Duduknya tidak serba
kena. Firdaus tidak
dapat menyelesakan diri
walaupun berada di
restoran mewah yang
selesa dan lengakp
dengan penghawa dingin.
Sedari tadi dia
tidak banyak bercakap,
hanya Karinna yang
ceria menguasai suasana
mereka berdua.
Sebenarnya dia rimas
meledani kerenah manja
Karinna. Untuk berterus-terang dia
tidak sampai hati.
Masih ternampak sirna
kesedihan perbuatan mummy
dan Emilina terhadap
Karinna dan juga
arwah Kiranna. Melihatkan
mata itu walaupun
ceria kesedihan tetap
terselit dibalik iris
mata galak itu.
Untuk itu, dia
terpaksa bertahan tetapi
sampai bila?
“ Sayang, kenapa
dengan you ni?
Diam aje dari
tadi? You tak
sihat ke?” tanya
Karinna prihatin.
Firdaus
menggeleng perlahan. Dia
melemparkan senyuman kelat.
Dia menyuap kembali
makanan ke mulut.
Terasa pasir yang
kasar menerobos rongga
tekaknya. Perit.
“ Nothing, I’m
just tired. That’
all,” ringkas jawapan
Firdaus.
Hailah Firdaus, bilalah
kau nak terus-terang
ni? Sampai bila
nak diam aje?
“ Emm… Maybe you
should take a
rest. Honestly, you
nampak tak bermaya
aje Fir. I
risaulah tengok you
macam ni,” kata
Karinna penuh prihatin sambil meletakkan sudu
dan garfu ke
pinggan.
Tangan gadis itu
sudahpun memegang lembut
tangan dan jari-jemari
Firdaus. Firdaus semakin
tidak selesa. Dia
menolak lembut tangan
Karinna. Berubah wajah
Karinna.
“ Fir, why?
Sebelum ni you
tak pernah tolak
kalau I sentuh
you pun?” soal
Karinna penuh tanda
tanya. Dia tidak
puas hati. Sikap
Firdaus berlainan sama
sekali, tidak seperti
dulu.
Firdaus sudah berubah!
He’s change!
“ Karinna, tak
elok you buat
macam tu. Berdosa.
Kita bukan muhrim,
yang sesuka hati
nak bersentuhan,” nasihat
tajam Firdaus itu
membuatkan Karinna tersentak.
Karinna
mengerutkan dahinya. Dia
seakan tidak mempercayai
bahawa kata-kata murni
tersebut terpacul dari
bibir Syed Firdaus
Hakimi Tan Sri
Syed Fahim. Dia
memejamkan matanya seketika,
cuba mengembalikan dia ke dunia
reality. Manalah tahu
kalau-kalau dia bermimpi.
Dia menghirup minumannya.
“ Fir, why
you being like
this? It’s not
you! Masa kita
couple dulu, you
tak kisah pun
kalau kita bersentuhan,
kenapa sekarang ni
you…you.. arghh,” Karinna
kehilangan kata-kata.
“ People change
Karinna. Then, begitu
jugak dengan I.
Dalam masa lapan
tahun ni banyak
yang merubah I. Bila you
tinggalkan I banyak
yang I sedar
tentang kesilapan I.
Tak salahkan kalau
I nak berubah
ke arah kebaikan,”
sindir Firdaus halus.
Karinna terpana!
“ So, you
nak cakaplah I
yang membuatkan you
berubah, macam tu?
You nak cakap
yang hubungan kita
satu kesilapan? Fir,
what’s this? I
don’t understand,” ujar
Karinna seakan membentak.
“ Terpulanglah pada
you nak cakap
apa pun Karinna.
I rasa I tak boleh
lagi nak diamkan
aje pada you,
I kena jugak
berterus-terang pada you…,”
“ Terus-terang apa
Fir? Apa? Cuba
cakap dengan I!”
bentak Karinna tidak
sabar.
“ Yang hati
I bukan lagi
untuk you! Hati
I tak macam
dulu lagi Karinna!
I’m sorry I’ve
to tell you
this. I know
I’m going to
hurt you but…,”
“ But what
Fir?!” jerit Karinna.
Beberapa
pelanggan yang berada
di situ memandang
ke arah mereka
tidak terkecuali pelayan.
Mujurlah pelanggan tidak
berapa ramai di
dalam restoran ini.
“ Karinna, listen
to me. I’m
sorry okay? I’m
sorry. Percayalah hubungan
kita bukan memang
satu kesilapan, tetapi
telah ditakdirkan. I
memang tak dapat
nak teruskan lagi
hubungan kita. Bagi I hubungan
kita dah lama
putus sebaik aje
you tinggalkan I.
I tahu you
mesti fikir yang
I buat keputusan
terburu-buru tapi itulah
yang terjadi. Memang
I merana kehilangan
you tapi I
dah janji dengan
diri I sendiri
untuk lupakan you
dan lupakan segala
kenangan tentang kita.
I tak mahu
ingat lagi sebab
itu semua menyakitkan
I. Ini semua
bukan sebab mummy
I tapi I sendiri
yang nekad. Tipulah
kalau selama lapan
tahun I tak
pernah ingatkan you,
I ingat tapi
lama-kelamaan kenangan tu
pergi dengan sendiri
tanpa I sedar.
Bila you balik
dan nak sambung
kembali hubungan kita,
I buntu. I
tak tahu I
boleh kembalikan lagi
atau tak cinta
I untuk you.
I dah cuba
Karinna but I
can’t. I bukan
untuk you,” ujar
Firdaus panjang lebar.
Entah mengapa dia
masih mahu merahsiakan
kewujudan Dheiya. Mengapa
dia tidak memberitahu
terus pada Karinna
bahawa dia sudah
berkahwin dengan Dheiya?
Tidak bukan masanya
lagi! Dia tidak
mahu berlaku kekecohan
nanti apabila diketahui
oleh mummynya. Dheiya
masih perlu dirahsiakan.
Karinna terpaku. Dia
seakan tidak percaya.
Dia menggelengkan kepalanya.
Sukar sekali dia
untuk memepercayai kata-kata
Firdaus. Tidak! Ni
semua tak betul!
“ No, tell
me this is
not true Fir!
You saje aje
kan? You cakap
macam ni sebab
you nak balas
dendam kat I
sebab I tinggalkan
you dulu. I
tahu ni mesti
mummy you yang
paksa kan? Betul
tak? I can’t
believe this! Kenapa
you sanggup buat
I macam ni? Selama ni
I tak pernah
sekalipun lupakan you,
how could you
Fir?” Karinna cuba
menahan air mata
yang mula bertakung
di tubir mata.
“ Tak, ni
langsung takde kena-mengena
dengan mummy I
atau dendam. I
sendiri yang buat
keputusan. Karinna, I
minta maaf dengan
apa yang mummy
dan Lin buat
pada you dan
arwah. I memang
marah, I memang
kecewa dengan perbuatan
diorang tapi percayalah
apa yang I katakan pada
you tadi langsung
tak ada kena-mengena
dengan mummy I
ataupun Lin. Hati I
memang
dah kosong untuk
you Karinna. I
dah cuba untuk
timbulkan rasa cinta
I pada you
tapi tak boleh.
I bukan untuk
you Karinna,” terang
Firdaus masih cuba
berdiplomasi.
Nilah susah kalau
orang muka handsome!
Ada aje yang
kejar. Kalau dah cakap tak
suka, tak nak,
susah nak terima.
Nak explain pun
tak nak dengar!
“ Kalau hati
you bukan untuk
I, then untuk
siapa? Lin?” bentak
Karinna keras. Dia
masih belum berpuas
hati. Dia percaya
sudah tentu seseorang
yang mempengaruhi Firdaus
yang menyebabkan lelaki
itu berubah hati
terhadap dia. Kalau
bukan Puan Sri
Sy. Faridah, siapa
lagi?
“ Bukan Lin,
bukan sesiapa pun.
Takde siapa pun
yang paksa I,
yang pengaruh I
atau pujuk I
untuk hilangkan perasaan
I pada you.
Percayalah I yang
buat keputusan. I
dah serik Karinna,
I dah penat.
Cukup ajelah setakat
ini aje hubungan
kita. I percaya
ada lelaki yang
lebih layak untuk you di
luar sana. Bukan
I.”
“ You bencikan
I ke Fir?”
rintih Karinna sayu.
Sebak hatinya mengetahui
bukan dia dihati
lelaki itu.
“ Tak Karinna,
I tak pernah
membenci you. I
Cuma kecewa aje
bila you tinggalkan
I. I Cuma
tertanya-tanya kenapa,” jawab
Firdaus lembut.
“ Sekarang you
dah tahukan kenapa.
Tapi kenapa you
berubah sampai macam
ni sekali? Siapa
yang buat berubah
macam ni? You
dah lupa ke
semua kenangan kita
bersama dulu? Bukan
setahun Fir, enam
tahun kita bercinta,
sejak sekolah lagi,
why?”
Why, why, why,
kenapa, kenapa dan
kenapa. Hanya itu
sahaja yang Karinna
ingin tahu. Firdaus
mengeluh. Sesungguhnya dia
tiada jawapan untuk
beberapa soalan itu.
Tentang kenapa dia
berubah hati, siapa
yang menyebabkab dia
berubah hati. Adakah
Dheiya?
Tak mungkinlah! Dheiya
baru aje tiga
bulan muncul dalam
hidup aku!
“ I tahu
you dah jelaskan
pada I tapi
I takde jawapan
untuk soalan you.
Mungkin Allah yang
mengkehendaki I berubah
hati. Tiada yang
mustahil bagi Dia.
Kalau Dia nak
balikkan hati kita,
mudah sahaja bagi
Dia. Kalau ditakdirkan
kita ada jodoh,
suatu hari nanti
Allah akan balikkan
hati I kembali
untuk menyintai you.
Semua itu adalah
kehendak Allah, kita
siapa nak mengingkari-Nya,” penuh
nasihat Firdaus.
Sukar untuk dia
mempercayai dirinya sendiri. Dia
sudah boleh menegakkan
hukum Tuhan. Ah!
Daddy, Zaff dan
Dheiya yang banyak
menyedarkannya.
“ I rasa
I macam tak
kenal you lagi
Fir. You totally
different! Tak pernah-pernah
you ceramah tentang
ni semua but
I harap kata-kata
you yang kembali
menyintai I akan
menjadi kenyataan,” sinis
Karinna. Dia seolah
kekok. Firdaus sudah
berubah alim!
“ I bukan
ceramah Karinna, I
nak mengingatkan you
tentang takdir dan
ketentuan Allah. Tak semua yang
kita nak, yang
kita rancang kita
akan dapat. Walau
kita dah berusaha
sekalipun tapi kalau
Allah tetap tak
izinkan, takkan jadi.
I rasa cukuplah
sampai sini aje
hubungan kita. Biarlah
kita kekal sebagai
kawan atau rakan
sekerja. Itu yang
lebih baik. I’m
sorry again kalau
kata-kata I membuatkan
you tersinggung, I
takde niat cuma
I patut berterus-terang supaya
you tak akan
lebih terluka nanti.
I tak nak you seorang
menyintai I tapi
biarlah kita sama-sama
menyintai.”
Firdaus
tersenyum pendek. Dia
mengelap bibirnya dengan
napkin lalu terus
bangun. Karinna ikut
sama berdiri.
“ Fir, susah
untuk I terima
apa yang you
kata tadi. Susah
juga untuk I
percaya. Lepas apa
yang berlaku pada
hubungan kita yang
terhalang dulu, membuatkan
I perlu lebih
berhati-hati. I rasa
macam ada seseorang
yang nak hubungan
kita musnah…,”
“ Kiranna, please!
Ni semua takde
kena-mengena dengan sesiapa.
Terpulang pada you
untuk terima atau
tak tapi I
merayu sangat pada
you tolonglah faham
I. I tak
nak kita ada
apa-apa hubungan lagi
cukuplah hanya kawan
dan rakan sekerja,
that’s all. Bagilah
I ruang nak
bernafas Karinna. I dah letih,”
ucap Firdaus seolah-olah
merayu.
Dia terpaksa berbuat
begitu. Dia tahu
Karinna pasti tidak
akan mudah berputus
asa untuk melepaskan
dia begitu sahaja.
Karinna yang dihadapannya
kini tidak sama
dengan Karinna lapan
tahun dahulu. Karinna
dihadapannya lebih berkeyakinan
untuk memiliki apa
yang dia inginkan,
sama seperti Emilina
yang pantang untuk
berputus asa.
Firdaus mengeluh dalam
hati. Kini dia
yang tersepit di
tengah-tengah! Kusut!
“ Fir, sebaik
aje kaki I
jejak bumi Malaysia
ni, I dah
nekad nak you
kembali semula pada
I walau apapun
yang terjadi. I
akan rampas you
balik dari Lin
sebab I yakin
hati you masih
pada I. Itu yang
I dah janji
dengan diri I
sendiri,” kata-kata Karinna
membuatkan wajah Firdaus
terus berubah.
“ Karinna, you
tak faham ke
apa yang dah
jelaskan pada you
tadi? Kenapa you
ni degil sangat?”
jelas rasa bengang
Firdaus terhadap Karinna.
“ Fir, pengalaman
mengajar I supaya
tidak mudah berputus
asa selagi kita
tidak berusaha. I akan berusaha
untuk dapatkan you
balik. I tak
kisah Fir kalau
bertahun sekalipun I
sanggup tunggu!” ujar Karinna
yakin.
Firdaus
mendengus marah! Buat
penat aku aje
terang kat dia
panjang-panjang tapi langsung
tak nak faham!
Kenapalah semua pompuan
ni degil sangat?!
“ Then sampai
bila you nak
berusaha tu? Sampai
I dah masuk
kubur baru you
nak berhenti mengharap?!
Macam tu?!” bentak
Firdaus geram.
“ Sampai I
betul-betul pasti dan
yakin yang you
dan hati you
bukan untuk I!
Bila I dah pasti dan
I dah tahu
siapa yang berada
dalam hati you
then baru I
undur diri. Finish!”
tekad Karinna muktamad.
“ Fine! You
tunggulah selama mana
you nak tunggu!
But I want
to remind you
once again, we
are over now!
Finish! Lepas ni
I takkan layan
you lagi macam
sebelum ni! You
get it?” kata
Firdaus geram.
Dia terus berpaling
melangkah pergi meninggalkan
restoran mewah itu.
Dia mendegus geram.
Sangkanya perpisahan dia
dan Karinna berakhir
dengan baik, tetapi
lebih merumitkan dan
menyesakkan otaknya! Karinna
tetap tidak mahu
mengalah. Masih berdegil
melakukan kerja yang
sia-sia! Menunggu sehingga
dia menerima Karinna
semula.
Dia kata aku
dah berubah, padahal
dia pun sama!
Degil!
“ Fir! I
will never let
you go! Remember
that!” laung Karinna
tanpa rasa malu
pada orang yang
memerhatikannya.
2 comments:
benci giler kerina ni... mana la dhieya ni, x muncul la pula
haishh!!! ni nampak cam betul2 marah ni... hehehe... dunt worry dheiya tetap akan keluar nanti...
Post a Comment