“ Don’t tell
me yang perempuan
ni maid along!
Mana ada maid
yang cantik macam
model ni?” Aria
memeluk tubuh sambil
menyandar di sofa
berhadapan dengan Dheiya
dan Firdaus. Matanya
masih tetap tajam
merenung kedua-dua manusia
itu.
Firdaus dan Dheiya
terkesima. Mereka berdua
bagaikan pesalah yang
sedang dibicarakan. Fahmi
hanya terdiam sahaja.
Dia malas hendak
masuk campur. Itu
bukan sikapnya. Dia
lebih senang mendengar
daripada menyampuk. Tidak
seperti Aria yang
lebih mudah melatah,
seperti mummy mereka.
Firdaus dan Dheiya
berpandangan sesama sendiri.
Masing-masing menghantar maksud
bahawa rahsia kini
bukan lagi rahsia.
Memang tak boleh
dielak apabila sudah
diterjah secara mengejut.
“ Aria, Fahmi..
actually.. ni..” Firdaus
tersekat-sekat untuk bersuara.
Dheiya mengenggam erat
jari-jemari Firdaus memberi
kekuatan.
“ Ni mistress
along?? Along simpan
perempuan?! Ya Tuhan!
Along tau tak
apa yang along
dah buat ni
dosa besar! Macam
mana kalau mummy
dengan daddy tau
apa yang along
buat ni? Along
tak fikir ke
perasaan diorang? Ya
Allah, apa along
dah buat ni??”
Aria terkejut. Matanya
berair menandakan air
matanya bila-bila masa
sahaja akan mengalir.
Sungguh dia tidak
sangka abang yang
dia sayang umpama
seperti sahabat baik
sanggup melakukan perkara
keji begini! Menyimpan
perempuan!! Sukar untuk
dimaafkan!!
Fahmi
membulatkan matanya. Dia
sungguh terkejut mendengar
telahan Aria. Dia
menggeleng-gelengkan kepala. Sukar
untuk dipercayai. Melihatkan
genggaman gadis itu
pada tangan alongnya
cukup menguatkan telahan Aria.
“ Sampai hati
along buat kami
macam ni…..” ucap
Fahmi lirih.
Firdaus
tersentap. Dheiya mengiggit
bibir. Dia kasihan
melihat Aria dan
Fahmi. Tidak sanggup
lagi dia hendak
meneruskan rahsia ini
lagi. Dia pasti
mereka bertiga beradik
sememangnya rapat.
“ Sebenarnya, saya
ni…”
“ Dia ni
isteri along yang
sah! Kami dah
kahwin hampir empat
bulan,” jawab Firdaus
dalam satu nafas.
Dheiya menunduk. Hatinya
lega. Benar-benar lega. Namun masih
ada satu rasa
tidak enak. Bolehkah
Aria dan Fahmi
menerima dia? Sama
seperti Tan Sri
Sy. Fahim menerima
dia?
“ What?” kata
Aria dan Fahmi
serentak. Sungguh mereka
sudah keliru. Wajah
mereka terpampang riak percaya dengan
tidak percaya. Masih
mengharap penjelasan.
Firdaus mengangguk. Mengiakan
apa yang dikatakan
sebentar tadi. Dheiya
mengunci mulut. Dia
meletakkan semua persoalan
si kembar kepada
Firdaus. Biarlah lelaki
itu yang menjelaskan
hubungan mereka.
“ Betul. Memang
along dah kahwin.
Ini isteri along,
nama dia Dheiya
Arisha. Along bukan
macam apa yang
Aria cakapkan tadi.
Along masih waras,
masih boleh beza
mana dosa, halal,
haram semua….”
“ Tapi kenapa
rahsiakan semua ni?
Kenapa along kahwin
senyap-senyap? Jangan cakap
dengan Aria yang
along dengan Kak
Dheiya ni dah…..”
Meskipun dia benar-benar
marah pada Firdaus
dan Dheiya, panggilan
‘ Kak Dheiya’ meluncur
dari mulutnya menanadakan
dia masih hormat
pada kakak ipar ‘
segeranya’.
“ No! Tak!
Along bukan kahwin
dengan Kak Dheiya
sebab kami dah
terlanjur, tapi sebab
along memang sayangkan
dia! Along cintakan
dia!” kata-kata Firdaus
membuatkan Dheiya hampir
putus nafas.
Benarkah apa yang
dia dengar? Betul
ke? Aku tak
pekak lagi kan?
Betul ke dia
cintakan aku? Sayangkan
aku? Betul ke? Ya Allah!!
Aria dan Fahmi
saling berpandangan. Sukar
untuk mempercayai kata-kata
alongnya.
“ Tapi kenapa
mesti senyap-senyap? Kami
ni tak penting
buat along? Mummy?
Daddy? Kenapa rahsiakan
semua ni?” Fahmi
mula bersuara, mengulangi
soalan Aria sebentar
tadi.
“ Along terpaksa!
Kak Dheiya bukan
anak somebody. Dia
bukan anak orang
berada. Dia
yatim piatu. Aria
dengan Fahmi cuba
fikir mummy boleh
terima ke Kak
Dheiya tak kalau
dia tau siapa
Kak Dheiya ni?
Sebab tu along
cuba tolak bila mummy nak
jodohkan along dengan
Kak Lin. Sebab
along memang sayang
dan cintakan Kak
Dheiya!” ujar Firdaus
tegas.
Nah! Ini masuk
kali kedua Firdaus
mengucapkan kata cinta
dan sayang padanya.
Atau, adakah ini
cuma hanyalah pembohongan
semata-mata untuk menutup
kisah sebenar latar
belakang dirinya? Dheiya
menahan sebak. Mungkin
Firdaus malu untuk
mengakui bahawa dia
hanyalah ‘ belian’ lelaki
itu daripada kerakusan
manusia jahanam. Gadis
yang hampir menjadi
GRO!!
Aria dan Fahmi
terdiam tanpa kata.
Telahan mereka ternyata
salah. Ada rasa
lega di hati
mereka. Bersyukur yang
along mereka tidak
melakukan perkara keji
itu. Namun mereka
berdua masih tidak
berpuas hati. Masih
banyak persoalan yang
dibenak mereka minta
diberi penjelasan.
“ Bukan niat
along nak membelakangkan mummy,
daddy, Aria and
Fahmi. Cuma along
takde pilihan lain.
Along tak nak
Kak Dheiya jatuh
ke tangan orang
lain. Along belum
pernah jumpa perempuan
macam dia. Hati
along dah terbuka
untuk dia sebab
tu along tak
nak bertangguh lagi.
Along tak nak
jadi macam dulu,
macam hubungan along
dengan Kak Karinna.
Infact, daddy dengan
Zaff memang dah
tau pasal hubungan
kami. Along dah
jelaskan pada diorang.
Cuma mummy aje
yang belum tau
lagi. Along tak
tau macam mana
nak berhadapan dengan
mummy nanti. Along
yakin mummy mesti
tolak pilihan along.
Silap-silap dia suruh
along ceraikan….”
“ Along! Tak
mungkin mummy suruh
along ceraikan Kak
Dheiya. Kalau along
explain betul-betul kat
mummy mungkin dia
faham. Mana tahukan?”
perlahan Aria bersuara.
Firdaus mengeluh.
“ Itu semua
‘ kalau’ Aria. Realitinya
kita tak tahu,”
keluh Firdaus. Perbincangan
mereka semakin tenang,
tidak setegang seperti
tadi.
“ Tapi along
tak boleh putus
asa jugak,” ujar
Fahmi tiba-tiba.
Firdaus dan Dheiya
terkaku seketika. Rasa
lega di hati
apabila adik kembarnya
menyokong pilihannya.
“ Walau apa
pun sekali terjadi,
along kenalah juga
pertahankan wedding along
ni,” sambung Fahmi
lagi. Dia tersenyum
kecil.
“ Tapikan, at
least along bagilah
tau kami yang
along nak kahwin,
taklah jadi macam
ni bila Aria
ngan Fahmi dah
tuduh yang bukan-bukan.
Macam tak percaya
aje kat kitorang
sampai nak simpan
rahsia,” luah Aria.
sudah berbunyi rajuknya.
“ Eh! Excuse
me! Siapa yang
yang tuduh bukan-bukan
tadi? Not me
okay!” celah Fahmi
lagi. Bibirnya sudah
tersengih-sengih. Mula niat
untuk mengusik adiknya.
“ Eh! Hello!
Mamat gedik!! Jangan
nak dalih pulak
ekk! Tak tuduh
konon! Padahal dalam
otak tu dah
kutuk macam-macam. Ingat
orang tak tau
ke hah?? Along
tengok ni Fahmi!
Dah buat tak
nak mengaku! Lain
kali jangan bagi
elaun kat dia!”
hasut Aria lalu
tangannya membaling bantal
kecil kepada Fahmi.
“ Oii!! Jadi
batu api pulak!!”
Fahmi membalas balingan
Aria.
“ Oii!! Oii!!
Cukup! Cukup! Tak
payah nak perang
kat sini! Ni
dah bersepah rumah
alaong ni siapa
nak kemas? Jangan
marah kalau along
tak bagi korang dua-dua
sekali elaun! Nak
ke??” Firdaus menunjukkan
muka garang. Dia
bercekak pinggang.
Takdelah garang mana
pun! Tu pun
dah nak senyum-senyum
tapi tahan aje!
Dheiya menahan senyuman.
Padanlah marah bebenor
budak berdua ni
tadi, memang diorang
rapat sangat. Dalam
keadaan genting macam
ni pun sempat
bergurau lagi.
“ Maaf! Maaf!
Okay kita serious
sekarang!” Aria berpura-pura
menunjukkan muka serius+ketat.
Sebenarnya dia cuba meniru wajah serius
alongnya! Main-main lagi!!
Terhambur ketawa Firdaus.
Dia kemudian menarik
perlahan telinga adiknya.
“ Aduh! Along!
Sakitlah! Eeii!! Sikit-sikit
nak tarik telinga
orang! Macam manalah
Kak Dheiya ni
boleh tahan dengan
along ni?” gerutu
Aria.
Dheiya ketawa kecil.
Dalam sekelip mata
sahaja mereka sudah
boleh bergurau. Dheiya
bersyukur seolah-olah dia
dapat merasakan kehadirannya
mula diterima oleh
si kembar.
“ Along serious,
dia main-main lagi.
Kan dah sakit!”
“ Tarik aje
lagi kuat along.
Jangan bagi muka
sangat!” Fahmi menghasut
lagi.
“ Eh! Batu
apilah dia ni!”
Aria menjelir lidah.
Geram sungguh dia
kerana selalu menjadi
mangsa buli abang-abangnya yang
memang sengal!!
“ Awak! Tak
baiklah! Kesian Aria.
Dah merah telinga
dia,” tukas Dheiya.
Kasihan pulak di
hati melihat Aria
mencebir keseorangan apabila
di buli abang-abangnya.
“ Tengok! Nasib
baik ada Kak
Dheiya. Jahatlah along
ngan Fahmi ni!”
adu Aria lagi.
Dia menjelir lidah
pada Firdaus dan
Fahmi. Alah! Nak
manjalah tu! Dhieya
tersenyum kecil.
Firdaus menarik nafas perlahan sebelum menjawab pertanyaan Fahmi.
“ So, bila
along plan nak
bagitau mummy? Kan
susah nanti kalau
mummy dapat tau
dari mulut orang
lain,” soal Fahmi
sekaligus mengembalikan mereka
ke topik asal.
“ Along tak
tau lagi bila.
Tapi along rasa
tak lama lagi,
mungkin dalam masa
yang terdekat ni.
Cuma along mintak
sangat pada Aria
dan Fahmi tolong
jangan bagitau apa-apa
pasal Kak Dheiya
pada mummy or
sesiapa pun, si
Lin tu pun
jangan. Biar along
sendiri yang bagitau
mummy. Okay?”
“ Promise along!
Zip mulut!” kata si kembar
serentak. Tangan kanan
diangkat, seperti mengangkat
sumpah.
“ Tak payah
sumpah-sumpah tu. Cuma
along nak korang
janji je dengan
along,” ujar Firdaus
lagi, menekankan perkataan
‘ janji’ itu.
“ Insya-Allah. Along
kenalah percayakan kami.
Dekat minah ‘ Plasdik’
tu pun lagilah
kitorang zip mulut!”
tambah Aria. Cukup
anti dia pada
Emilina sampaikan nak
sebut nama pun
guna gelaran minah
‘ Plasdik’.
“ Along tahu.
Along percaya. Sebab
Aria dengan Fahmi
kan adik along
yang paling along sayang,” ucapan
syahdu Firdaus mencairkan
hati si kembar.
Aria terus bangun
dari duduknya lalu
memeluk erat alongnya.
Dia amat rapat
dengan Firdaus. Oleh
itu, dia pasti
kecewa jika along
melakukan perkara yang
tidak elok. Air
matanya mengalir sedikit.
Fahmi menghampiri Firdaus
dan Aria memeluk
erat mereka berdua.
Ohh!! So touching!!
Dheiya mengesat air
matanya yang sedikit mengalir.
Dia sungguh terharu
dengan kasih sayang
antara mereka tiga
beradik. Belum pernah
dia melihat kasih
sayang yang tulus
sebegitu. Ternyata persepsinya
pada daddy tidak
pernah salah. Melihatkan
perwatakan dan sifat
Tan Sri Sy.
Fahim yang penyayang
dan melindungi, tidak
hairanlah jika anak-anaknya
turut mewarisi
sikap daripada daddy
mereka.
“ Along ni
saje je tau
buat kitorang touching!
Kan dah kena
peluk! Kak Dheiya
jangan jealous tau!”
usik Aria sambil
tersengih. Dheiya ketawa
kecil.
“ Taklah. Kak
Dhieya tak jealous
pun”.
“ Dahlah! Tak
bernyawa along kat
ni! Sudah! Nanti
jealous pulak kakak
ipar korang sebab
along tak peluk
dia!” giat Firdaus
lagi. Naik segan
Dheiya di hadapan
adik-adik iparnya yang
tersengih-sengih macam kerang
busuk.
Padanlah
adik-beradik! Suka sangat
mengusik orang!
“ Oh ya!
Tadi masa kitorang
terkejut tengok Kak
Dheiya, Fahmi ingatkan
ni kakak ipar
kitorang, tapi alih-alih
memang betul pun!”
ngaku Fahmi jujur.
“ Asal? Kalau
bukan kakak ipar
Fahmi, nak ngorat
ke?” Firdaus memandang
tajam Fahmi.
“ Eh! Leklah
long! Cakap aje!
Tapi kalau bukan
pun nak jugak
masuk jarum! Yelah!
Kak Dheiya ni
nampak muda sangat!”
Firdaus
menjegilkan matanya. Marah
ni! Kurang asam
punya adik! Bini
abang sendiri pun
nak try test!
“ Ha'ah lah
along! Berapa sebenarnya
umur Kak Dheiya
ni? Dari tadi
lagi tak tau
pun pasal Kak
Dheiya. Tak banyak
cakap pun. Malu
agaknya dengan kitorang,”
tanya Aria. Sempat
lagi dia mengusik.
“ Ha'ah! Malu
ngan korang yang
banyak mulut ni!
Memanglah muda dah
pun sebaya dengan
korang!” selamba Firdaus
menjawab.
Terbuntang mata Aria
dan Fahmi. “
Se.. sebaya?” Gilalah
along ni! Budak
habis sekolah mana
dia cekup ni?
“ Yalah! Apa
orang macam along
ni tak boleh
cari yang muda
cantik macam ni?”
tanya Firdaus. Terselit
rasa bangga. Dheiya
menjeling geram pada
Firdaus. Dia menampar
lembut tangan suaminya.
“ Hak tuih!
Perasanlah along ni!
Patutlah nampak muda,
rupanya sebaya aje
ngan kitorang. Nak
panggil apa ni?
Takkanlah nak panggil
kak kot? Sebaya
ni?” Fahmi menggaru-garu
kepalanya.
“ Err.. kakak
ipar!! Kakak ipar!
Kakak ipar lahir
bulan berapa ekk??”
tanya Aria tersengih
malu. Hampir nak
tersembur ketawa Firdaus.
Dheiya tercengan-cengang dengan
panggilan yang dipanggil
untuknya.
‘ Kakak ipar dia
panggil aku?’
“ Bulan sepuluh.
17 Oktober,” jawab
Dheiya.
“ Hah! Sah
memang kita kena
panggil kakak! Sebab
kitorang keluar bulan
sebelas!” Aria tersenyum
suka.
“ Along! Not
bad your taste
hah!” usik Fahmi.
“ Well! See
my facelah! Muka
hensem macam ni
sape yang tak
nak!” kata Firdaus
bangga.
“ Cehh!! Porrddahh!!
Blahlah! Jom Kak
Dheiya, jangan layan
dua orang mamat
perasan ni!” Aria
mengajak kakak iparnya
lalu memeluk lengan
Dheiya menuju ke
dapur.
“ Jaga-jaga my
sweetheart tu Aria!
Kaki dia terseliuh
tu! Jangan nak
suruh Kak Dheiya
tu buat
kerja
pulak!” Firdaus memberi
amaran.
“ Sampai terseliuh
kaki Kak Dheiya
tu along? Along
hempap Kak Dheiya
kuat sangat ke
semalam??” tanya Fahmi
nakal. Kuat pulak
tu! Firdaus ketawa
kuat.
Dheiya menahan malu.
Wajahnya merah! Ghauu!!
“ Hoi! Fahmi
ni, mulut! Lempang
kang! Malu dah
Kak Dheiya ni.
Along ni pun
boleh gelak lagi!
Apalah! Tu lah
Aria cakap jangan
layan dua ekor
tu. Dahlah perasan,
tak senonoh pulak
tu!”
Dheiya terdiam tidak
kata apa-apa. Apa
yang penting dia
mesti berlalu dari
situ. Aria setia
memimpinnya menuju ke
dapur. Sengal punya
‘ Tuan Harimau! Boleh
lagi dia ketawakan
aku!’
Terselit jua rasa
bahagia di hati
Dheiya. Bersyukur kerana
adik-adik iparnya boleh
menerima dia sebagai ahli keluarga baru.
Namun, Dheiya masih
tidak selesa, bagaimana
penerimaan mummy mereka?
Bolehkah wanita itu
menerima dirinya seperti
mana daddy, Aria,
Fahmi dan Zaff
menerima dia? Dheiya
menarik nafas. Cuba
berfikiran positif. Kegembiraan
yang dikecapi hari
ini bersama orang
baru perlu dimanfaatkan.
Setidak-tidaknya ada orang
masih menerima Dheiya
Arisha.
2 comments:
berbaloi tggu, cewah2 lovey dovey ni
hehehe.. :) thnks u so much coz support karya zara yang tak seberapa ni..
Post a Comment