orang lebih
tua darinya.
Dia tidak
apa punca Malina
tidak menyukainya. Apa
salahnya? Apa yang
telah dia lakukan
sampai Malina serta
Mila and the
gang membencinya? Takpelah
Damya, dunia ni ibarat roda,
sampai masa nanti diorang
yang dapat balasan.
Damya terus
menolak troli untuk
mengangkut kain-kain kotor
menuju ke cleaning room.
Nini dan Wan
hanya menggeleng-gelengkan kepala
melihat nasib Damya.
Bukan mereka tidak
mahu menolong, malah
mereka juga sudah
pun mengadukan perangai
Malina and the
gang kepada ketua
pengurusan tetapi tiada
tindakan yang di ambil. Alasannya,
Malina adalah pekerja
yang paling lama
dan lebih senior.
Langsung tak masuk
dek akal!
“
Kesian aku tengok
Mya. Asyik kena
arah itu ini
aje. Apelah masalah
si Lion Queen tu?”
keluh Wan. Tangannya
ligat menyusun atur
kerusi sambil di
bantu oleh Nini.
“
Entahlah Wan. Aku
pun tak tau.
Aku dah nasihat
Mya, suruh berani
lawan sikit, jangan
nak diam aje.
Tapi kau tau
jelah Mya tu
macam mana. Malas
nak cari pasal.
Susah betullah aku
nak racun sikit
otak si Mya
tu!” balas Nini
geram sikap Damya
yang lebih suka
mengalah dan berdiam
diri.
Nini memandang
Damya yang sedang
pantas menyusun dan
mengangkat tray ke kitchen.
Sepatutnya mengangkat
tray dan
menghantar kain-kain meja
yang kotor ke
cleaning room adalah
kerja Mila and the
gang. Damya, Nini
dan Wan ditugaskan
untuk mengemas meja
dan kerusi yang
terlalu banyak. Tetapi
di atas sikap pentingkan
diri Mila and the
gang, Damya terpaksa
membuat kerja lebih
secara percuma!
“
Mehlah aku tolong
korang susun kerusi
ni. Nanti cepatlah
kita balik,” ujar
Damya seraya tersenyum
memandang sahabatnya.
“
Eh! Takpelah Mya!
Kau kan dah
banyak buat kerja
tadi. Kau rehatlah.
Kerusi ni semua
dah tak banyak
dah. Meja pun
dah kemas. Kau
rest aje. Kau
pun nampak macam
penat,” ujar Wan
menolak pertolongan Damya
lalu disokong oleh
Nini.
“ Betul
tu! Kau rehat
ajelah. Jangan risau
pasal kitorang”.
“
Eh mana boleh!
Kan Malina dah
suruh aku tolong
korang, aku kenalah
tolong. Nanti si
Malina tu nampak
aku tak tolong
korang, tak pasal
aje kita semua
balik lambat nanti,”
balas Damya seraya
mula menyusun kerusi
lalu di angkat
ke tempat asalnya.
Wan dan
Nini hanya menggeleng-gelengkan kepala.
‘Kenapalah kau ni
baik sangat Damya?’
No comments:
Post a Comment