“
Aria! Kak Dheiya
dah turun ke
belum? Dia ada
call tak cakap
dia lewat sikit?”
tanya Firdaus risau.
Bimbang juga isterinya
itu masih lagi
belum tiba di
pantai padahal sudah
hampir setengah jam
Dheiya terlewat dari
waktu yang dijanjikan.
Takkan dia
sesat kot? Tak
mungkinlah! Bukannya dia
tak tahu datang
sini. Isy! Kenapalah
aku sibuk sangat
nak turun awal
sin tadi, kan
dah risau bagai
nak mati ni!
Ingin menelefon
isterinya, handphone Dheiya
sedang dicas dalam
bilik suite. Dia
mengeluh perlahan. Risaunya
aku!
“
Alah! Kejap lagi sampailah Kak
Dheiya tu. Along
jangan risau eh?”
balas Aria cuba
menghapuskan rasa bimbang
di hati Firdaus.
Biasalah orang yang
tengah penuh bunga-bunga
cinta dalam taman
hati, tak jumpa
sekejap bagai berdekad
lamanya!
“
Hurmm.. along risaulah!
Kalau jadi pada
Kak Dheiya macam
mana? Dahlah lorong
tepi kolam tu
sunyi sikit. Along
nak pergi carilah!
Tapi kalau Kak
Dheiya dah ada
kat sini sebelum
along sampai, Aria
call along eh?”
Aria menunjukkan
tanda ‘OK’ pada
Firdaus yang terus
berlalu dari pantai.
Terus dia menuju
ke arah Zaff
yang ralit memanggang.
Tersengih-sengih memandang lelaki
itu yang mengerutkan
dahi. Fahmi menggelengkan
kepalanya. Menyampah pulak
tengok! Along dah
blah, kita nak
ngoratlah Abang Zaff
kita ni, desis Aria
gatal.
###
Kepalanya ditoleh
ke kiri dan ke kanan
kalau-kalau terlihat kelibat
Dheiya yang lalu
di sekitar tembok
pemisah antara pantai
dan swimming pool.
Langkahnya terhenti di
sebalik rimbunan pokok
palma. Matanya dikecilkan
agar iris matanya
dapat melihat dengan
lebih jelas lagi
perlakuan dua figura
yang amat dikenalinya.
Zuupp!!
Terasa belati
tajam menghiris dadanya.
Bagaikan darah yang
mengalir membuak-buak tanpa
henti dirasakan saat
itu jugalah api
kemarahannya menjulang tinggi.
Lahar cemburu menggelegak
hebat di dalam
dadanya. Zarah-zarah api
kemarahan dan cemburu
berlawanan sesama sendiri,
ingin dilepaskan dari
lohong amarah yang
kian menggila.
Melihatkan pegangan
dan pelukan lelaki
itu di bahu
dan di pinggang
si gadis, bibirnya
diketap kuat. Terasa
ada darah yang
mengalir di pelupuk
bibir namun itu
langsung tidak memberi
kesan pada Firdaus.
Rasa pedih dan
kecewa di dada
bertamu menjadi satu.
Sungguh bodoh dirasakan
selama ini. Bodoh
kerana sekali lagi
menyayangi seorang gadis
yang tega menyakiti
hatinya.
Sakit! Perit!
Pedih! Semuanya bagaikan
bersatu. Tidak sanggup
lagi menahan pelbagai
rasa yang berkecamuk
di dada, Firdaus
terus berlalu dari
situ, menuju ke
lif yang sudah
sedia terbuka. Huluran
salam hormat daripada
staf-staf yang berpapasan
dengannya langsung tidak
dihiraukan. Wajahnya yang
merah padam juga
mengundang rasa kecut
perut pada mereka
yang bertugas di
syif malam. Agaknya
khabar angin tentang
sifat panas baran
Mr. Big Boss
sememangnya benar. Melihatkan
wajah yang sangat
merah padam itu,
semua menunduk menikus.
Pintu suite
dihempas kasar namun
itu belum cukup
melempiaskan rasa geram,
sakit hati, cemburu
dan marah di
dada. Ingin saja
dia bunuh lelaki
tidak guna itu
cukup-cukup. Bilik air di terjah.
Pancuran air hujan
di buka. Laju
sahaja titisan air
menghujani tubuhnya. Cuba
menyejukkan hangat hati
yang bersemarak hebat.
Kesal bermukim
di dada. Penyesalan
kerana terlalu mudah
memberi rasa sayang.
Mudah jatuh cinta
pada si dia
yang tergamak melukakan
hatinya sekali lagi.
Pedih yang dirasakan
terlalu perit dan
menghiris kasar-kasar perasaanya.
Melebihi dari rasa
sakit yang pernah
dihadiahkan oleh Karinna
dahulu. Terlalu pedih!
###
Dheiya menghampiri
Aria yang sibuk
menyusun pinggan di
meja. Rasa sakit
di lutut dan
siku masih lagi
terasa tetapi ditahankan
juga. Tidak mahu
ada yang perasan.
Matanya melingas sekeliling
mencari seraut wajah
kacak yang damai
itu. Ingin sahaja
dia memeluk tubuh
sasa itu sekuat
hati, meluahkan rasa
berdosa dan salah
dijiwa pada insan
yang amat dicintainya.
Biarlah apa yang
orang akan katakana
sekalipun, cuma rasa
yang berombak di
hati hanya mampu
ditenangkan oleh Firdaus
sahaja.
“
Aria, along mana?
Kak Dheiya tak
nampak pun?” tanya
Dheiya resah mengundang
tawa kecil Aria.
Isy! Isy!
Memang elok sangatlah
diorang ni kahwin.
Asyik rindu dendam
aje sepanjang masa.
Tak boleh berenggang
langsung! Jealous aku!
“
Along cari akaklah!
Dia risau akak
lambat sangat. Tapi
dia dah pesan
kalau akak dah
sampai kat sini,
dia suruh Aria call,”
jawab Aria seraya
mengeluarkan telefon bimbitnya.
Nombor tiga ditekan,
speed dial!
Aria merengus
geram. Sudah enam
kali dia menelefon
alongnya, panggilannya tetap
tidak dijawab. Apehal
lah pulak dengan
along ni? Orang
call tak nak
angkat pulak! Hisy!
menyampah betul aku!
“
Eeeiiii along ni!
Orang dah call
tak nak angkat
pulak! Pekak ke
apa?”
“
Tak dapat ke
Aria?” tanya Dheiya
perlahan. Gelengan Aria
membuatnya kecewa. Dheiya
mengeluh perlahan. Sungguh
dia terlalu rindukan
lelaki itu. Entah
mengapa tiba-tiba, tapi
itulah yang dirasakan.
Ingin sekali saat
ini dia berada
dalam pelukan lelaki
itu.
“
Emm.. takpe lah
Aria. Biar akak
cari dia, kalau
tak jumpa nanti
akak tanyalah orang,”
Dheiya terus bangun
tetapi terhalang oleh
Aria. Dheiya mengerutkan
dahi.
“
Nanti along sampai
Kak Dheiya takde
camner? Lepas ni
along cari akak
lagi. Akak pulak
sampai, along pulak
hilang. Lepas tu
akak cari along,
along dah sampai
sini, akak pulak
hilang. Eeii! Pening
kepala Arialah!” bebel
Aria panjang. Dah
tu laju pulak
kalau bercakap tu.
Dheiya ketawa. Jarinya
mencubit pipi Aria.
Comel pulak adik
ipar aku ni!
“
Ok-Ok! Akak janji
akak cari along
sepuluh minit aje.
Kalau tak jumpa
jugak, akak datang
sini tunggu along.
Nanti mesti along
datang sini kan?”
keningnya dijongketkan. Makin
terserlah wajahnya yang
comel itu.
Aria mengukir
senyuman. Nasib baik!
Kalau tak, tak dapatlah nak
ngorat Abang Zaffku!
“
Okey! Akak janji
ya sepuluh minit
aje tau?”
Dheiya mengangguk
pantas. Setelah memberi
jaminan janjinya pada
Aria, dia terus
berlalu dari pantai.
Lehernya dipanjangkan, matanya
aktif mencari kelibat
Firdaus. Dalam kerisauan
jika rahsia mereka
akan terbocor, Dheiya
menebalkan muka bertanya
pada si gadis
manis yang murah dengan
senyuman di kaunter
receptionist.
“
Emm.. maaf saya
nak tanya, nampak
tak Encik Firdaus
lalu kat sini?”
tanya Dheiya lembut.
Bibir menghadiahkan senyuman.
Gadis yang
memakai tag nama
Marina itu mengerutkan
dahinya seketika. Encik
Firdaus yang mana
ya? Ramai rasanya.
Bagaikan mengerti apa
yang difikirkan oleh
Marina, Dheiya menjawab
lagi.
“
Emm… Maksud saya
Syed Firdaus Hakimi.
Yang…”
“
Oh! Ya! Ya! Tuan
Firdaus. Tadi saya
nampak Tuan Firdaus
menuju ke lif.
Mungkin naik ke suite
kot. Muka pun
nampak macam marah
aje,” ujar Marina
pantas menjawab.
Dheiya mula
rasa tidak sedap
hati. Ucapan terima
kasih diberikan pada Marina seraya
menuju ke lif.
Marah? Hati Dheiya
berdegup pantas. Bukan
kerana malu, tetapi
rasa gelisah yang
mula menari-nari di
dadanya.
Marah? Firdaus
marah? Sebab apa?
Takkan lah… Isy!
Tak mungkin! Aku
tak nampak pun dia tadi.
Tapi kalau betul,
macam mana? Dheiya
bermonolog sendirian di
dalam lif.
Tak! Tak
semestinya pasal hal
tadi. Mungkin pasal
lain. Aku kena
bersangka baik! Desis
Dheiya, cuba berfikiran
positif.
Pintu suite
di kuak perlahan.
Melihatkan sandal yang
dipakai Firdaus terletak
elok ruang letak
kasut, hati Dheiya
yakin yang Firdaus
berada di sini.
Dengan lafaz Bismillah
dan selawat yang
tidak putus-putus, mengharap
tiada perkara yang
buruk akan terjadi.
Dheiya mencari-cari
susuk tegap itu di setiap
ruang. Telinganya mendengar
jelas bunyi pancuran
air shower dari
dalam bilik air.
Nafas di tarik
lega. Duduknya dilabuhkan
di birai katil.
Mungkin Firdaus naik
sebentar untuk membersihkan
diri agaknya, fikir
Dheiya.
Tidak lama
kemudian, pintu bilik
air dikuak dari
dalam. Firdaus terus
melangkah keluar dengan
hanya bertuala separas
pinggang. Langkahnya di
atur menuju ke
almari tanpa langsung
berpaling pada Dheiya
waima menegur sekalipun.
Rasa pedih
yang mencengkam di
hati kembali bercakaran
kasar di segenap
ruang dada. Kalau
diikutkan hatinya yang
memang panas membara
ini, mahu sahaja
dihalau tubuh molek itu
keluar dari sini,
menyakitkan mata dan
hati sahaja!
Dheiya berasa
pelik dengan sikap
Firdaus yang dingin
sahaja. Langsung tidak
menegur walaupun hendak
senyum padanya. Aneh!
Selalunya ada sahaja
bahan lelaki itu
mengusiknya, membuatkan pipinya
merah kerana malu.
Dheiya menyentuh
lengan yang sejuk
itu saat Firdaus
mencapai pakaiannya. Tersentak
Dheiya apabila sentuhannya
ditepis kasar sekali.
“
Let my arm
off!” jerkah Firdaus
garang. Dheiya terkejut.
Wajah bengis
dan jerkahan Firdaus
kembali memenuhi ruang
matanya, sama seperti
dahulu, sewaktu di
awal perkenalan mereka.
Dada Dheiya berombak
laju. Degup jantungnya
berlari pantas.
“
Aw.. awak. Ke..
kenapa ni?” tanya
Dheiya tergagap-gagap. Gerun
hatinya memandang wajah
yang garang itu.
Firdaus tidak
menjawab sebaliknya merengus
kasar. Matanya dijeling
tajam seraya tangannya
mula mengambil semua
pakaiannya lalu disumbat
ke dalam beg.
Dheiya terkesima akan
tindakan Firdaus. Perasaanya
resah tidak tentu
hala. Jiwanya mulai
kelam-kabut.
“
Awak nak pergi
mana ni? Kenapa
awak kemas pakaian?”
tanya Dheiya, panik.
Biarpun wajah Firdaus
tegang kala ini, terpaksa dia
memberanikan mulut untuk
bertanya.
“
Pack your things
now and please
keep your mouth
shut up!” tengking
Firdaus lagi. Kecut
perut Dhieya dengan
tengkingan Firdaus.
Tertanya di
benak hati, mengapa
lelaki itu berubah
sikap sedemikian rupa?
Mereka baru shaja
elok berdamai petang
tadi. Ya Allah!
Ujian apakah yang
ingin Kau berikan
padaku?
Tangannya mulai
mengambil pakaian lalu
dilipat ala kadar
sahaja masuk ke
dalam beg. Langsung
lupa pada Zaff,
Aria dan Fahmi
yang menunggu mereka
di pantai. Telefon
bimbitnya yang baru
sahaja dihidupkan menerima
panggilan yang bertalu-talu
dari Aria. Untuk
menjawab, dia takut
akan ditengking Firdaus
lagi lalu dibiarkan
sahaja deringan itu.
Air matanya meleleh
menuruni ke pipi.
Sedih hatinya dengan
perubaha sikap Firdaus.
Sangkanya mereka telah
berbaik, wujud perasaan
indah dalam hati
masing-masing, tapi.. entahlah!
Sukar dia untuk
menebak apa yang
di alami oleh
Firdaus saat ini.
“
Hei! Cepat sikit
boleh tak? Tak
payah nak berdrama
sangatlah kat sini! Terhegeh-hegeh!” jerkahan
Firdaus mengejutkan Dheiya.
pantas tangannya mengemas
barang-barang dengan tangan yang
sedikit terketar-ketar. Sungguh
dia gerun saat
ini. Gerun dengan
sifat panas baran
Firdaus yang kembali
seperti dahulu.
Tergesa-gesa Firdaus
melangkah keluar dari
lif lalu terus
menuju ke kaunter
receptionist untuk memulangkan
kunci. Deringan telefon
bimbit langsung tidak
dipedulikan. Setelah selesai,
laju kakinya melangkah
menuju ke pintu
utama untuk ke
kereta, meninggalkan Dheiya
yang terkulat-kulat di
situ. Dheiya berlari
anak-anak mengejar Firdaus
lalu meloloskan tubuh
ke dalam kereta.
Baru sahaja pintu
mencecah ke badan
kereta, Nissan Skyline
GTR itu terus
berdesup laju meninggalkan
perkarangan hotel.
Suasana tegang
dan dingin menemani
perjalanan mereka pulang
ke Kuala Lumpur.
Satu patah perkataan
pun langsung tidak
keluar dari kedua-dua
mereka. Dheiya duduk
menikus melihatkan wajah
masam cemberut Firdaus,
garang persis ‘Tuan
Harimau’ nya dahulu.
Jarum meter
berterusan naik sehingga
menginjak ke angka
ke 180 km/j!
Dheiya kecut perut!
Bibirnya tidak putus-putus
berselawat dan membaca
Ayatul Kursi saat
ini. Kecut dan
takut dengan pecutan
kereta Nissan yang
sungguh laju. Firdaus
masih dalam keadaan
yang sama, malah
makin galak menekan
pedal minyak bagi
melempiaskan rasa yang
berkecamuk di hati.
Tidak tahan
dengan deringan nyaring
dari I-phone miliknya,
Firdaus menjawab juga
panggilan itu menggunakan
handsfreenya.
“ Helo,”
suaranya cuba disahajakan,
tidak mahu Aria
syak yang bukan-bukan.
“
Helo along? Along
pergi mana dengan
Kak Dheiya hah?
Dah pukul berapa
ni? Kata nak
barbeque malam ni,
ni duk terperuk
dalam bilik buat
apa?” bagaikan machine
gun sewaktu perang
sahaja butir-butir soalan
diterjah oleh Aria.
Firdaus mendengus.
Rimas sungguh dengan
bebelan adiknya. Sudahlah
dia tengah hangat
hati tidak surut-surut
lagi. Ditambah pula
dengan soalan bodoh macam tu!
Bingit!
“
Along on the
way nak balik
KL. Ada hal
sikit! Urgent!” jawab
Firdaus sedikit rasa
geram turut dilepaskan
bersama.
Mendengarkan jawapan
yang dingin dari
alongnya, terbuntang mata
Aria sektika. Dia
tertanta-tanya sendirian. Dia
menggaru dahi yang
langsung tidak terasa
gatalnya.
“
Balik KL? Kenapa
nak cepat sangat
nak balik? Esok
pun kita nak
balik sana jugak
kan? Along ni
biar betul? Ada
hal apa yang
urgent sangat kat sana? Daddy
dengan mummy tak
okey ke?” tebak
Aria laju lagi
tanpa mengambil kisah
langsung walaupun dari
nada Firdaus lelaki
itu seperti dalam
keadaan marah.
“
Takde pape lah!
Dahlah! Along tengah
drive ni! Nanti-nantilah along
cerita! Ok bye!”
terus sahaja butang
merah ditekan dan
mematikan telefon bimbitnya.
Tidak mahu lagi
diganggu oleh sesiapa
pun. Dia menjeling
ke sebelah. Dheiya
terlentok elok memejam
mata bersandar pada
seat.
Bagus dah
tidur! Tak menyakitkan
hati aku ni
lagi!
Entah mengapa
dia mengheret Dheiya
sekali malam ini
walhal kalau diikutkan
rasa hati mahu
di tinggalkan sahaja
gadis itu terkontang-kanting di
sini. Tapi dia
bukan sezalim itu. meninggalkan Dheiya
di sini membuka
lebih ruang buat
lelaki bernama Zaid
itu untuk merampas
Dheiya. dia sesekali
tidak akan membenarkan
perkara itu akan
terjadi. Walaupun selepas
ini dia tidak
akan menghiraukan Dheiya
lagi, Firdaus bertekad
tidak sesekali akan
melepaskan Dheiya. dibiarkan
gantung tidak bertali!
Biar Dheiya merasakan
betapa peritnya dan
sakitnya apabila dikecewakan
oleh orang yang
disayangi.
Tapi, kejamkah
perbuatannya itu?
No comments:
Post a Comment