Tan Sri
Sy. Fahim melihat Firdaus
yang termenung jauh
di kerusi malas
tepi kolam. Sejak
pulang ke sini,
anaknya yang seorang
ini selalu termenung
panjang. Cakapnya sudah
tidak banyak. Nak
kata merajuk dengan
mummynya tak pulak
sebab Puan Sri
Sy. Faridah sudah
berjumpa dengan mama
Emilina untuk membatalkan
majlis pertunangan yang
pandai-pandai diaturkan tanpa
pengetahuannya. Itupun apabila
Tan Sri Sy.
Fahim mulai bertegas
dan merasakan perlunya
dia masuk campur.
Isterinya ini semakin
sukar dikawal, ada
sahaja yang hendak
diaturkannya.
Tan Sri
Sy. Fahim mendekati
Firdaus. Bahu lelaki
itu ditepuk sebelum
melabuhkan punggungnya di
sebelah anaknya.
“
Ada masalah apa
lagi ni? Sejak
balik sini, daddy
tengok Fir asyik
diam aje. Banyak
sangat termenung. Kan
mummy dah jumpa Lin batalkan
majlis tu,” Tan Sri
Sy. Fahim bersuara
tenang. Mata dikerling
sekilas pada Firdaus.
Firdaus menghembus
nafas perlahan. “
Nothing daddy! Bukan
masalah apa sangat
pun.”
" Kalau bukan masalah,
dah tu apa?
Problem?”
Firdaus ketawa
kecil. “ Sama
aje lah maksud
tu!”
“
Dah tahu sama
memang betullah ada
masalah dan problemnya
tu!” serkap Tan
Sri Sy. Fahim tersenyum sinis,
mematikan tawa kecil
Firdaus.
Daddynya memang
hebat! Pusing-pusing ayat,
dapat jugak dia
trap!
“
Kalau ada masalah,
jangan lari. Cuba
ikhtiar cari jalan
penyelesaian. Kalau lari
jauh manapun, sampai
bila-bila pun masalah
tu tetap tak
akan selesai.” Nasihat
ikhlas daripada Tan
Sri Sy. Fahim.
“
Mana ada Fir
lari daddy. Fir
cuma nak cari
ketenangan aje. Tengah
fikirlah jugak ni
macam mana nak
selesaikan masalah tu,”
balas Firdaus mengeluh
lemah. Dia benci
berada situasi ini.
Rasa sangat menyakitkan.
“
Tak guna duduk
fikir aje kalau
tak ada usaha
Fir. Nak selesaikan
masalah kena ada
toleransi. Duduk bincang
sama-sama macam mana
nak settlekan masalah.
Bukannya Fir sorang
dekat sini, Dheiya
sorang dekat sana,
tak akan selesainya!”
Firdaus tersentak.
Pantas memandang wajah
daddynya yang kelihatan
selamba sahaja. Dahinya
berkerut seribu. Macam
mana boleh daddy
tahu ni?
“
How.. how do
you know?”
“
Tengok muka Fir
yang macam dah
tertelan asam gelugor,
selalu monyok, termenung
24 jam aje,
daddy dah boleh
agak, ni mesti
ada kena-mengena dengan
Dheiya. Cuma Dheiya
aje boleh buatkan
mood Syed Firdaus
Hakimi jadi tunggang-langgang macam
ni! Tapi tu
lah, punca sebenar
masalah kamu berdua
tu yang daddy
tak tahu!” bidas
Tan Sri Sy.
Fahim. Firdaus diam
tidak terkata apa-apa.
Betul kata
daddy. Hanya Dheiya
saja yang boleh
membuatkan moodnya berubah
secara tiba-tiba bagaikan
iklim cuaca. Sifat
manja Dheiya membuatkan
hatinya dilanda taufan
bunga yang mekar berwarna-warninya. Keletah
Dheiya yang comel
menjadikan dia seorang
perindu tegar yang
suka mengusik gadis
itu. Kesedihan Dheiya
bahkan juga mengheret
dia merasa dukanya.
Dan kesaksiannya melihat
keselingkuhan Dheiya mengubah
sikapnya 360 darjah
putaran! Semuanya kerana
Dheiya! Hanya Dheiya
Arisha penyebabnya.
“
Ni lah orang
muda zaman sekarang.
Suka sangat bertindak
tak fikir panjang.
Ikutkan sangat rasa
marah tu sampai
buat benda yang
bukan-bukan. Itu yang
ramai orang bercerai-berai, sebab
tak pernah nak
sepakat, tak pernah
nak berbincang padahal
puncanya kecil aja.
Tuduh sesama sendiri,
masing-masing nak menang!
Jangan sampai jadi
macam tu Fir.
Daddy tak suka
anak-anak daddy bercerai-berai
ni.”
“
Fir tak pernah
fikir sampai ke
tahap tulah daddy.”
“
Sekarang memanglah tak.
Mana tahu esok-esok?
Itu yang daddy
pesan, kena bawa
berbincang. Sesekali rendahkan
sikit ego tu.
Kita ni sebagai
suami jangan nak
rasa diri kita
ni hebat sangat.
Mentang-mentang kita ni
ada hak yang
tinggi pada isteri,
kita guna kuasa
veto kita pada
jalan yang salah.
Anggap diri kita
sentiasa betul. Tak
baik, itu seolah-olah
nak menganiaya isteri
sendiri. Kalau pun
isteri kita ada
buat salah, ada
cara nak menghukumnya.
Bukan sesuka hati naik tangan
dan kaki. Allah
pun murka macam
tu!” tambah Tan
Sri Sy. Fahim.
Sengaja dia
berkata begitu kerana
dia kenal sikap
Firdaus. Cepat panas
baran. Kadang-kala cepat
menuduh tanpa usul-periksa.
Seperti mana Firdaus
pernah menuduh Karinna
sengaja meninggalkannya padahal
bukan itu kehendak
Karinna. Tan Sri
Sy. Fahim tidak
mahu pisang berbuah
dua kali. Dheiya
itu seorang gadis
yang baik. Telus
dan lembut orangnya.
“
Daddy fikir Fir
macam tu ke?”
Firdaus tidak berpuas
hati.
Tan Sri
Sy. Fahim ketawa
kecil. Selamba dan
tenang sahaja. Itulah
sikap daddynya.
“
Kenapa? Fir terasa?
Daddy bukan apa, cma nak
ingatkan. Itu tanggungjawab
daddy, menegur anak-anak
kalau ada yang
salah. Kalau Fir
rasa diri Fir
salah, belum terlambat
untuk minta maaf.
Kalau pun Dheiya
ada buat salah
yang besar, cuba
kawal sikit panas
baran tu. Jangan
tahu nak menempik
orang aje! Ingat
daddy tak tahu sejak
balik bercuti dari
PD tu, Fir
asyik marah-marah aje
kat office sampai
baling-baling fail pada
staff! Kalau iyapun
marahkan Dheiya jangan
jadikan orang lain
sebagai mangsa.”
Firdaus menarik
nafas lagi. Dia
benar-benar terkena kali
ni dengan Tan
Sri Sy. Fahim.
Sedebik pada batang
hidungnya. Ya, dia
akui sikapnya pada
pagi itu agak
kejam sekali pada
Dheiya. Sudah menghisap
madu yang manis,
dibuang pula macam
sampah! Terasa kesalan
yang berat di
lubuk hati.
“
Okay, I admit
it was my
fault! Tapi Fir
susah nak kawal
marah ni!”
“
Fir, Fir kena
ingat satu perkara.
Syaitan sentiasa cuba
menghasut kita buat
perkara yang salah.
Lebih-lebih lagi bila
kita tengah marah.
Itu lah kesukaan syaitan
ni sebab dia
dapat tunaikan janji
dia pada Allah
untuk cuba sesatkan
manusia. Jadi ingat,
bila tiba-tiba rasa
nak marah cuba,
istighfar banyak-banyak. Lagi
baik ambil wuduk.
Syaitan tak boleh
nak dekat dengan
kita kerana air
wuduk yang menjadi
pelindung daripada hasutan
syaitan,” nasihat lagi
Tan Sri Sy.
Fahim.
Ya Allah!
Istighfar Firdaus dalam
hati. Apa yang
daddynya katakan langsung
dia tidak pernah
buat. Dia lebih
suka melayan rasa
marahnya daripada beristghfar.
Terasa jahilnya dia
kerana perkara sekecil
itupun dia tidak
mampu lakukan.
“
Fikirkanlah. Mungkin betul
Fir perlukan ketenangan
dan masa sendirian
untuk berfikir. Tapi
tanpa doa dan
permintaan kepada Allah,
susah jugak kita
nak selesaikan masalah
kita. Take your
time. Mungkin ada
baiknya Fir berjauhan
seketika dengan Dheiya.
Pertimbangkan semula apa
yang berlaku dan
fikir dengan sedalam-dalamnya. Kadang-kadang
bila berjauhan ni,
perasaan rindu dan
sayang tu makin
kuat. Apa orang
kata, rindu semakin
jauh! Semakin dekat,
makin rasa nak
cium-cium aje!”
Firdaus ketawa
disusuli Tan Sri
Sy. Fahim. Ayat terakhir daddynya
benar-benar mencuit hatinya.
Makin jiwang pulak
daddy aku ni!
“
Amboi-amboi! Dua beranak
ni! Apa yang
seronok sangat ni?
Rindu makin jauh?
Rasa nak cium
bila dekat?” tegur
Puan Sri Sy.
Faridah mengambil tempat
berdekatan dengan suaminya.
Barulah nak dengar
anak terunanya ni
ketawa. Kalau tak
terperuk aje dalam
bilik!
“
Takde apalah mummy.
Daddy ni rindu
kat mummy kalau
jauh. Dah dekat
macam ni rasa
nak cium-cium aje!” giat
Firdaus, mengerling pada
daddynya.
Menjongket-jongketkan keningnya.
“
Amboi sedapnya kata
kat daddy! Kita
yang nasihat kan
dia!” perlian Tan
Sri Sy. Fahim
membulatkan mata Firdaus.
Daddy! Janganlah
bocorkan rahsia!
“
Nasihatkan Fir? Fir
rindu perempuan mana
pulak ni?” pertanyaan
rasa tidak senang
di benak Puan
Sri Sy. Faridah.
Memang betul anaknya
sudah punya orang
lain. Patutlah beria-ia
tidak mahu bertunang
dengan Emilina.
Firdaus terdiam.
Kunci rapat mulutnya.
Pertanyaan yang satu
itu betul-betul membuatkan
dia tidak senang
duduk. Tan Sri
Sy. Fahim mula
tarik muka geram.
Tak habis-habis lagi!
“
Awak ni Ida,
apa tanya macam
tu? Yang sudah
tu sudahlah. Dah
Fir tak nak,
takkan nak paksa
jugak? Cubalah jangan
nak dikawal sangat
hidup anak tu!”
ujar Tan Sri
Sy. Fahim tidak
senang.
“
Salah ke bang
saya tanya? Salah ke
saya sebagai seorang
ibu nakkan yang
terbaik untuk anak
saya? Fir tak
nak kat Lin,
saya ni tebalkan
muka, pergi jumpa
Farihah dan Lin,
cancelkan majlis tu!
Saya fikir Fir
memang dah berkenan
pada orang lain.
Kalau betul kenapa
tak bawak balik
jumpa dengan kita?!”
soal Puan Sri
Sy. Faridah tidak
puas hati. Sudah
lama dia memendamkan
rasa geramnya itu. Wajahnya masam
cemberut. Sungguh dia
malu dengan adiknya,
Datin Sy. Farihah.
Firdaus mula
panas punggung. Memang
jatuh mood dia
sekarang ni! Lemas
sungguh dengan mummynya
yang tak habis-habis
mahu dia berkahwin!
Dia dah kahwinlah!
“
Yalah, kalau Fir
bawak balik budak
tu, takut awak
pula yang tak
berkenan nanti! Itu
tak kenalah, ini
tak sesuailah! Budak
Emilina tu jugaklah
yang bagus di
mata awak! Lagipun
awak yang pandai-pandai
aturkan semua tu
tanpa langsung berbincang
dengan saya dan
Fir! Sekarang tanggung
sendirilah muka tebal
awak tu, dah
awak yang pandai-pandai
sangat! Nakkan yang
terbaik tak semestinya
awak perlu memaksa
diri buat tindakan
yang bodoh! Terbaik untuk
anak konon, padahal
terbaik untuk diri
awak aja!”
“
Abang jangan nak
sakitkan hati saya
boleh tak? Ada aja
yang tak kena
di mata abang!
Apa
yang tak
kena dengan tindakan
saya tu? Saya
cuba buat yang
terbaik demi keluarga
kita, maruah dan
keturunan kita! Lin
tu memang budak
baik! Pandai ambil
hati saya, cantik,
educated, keturunan yang
baik-baik dan yang
paling penting dia
setaraf dengan kita
bang! Dalam Islam
pun dah cakap,
kalau nak cari
pasangan, cari yang
setaraf. Bukan main
tangkap muat sesiapa
aje!” bidas Puan
Sri Sy. Faridah
lagi. Panas sungguh
hati bila suaminya
memperlekehkan alasannya.
Tan Sri
Sy. Fahim mengerling
Firdaus dari ekor
matanya. Jatuh kasihan
dia pada anaknya
yang sorang ni.
Sentiasa dalam keadaan
serba-salah. Tak habis-habis
perempuan tu jugak
yang dipuji! Bentak
Firdaus geram.
“
Memang betul apa
yang awak cakap.
Rasulullah S.A.W pun
pernah mengingatkan, kalau
nak cari pasangan
perlu tengok pada
paras rupa, akhlaknya,
keturunannya, darjatnya dan
agamanya. Tapi yang
paling utama sekali
adalah agamanya! Itu
yang awak lupa
Ida! Itu yang
menjamin ke akhirat
nanti! Kalau tengok
pada Lin tu,
saya pasti awak
sendiri pun tau
setakat mana agama
si Lin tu
kan? Jadi jangan
nak berdebat dengan
saya kalau itulah
paling terbaik yang
boleh awak cari
padahal ada lagi
yang berjuta terbaik dekat
luar sana tu!
jangan nak terlalu
bongkak sangat dengan
keturunan Syed Syarifah
yang ada dipangkal
nama kita, semua
tu kadang-kadang akan
makan diri kita
balik!” sindir Tan
Sri Sy. Fahim
halus. Pedas dan
berapi!
Puan Sri
Sy. Faridah mula
rasa geram. Tak
terbalas pula hujah
suaminya. Memang betul
apa yang dikatakan
suaminya tapi ego
yang tinggi serta
sifat angkuhnya membutakan
mata hati Puan Sri Sy.
Faridah. Mentulikan deria
telinganya.
Firdaus makin
sakit telinga. Diikutkan hati
mahu sahaja dia
menjerit di tengah
antara mummy dan
daddynya. Dia yang
tengah serabut masalah
dengan Dheiya yang
masih tidak selesai,
ingatkan bila balik
sini tenanglah hati,
rupanya makin bertambah
sakit hati! Huh! Tersangatlah
stress!
“
Abang jangan pandang
rendah sangat pada
Lin tu! Memanglah
Lin macam
tu, tapi itu
semua boleh diubah, kan?”
“
Memang boleh! Tapi
bila nak berubahnya
tu? Nak tunggu
tua kerepot baru
nak cari tikar
sejadah? Baru nak
kenal telekung? Fikiran yang
sempit hanya ingat
bila tua aja
baru nak buat
amal kebajikan, ingat
aja bila tua
baru kita mati. Bagus sangatlah
kalau fikir macam
tu!” tempelak Tan
Sri Sy. Fahim
tegas. Dalam hatinya
memang dia langsung-langsung tidak
berkenan pada Emilina
tapi macam manalah
isterinya terlampau suka
pada Emilina tu?
“
Daddy, mummy Fir
nak naik dululah.
Nak rehat,” celah
Firdaus di tengah-tengah
perbualan mummy dan
daddynya. Sudah mula
bibit pertelingkahan antara
daddy dan mummynya
membuatkan Firdaus semakin
rasa sesak dan
lemas. Pantas dia
bangkit dari duduknya
lalu masuk ke
rumah.
Tenang dan
aman sikit hati
ni! Ingatkan bila
balik sini bolehlah
sejuk sikit hati,
ni makin bertambah
pulak!
“
Tengok tu bang!
Sebab abang lah
ni Fir tu
dah pergi! Saya
belum puas lagi
nak….”
“
Nak apa? Nak
pujuk lagi Fir
tu terima balik
Lin? Eh Ida,
cukup-cukuplah tu! Janganlah
nak ditambahkan masalah
Fir tu! Boleh
tak bagi hidup
dia tenang sikit?
Biar ajelah dia
cari siapa pun
pasangan dia. Ida, biar tak
kaya asalkan tak
miskin kain pada
badan! Biar tak
setaraf asalkan hati
bersih! Kalau dah
Allah Maha Besar
di atas tu
dah tentukan jodoh
Fir dengan orang
yang biasa, kita
kena terima! Itu
ketentuan! Kita tak
ada hak atau
kuasa nak tolak
semua tu! Ingat
Ida! Fikir! Jangan guna
hati awak yang keras tu!”
tegas dan tinggi
suara Tan Sri
Sy. Fahim pada
Puan Sri Sy.
Faridah sebelum berlalu
masuk ke rumah.
Memang keras
kepala sungguh isterinya!
Langsung tak fikir
hukum Allah yang
bukan boleh dibuat
main-main!
Puan Sri
Sy. Faridah merengus
geram. Sakit sungguh
hatinya bila Tan
Sri Sy. Fahim
begitu menentang hasratnya
untuk menyatukan Emilina
dan Firdaus. Padahal
anak saudara sendiri!
Huh! Orang tua
ni memang mengada-ngada
sungguh! Cemuh Puan
Sri Sy. Faridah
marah dalam hati.
###
Telefon rumah
sejak dari tadi
berbunyi tanpa henti
membuatkan Dheiya terpaksa
bergegas mengangkatnya. Agak
sukar dia hendak
menunaikan solatnya kerana
gangguan telefon. Rasa
macam nak cabut
aje wayar telefon
tu, tak payah
memekak lagi! Kalau
dah orang dah
lama tak angkat
tu faham-faham ajelah
tak nak cakap!
Entah siapa
yang call ni
menyusahkan aja! Belum
sempat menyapa pemanggil
di sebelah, suara
itu nyaring menjerit
di talian telefon.
“ Hello
Fir! Where have
you been all
this while? I’ve
been searching you
all the time!
I call handphone
you tak angkat!
I cari kat
rumah you suruh
guard depan tu
halang I masuk!
I pergi office
you suruh security
halau I! Sampai
hati you buat
macam ni pada
I?! Ingat I
ni apa? Anjing
kurap kat tepi
jalan ke hah?!!”
Dheiya tersentak
di dinding. Ganggang
telefon dijauhkan sedikit
di telinga. Bingit
gegedang telinganya! Bila
dengar rasa kesian
pulak pada minah
ni. Tapi bila
cakap pun nak
tengking-tengking, memang patut
agaknya Firdaus buat
macam tu!
Astaghfirullahalazim! Mengucap
Dheiya! Mengucap! Tak
baik padankan orang
lain! Nasib aku
pun belum tentu
macam wanita di
talian ni. Hubungan
aku dengan Firdaus
pun tengah tunggang-langgang, entah-entah
lagi teruk agaknya
nanti.
Ingin menjawab
namun, pemanggil disebelah
seakan masih belum
berpuas hati meluahkan
perasaan marah, terus
sahaja meyambung.
“ Sampai
hati you suruh
mummy you batalkan
majlis pertunangan kita
ya? You tahu
tak I malu tau
dengan kawan-kawan I! Apa I
nak cakap kat
diorang nanti?! You
ni memang tak
berhati perut! Bertahun-tahun I
tunggu you selama
ni tak pernah
jemu, macam ni
you buat kat I? How
could you do
this to me
Fir?”
“ You
jangan ingat I
akan berdiam diri
ya Fir. I
takkan terima pembatalan
majlis tu! Ini
Syarifah Emilina lah!
I tetap akan
dapatkan you walau
macam mana sekalipun!
You milik I! Selamanya tetap
milik I! You
just wait and
see!”
Klik! Talian
di matikan. Syarifah
Emilina? Emilina? Emilinakah
yang pernah datang
ke rumah ini?
Sepupu Firdaus? Yang
pernah dilabelkan Dheiya
sebagai perempuan tak
tahu malu kerana
tanpa segan silu
memeluk Firdaus di
hadapan pintu rumahnya?
Walaupun mereka tidak
tahu tapi Dheiya
pernah melihat. Ya
Allah!
Seakan terhenti
degup jantung Dheiya.
Tubuhnya mula terasa
sejuk. Seakan tidak
percaya apa yang
dia dengar saat
ini. Pertunangan? Bertunang
dengan Emilina? Tidak
akan melepaskan Firdaus?
Bibir Dheiya mula
menggigil. Nafasnya turun
naik laju. Seraya
lepas itu, setitis
air matanya jatuh
mengenai cordless phone
itu.
Dheiya memegang
dadanya. Kepalanya ditunduk,
memandang jari-jemarinya yang
memegang sesuatu yang
setia tergantung di
lehernya. Matanya kabur,
seakan kabur warna
merah hati. Tanda
satu pengisian yang
kosong. Seakan pudar
warnanya.
Terasa sesak
nafasnya saat ini.
Mengingatkan sikap Firdaus
ini membuatkan fikiranya
bertambah kusut. Dheiya
seakan tidak boleh
berfikir. Ingin ditanya
pada pemanggil itu,
tetapi Dheiya pasti
ia akan lagi
mengeruhkan keadaan. Situasi
hubungan dia dan
Firdaus masih lagi
bergolak, ditambah dengan
panggilan ini, pasti
akan menjadi lebih
teruk. Apa yang
pasti, Firdaus yang
akan menjadi mangsa.
Kasihan lelaki itu
nanti!
‘ Aduhai Dheiya!
Firdaus dah buat
kau macam orang
hina pun
kau nak kesiankan
dia lagi?’ bisik satu
suara.
‘ Dia
suami aku! Dia
tetap suami aku!
Walau macam mana
sekalipun dia buat
aku, aku tetap
sayangkan Firdaus! Aku
tetap cintakan Firdaus!
Selagi aku masih
isteri Firdaus, aku
tetap akan pertahankan
suami aku!’ jawab
Dheiya tegas pada
suara itu.
‘ Bodohlah
kau ni Dheiya!
Bodoh tahu tak!
Kau tu lurus!
Naif sangat! Orang
dah tipu kau
pun, kau masih
lagi pertahankan orang
tu! Suami konon!
Kalau dia suami
kau dia takkan
tinggalkan kaulah!’
‘ Dia
tak tinggalkan aku
dengan sengaja! Dia
cuma marahkan aku
sebab tu dia
pergi. Aku tahu
Firdaus tertekan. Dia
nak cari ketenangan.
Aku rela. Biarkanlah
dia. Aku tetap
doakan dia agar
sentiasa selamat walau
dimana aja suami
aku berada’.
‘ Hahaha!
Memang kau ni
lembap! Kau dah
dengarkan apa yang
Emilina cakap? Dia
nak bertunang dengan
Firdaus!’
‘ Tak! Firdaus
batalkan majlis tu! Dia
tak bertunang pun!’
‘ Kalau
mak Firdaus tunangkan
dia senyap-senyap, kau
tahu ke Dheiya?
Firdaus dah tinggalkan
kau Dheiya! Dia
pergi lepas dia
dapat apa yang
dia nak dari
kau! Kau dah
tak ada apa-apa
lagi Dheiya! Tak
ada apa-apa!!’
‘ Diamm!!
Jangan cakap apa-apa
lagi! Diam! Diam!’
jerit Dheiya dalam
hati.
Dheiya menangis
teresak-esak di tepi
meja itu. Tubuhnya
melorot ke bawah.
Sekali lagi hati
kecewa. Sekali lagi
hatinya hancur berkecai!
Sekali lagi dia menangis! Semuanya
hanya kerana seorang
lelaki yang bernama
Syed Firdaus Hakimi!
1 comment:
Waiting......pls make firdaus meet Dhieya....thank u
Post a Comment