Dheiya hanya
menurut tanpa banyak
soal. Hakikatnya dia
berperang soal di
dalam hati. Apa
yang akan terjadi
nanti? Melihat wajah
Firdaus, Dheiya tak
menyangka suaminya setenang
itu. genggaman erat
ditangan berharap dapat
mengalirkan sedikit ketenangan
dalam hatinya. Sepanjang
perjalanan mendaki tangga
yang diperbuat dari
marmar, Dheiya tidak
pernah berhenti berdoa
diselangi dengan selawat
dan zikir yang
disambung semasa perjalanan
dalam kereta. Cuba
dikuatkan semangat agar
tidak nampak lemah
sewaktu ‘dihakimi’ nanti.
“
Huh! Baguslah dah
sampai dengan perempuan
ni,” tegur satu
suara yang membuatkan
jantung Dheiya kembali
berlari laju sepantas
kilat. Berdebar-debar dadanya
melihat pandangan mata
yang cukup tajam
dari seorang wanita
yang masih anggun
dalam lingkungan lewat
50-an.
Tajam. Cukup
tajam sehingga Dheiya
merasakan kalaulah pandangan
mata itu adalah
salah satu senjata
api, pasti dialah
yang mati paling
awal saat ini.
“
Mummy!”
No comments:
Post a Comment