Dhieya
melangkah perlahan menuju
ke balkoni. Angin
malam bertiup lembut,
membuai tenang rambutnya
beralun, namun tidak
setenang hatinya. Serasa
bagaikan dicekam kuat,
pedih.
Air mata dikesat
sehabis-habisnya. Tidak mahu
meninggalkan kesan, tidak
mahu Firdaus bertanya
mengapa dia menangis.
Takkan nak bagitau
yang dia menangis
sebab girlfriend Firdaus
call? Tak boleh!
Firdaus yang sedang
berbaring memejam mata
di kerusi panjang
itu direnung sayu.
Sayu hatinya, tidak
pernah difikirkannya bahawa
hati lelaki ini
sudahpun dimiliki. Sangkanya
Emilina itu adalah
kekasih tapi Firdaus
menafikannya. Hatinya lega.
Tetapi Karinna?
Walaupun
berpejam mata, lelaki
itu tetap kacak.
Aura jejaka ini
begitu kuat sehinggakan
dia sukar untuk
menolak rasa yang
mula mekar dihati.
Kemana-mana dia melangkah
ke ruang penthouse
mewah ini, tetap
terasa bayangan dan aura lelaki
itu. Wangian tubuh
Firdaus kuat mengiringi
langkahnya. Hati Dheiya
menangis lagi. Cuba
ditahan air matanya
agar tidak gugur.
Firdaus membuka mata
apabila dia merasakan
ada seseorang disisinya.
Dia memandang wajah
Dheiya yang khayal
merenungnya. Dia menjongketkan
keningnya.
“ Kenapa you
pandang I macam
tu?” teguran Firdaus
menyentakkan lamunan Dheiya.
Dheiya terkejut. Cuba
dikawal ekspresi mukanya.
Dia sedikit menggelabah.
Mengetap kuat bibirnya.
“ Arr… tak
ada apa. Saya…”
“ Siapa yang
call tadi? Daddy
ke? Dia nak
apa?” tanya Firdaus
lagi tanpa mendengar
jawapan soalan pertamanya
tadi. Dia segera
bangun dari pembaringan,
duduk di kerusi
malas itu sambil
matanya dipanah tepat
pada wajah mulus
Dheiya. Dheiya semakin
tidak keruan dipandang
sebegitu. Tergagap dia
hendak menjawab.
“ Ni apasal
gagap? Nak jawab
pun susah ke?”
tebak Firdaus sengaja suaranya
diseriuskan. Dheiya menggeleng.
“ Bukan. Bukan daddy
yang call, tapi
orang lain,” perlahan
Dheiya menjawab. Rambutnya
membelai lembut pipi
gebunya, bermain disitu.
Dheiya membetulkan rambutnya.
Firdaus
terkesima! Matanya bulat
mencerlung memandang Dheiya?
Sudah! Sape pulak
yang bocorkan rahsia
ni? Tak mungkin
mummy dah tahu!
Lin! Oh no!
Pantas Firdaus menarik
tangan Dheiya duduk
disebelahnya. Wajahnya yang
serius bertukar riak.
Tepat lagi panik!
“ Siapa yang
call? You better
tell me now! Damn it!”
“ Perempuan. Dia
cakap dia girlfriend
awak. Nama dia
Karinna,” lambat-lambat Dheiya
menutur. Dia memandang
tangan Firdaus yang
erat memegang lengannya.
Firdaus mengeluh kasar.
Dheiya hanya memandang
wajah Firdaus yang
kusut itu. Lelaki
itu meraup wajahnya
kasar. Dia mendengus.
“ Dia nak
apa?” kasar berbaur
lemah Firdaus bertanya.
Makin serabut masalah
aku ni!
“ Dia suruh
awak call dia
sebab dia call
awak tak angkat.
Itu aje,” jelas
Dheiya.
“ Dia ada
tanya tak you
siapa?” pantas Firdaus
bertanya lagi. Itulah
yang dia risaukan.
Takut sesiapa mengetahui
siapa Dheiya sebenarnya.
“ Saya cakap
saya ni maid
awak”.
“ Betul? Dia
tak tanya lain?”
“ Tak. Itu
aje”.
Firdaus gelisah. Makin
rumit masalahnya. Dia
meraup lagi. Tangannya
ditongkat pada kedua-dua
lutut, menopang dagunya.
Dheiya cuba membuka
mulut, dia masih
teragak-agak hendak bertanya.
Tanya ajelah!
“ Awak, betul
ke Karinna tu
girlfriend awak?” dalam
keadaan teragak-agak Dheiya
bertanya juga.
Firdaus
tersentak. Dia memandang
Dheiya pantas. What?
Firdaus mendegus kasar.
Dia malas hendak
menjawab, fikirannya sedang
berserabut.
“ Buat apa
you nak tahu?
Siapa Karinna tu
dengan I, you
tak perlu masuk
campur urusan I.
Mind your own
business Dheiya! Ingat
sikit!” lantang Firdaus
bersuara.
Mata lelaki itu
tajam menikam matanya
menusuk ke tangkai
hati. Hatinya yang
sudah sedia pedih
dan sakit bertambah
parah! Hancur luluh
hatinya hanya Tuhan
yang tahu.
“ Saya mintak
maaf. Saya tak
berniat nak….,”
“ Leave me
alone Dheiya! Tinggalkan
I kat sini.
Pergi masuk bilik
you!” keras suara
Firdaus. Gadis itu
terdiam.
Tajam menusuk sembilu
Dheiya. Gadis itu
bangun lalu melangkah
longlai menuju ke
biliknya. Direbahkan tubuhnya ke
katil, memeluk erat
bantal panjang. Air
matanya laju menuruni
dipipi bagaikan tidak
tertahan. Entah kenapa
dia begitu terasa
apabila Firdaus bercakap
kasar dan lantang
seperti itu. Dia
terlalu sedih. Sakitnya
lebih sakit daripada
pukulan Pakcik Bakar
dahulu.
Kenapa aku nangis?
Macam tak pernah
dia cakap kasar
dengan aku. Sebelum
ni dia jerkah,
tengking-tengking, aku tak
pernah menangis! Air
mata janganlah kau
turun lagi! Rintih
Dheiya.
Namun air matanya
langsung tidak memahami
tuan. Air mata
itu tetap terus
mengalir bagaikan air
terjun yang mengalir
tanpa henti. Bantal
yang dipeluk sudah
basah dengan air
matanya.
Tuhan, mungkin sudah
sampainya masa untuk
aku. Masa yang
dahulu aku nantikan.
Perpisahan. Dulu! Kini
aku takut akan
perpisahan itu. Aku
tidak mahu berjauhan
dengan dia ya
Allah! Aku terlalu
sayangkan dia. Kau
kirimkan dia untuk
melindungiku. Bagaimana untuk aku meneruskan
kehidupan jika dia
jauh dariku?
Firdaus.
Kalaulah awak tahu
yang saya sayangkan
awak…
Namun luahan itu
hanya rintihan hati
Dheiya sahaja. Mustahil
Firdaus untuk mendengar.
Aduhai!
------------------------------
Firdaus mengeluh lemah.
Dia tahu mengeluh
itu tidak baik
tapi yang harus
dia buat?
Dia meraup wajahnya
lagi. Menyerbu rasa
bersalahnya terhadap Dheiya.
Dia tidak sepatutnya
berkata kasar sebegitu
dengan Dheiya. Kata-katanya
yang begitu tajam
dan bisa itu
pasti menghiris hati
gadis itu. Dia
dapat melihat wajah
sayu Dheiya. Apatah
lagi dia telah
menghalau gadis itu.
Apa salah Dheiya
tu tanya macam tu? Dia
isteri kau! Dia
berhak tahu!
Tuhan! Apa aku
dah buat ni?
Kesian Dheiya. Dheiya,
maafkan I!
Firdaus
melangkah longlai menuju
ke tangga. Dia
berhenti melangkah sebaik
sahaja berpapasan dengan
bilik Dheiya. Dia
memandang sepi pintu
bilik itu. Dia
tiada hati hendak
memujuk walaupun jelas
Dheiya bagaikan tersinggung
dengan kata-kata bisanya
tadi. Dia dapat
melihat wajah mulus
itu berubah namun
dia tidak mengendahkannya. Fikirannya
terlalu serabut dan
kusut dengan kerenah
Karinna. Biarlah Dheiya
sejuk dulu. Biarlah
keadaan tenang.
Huh! Kalau dah
ego tu ego
jugak!
Firdaus terus memanjat
tangga menuju ke
biliknya. Merebahkan tubuhnya
yang terasa keletihan.
Letih dengan kerenah
Karinna. Letih dengan
mummy dan Emilina
yang masih mendesaknya,
menelefon dia tidak
berhenti-henti. Tidak cukup
dengan itu, menelefon
dia dipejabat. Mana
tak kusut fikirannya.
Hanya daddylah tempat
dia meluahkan. Zaff
setia di sisi.
Aria dan Fahmi
pula seolah merajuk
dengan dia. Semua
salah akulah ni!
Jauhkan diri dari
diorang. Nasib baik
daddy dan Zaff
tak lari.
I-phone miliknya berdering.
Lagu Aisheteru mengganti
suasana sunyi sepi
ruang biliknya. Arialah
yang punya kerja.
Menukar ringtone I-phone
dia. Nak ditukar,
rasa sedap pulak
dengar lagu ni.
Karinna? Nak apa
lagilah minah ni?
Letih betullah! Lama
dibiarkan I-phonenya bernyanyi.
Firdaus berdecit geram.
Jarinya terus menyentuh
skrin. Talian bersambung.
“ Hello Fir,
are you there?”
halus suara Karinna
menerobos ruang I-phonenya.
“ Hurm.. I
dengarlah. Ada apa
ni Karinna?” rasa
malas Firdaus menjawab.
“ Nothing! Saje
aje nak dengar
suara you. Dah
lama kita tak
jumpa kan? Nak
jumpa you asyik
busy aje,” kata
Karinna manja.
Firdaus
mencebik. Bibirnya diketap
geram. Dahlah dia
penat!
“ Kita baru
aje jumpa tiga
hari lepas Karinna.
Don’t you remember?”
“ I know
but I miss you so
much sayang. I
rindu sangat pada
you. Kita jumpa
lunch esok ya?
Kan I nak datang office
you esok, nak
bincang pasal projek
tu. Lepas discuss
kita lunch ya?”
Kata Karinna lagi
manja.
Firdaus
tercengang? Esok? Alamak
macam manalah aku
boleh lupa ni?
Tak boleh nak
elak dah! Firdaus
berdecit. Suasana sepi seketika sebelum lambat-lambat Firdaus menyambung.
“ Hurm.. okeylah.
Kita lunch sama-sama
esok but I
tak boleh promise
kalau-kalau I ada
urgent meeting nanti,”
balas Firdaus berbohong.
Dia berdoa harap-harap
adalah urgent meeting
esok. Tak payahlah
dia nak melayan
kerenah manja Karinna
lagi. Walaupun gadis
itu sedikit berubah
sifatnya berbanding dahulu.
Hairan! Kalau dulu
tidak mendengar suara
manja, tidak melayan
kerenah manja Karinna,
tidak lengkap hidupnya.
Tidak lena tidur.
Apa-apa pun mesti
Karinna dalam carta
pertama. Hidupnya harus
Karinna, Karinna dan
Karinna. Betapa dia
menjadi pencinta yang
setia.
Sekarang keletah manja
Karinna membuatkan dia
rimas. Dia mahukan
Dheiya yang lembut,
yang comel bila
kelam-kabut, yang manis
bila senyum, yang
sentiasa cuba menyenangkan
hatinya, tutur katanya
yang sopan dan
lemah-lembut. Paling membuatkan
dia suka rindu
adalah wajah Dheiya
yang comel apabila
dia menggelabah dan
kelibut! Pipi gebunya
pasti akan merah.
Paling dia suka membuatkan Dheiya
tersipu malu. Bukan
setakat pipi, malah
seluruh wajah mulus
pasti merona merah.
“ Okay sayang.
Promise ya kita
lunch esok?” tanya
Karinna girang meminta
kepastian.
“ Ye. Okaylah
Karinna, I penatlah.
I nak tido.
Night,” cepat-cepat Firdaus
mengundur diri. Bukan
alasan, sememangnya dia
penat.
“ Okay sayang,
you rehatlah. See
you tomorrow, bye
love you so
much!” ujar Karinna
manja.
Firdaus
tersenyum kelat. Dia
mematikan talian. Matanya
ditala ke siling.
Wajah Dheiya yang
sayu terpamer. Berganti
pula dengan wajah
Karinna yang mengharap.
Huh! Apa aku
nak buat ni?
Tak boleh! Aku
kena berterus-terang jugak!
Tak boleh biar
macam ni. Bukan
aku benci dia,
tapi hati aku
dah kosong untuk
dia.
Firdaus berdesis sendiri.
Dia meletakkan tangannya
di dahi. Cuba
memejamkan mata. Berharap
lenalah tidurnya.
No comments:
Post a Comment