“ Aria, did
you know about
this girl?!” tanya
Puan Sri Sy.
Faridah tiba-tiba. Wajahnya
tegang menahan rasa
marah di dada.
‘ Patutlah beria-ia bantah
tak nak kahwin
dengan Lin, rupanya
dah ada betina
lain!’. Terus majalah
tersebut dilemparkan kasar
ke atas meja
kopi.
Aria
terpinga-pinga seketika. Novel
ditangan ditandakan dengan
penanda buku. Dia
melangkah menghampiri mummynya
lalu dicapai majalah
Sensasi yang dilemparkan
atas meja kopi.
“ No. Aria
tak kenal!” jawab
Aria. Kepalanya digelengkan
namun matanya masih
melekat pada gambar
perempuan yang dipeluk
erat oleh alongnya.
Dia beriak biasa
sahaja. Dah sudah
lali melihat gambar
alongnya yang tersebar
sana-sini di dalam
majalah mahupun internet
dengan wanita yang
berlainan. Cuma kali
ini kemesraan yang
yang diperlihatkan agak
berlainan sedikit. ‘ Macam
ada something yang
fishy aje!’.
“ Takkan Aria
tak kenal? Along
tak story ke
dengan Aria? Setahu
mummy kamu adik-beradik
rapat sangat sampai
banyak simpan rahsia
daripada mummy and
daddy. Impossible!” rengus
Puan Sri Sy.
Faridah geram.
Aria menarik muka
malas. Ini yang
dia tidak suka.
Mummynya suka benar
mendesak. Sampaikan Firdaus
sendiri naik jelek
dengan sikap mummy
mereka. Dah cakap
tak tahu tu,
tak tahulah!
“ Mummy, along
tu pun ade
life dia sendirilah!
Takkan semua hal
dalam seluar dia
pun dia nak
bagitau Aria or
Fahmi. Cubalah mummy
faham!” bidas Aria
sedikit selamba. Walau
dalam hati sedikit
kesal dengan ketelanjuran
lidahnya.
“ Ewah! Bukan
main lagi ye sekarang kamu
ni Aria! Dah
pandai belajar menjawab
nampak!” tempelak Puan
Sri Sy. Faridah
lagi. Aria mengeluh.
Sukar benar hendak
berkompromi dengan mummynya
yang satu ini.
“ Mummy, apa
ni? Janganlah nak
emo sangat! Nanti
berkedut pulak muka
mummy yang dah natural
tegang tu! Tak
pasal aje kena
inject botox nanti!”
koner Aria mengalih
topik. Mujurlah otak
dia cepat memproses
ayat. Kalau tidak
tahan telinga ajelah!
“ Pandailah nak
koner sana-sini!”
Puan Sri Sy.
Faridah masih tidak
berpuas hati.
“ Mummy, yang
mummy nak marah
sangat tengok gambar
along dengan perempuan
tu kenapa? Macam
tak biasa pulak.
Sebelum ni ade
aje gambar along
terselit kat mana-mana
magazine, internet, takde
pulak mummy bising.
Siap bertukar perempuan
lagi! Ini nak
mengamuk pulak! As
you know along
tu kan memang
playboy sikit, since
dia dah putus
dengan Kak Karinna,”
ujar Aria dengan
nama Karinna diperlahankan
sikit. Bukan dia
tidak tahu, malah
seluruh keluarganya tahu
yang mummynya terlalu
anti dengan gadis
bernama Karinna.
“ Aria! Don’t
you dare mention
‘that’ name in
front of me!
You know right
how much I
hate her!” berapi
wajah Puan Sri
Sy. Faridah. Matanya
tajam menikam mata
anak gadisnya. Aria
telan liur. Fuh!
Memang mummy betul-betullah anti
nama Karinna tu!
“ Err.. Sorry!
Promise! Never do it that
again. Mummy chill
okay,” pujuk Aria
sambil tangannya mengurut
lembut lengan dan
bahu Puan Sri
Sy. Faridah. Ini
aje cara nak
lembutkan hati mummy
yang memang dah
berapi. Nasib baik
tak meletup lagi!
“ Hurmm!! Patutlah
beria-ia bantah bila
mummy nak dia
kahwin dengan Kak
Lin, rupanya dah
ada pompuan lain!”
marah Puan Sri
Sy. Faridah lagi.
Sememangnya dia sungguh
geram. Sakit hatinya
apabila matlamat dan
impiannya tidak tercapai
hanya kerana sikap
degil Firdaus yang
menolak mentah-mentah cadangannya
dan juga perempuan
muda yang dilihat
terlalu mesra dengan
Firdaus.
“ Mummy, relax
okay. Cool. Cuba
tarik nafas, jangan
marah-marah. Mummy dahlah
cantik-cantik macam ni,
nanti hilang seri
pulak bila marah-marah
macam ni,” pujuk Aria
lagi sambil tangannya
lincah mengurut mummynya.
Puan Sri Sy.
Faridah diam. Tidak
menghiraukan pujukan anaknya.
Fikirannya ligat memikirkan
bagaimana untuk mengubah
fikirannya anaknya supaya
menerima cadangan perkahwinan
antara Firdaus dan
Emilina. Dia juga
merasakan perempuan muda
di dalam majalah
tersebut merupakan penghalang
untuk dia menyatukan
Firdaus dan Emilina.
Ya! Dia mesti
memberi amaran pada
perempuan itu ataupun
hapuskan sahaja! Tapi
bagaimana? Kalau benarlah
kata Aria yang
perempuan muda itu
hanyalah perempuan ‘stok’
anaknya, tentu dia
yang malu nanti!
Bukan dia tidak
tahu teman wanita
anak lelakinya yang
sulung itu silih
berganti. Dia mengeluh
sendirian. Buntu pula
akalnya kali ini.
---------------------
Aria menutup novel
ditangan. Sejujurnya dia
amat kebosanan hari
ini. Mummy dan
daddynya sudah pun
keluar mengunjungi rumah
rakan mereka yang
baru sahaja menimang
cucu. Suasana sepi
dan sunyi menelubungi
banglo mewah tiga
setengah tingkat milik
keluarga mereka.
Hujung minggu begini
dia tidak ada
apa-apa rancangan membuatkan
Aria mati kutu
keseorangan. Ada kembar
pun tak boleh
harap! Membuta aje
kerjanya!
Dengan penuh semangat,
Aria terus bangun
dari sofa empuk
berwarna pink lalu
keluar dari biliknya.
Dia terus menyerbu
ke bilik Fahmi
yang terletak bersebelahan
biliknya. Dia mengetap
bibir. Geram!
‘ Matahari dah rembang
terik ni boleh
lagi dia sedap
membuta?’ bebel Aria
dalam hati. Pantas
dia mengejutkan Fahmi
yang sedang enak
berselubung dalam comforter
tebal.
“
Bangunnn!!!!!!! Hoi!!! Bangunlah!!!
Membuta aje!! Mentang-mentanglah mummy
dengan daddy takde,
sedap aje dia buat taik
mata!! Oit!! Bangunlah!”
jerit Aria sambil
tangannya menarik kuat
comforter Fahmi.
Fahmi menekup telinganya.
‘ Aduh! Pekaklah
telinga aku! Suara
mengalahkan mak tiri!’
Aria terus memukul-mukul tubuh
Fahmi dengan bantal
panjang. Dengan wajah
terpaksa rela Fahmi
bangun jua dengan
wajah yang terpisat-pisat. Mengalah
ajelah. Aria ni
bukan boleh sangat,
nanti tak pasal
tukar watak jadi
Hitler! Mau semua
benda minah ni
guna hempuk dia!
“ Eeii!! Aria
nak apa? Kacau
orang pagi-pagi buta?
Fahmi ngantuklah, nak
tido tau tak!”
menceceh mulut Fahmi.
Aria memukul bahu
Fahmi dengan bantal
panjang. “ Eii..
bangunlah! Tak payah
tido, malam nanti
baru tido! Anak
teruna apalah! Bangun
tengah-tengah hari!”
“ Oii!! Makcik!
Tu untuk anak
dara macam awaklah!
Bising pulak!” balas
Fahmi.
“ Dah! Dah!
Tak payah nak
banyak mulut. Pergi
mandi cepat! Aria
bosan ni!”
“ Lah! Nak pergi
mana pulak? Pergilah
sendiri! Teksikan banyak!
Malaslah nak keluar!”
bantah Fahmi lalu
dia ingin merebahkan tubuhnya
di tilam yang
empuk itu namun
dipukul oleh Aria
dengan bantal panjang.
“ Cepat pergi
mandi!! Jangan banyak
alasan!! Pemalas! Report
kat mummy gan
daddy baru tau!
Cepat! Karang nenek
tiri ni naik
syeikhh kang!! Cepatlah!”
arah Aria garang .
Dia menolak-nolak tubuh
Fahmi supaya turun
dari katil untuk
menuju ke bilik
air.
Dengan malas Fahmi
melangkah juga ke
bilik air. Dia
mencebik geram sambil
mulutnya tidak henti-henti
membebel marah pada
Aria. Setelah pintu
bilik air tersebut
tertutup rapat, Aria
tersenyum penuh makna!
Along!!!!
----------------------------
Dheiya leka mengemop
lantai dapur sambil
bibirnya menyanyi kecil
mengikut rentak lagu
yang terpasang pada
radio di dapur.
Hujug minggu begini,
selepas bersarapan dia
akan membersihkan mana-mana
ruang penthouse mewah
itu manakala Firdaus
menghabiskan masa dengan
bersenam di mini
gym yang terletak
di ruang atas.
Terlalu asyik membuat
konsert sendiri, tanpa
sengaja Dheiya terlanggar
baldi yang berada
di belakangnya. Dengan
pantasnya, dia sudah
terjelapok di lantai
dapur itu. Baldi
tersebut sudah bergolek
manakala air yang
berada di dalamnya
sudah melimpah.
Dheiya mengerang kecil.
Terasa sengal punggungnya.
Pergelangan kakinya dirasakan
perit.
“ Aduh! Kenapalah
aku ni cuai
sangat? Tulah suka sangat buat
konsert sendiri,” bebel
Dheiya sambil tangannya
cuba menyentuh kakinya.
Dia mengetap bibir
menahan sakit. Sah
terseliuh!
Terbuntang mata Firdaus
melihat keadaan dapur
yang berselerak. Dhieya
kecut perut. Matanya
liar meneroka dapur
yang dah macam
medan perang. Sah!
Mesti kena marah
kejap lagi. Dheiya
mengetap bibir. Dia
menahan takut dan
dalam pada masa
yang sama dia
hampir menangis menahan
sakit di kaki.
“ Kenapa ni?!
Apa dah jadi?!”
tanya Firdaus. Tone
suaranya mula meninggi.
Dia mendekati Dheiya
lalu bertinggung di
hadapan gadis itu.
“ Sa..sa..saya mintak
maaf. Saya tak
sengaja. Saya…” Dheiya
cuba menahan tangisnya.
Wajahnya sudah merah
menahan sakit pada
pergelangan kakinya.
“ Kan I
dah cakap hati-hati,
jangan cuai. Kan
dah jadi macam
ni,” keluh Firdaus.
Tone suara dikendurkan
semula. Sentap hatinya
memandang wajah merah
Dheiya yang seakan
menahan sakit.
“ Sakit?” tanya
Firdaus lagi.
Mestilah sakit! Lagi
mau tanya! Dhieya
mengangguk. Firdaus menyentuh
lembut buku lali
Dheiya. Gadis itu
mengetap bibir kuat.
“ Auchh!! Sakit!”
“ Kaki you
terseliuh ni. Kena
cepat-cepat tuam nanti
bengkak pulak,” kata
Firdaus. Tanpa sebarang
kata, Firdaus terus
mengendong tubuh Dheiya
perlahan lalu diangkat
menuju ke ruang
tamu. Dheiya terpana!
Kalau tadi wajahnya
merah menahan sakit,
kini wajahnya lagi
bertambah merah menahan
malu!
Perlahan-lahan
Firdaus meletakkan Dheiya
di atas sofa
empuk. Dheiya menjeling
Firdaus. Terserlah otot
pada lengan dan
bahu Firdaus. Tough!
Firdaus duduk melutut
di hadapan Dheiya
sambil membelek-belek kaki
gadis itu. Wajahnya
jelas terpamer kerisauan.
Dheiya menahan rasa
yang mula berdebar
laju.
Kemudian Firdaus bangun,
“ Tunggu sini
kejap!” Dheiya memandang
setiap langkah Firdaus.
Hatinya berlagu suka.
Suka akan keprihatinan
lelaki itu.
Firdaus kembali dengan
mangkuk di tangan
dan tuala bersih.
Dengan pantas Firdaus
menuam pergelangan kaki
Dheiya. Setelah selesai
menuam, dia meneliti
buku lali Dheiya.
“ You rehat
dulu. Kejap lagi
I urut kaki
you. Nanti I
pergi ambik minyak
gamat,” arah Firdaus
seraya membantu Dheiya
berbaring di sofa.
Gadis itu diam
terkelu. Sedikit terkejut
dengan sikap ambil
berat lelaki itu.
---------------
Firdaus duduk melutut
di hadapan Dheiya.
Perlahan-lahan
jari-jemarinya mengurut pergelangan
kaki Dheiya yang
terseliuh. Bau minyak
gamat menyelubungi suasana.
Sesekali Dheiya mengetap
bibirnya menahan sakit.
“ Tahan sikit,”
kata Firdaus.
Dheiya memandang wajah
Firdaus tanpa disedari
lelaki itu. Sayang
dan cintanya mula
tumpah buat lelaki
ini. Sikap Firdaus
yang sejak akhir-akhir
ini kadangkala amat
membuai perasaannya. Ucapan
‘ sayang’ ‘ my dear’
sering kali bermain
dibibir lelaki itu.
“ Terima kasih
sebab urut saya.
Pandai juga awak
mengurut. Mana awak
belajar?” tanya Dheiya
seikhlas hati.
Firdaus
tersenyum simpul.
“ No hallah!
Takde sape ajar,
maybe dapat gene
daripada daddy kot
sebab daddy memang
pandai mengurut,” balas
Firdaus.
Mereka saling berbalas
senyuman. Mata bertentangan
membicara seribu makna,
hanya empunya diri
yang mengetahui. Urutan
Firdaus semakin perlahan.
Sesekali jarinya mencuit
tapak kaki Dheiya
membuatkan gadis itu
kegelian.
“ Awak! Janganlah!
Geli tau tak!”
marah Dheiya lalu
tangannya menampar lembut
tangan Firdaus. Lelaki
itu hanya ketawa.
Hobi terbarunya untuk
mengusik Dheiya.
Ting tong! Ting
tong! Ting tong!
Tiba-tiba loceng pintu
berbunyi. Firdaus dan
Dheiya berpandangan sesama
mereka. Wajah Firdaus
sedikit cuak. Dheiya
sudah tidak tentu
hala. Urutan Firdaus
terhenti. Dahinya berkerut
seribu.
“ Daddy ada
call rumah ke
cakap nak datang
sini?” tanya Firdaus
panic. Dheiya menggeleng
laju.
“ Tak! Takde
pun! Zaff kot?”
teka Dheiya.
“ No! Zaff
tak cakap apa –apa
pun dengan I!
Even kalau dia
nak jumpa I
pun mesti dia
ajak keluar! Ah!
Sudah, bala apa
pulak ni?” keluh
Firdaus seia menafikan
telahan Dheiya.
“ Awak! Apa
ni buat ni?
Loceng tu dah
banyak kali bunyi.
Orang tu dah
ketuk pintu pulak!”
kata-kata Dheiya menambahkan
lagi rasa panik
Firdaus.
“ You just
wait here!” arah
Firdaus seraya lelaki
itu bangun lalu
menuju ke pintu
utama. Lubang kecil
di pintu diintai.
Mata Firdaus membulat.
Nafasnya seakan terhenti.
Dheiya tidak senang
duduk melihat reaksi
Firdaus.
“ Siapa yang
datang?” tanya Dheiya
lagi. Firdaus tidak
menjawab.
‘ Alamak! Apa aku
nak buat ni? Nak bukak
ke tak nak?
Bukak ke tak
nak? Kalau bukak,
memang pancung aku!
Tapi kalau tak
bukak apa pulak
diorang fikir. Nak
kata aku takde
kat rumah terparking
elok kereta aku
kat bawah tu! ‘
Dalam dok membebel
seorang diri, tanpa
sedar Firdaus membuka
juga pintu utama.
Wajahnya cuba beriak
tenang.
Memanglah!
Kadang-kadang hati tak
seiring dengan akal!
Fikir lain buat
lain!
“ Along!!!” jerit
Aria ceria lalu
memeluk tubuh alongnya
dengan erat. Firdaus
terkesima dengan aksi
Aria yang sememangnya
manja dengannya. Wajahnya
pucat. Kalau ditoreh,
mesti tak berdarah.
“ Along! So
sorry sebab datang
tak bagitau. Ni
si Aria ni
lah bising-bising ajak
Fahmi datang sini,”
kata Fahmi sambil
menyengih umpama kerang
busuk.
Dheiya yang masih
terhenyak di sofa,
terkesima. ‘ Along?? Maksudnya…
adik-adik….’ Dheiya tidak
mampu berfikir apa
yang bakal terjadi
selepas ini.
Firdaus masih bungkam
tanpa kata. Sesungguhnya
dia amat-amat terkejut
dengan kejutan ini. Matanya
melorot memandang dua
buah beg sederhana
besar di kaki
pintu. Aria sudah
pun meleraikan pelukannya.
Gadis itu tersenyum
manis sambil matanya
dikelip-kelipkan.
“ Along! I miss
you so
much! Along tak
kisahkan kalau kitorang
nak tidur sini?
Wink-wink!!”
“ Aaa… err…
bo…boleh…kot,” jawab Firdaus
tergagap-gagap.
“ Apa along
ni? Jawab pun
gagap. Dahlah tak
ajak masuk pun,”
Aria terus melangkah
masuk tanpa sempat
Firdaus menghalang. Fahmi
turut mengikuti langkah
Aria, “ Entah!
Apalah along ni!
Macam tak biasa
pulak kitorang datang
sini”.
‘ Habislah!
Memang kena pancunglah
macam ni! ‘
“ Oh my
God!! Along! Ni
siapa??” jeritan Aria
secara tiba-tiba menambah
debaran jantung Firdaus.
Dia seakan sesak
nafas. Oksigen tak
cukup! Mana oksigen
ni???
Terbelalak mata Aria
melihat seorang gadis
yang terkaku di
sofa. Gadis itu
juga terkejut mendengar
jeritan Aria dan
memandangnya tanpa sebarang
kata.
Eloklah!
Sama-sama terkejut!
Fahmi terkaku di
sebelah Aria. reaksi
yang sama seperti
Aria namun diakhir-akhir
dia tersenyum suka.
“ Fuyohh!! Ni
maid mana along
ambik cantik macam
ni?” seloroh Fahmi
teruja. ‘ Memang cantik!
Kalau jadi kakak
ipar aku pun
okey jugak daripada
si Lin ‘ plasdik’
tu!’
Memang dah jadi
kakak ipar dah
pun!!
3 comments:
nak lgi please, cepat skit ok.... xsbr pula nk tahu.......
hehehe.... i try.. tapi tak janji boleh update cepat-cepat ke tak... insya-Allah...
sis nk lg...
update la cpt cikit best sngt novels bertaut kasih ne.. hero n heroin best sngt i'm enjoy reading u novels
's
Post a Comment